6 Kebaikan Protein Kacang Soya Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum ni saya dah share tentang sumber protein haiwan seperti ayam yang lebih terdedah kepada bahan kimia. Jadi, selain protein haiwan, kita boleh pilih protein tumbuhan. Tapi, untuk mendapatkan protein daripada tumbuhan, kita kena pastikan tumbuhan tersebut lengkap dengan keperluan badan kita contohnya tumbuhan yang sangat bagus untuk lengkapkan keperluan asid amino badan kita ialah Kacang Soya.

kacang soya 1

Kenapa Kacang Soya?

Badan kita perlukan protein sihat yang mencukupi setiap hari dan kacang soya ni sejenis tumbuhan yang ada 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan kita…dan paling penting kualitinya sama dengan kualiti protein haiwan. Haaa..dan apa yang paling best sebab kacang soya ni takde lemak dan takde kolestrol! 🙂 Satu lagi kebaikan yang ada dalam protein tumbuhan dan takde dalam protein haiwan contohnya ISOFLAVON.  

Kebaikan Protein Kacang Soya

1. Protein yang sihat membantu kita untuk mendapatkan otot, rambut dan kuku yang sihat

Protein sangat penting untuk membantu badan kita membina otot especially bagi lelaki yang nak buat 6 pax 🙂 Contohnya kalau korang pergi gym. Protein yang sihat ni bantu untuk kita dapatkan muscle yang lebih mantap. Sama juga untuk wanita, untuk dapatkan badan yang lebih fit, tak menggeleber dan badan lebih sihat, kita pun perlukan protein yang sihat.

Protein sangat penting untuk menghasilkan rambut baru yang lebih sihat & lebih cantik. Kalau tak cukup protein, rambut akan jadi lebih kering, bercabang, rapuh dan cepat gugur.

Kuku yang cepat patah dan rapuh adalah salah satu tanda badan kita tak cukup protein. Kalau cukup protein, kuku akan jadi lebih kuat, lebih tebal, lebih sihat dan lebih cantik.

2. Protein yang sihat bantu kita untuk mendapatkan dapat kulit yang lebih cantik

Kulit kita ni perlukan protein setiap hari sebab setiap hari ada sel-sel yang akan mati. Bila badan dapat protein yang sihat, sel akan jadi cantik dan kulit akan jadi sangat cantik, gebu, halus dan mulus! Kalau kulit banyak kesan hitam akibat parut jerawat tu..tandanya tak cukup protein lah 🙂

3. Protein yang sihat memberi manfaat dari segi tenaga dan juga stamina

Protein soya yang berkualiti tinggi akan mampu memberikan otot yang lebih kuat dan akan berikan kita tenaga. Selain tu, ianya memberi khasiat vitamin, mineral dan nutrisi inilah yang akan bantu kita untuk kekalkan stamina sepanjang hari.

4. Kandungan Isoflavons dalam kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser

Kacang soya mampu berikan kita sejenis fitokimia semulajadi iaitu Isoflavons. Fungsi isoflavons ni adalah untuk bantu kurangkan risiko seperti kanser payudara, kanser prostat dan juga mampur untuk kurangkan gejala menopaus. Walaupun isoflavons ni berfungsi untuk menghasilkan sedikit hormon estrogen tetapi ianya tak menganggu fungsi estrogen yang ada dalam badan kita dan ianya tak berupaya untuk menjalankan aktiviti yang sama seperti hormon dalam badan kita. Phytoestrogen bantu untuk mengawal keseimbangan hormon dalam badan dan kurangkan risiko tadi.

5. Menyokong kesihatan jantung dengan cara turunkan kadar LDL dalam badan

Protein soya yang berkualiti tinggi berupaya menyokong kesihatan jantung kita dengan cara menurunkan kadar LDL iaitu kolestrol jahat dalam badan kita. Selain bantu turunkan LDL, protein soya mampu untuk bantu sihatkan salur darah supaya risiko penyakit seperti strok, jantung dan darah tinggi semakin berkurangan.

6. Membantu perkembangan bayi yang sihat

Bagi ibu hamil dan juga selepas bersalin, keperluan protein dalam badan sangat penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat. Sepanjang 40 minggu di dalam kandungan, bayi perlukan protein yang lengkap untuk hasilkan organ, untuk hasilkan sel, tulang dan organ-organ lain.

Selepas bersalin pula, ibu perlukan protein yang lengkap bagi penghasilan susu ibu yang penuh dengan nutrisi yang ada antibodi dan bantu sistem imunisasi bayi. Jadi, untuk mendapatkan sumber protein yang sihat, protein daripada soya yang lengkap dengan 9 asid amino perlu akan membantu perkembangan bayi yang normal dan lebih sihat.

Jadi, memang banyak sangat khasiat dan manfaat yang kita boleh dapat daripada protein kacang soya untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Jangan ambil mudah keperluan protein harian kita ye 😉

4 Perkara Wajib Tahu Tentang Ayam yang Anda Makan

Ayam goreng, ayam berempah, ayam masak lemak cili api dan macam-macam lagilah menu ayam yang sedap-sedap tu. Tapi, kali ni saya bukan nak share tentang resepi ayam hehe..tapi saya nak bagitau perkara penting tentang ayam yang korang guna untuk masak menu best tu tu.

ayam goreng rangup

Korang masak ayam tu guna ayam kampung ke, ayam daging ke, ayam organik? Ayam yang bagus dan sihat untuk dimakan adalah ayam yang diternak secara semulajadi tanpa campur tangan suntikan. Protein daripada ayam yang disuntik berisiko tinggi kepada bahan-bahan kimia. Apa kesannya? Meh kita lihat perbandingan ayam yang diternak secara semulajadi masa zaman dulu dengan ayam zaman sekarang.

ayam yang disuntik

Ayam sekarang ni punyalah cepat besar dan cepat gemuk sedangkan usia ayam tu masih belum matang. Of course lah tujuannya supaya tokey yang jual ayam ni cepat dapat hasil tapi dalam masa yang sama kita yang makan ayam ni terdedah kepada macam-macam penyakit bahaya.

Bahaya Yang Tersembunyi Pada Ayam

  1. ayam suntikUntuk mendapatkan pulangan dan hasil yang lebih cepat, ayam diberi suntikan hormon pertumbuhan. Tujuannya inject hormon ni pada ayam supaya ayam tu cepat besar walaupun sebenarnya ayam tu masih belum matang, tak cukup umur pun lagi.

  2. Ayam juga disuntik dengan hormon tambah daging supaya ayam jadi gemuk, daging ayam jadi banyak dan orang yang jual ni pun dapat keuntungan yang lebih cepat dan banyak.

  3. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika dibandingkan dengan makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan.

  4. Ternakan hari ini kebanyakannya disuntik dengan pelbagai vaksin dan antiobiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.


Bila kita makan ayam, secara automatiknya kita makan skali hormon-hormon yang ada dalam ayam tu. Protin dari sumber haiwan ni biasanya tinggi dengan lemak dan juga kolestrol sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga penyakit hati. Jadi, kalau nak makan ayam carilah ayam yang bebas dari suntikan bahan kimia ni. Sekarang pun dah banyak jual ayam yang diternak secara semulajadi yang bebas dari bahan kimia. Tak pun makan ayam kampung je atau kurangkan makan ayam 🙂

Tips Pengurusan Masa Ibu Bekerjaya yang Buat Bisnes Part Time

Sebagai ibu berkerjaya dengan anak kecil 3 orang dan punya empire bisnes yang baru nak berkembang membuatkan diri rasa tangan kaki tak cukup mengalahkan tangan sotong! hehe..Biasalah perasan je lebih kan, mengalahkan orang lain yang anak lagi ramai. Alhamdulillah, Jumaat lepas berpeluang untuk ikuti topik yang paling dinanti iaitu Tips Pengurusan Masa kelas telegram special untuk ahli FLY Academy..tq so much pada mami Hadha atas peluang keemasan ni! 🙂

tips urus masa

Memang topik ni lah selalunya ramai ibu-ibu berkerjaya ni ada masalah..siangnya kerja macam biasa dan bila dah habis kerja sambung buat bisnes pula dan dalam masa yang sama perlu uruskan family. Sharing kali ni oleh neni Lyna Noh, beliau ni jadi Master Coordinator Shaklee waktu masih lagi bekerja kat syarikat oil & gas (Petronas)..kuar pagi2..balik dah malam..paling awal pun dah dekat maghrib..uruskan keluarga sendiri termasuklah masak sendiri untuk family dan tanpa bantuan maid. Saya kongsikan point-point penting ye..

  1. Mesti tegas dengan masa & tetapkan jadual sendiri.
    Kalau dekat ofis, fokus 100% pada kerja ofis tapi bila dekat rumah fokus pada bisnes dan rumah tangga. 
  2. Belajar macam mana nak masak dengan cepat.
    Siapkan bahan mentah dan bahan masakan di hujung minggu..buat siap2 untuk seminggu. Jadi, setiap hari tak perlu nak kupas bawang or tumbuk bagai. Weekdays masak yang simple je yang penting air tangan ibu. Weekend bolehlah nak masak special 🙂 
  3. Tetapkan masa KHAS untuk anak2 & suami especially anak2.
    Anak-anak ni cuma nakkan perhatian. Jadi, bila dekat rumah, spend masa yang berkualiti dengan family contohnya peruntukkan 30 min or 1 jam untuk entertain dorang je. No gadget, handphone dan sebagainya. Sebab anak-anak ni perlukan perhatian, jadi berikan tumpuan pada mereka. Lama kelamaan anak-anak dah boleh terima jadual kita dan akan respect dengan masa kita sebab mereka dah dapat perhatian daripada kita. 
  4. Strictly follow schedule bekerja di rumah. 
    Anak2 tido tak menentu ni normal. Jika kita dh buat jadual kerja pukul 1 pagi, mesti masuk ofis kul 1 pagi walaupun anak2 blum tido lagi..kena biasakan diri dgn tangan sotong, sambil menyusu, sambil dukung anak tp buat keja. 
  5. Enjoy waktu anak-anak membesar.
    Anak-anak ni nakkan perhatian sebab tu lah duk menepek je dekat maknya..dan memang diorang takkan faham walaupun kita dah cakap kita kerja pun untuk diorang juga kan..Jadi, enjoy jelah waktu yang ada ni. Sekejap je dorang kecik..nanti bila dah besar, dah skolah..dah ada aktiviti sendiri..kita pula yang akan rindukan moment tu kan 😉 
  6. Badan perlukan Nutrisi yg cukup & tidur yang berkualiti. 
    Bila berjaga malam, badan kita ni mudah penat jadi jangan skip makan suplemen utk pastikan badan kita ni sihat untuk kita uruskn diri, anak2, suami dan juga bisnes. Tidur berkualiti bukanlah tidur yang lama tapi tidur lena tanpa gangguan walaupun 3 jam sehari je. Jadi sebelum tidur mohon pada Allah supaya berikan kerehatan pada badan kita waktu tidur untuk kita bangun nanti dah recharge & rasa segar 
  7. Kena ada PLAN & BACKUP PLAN.
    Kalau kita plan sesuatu tetapi tiba-tiba ada perkara lain contohnya haritu dah plan macam-macam nak buat tapi datang tetamu dekat rumah. Tak mengapa, jangan down..Percaya bahawa setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Tetamu pun datang bawa rezeki 🙂 
  8. Jagalah Solat.
    Fokus dalam kehidupan bermula dari solat. Sebab tulah kalau kita rasa hidup kita huru hara, kacau bilau..check balik solat kita macam mana? Adakah kita dah beri yang terbaik pada Dia? 
  9. Jangan bertangguh. 
    Sesaat kita bertangguh, sesaat kita makin menghampiri liang lahad kita tanpa membuat perkara amal kebaikan. Bila kita fokus, tu pun dah jadi 1 amal kebaikan sebab buat bisnes shaklee ni bukan je kita berbakti kepada family kita tapi juga untuk masyarakat..bantu dari segi kewangan, masa dan sebagainya..kalau kita bertangguh..usia kita makin bertambah ..makin tua..makin dekat dengan kematian..tau-tau dah tak sempat buat ape pun..tau-tau dah mati. Syaitan bertepuk tangan bila kita tangguh2 sbb kita makin dekat dengan kematian tanpa amal kebaikan. Dunia ni bukan tempat untuk bersenang..kat akhirat sana bleh bersenang lenang 
  10. Buat Jadual & follow jadual tu.
    Bila buat jadual, masukkan sekali perkara rutin yang kita perlu buat setiap hari. Contohnya ambil anak sekolah, pantau anak buat kerja sekolah, masak dan sebagainya. Jangan buat jadual yang hanya ada tugasan yang nak buat bisnes je. Kita bukan robot dan ada tanggungjawab lain lagi yang perlu dilaksanakan…dan paling penting disiplinkan diri. Bila buat bisnes ni, kita buat benda baru yang kita tak pernah buat contohnya kena study produk. Jadi, paksa diri, latih diri smpai terbiasa. Lantik Allah s.w.t sebagai biz partner kita sebab setiap saat Allah perhatikan kita..dan kita memang takkan berani sia-siakan masa kita untuk buat benda tak berfaedah. Self discipline dan kesedaran diri sangat penting, jangan mengharapkan orang untuk ingatkn buat sesuatu.. kita semua ada akal fikiran yang diberi, tulang 4 kerat untuk buat kerja..jadi kita yang kena ingatkan diri sndiri dan jadi mentor pada diri sendiri yang ingatkan untuk buat kerja ikut jadual 
  11. Kurangkan merungut & banyakkan bersyukur
    Bila merungut, kita dah rugi beberapa saat dan dah rugi masa. Bila kita merungut, mengeluh maknanya kita tak bersyukur. Jadi, jangan mengeluh, jangan merungut, jangan membanding..banyakkan bersykukur…Insya Allah mudahan Allah akan tambah masa kita.

  12. Jangan buang masa..dengan cakap takde masa sebab tu doa
    Bila kita kata tak de masa, tak sempat dan sebagainya, itulah yang kita akan dapat sebab kata-kata tu adalah doa. Jadi, cakap yang baik-baik je..cakap yang positif sahaja.
     
  13. Dapatkan MASA YANG BERKAT dengan dekatkan diri kita pada Allah s.w.t (solat awal waktu, banyakkan zikir, selawat, mengaji Al-Quran dll)

Kesimpulannya HARGAILAH MASA, JAGALAH MASA & BELILAH MASA. Moga bermanfaat buat anda! 🙂

Tips Atasi Rambut Gugur dengan Mudah

Setiap kali sikat rambut, banyak rambut gugur dan lekat pada sikat..tak kurang juga yang bersepah  dalam bilik air. Rambut yang dulunya hitam & lebat, makin lama dah berkurang sampai nampak kulit kepala. Silap hari bulan..ditegur kawan-kawan, segan juga ye..

cara atasi rambut gugurSuka saya nak kongsikan di sini, kisah seorang pelanggan saya. Kata beliau, kepalanya tak botak lagi tapi rambutnya banyak yang gugur. Kulit kepala dah mula nampak sebab rambut makin kurang. Jadi, saya cadangkan beliau untuk gunakan Nourishing Scalp Treatment dan amalkan Zink Complex.

Mudah je guna Nourishing Scalp Treatment, hanya perlu titiskan pada kawasan rambut yang bermasalah..lepas tu urut lah sikit kulit kepala nak bagi serap. Rasa sejuk nyaman je tau bila serum tu diserap dalam kulit kepala. Serum ni lah yang memberi nutrisi pada kulit kepala untuk jadi sihat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bagaimana ianya Membantu Mengatasi Rambut Gugur?

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. 

atasi rambut gugur

  • VItamin antioksida iaitu VItamin E dan A serta CoEnzyme Q10 melindungi anda dari kerosakan rambut akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak 

Apa istimewanya serum ni ialah Nourishing Scalp Treatment merupakan formula ekslusif dan ianya terbukti mampu untuk mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat serta menguatkan rambut secara semulajadi. 

Tau tak jika kita kekurangan zink, akar rambut akan jadi lemah, rambut akan mudah rosak dan pertumbuhan rambut akan jadi sangat lambat. Zink adalah nutrien penting untuk rambut termasuk untuk pertumbuhan sel, tisu dan pembaikan tisu yang rosak. zink atasi rambut gugurIa juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut sekaligus menghalang rambut dari cepat gugur. Zink boleh menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh kita. Sebab itulah saya turut cadangkan beliau untuk ambil Zink Complex kerana zink yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat serta menguatkan rambut.

Selepas 2 minggu, anda tahu apa yang berlaku? Beliau hubungi saya dan rasa teruja untuk kongsi kegembiraan yang rambut beliau dah kurang gugur walaupun masih banyak lagi baki vitamin yang beliau ambil 🙂 Ye lah kan..jimat sangat sebab 1 biji sehari je makan zink tu. Jadi, kalau anda pun ada masalah yang sama, boleh hubungi saya di 013-9395771(Pn Muzlina) untuk konsultasi ye. Saya akan bantu anda 🙂

Masteria, Game Board yang Santai & Penuh Mesej Khas Buat Ahli Shaklee!

Assalamualaikum semua 😉 Dah lama nak cerita tentang Masteria ni. Haaa..tau tak apa tu Masteria? Korang mesti pernah dengar Jutaria, Saidina, atau permainan yang seangkatan dengannya. Waktu kecik2 dulu selalu main hehe..Kali ni, wujud pula game board MASTERIA. Konsep yang sama, permainan ala-ala duit kertas, ada aset dan sebagainya tapi uniknya Masteria ni ianya dicipta khas untuk Shaklee Independent Distributor! Haaa..special tau.

Best Ke Masteria Ni?

Kalau nak tau best ke tak..korang kena cuba main sendiri. Lepas tu..cuba perhatikan semua peserta yang main dengan korang tu Hehhee.. Tak caya? Meh tengok!

masteria supermom 2

masteria supermom

masteria supermom3

masteria supermom 4Haaa..memang gelak sakan happening habislah kalau main game ni. Sebabnya, mesej yang disampaikan tu memang kena sangat dengan realiti sebenar macam mana nak buat bisnes Shaklee ni. Dari segi untung rugi, aset, nak train downline, nak buat sales..semua lah..pendek kata bila main game ni..orang yang tak tahu apa-apa langsung tentang bisnes Shaklee pun boleh imagine dan tahu apa yang dia perlu buat kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee. Belajar sambil bermain dengan game yang santai tapi menyeronokkan. Korang bleh tengok video kat bawah ni kalau nak tau apa yang best dan menariknya game board Masteria ni sebab ramai yang langsung tak ragu-ragu untuk terus miliki game board ni selepas main walaupun baru sekali main! Hehehe..Selamat Menonton! 😉

 

Kesan Soya Kepada Kulit Bayi Jika Diamalkan Sewaktu Hamil atau Menyusu

Ibu mungkin pernah dengar cerita mengenai amalan pemakanan yang berasaskan soya dan apa kesan soya kepada kulit bayi jika ibu sentiasa amalkan sepanjang waktu kehamilan. Orang tua-tua selalu nasihatkan minum soya supaya kulit bayi jadi putih bersih dan gebu. Namun, sejauh mana kebenarannya? 

Entahkan betul atau tidak, tapi tak dinafikan ramai yang turut mengamalkannya dengan harapan kulit bayi mereka jadi cerah dan putih walau kulit mak ayahnya agak gelap. Beria minum soya setiap hari. Tapi, sekarang ni pula trend masyarakat cakap minum soya ni tak bagus sebab nanti kulit bayi mudah kena alergi, kulit jadi cerewet. Persoalannya…apa sebenarnya kesan soya kepada kulit bayi?

Soya memang dah terbukti banyak khasiatnya. Namun, apa yang menjadikan ianya terlalu banyak kontroversi yang sekaligus merendahkan kepercayaan orang ramai terhadap khasiat soya ialah bila mana makin banyak masalah kulit yang timbul pada bayi yang ibunya amalkan minum soya. Bila sebut tentang soya, jangan anggap semua soya adalah sama. Apa yang membezakan kualiti soya ialah dari segi penanamannya dan juga cara pemprosesannya. Anda kena tahu bezakan yang mana soya yang tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari dengan mengetahui kriteria dan ciri soya yang berkualiti dan terbaik

Saya kongsikan kisah benar seorang ibu yang ada pengalaman minum soya tetapi kesannya berbeza pada kedua-dua anaknya.

kesan soya pada kulit 

Ada banyak lagi kisah benar ibu yang mengalami masalah yang sama. Pada asalnya mereka anggap semua soya adalah sama..tapi sebenarnya tidak. Jadi, pilihlah soya yang berkualiti dan hanya yang terbaik untuk anda dan bayi 🙂 Sebab tulah saya memang tak ragu-ragu lagi untuk amalkan minum ESP waktu pregnant dan juga menyusu. Alhamdulillah tak ada masalah kulit, malah kulit anak nampak lebih sihat dan cantik.

Tips Menjadi Orang yang Produktif dan Gembira dengan Kehidupan Sendiri

Suka dengan apa yang kita sedang lakukan? Punya hobi yang dapat menenangkan jiwa..dapat menggembirakan hati tapi tak pandai nak arrange masa? Akhirnya seringkali hanyut dengan Sayang kan..

Dia takpelah..surirumah bolehla buat macam-macam..

Dia takpelah..engineer pandailah urus masa sebab dah belajar macam-macam..

Dia takpelah ada maid, bolehla uruskan bisnes sebab ada orang yang tolong kemas rumah..

Hakikatnya..ramai orang yang tak pernah nak mengaku silap sendiri..hampir semua suka letakkan kesalahan tu pada orang lain..suka membanding-bandingkan apa yang orang lain sebaliknya kurang menghargai apa yang sedia ada.

Di sini saya kongsikan tips bagaimana untuk menjadi seorang yang lebih produktif dan tak menyesal dengan apa yang ada. Beliau ni surirumah je..uruskan 3 orang anak lelaki tanpa bantuan pembantu rumah..tapi dalam masa yang sama dapat uruskan bisnes dari rumah..siap dapat gi jenjalan keliling dunia lagi. Macam mana beliau buat tu? Saksikan video pendek ni sampai habis ye.. 🙂

Haa..jadi macam mana? Kalau beliau pun boleh..kita pun pasti boleh! Selamat Meneruskan Kehidupan Anda dengan Gembira! 🙂

Sembelit Ketika Dalam Pantang Bukan Lagi Mimpi Ngeri Ibu Selepas Bersalin

Perasaan takut, ngilu, seriau, ngeri bagi ibu selepas bersalin ialah sembelit ketika dalam pantang. Ngeri sebab risau sangat-sangat jahitan di bahagian luka bersalin tertetas! Waktu bersalin anak pertama dulu, saya pun pernah alami sembelit ketika dalam pantang ni tapi nasib baik dah hari ke-20. Itu pun dah rasa serik sangat!!! Tapi sekarang walau anak dua dan tiga..dah tak kena sembelit 🙂

sembelit ketika dalam pantang

Kenapa Ibu Mudah Kena Sembelit Ketika Berpantang?

Percaya tak kalau saya katakan, dulu saya langsung tak pernah kena sembelit. Tak tau pun macam mana rasa sembelit tu. Seumur hidup, itulah kali pertama saya kena sembelit ketika dalam pantang. Berpeluh-peluh tau! Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan ibu mudah kena sembelit selepas bersalin.

  • Kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu pada peringkat awal selepas kelahiran
  • Sistem pencernaan berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk melegakan kesakitan semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
  • Diet ibu yang tidak seimbang semasa dalam tempoh berpantang.

Kemungkinan masalah sembelit juga lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini
  • anda mengambil pil zat besi, ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit
  • anda mendapat jahitan.

Dan..saya kena sembelit selepas bersalin tu pun sebab skip makan sayur. 2 hari je kot! Terus kena sembelit hehe.. Tobat dah tak skip lepas tu 🙂 Menu wajib saya waktu dalam pantang mesti ada sup sayur. Banyak lagi pilihan sayuran dan ulaman yang ibu dalam pantang boleh makan.

Tips Untuk Elakkan Sembelit Ketika Dalam Pantang

Kalau tanya saya, memang saya taknak rasa dah macam mana sembelit tu. Walaupun tak berpantang sekalipun. Serius serik! Hehe..Jadi, apa yang saya amalkan selepas lahirkan anak kedua dan ketiga, jaga pemakanan..dan of course lah tak lupa makan Ostematrix setiap hari.

Memang best je..bangun pagi rasa ringan badan terus membuang dengan lancar je. Walaupun saya minum air masak banyak, tapi takde masalah bengkak or sembap air pada kaki atau mana-mana bahagian badan yang lain. Kalau nak tau, Ostematrix ni jugalah yang elakkan dari lebihan air terperangkap dalam badan.

Apa kandungan utama yang ada dalam Ostematrix?

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Cuba korang tengok video ni.. Ibu muda ni serik nak bersalin lagi sebab tak tahan seksa waktu berpantang katanya. Tak sanggup kena duduk lama dalam bilik air..tapi, apa yang buat beliau berubah? Saksikan..

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Ostematrix atau Set Berpantang ni, contact je saya melalui sms/whatsapp 013 939 5771. Saya sedia untuk consult anda secara percuma 🙂

Kelas Supercomeback #4 di Universiti Multimedia Melaka

Alhamdulillah, minggu lepas kami hadir ke kelas Supercomeback di Universiti Multimedia Melaka. Macam biasalah kami, alang-alang pergi kelas..terus bercuti-cuti skali hehe..duk hotel budget je pun. Semalam adalah official class yang terakhir bagi program inisiatif Supercomeback. Ini jugalah salah satu kelebihan jadi ahli shaklee di bawah susur galur kami. Sentiasa ada aktiviti yang dapat memberi manfaat pada  Kelas tak terhenti setakat ni je tau..tapi inilah kick start untuk kami anjurkan kelas-kelas kami sendiri nanti. 

Hajat di hati nak juga meronda di sekitar universiti tersebut..dah alang-alang sampai kat universiti multimedia kan, kenalah dengan bidang saya sebagai tenaga pengajar multimedia ni. Tapi, tak sempat nak ronda pun sebab masing-masing dah kepenatan..

kelebihan jadi ahli shaklee dalam group kami

Seronok sangat dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan yang merangkap adik beradik supermom dan anak-beranak susur galur supermom. 🙂 Indahnya ukhuwah tu, bila bertemu..masing-masing dah macam kenal lama kan..heehe..Banyak ilmu yang kami belajar, berkongsi dan of course akan kami share pada anak cucu cicit susur galur kami iaitu M2R pula. 

Mentor kesayangan kami Master Hadhatina dan suami, Master Kamarul pun turun padang tau. Haaa..kalau nak tau merekalah pengasas YouRSupermom. Tengok jelah ahli-ahlinya..memang supermom! dibantu oleh tulang belakang yang kuat, Superdad ;p Dalam kelas ni, kak Yusnita Md Deris berkongsi ilmu tentang macam mana nak hilangkan sakit kepala (migraine). Beliau yang dulunya kerap sangat kena migraine tapi sekarang dah boleh kira dengan jari. Ada juga sharing special daripada abang aji kita, tips nak pikat suami. 🙂 Dalam kesibukan berbisnes, suami pun jangan dilupa. 

kelebihan jadi ahli shaklee dalam group saya

Am berkenalan dengan Areefa 🙂

nak jadi ahli shaklee

Mak-mak walaupun sibuk dengan kelas tapi anak-anak tetap jadi keutamaan

pengedar shaklee kuala langat

Sambil jaga anak-anak pun boleh sembang dengan kawan 🙂

Inilah kelas terakhir dalam Program Supercomeback..tapi, bukan bermakna kelas-kelas offline berakhir di sini. Insya Allah..lebih banyak lagi kelas yang menyusul dan akan dianjurkan oleh kami. Bila dah jadi leader, kena lah buat kelas sendiri kan 🙂 Okey, semoga berjumpa lagi di lain masa!

Faizworld Training Centre yang Selesa dan Best!

Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan menghadiri satu lagi majlis ilmu yang dianjurkan oleh sideline kami iaitu Cik Pau dan Cik Lee dari Kumpulan Jutawan bertempat di Faizworld Training Center, Paragon Point, Bangi. Ini pun salah satu kelebihan jadi ahli Shaklee jika anda sertai kami. Sempat juga saya serap ilmu tentang offline marketing, bagaimana ingin mengembangkan empayar bisnes Shaklee dan bagaimana nak praktikkan 5 lampu ajaib. Haaa…ada lampu aladin gitu! 

Alhamdulillah saya cukup bertuah berada dalam group Jutawan. Saya tak pernah jumpa lagi dalam mana-mana MLM yang boleh bawa sekali suami dan anak-anak setiap kali waktu training ataupun menghadiri event. Tapi dengan Shaklee, pemandangan yang biasa kalau lihat anak-anak riuh bermain sambil mak-mak duk fokus training. Itulah yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ni 🙂

Mula-mula jejak kaki di Faizworld Training Centre ni, Masya Allah..cukup kagum dengan ciri-ciri bilik training yang sangat kemas, cantik dan selesa untuk kami yang bawa kids skali ni. Pendek kata kalau anda sedang mencari training centre yang mesra kids.. saya memang recommend tempat ni. Antara kemudahan yang disediakan :

  1. meja, kerusi,
  2. PC(1)
  3. projector,
  4. wifi,
  5. PA System(include mic)
  6. flip  chart,
  7. writing materials,
  8. surau,
  9. kids/nursery room,
  10. toilet,
  11. pantry,
  12. waiting lounge,
  13. FREE tester utk produk shaklee

Training CentrePaling best kalau nak sewa tempat ni, boleh dapat special rate. Ekslusif tau hanya untuk kami susur galur Jutawan…hehe..Kalau orang luar sewa pun boleh tapi tak dapatlah special rate tu..dengan segala kemudahan yang ada, saya rasa harga dak cukup murah kalau compare dengan training centre lain. 

Sewa Faizworld Training Center

Harga Promosi untuk 3 bulan pertama

 Jadi, kalau korang nak sewa, silalah berhubung secara terus dengan training_course@faizworld.com atau contact je 016-3224122