Vitamin/Suplemen yang paling hangat di pasaran!!

Alhamdulillah..lagi seminggu puteriku akan berusia genap 2 bulan..sekejap je masa berlalu..dan syukur pada Allah s.w.t kerana memberikan peluang kepada saya untuk exclusively breastfeed my baby..Waktu anak pertama dulu..ilmu penyusuan terlalu cetek dan di atas kekurangan itu, putera saya tidak berpeluang untuk menikmati penyusuan secara ekslusif. Saya hanya mampu untuk fully breastfeed ketika dia berada bersama saya sahaja. Stok selepas pantang pun cenonet jek dan lepas naik kerja..stok memang kais pagi makan pagi lah..adakalanya terpaksa top up formula milk..takpela..saya jadikan pengalaman yang lalu sebagai satu motivasi dan ia amat berharga buat saya. Maafkan Mama sayang… (errr..permulaan entri agak emosi sedikit..heheh ;p) Yer..saya betul-betul terkilan.

Ada tak supplemen yang boleh tambah susu ibu?

Ada tak apa-apa yang boleh saya makan untuk bagi susu badan banyak?

Dan..banyak lagi soalan-soalan yang ditanya kepada saya terutamanya wanita yang baru bergelar ibu 🙂 Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kerana mendapat cahaya mata dan menjadi ibu yang hebat untuk anak anda! 🙂 Masih ramai yang tertanya-tanya set penyusuan apa yang diperkatakan oleh ibu-ibu sekalian. Di sini saya ingin kongsikan mengenai vitamin/suplemen yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan ibu-ibu menyusu.

Empat pilihan itu ialah

1. Pilihan Pertama – Asas

  • Mengandungi Multivitamin dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.  
  • Order Set Asas BF ;OrderNow

2. Pilihan Kedua – Optimum

  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin
  • C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu pilihan ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
  • Order Set Optimum ;OrderNow

3. Pilihan Ketiga – Tambahan Alfalfa

  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Suplemen ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.
  • Order Set Ketiga ; OrderNow

4. Pilihan TERBAIK!! 

  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Suplemen yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Pilihan yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
  • Order Set 3MOrderNow

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

*credit to www.anakkuwiraku.com

Ibu-ibu perlu ingat, jangan terlalu bergantung kepada supplemen atau milkbooster semata-mata. Apa yang penting adalah konsep demand vs supply harus difahami. Nantikan entri saya di lain masa mengenai bagaimana tips membanyakkan susu badan terutamanya untuk ibu-ibu yang masih berpantang 😉

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma mengenai suplemen mana yang tepat dengan anda untuk bantu perjalanan penyusuan si comel anda dan dapatkan tips ekslusif serta cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada saya.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


 

 

2 thoughts on “Vitamin/Suplemen yang paling hangat di pasaran!!

  1. Pingback: Cara nak menaikkan berat badan bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

  2. Pingback: Cara Banyakkan Susu Ibu Supaya Bayi Berhenti Menangis Kelaparan | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge