Cara nak menaikkan berat badan bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif

Apa yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini adalah cara bagaimana nak menaikkan berat badan bayi yang hanya menyusu susu ibu sahaja. Pertama kali tahniah saya ucapkan pada ibu yang memilih untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif! Percayalah..pilihan anda sememangnya terbaik untuk bayi anda 🙂 Sebab susu ibu memang diciptakan oleh Allah s.w.t mengandungi pelbagai khasiat dan nutrien yang sangat bagus untuk bayi. Kebanyakannya bayi yang menyusu susu ibu sangat sihat..bam bam gitu!..tapi ada juga yang sebaliknya. Setiap kali bawa anak untuk monthly checkup, saya pasti semua ibu teruja dan berdebar-debar bila nurse suruh letak bayi atas penimbang. 😉 Apa yang bermain dalam fikiran ibu..agak-agak naik tak berat badan anak aku ni? Macam tu lah yang saya rasa bila bawa Arissa dan Arfan pergi checkup waktu baby dulu. Tapi bezanya waktu Arissa memang terlebih excited dan terlebih risau juga sebab Arissa memang menyusu secara ekslusif. Kesian Arfan..mama cetek ilmu waktu tu..dalam pantang dah campur2 sikit dengan susu tepung. 🙁 

berat badan bayi

Macam mana nak naikkan berat badan bayi? Adakah bayi mendapat susu ibu yang mencukupi?

Normally berat badan bayi akan turun sedikit selepas beberapa hari dilahirkan. Selepas itu berat badan bayi akan bertambah semula seiring dengan pembesaran bayi. Secara pengiraan mudah, berat badan seorang bayi akan meningkat 2 kali ganda berat dari berat badannya selepas dilahirkan apabila mencapai umur umur 5-6 bulan, dan kemudian meningkat kepada 3 kali ganda apabila meningkat umur 12 bulan. Bayi perlu disusui bila-bila masa yang dia nak (on demand) tak kiralah waktu malam atau pun siang. Biasanya bayi yang baru lahir menyusu 8-12 kali dalam masa 24 jam. Jangan terkejut jika ada bayi yang nak menyusu lebih dari 12 kali 🙂 It’s NORMAL!

Ibu kena alert tanda-tanda yang ditunjukkan bayi anda untuk menyusu (feeding cues) seperti mulut terbuka mencari susu, menghisap jari, menangis serta susu ibu akan menitis dari buah dada. Kalau ibu nak tahu samada bayi minum susu yang cukup atau tak..boleh check lampin/pampers bayi. Biasanya, bayi buang air kecil 6-8 kali sehari, dan urine berwarna kuning pucat, serta buang air besar beberapa kali sehari. Kadang-kadang tu setiap kali lepas menyusu. hehe..Pastikan bayi mendapat foremilk dan juga hindmilk iaitu susu awal dan susu akhir. Susu awal (foremilk) agak cair dan fungsinya untuk menghilangkan dahaga bayi manakala susu akhir (hindmilk) agak pekat dan berlemak. Susu akhir inilah yang mempengaruhi berat badan bayi. Jadi, bila ibu menyusukan bayi, pastikan bayi minum pada sebelah payudara terlebih dahulu sehingga habis, sangatlah tak digalakkan untuk tukar-tukar ye sebab nanti bayi tak dapat hindmilk tu.

Susu ibu adalah susu yang paling sesuai dan terbaik untuk bayi lebih-lebih lagi jika bayi pra-matang, doktor sentiasa galakkan bayi diberi minum susu ibu. Jadi, ibu perlu pastikan makanan yang ibu ambil adalah seimbang dan minum air secukupnya. Waktu 6 bulan pertama usia bayi, bayi dapat khasiat sepenuhnya dari susu ibu. Biasanya penghasilan susu ibu adalah mengikut keperluan bayinya. Sekiranya bayi menyusu setiap jam & masih tidak puas (menunjukkan feeding cues), masalah yang sering berlaku adalah posisi penyusuan atau pelekapan pada payudara yang kurang betul. Bayi boleh berhenti menyusu secara tiba-tiba jika tak selesa. Sebab tulah masih lapar. Cara untuk mengatasinya adalah untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi (biasanya kumpulan ini terdiri daripada doktor, jururawat serta sukarelawan hospital / klinik kesihatan). Puan boleh cuba menghubungi pihak hospital yang menyambut kelahiran bayi anda. Bayi yang puas menyusu akan tidur, kerap kencing dan berak seperti yang dihuraikan di atas dan bila bayi bangun, dia kelihatan sihat dan aktif.

Ibu tak perlu risau, jika doktor bagitau berat badan bayi hanya naik sedikit sahaja dan didapati bayi tiada masalah kesihatan. Ibu hanya perlu risau jika berat badan bayi menurun. Apa yang perlu ibu buat adalah susukan bayi sekerap yang mungkin dan jaga pemakanan supaya kedua-dua ibu dan bayi dapat manfaatnya. 

Cadangan suplemen untuk naikkan berat badan bayi

Selain dari itu, ibu juga boleh mengambil set menyusu shaklee . Paling tidak pun, lengkapkan keperluan harian ibu dengan vitamin asas seperti multivitamin vitalea dan protein ESP. Kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu tak sedar yang menu yang kita makan setiap hari masih tak cukup untuk tampung keperluan badan yang menyusu. Saya kongsikan di sini pengalaman salah seorang pengguna Shaklee yang juga mentor saya waktu beliau menghadapi situasi yang sama.

PENGALAMAN DI SCN (Special Care Unit utk baby premature) HOSP MIRI, SARAWAK
oleh : Lyna Noh

salam & hi semua

nak kongsi pengalaman saya, bukan testimoni ya tp pengalaman

anak kedua saya premature, & kena masuk incubator. masa dalam SCN tu saya room-in dgn dia. sebilik dgn saya ialah srg ibu dari Limbang (masa tu kami di sarawak). kawan sebilik saya ni dah 2 bulan baby dia berat 1.6kg, tak naik2 (menyusu badan). utk keluar dr hospital baby kena 1.8 kg. 

dia kata dah merayu2 dgn Paeds minta balik, sbb ada anak lain lagi di rumah, tp paeds tak beri.

dia tgk Fahry cepat naik berat badan, dia tanya saya apa dia boleh buat utk naikkan berat anak dia. yela dah 2 bln tak naik2, campur dengan sblm tu, rasanya dah dkt 4 bln dia kat situ. kita ada pendapat macam2.. tp cuba duduk tempat dia. 4 bln berkurung, dgn anak2 tak boleh datang visit dia… Limbang nak ke Miri jauh, kena lalu Brunei semua…

saya dgn doa, bg dia VITA-LEA & ESP, saya kata cuba la try, kita ikhtiar kan. sbb dia pun exclusive BF (best sgt hosp tu, sbb semua ibu wajib kena BF). Alhamdulillah, minggu depannya dia dah boleh balik, sbb berat badan anaknya dah naik. Happy sgt rasa.

tu walaupun org cakap macam2 ttg susu pekat tak pekat, tp dr pengalaman ni saya cuba utk tolong ibu2 yg ada masalah macam ibu ni. kita ikhtiar, hakikatnya semuanya datang dari Allah jua. jadi atau tak jadi, jika Allah kata “kun” faya kun… jika Dia kata jadi, maka jadi lah…dia Dia kata tak jadi, maka tak jadi lah. apa2 pun, ada hikmah di sebalik apa2 musibah/nikmat yang kita dapat.

Sering saya tekankan, pengambilan suplemen mestilah seiring dengan usaha ibu untuk mematuhi konsep asas breastfeeding. Ibu boleh kenal pasti sama ada ibu betul-betul apply atau tidak konsep ni dalam entry ini >> Supply on Demand

Arissa berat naik

Arissa berusia 16 hari 🙂 Alhamdulillah berat Arissa naik cantik.

Untuk order Vitalea & ESP ;

OrderNow

Ibu boleh hubungi saya di 0139395771 melalui whatsapp atau sms untuk maklumat lanjut.

One thought on “Cara nak menaikkan berat badan bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge