Cara Menghilangkan Jerawat Supaya Tampil Lebih Yakin di Khalayak Ramai

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak, kulit berkedut selalu buat kita sebagai wanita jadi emo, moody kan?! Puas cuba macam-macam produk tapi hasilnya bukan makin elok, makin teruk adalah! Di sini, saya kongsikan cara menghilangkan jerawat dan bekas jerawat dengan berkesan supaya tidak akan merosakkan kulit muka tapi akan buat kulit muka lebih sihat, cantik berseri-seri. 

Produk kosmetik sekarang ni banyak yang gunakan bahan kimia berbahaya. Dekat label tak tulis tapi bila sekali kantoi..terbongkarlah semuanya! Yang tanggung akibatnya, kitalah sebagai pengguna. Ada juga yang kononnya dapat putihkan kulit tapi bila dilihat kesannya, kulit putih pucat macam orang sakit! Yang kita nak biar cerah semulajadi, pipi nampak merah natural gitu 🙂 Parut jerawat memang susah nak hilang kalau kita tak jaga makan, obviously nampak tak cantiklah kalau bekas jerawat banyak sangat, makin lama kulit muka nampak kusam dan tak berseri.

Apa yang kita boleh buat ialah rawat kulit dari dalam supaya kulit rosak dapat diganti dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Ada sorang pelanggan saya yang dah cuba Set Kecantikan Shaklee ni. Dia cuma ambil yang basic je iaitu ESP dan Vitamin C dan konsisten makan setiap hari. Hasilnya jerawat yang dulunya meriah kat muka dah tak ada dan kulit dia lebih licin dan lebih cantik dari dulu. Lepas tu dia upgrade Set Premium Kecantikan yang kat bawah ni sebab puas hati sangat dengan kesannya.

Set Kecantikan Shaklee yang pastinya akan buat anda dan orang kesayangan anda terpikat 😉

Haaa..set kat atas ni nak cuba satu per satu pun boleh tau. Yang pasti, mesti anda teruja bila kulit cantik tanpa make up dengan Set Kecantikan Shaklee :
♥ Tak perlu susah nk cuci make up bila nak solat
♥ Tak perlu tepek make up utk tutup jerawat,parut dan pori besar kat muka
♥ Tak perlu cucuk sana sini nak bagi kulit tegang dan anjal
♥ Tak perlu touch up2 muka sebab muka berminyak
♥ Tak perlu habis ribu riban gi buat facial treatment
♥ Tak perlu tanggung risiko kesan bahan kimia berbahaya yg
♥ Tak perlu susah2 cari kat kedai yg harganya jauh lebih mahal sbb saya jual jauh lagi murah 😉

Dahtu..Apa yang anda perlu?

  • Kita perlu cantik untuk suami
  • Kita perlu sihat untuk diri sendiri,suami,anak2,keluarga dan orang sekeliling
  • Kita wajib jaga anugerah Allah s.w.t yg tak ternilai ni..waktu kita baby..kulit kita perfect! Takkan nak sia-siakannya????

Apa yg anda akan dapat?

  • Kulit muka yang CANTIK, GEBU, ANJAL, LICIN BERSERI2!!!
  • Badan yg SIHAT, CERGAS & BERTENAGA
  • Pasti tersenyum sepanjang hari kalau suami yg puji wink wink 😉

NATURAL BEAUTY…idaman setiap wanita cantik dan bijak. Meh tengok apa fungsi setiap vitamin untuk kecantikan.

Vitamin E : Terkenal sebagai vitamin awet muda. Antioksidan yang ada akan lindungi sel badan kita dari rosak lebih-lebih lagi sekarang ni udara pun dah tak bersih…dah tercemar dengan asap rokok, asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Vitamin C : Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan juga parut. Ia juga sangat penting dalam pembentukan kolagen dan membantu menganjalkan kulit. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr.Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C!. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 B-complex : 1 tablet B Complex lengkap dengan 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantotenik dan asid folik. Badan kita sentiasa perlukan tenaga lagi2 kalau kita aktif. Jadi, B Complex akan tukarkan semua yang ada (stored energy) kepada tenaga sepanjang kita aktif. Bagi wanita yang kerja, dahlah penat kat office..menempuh traffic jammed lagi..balik rumah kena buat kerja rumah. Fuh!..memang penat dan stress tak boleh lari. B Complex ni adalah anti stress semulajadi. Tahukah anda yang stress juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat dan membuatkan muka kita nampak lebih cepat tua. Jadi, B complex membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan. Barulah wajah kita nampak fresh, tak kusam dan berseri2.

Protein Isolate Powder (ESP) : Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut seperti jerawat, stretch mark dan sebagainya. Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Parut jerawat yang hitam adalah disebabkan protein yg tidak cukup dalam badan.

Collagen Powder : Mengecilkan liang pori-pori yg kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut, menyokong kesihatan sendi dan tulang, menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, dan bercabang serta bersinar, membantu dan menegangkan payudara, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit yang tidak sekata serta melembapkan kulit. Jom tengok TESTIMONIAL COLLAGEN POWDER

Kecantikan dan kesihatan sangat berkait rapat sebab kecantikan akan secara automatik terserlah jika sel dalaman dan luaran badan kita sihat. Jadi, kenapa kita nak melabur dalam produk kecantikan semata-mata kalau kita boleh dapat produk berkualiti yang memberikan kedua-duanya sekali? Jadilah pengguna bijak! Harga pasaran bagi complete set (sustained release vitamin C) ialah RM743.25. Semua vitamin ni bukan habis serentak dalam masa sebulan je tau..Macam b complex dengan vitamin e tu untuk 4 bulan. Sustained release vitamin C plak untuk 6 bulan. Ok..yang dalam gambar ni saya letak vitamin C chewable..sebab waktu saya amik gambar ni stok vitamin C adult takde hehe..Lebih murah dan jimat sebenarnya amik yang adult. Kalau memang anda bercadang nak ambil complete set, saya cadangkan terus register jadi ahli je RM65 lepas tu terus bleh dapat harga ahli..banyak sangat bleh jimat tu! Bleh dapat cash bonus lak lepas tu 🙂 

Banyaknya kena makan! Pasti anda semua terdetik macam tu kan? Jangan risau ada jadualnya 🙂

Sebenarnya banyak lagi vitamin untuk dapatkan kulit yang cantik. Anda boleh lihat video menarik ni sampai habis kalau nak tahu macam mana Cik Farizan Mazlan ni yang dulunya kulit muka berjerawat teruk akibat salah guna produk. Lepas 7 tahun, beliau transform jadi wanita berkulit cantik, licin, gebu dan berseri-seri!

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan produk, sila hubungi saya di 013 939 5771 atau tgmuzlina@gmail.com. Saya sedia mendengar masalah kulit anda dan membantu anda menyelesaikannya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge