Kulit merah dan melecet kembali pulih dengan ESP

ESP oh ESP..setiap bulan..ESP lah yang dicari oleh pelanggan2 saya..tak kira lah bulan promo atau pun tak. Actually banyak sebab kenapa saya suka sangat minum ESP ni, tapi kali ni saya nak share mengenai kesan minum protein soya ESP ni kepada pemulihan kulit sekaligus mencantikkan kulit.

Pernah tak anda mengalami masalah kulit seperti melecet atau luka pada kulit? Waktu saya mengandungkan Arissa..kulit saya sangat sensitif especially bahagian celah2 pelipat..waktu preggy kan badan cepat sangat berpeluh dan panas..hinggakan kulit saya jadi cepat merah dan melecet bila bergesel dengan kain..pernah rasa kulit melecet? Ya..pedih memang pedih! Tak selesa yang amat..bila dah sembuh, kulit yang merah dan melecet tadi meninggalkan parut yang agak hodoh dan kehitaman. :( segan bila tengok kulit sendiri! Lagi segan dan malu bila berhadapan dengan suami :( lepas sembuh..jadi lagi..dan masalah ni berulang2 hinggalah ke saat bersalin..kalau pegang..rasa menggerutu je kulit..Dalam kepala duk fikir..alahai..mana nak letak muka ntah! rasa macam taknak bersalin jer selagi tak sembuh. Waktu ni saya tak makan lagi ESP memandangkan kewangan pun tak mengizinkan..Lepas bersalin, masalah kulit sensitif pun takde..agaknye alahan sebab preggy je kot…tapi yang tak bestnya..parut hitam tu tak hilang..huhuh..skali tengok macam daki yang berkumpul pun ada..kalau scrub..of cos ler jadi merah balik..haish..dilema betul..

Habis je berpantang, saya tengok parut yang dulunya gelap dan kehitaman dah mula bertukar jadi merah, macam nak bersalin kulit gitu. Waktu berpantang saya makan set asas untuk berpantang lah yang ada multivitamin (vitalea), b complex, vitamin c dan zink. Lepas habis set pantang, saya upgrade set pantang tadi kepada set menyusu 3m yang ada ESP..dan saya add on Mealshakes..Sebenarnya mealshakes tu untuk Arfan sbb dia susah sangat nak makan..tapi saya cilok satu sudu untuk bancuh dengan ESP. rasa memang best! baunye wangiiiii..harum macam aiskrim vanilla..hehhe..Lepas habis 1 tin..saya perasan kulit yang tadinya tak cantik..da mula menghasilkan kulit baru. Parut hitam dah tinggal sikit2 je masa tu..hepi sangat sebab tak sabar nak tengok hasil yang seterusnya. Alhamdulillah susu pun meriah..cukup buat Arissa.

Lepas dah habis beberapa tin, kulit bertambah licin, halus je rasa..tekstur kulit pun makin cantik…takde lagi dah parut yang mengurangkan keyakinanku itu..Segan weh! orang lain tak kisah pun sebab tak nampak..aurat! Hehe..tapi kalau ngan suami sendiri..mana mau letak muka?  Bila dah rasa sendiri kesan ESP ni..sehari tak minum rasa macam tak lengkap. Kalau lah waktu preggy tu saya minum, mesti takdenye parut hitam wlaupun dah sembuh..huhu..Kulit yang sihat akan sembuh dengan cepat dan tidak akan meninggalkan parut yang hodoh..dan PROTEIN lah yang memainkan peranan dalam proses penyembuhan kulit ni.

Bagaimana proses pemulihan kulit berlaku?

Apabila kulit kita luka, badan akan menggunakan nutrien yang kita dapat dari makanan untuk mulakan proses pemulihan. Antara vitamin yang terlibat adalah vitamin A, vitamin C dan juga mineral Zink…dan yang paling penting untuk proses pulihkan luka adalah Protein. Protein sangat membantu dalam penghasilan fiber yang kuat dan merupakan komponen utama dalam pemulihan tisu kulit. Kalau badan kita kekurangan protein, lambatlah sikit kulit tu nak pulih..dan menyebabkan kulit tidak diganti dengan sel kulit yang baru. sebab tulah tinggalkan kesan parut or hitam pada kulit.

Protein juga terdiri daripada asid amino yang membentuk sel dalam badan. Pasti anda sinonim dengan kolagen kan? Ya..kolagen adalah bahan fiber yang fleksible dan kuat… juga dihasilkan oleh protein dan ianya menguatkan lagi fungsi kolagen sebagai pengikat tisu kulit untuk menyembuhkan kulit yang luka dengan cepat. Lihat, betapa pentingnya protein dalam proses pemulihan luka. Jadi, rajin2 lah makan makanan yang ada protein macam daging, ikan dan sebagainya kalau nak kulit cantik! Saya pilih ESP di samping makanan harian yang lain sebab nak tampung mana2 sumber protein yang tak cukup. maklumlah kan..protein ni cepat musnah bila terkena suhu yang panas. Nak makan daging, ikan semua tu mestilah melalui proses pemanasan seperti menggoreng, mengukus dan sebagainya. Jadi, brapa banyak je yang tinggal protein yang kita dapat sebenarnya…Sebab tulah kulit lambat baik.hehehe..tapi sekarang saya dah ada ESP.. :)

Leave a Reply