Omega Guard Shaklee dan khasiatnya

Kita seringkali diwarwarkan mengenai khasiat omega 3. Rata-rata produk makanan seperti telur dan susu..dikatakan kaya dengan omega 3. Haa..biasa kita jumpa kat pasaran sekarang kan? Disebabkan kebaikan omega 3 ni, masing-masing tak lepaskan peluang claim produk makanan mereka mengandungi omega 3. Tapi..tahukah anda apakah OMEGA 3????

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Sebab tulah ia digelar Omega 3. 😉 Asid lemak perlu ini sangat penting dalam metabolisme tubuh badan tapi sayangnya badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 ni. Anda harus memenuhi keperluan badan dengan mendapatkan sumber makanan yang mengandungi Omega 3 dan asid lemak Omega 3 ni paling banyak boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Mana pulak datangnya sumber ALA ni? Biasanya ALA terdapat dalam walnut, flaxseed dan minyak zaitun. Haaaa…jangan tak tau yang EPA, DHA dan ALA ni semuanya terdapat dalam Omega Guard Shaklee. EPA fungsinya dapat menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Sebab itulah syarikat pengeluar susu dan makanan bayi berlumba-lumba untuk hasilkan DHA, EPA dan ALA ni.

Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Faedah dan kebaikan Omega 3

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL JAHAT (Triglycerides & LDL) dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit.

Jadi, jangan lupa masukkan omega 3 dalam diet harian anda yer. Pilihlah minyak ikan terbaik di dunia dan pastinya Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.  Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega 3. Antara ciri-ciri suplemen terbaik ialah mestilah bertaraf farmaseutikal. Omega Guard Shaklee bukan sahaja bergred farmaseutikal tapi ianya ultratulen kerana dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi. Proses penyulingan ini juga sangatlah penting bagi menjamin omega shaklee bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?

  1. Ibu hamil / menyusu
  2. Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas
  3. Lelaki
  4. Warga emas
  5. Penghidap darah tinggi/kolestrol tinggi/diebetes
  6. Penghidap asma
  7. Mereka yang obesiti
  8. Mereka yang ingin pecahkan lemak-lemak degil
  9. Mereka yang mementingkan kesihatan

OrderNow

2 thoughts on “Omega Guard Shaklee dan khasiatnya

  1. Pingback: Tips mudah kawal kolestrol tanpa ubat | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

  2. Pingback: Sakit Sendi? Atasi Segera Supaya Dapat Bergerak Bebas Seperti Dahulu! | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge