Stress?? Tension?? Bagaimana B Complex membantu anda menanganinya

Anda stress?? Baru je lepas stress?? atau akan stress??? Hehehe..normal la tu kan..kalau tak pernah rasa…bukan manusia namanya.. 😉 Stress ni sebenarnya bagus untuk kita..secara tak langsung akan jadi PUSH FACTOR untuk kita buat sesuatu..contohya..stress sebab nk exam..so..korang sume pun akan cuba untuk study..ye tak?? Tapi..stress melampau tu tak bagus..Kenapa yer??

Sebab stress ni punca banyak penyakit-penyakit kronik. Banyak kesan-kesan kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut, sembelit, cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan… haaa.. point yang last tu mmg menarik.. berat badan naik bukan je sebab anda byk makan..tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti tau.

Jadi..utk mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Di sini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu. Thanks to Cery Mamafaiz..idola saya nih 😉 for sharing yer.

Jom kita lihat ahli keluarga Vitamin B Complex – Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12… Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.

Kita lihat pula apa fungsi setiap jenis Vitamin B tadi..

Vitamin B1 – menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.

Vitamin B2 – Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin   B-6 dan asid folic.

Vitamin B3 – Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah; membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.

Vitamin B5 – Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6 – Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 – Bersama-sama dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dlm badan

Vitamin B12 – Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram.

Banyak kan B Complex yang dijual di pasaran?? Tapi..B Complex pilihan saya ialah…
.b kompleks

B-Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

  • Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan.
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Kenapa dalam vitamin yang dicadangkan untuk ibu menyusu dan juga ibu berpantang mengandungi vitamin B Complex? 

Bila kita stress, badan akan cepat rasa letih dan lesu. Bila stress, kita jadi malas nak fikir..dok ingat dan fikir benda sama je sampai jiwa kita pun tertekan..akhirnya badan jadi penat, letih, lesu, lemah dan tak bermaya..Muka toksah cakap la kan..Memang terpancar lah aura stress tu..Dan semua ni akan effect pengeluaran susu ibu. Perasan tak..bila anda stress..susu pun malu-malu jek nak keluar..tapi bila korang happy..Masya Allah…mencurah2..jadi mood yang baik sangat penting untuk ibu menyusu. 

Sama juga kalau ibu berpantang..sangat ditekankan..ibu tak boleh stress..kalau tak..orang tua2 cakap..boleh jadi meroyan..Sebab tu lah dalam vitamin untuk ibu berpantang pun ada b complex ni..dan waktu saya berpantang hari tu..kalau biasa saya telan sebiji sehari je B Complex..tapi bila saya rasa stress..saya telan 2 biji..B Complex ni mudah musnah dalam badan kalau kita stress..Alhamdulillah..memang berkesan dan bantu saya untuk cool down..Maklum la kan..baru ada anak dua..dengan yang sulong tu still lagi nak bermanja..taknak orang lain mandikan sume..nak mamanye gak..stress wooo..hubby pun stress sbb penat keje n travel jauh..balik..anak lak buat hal..bila dia dah stress..anak?? terpaksa la mama gak yang jaga..kadang benda kecik je..tapi sebab dlm pantang..emosi tu terlebih sensitif..jadi B Complex Shaklee banyak membantu saya..

Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Anda da tau jawapannya kan?? Ini kerana B-Complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil, pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. So, B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.  

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.. kerana kesan daripada stress/depresi amatlah buruk..jika dibiarkan ianya boleh menjurus kepada penyakit fizikal seperti overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi…. .dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik….Akhir kata…. sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai di luar sana yang sayangkan anda.

Sebarang pertanyaan produk dan pesanan, boleh hubungi saya di 013 939 5771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com….nak senang PM je saya di http://www.facebook.com/Mama2R

One thought on “Stress?? Tension?? Bagaimana B Complex membantu anda menanganinya

  1. Pingback: Sakit Kepala Sampai Rasa Nak Hantuk Dinding | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge