Kenali Psoriasis

Apakah Psoriasis?

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik yang bertompok merah, tebal dan bersisik. Psoriasis melibatkan antara 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur samada kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan yang berumur antara 20 hingga 30 tahun atau 60 tahun ke atas.

 

Tanda-tanda Penyakit Psoriasis

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis Psoriasis

Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok. Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.

  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
  • Guttate psoriasis
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
    plaque psoriasis

    plaque psoriasis

    Guttate psoriasis

    Guttate psoriasis

    Pustular Psoriasis

    Pustular Psoriasis

Apakah faktor yang menyebabkan Psoriasis?

Antara faktor yang merangsang penyakit kronik ini ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti ‘beta blockers’ untuk rawatan penyakit darah tinggi dan sakit jantung, ’lithium’ untuk penyakit psikiatri serta ubat untuk perawatan malaria boleh merangsang kepada penyakit psoriasis.

Fenomena ‘koebner’ merupakan salah satu perangsang kepada penyakit kronik ini. Ianya merupakan suatu keadaan trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan Psoriasis tumbuh di tempat berkenaan.

Selain itu.jangkitan kuman seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria ‘Streptococcus’ juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’. 

Psoriasis terbentuk di mana-mana bahagian kulit samada dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan ‘abnormality’ pada system imuniti atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.

Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan akan menjadi sel-sel mati berwarna perak.

Komplikasi yang dihadapi oleh pesakit Psoriasis

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.

Anda seharusnya :

  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
  • Menggunakan sarung tangan
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :

  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

Sumber : myhealth.gov.my 

Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya.

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk. Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

 

Antaranya pendekatan lain yang Pn.Yusrinata buat ialah :

  1. Cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan dirinya. 
  2. Memastikan dirinya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
  3. Minum air secukupnya.

Selain Nutriferon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan B complex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vitamin C – mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.

B complex – membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.

Performance Drink – untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Sejak mengambil GLA Complex, ada bahagian yang selalu kemerahan pada badan kini mula kembali ke warna asalnya. Bila ia kembali ke warna asal, ini bermaksud, saya akan rasa kurang gatal! Yippie.. I mmg loike this produk! Bila badan merah-merah, maksudnya saya akan rasa gatal dan mula la tergaru sana, tergaru sini… Alhamdulillah, sejak consum GLA, kegatalan itu sudah berkurangan. Tidak le asik tergaru aje depan pesakit (malu oooo)

Namun perlu diingatkan, GLA Complex tidak digalakkan untuk ibu hamil yer. Anda boleh baca cerita lanjut di blog beliau. 

Berminat untuk menggunakan produk ini? Email saya di tgmuzlina@gmail.com atau SMS 013 939 5771.. Untuk pengguna facebook, bleh je PM saya di Mama2R untuk respon yang lebih pantas! Anda layak mendapat konsultasi yang berterusan jika menjadi pelanggan saya 😉

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge