Master Coordinator Shaklee..mampu merubah impian anda jadi kenyataan!

Sebut je Master..memang rasa mak aih…tak larat den nak sambung belajar! Saya memang minat belajar tapi saya tak suka exam! Hehehhehe..boleh gitu? 😉 Tapi Master yang satu ni memang salah satu impian saya..Menjadi Master Coordinator Shaklee merupakan impian yang agak besar bagi saya sebenarnya tapi saya ada impian yang jauh lagi besar! Apa tu?? Nanti saya kongsikan yer. 🙂 

Mungkin ada yang bertanya..macam mana lah agaknya si Muz ni tiba-tiba terjebak dengan bisnes Shaklee. Tak pernah buat bisnes..alih-alih rancak pula bisnesnya! Ooopss..bukan tak pernah buat langsung..pernah..tapi kecil-kecilan je..macam jual tudung, jual kerepek..jual tupperware..sambil2 je hehehe..

Think Big

Monthly & Daily planner

Bagaimana saya bermula dengan Bisnes Shaklee?

Segalanya bermula apabila saya berpantang anak kedua iaitu Nur Arissa Husna, 2 tahun lepas.  Sebenarnya saya dah amalkan sejak anak pertama..tapi waktu tu usia anak sulong dah pun setahun setengah. Lepas habis pantang, baru saya decide untuk jadi ahli. Ngam-ngam pada tarikh lahir saya! 😉 Anda boleh baca kisah saya berpantang dengan vitamin Shaklee kat entry atas ni. Lepas dah rasai sendiri betapa bestnya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, saya suka-suka je cuba untuk kongsi dengan kawan-kawan..mula kongsi faedah-faedah yang saya dapat bila consume vitamin Shaklee ni. Sedar tak sedar, eh…boleh dapat side income rupanya! Memang syoklah! Sebab saya kat rumah je..sambil surfing, sambil update status..sambil blogging..tiba-tiba dapat bonus tengah-tengah bulan! Wah…bestnyerrr!! Lepas tu ..teruskan jelah sampai sekarang 🙂 Alhamdulillah..dapatlah merasa bonus 4 angka setiap bulan..

Biasanya bila kawan-kawan tanya, wah! masyuk bisnes ko sampai dapat 4 angka tiap2 bulan?! Agak-agak dalam kepala dia berapa ribu tu? RM9999 ? Hehhe..4 angka gak tu..ke RM 1000? Hah..jauh beza tu! Kalau dah RM9999..saya dah solat istikharah nak tender resign dah! Hehehhe. ;p Boleh gitu? Tapi..walaupun minima RM1000 sekalipun..siapa yang nak bagi tengah-tengah bulan kan? Setiap bulan pulak tu! Kelebihan-kelebihan yang saya dapat dengan menjadi ahli Shaklee digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian saya. Hurmmmm..Jadi, jika anda juga punya impian dan ingin menjana pendapatan sampingan setiap bulan..anda boleh sertai kumpulan kami. Insya Allah kami bantu sedaya upaya untuk realisasikan impian anda..tapi ada syaratnya! Kalau nak join buat bisnes then goyang kaki tunggu duit masuk berkepuk2 tiap-tiap bulan..sorry to say..ini bukan tempatnya! 🙂 Kami berniaga produk dan menjadi amanah dan tanggungjawab kami untuk bagi training pada downlines. Shaklee takkan bayar satu sen pun kalau kita goyang kaki tak usaha apa-apa k! Yang penting..mesti kena rajin usaha, punya semangat yang kuat dan keazaman yang tinggi untuk buat bisnes Shaklee ni. Insya Allah kejayaan milik anda! Anda pun boleh berjaya..walau bermula dari ZERO..tapi anda mampu membina Empayar anda sendiri suatu masa nanti! Sekarang..saya juga sedang membina Empayar saya sendiri.. Marvellous Mama2R Family 🙂

Empire Marvellous Mama2R Family

Master Coordinator Shaklee..apa yang bestnya?

Oh…selain pendapatan yang limitless..banyaaaaaaak sangat impian yang boleh saya capai!Saya buat Shaklee bukan semata-mata nak jadi Master Coordinator..tu title je..hanya pada nama. Tapi…impian saya jauh lebih besar dari tu. Saya tak pernah reveal semua impian ni kat public..biasanya dalam secret group tu ada lah..tapi kali ni Allah gerakkan hati saya untuk kongsikan di sini. Mudah-mudahan..moga anda semua bermurah hati turut sama mendoakan kejayaan saya dalam Bisnes Shaklee ni. 🙂

  1. Saya nak FINANCIAL FREEDOM – Ya! Bebas kewangan..saya bukan nak kaya sangat pun tapi saya nak ada PILIHAN..Alangkah bestnya kalau kita nak apa-apa, tak terikat dengan masalah kewangan. Kadang-kala, saya terpaksa memilih sesuatu hanya di bawah kemampuan saya..walaupun impian saya berbeza. Saya taknak ulas panjang di sini tentang kewangan…cukuplah dalam pengetahuan kami 🙂
  2. Saya nak TIME FREEDOM – Saya taknak terikat dengan kerja yang saya tak boleh control. Pendek kata..impian saya nak jadi WAHM…surirumah berpendapatan tinggi. Saya boleh control masa saya sendiri, dan yang paling penting..saya boleh jaga anak-anak sendiri dan boleh bercuti bila-bila masa yang saya nak..even nak balik kampung sekalipun takkan terikat dengan jadual kerja yang memerlukan saya berada di ofis sepanjang masa.
  3. Saya nak ada rumah sendiri di atas tanah sendiri – Yang ni, of course bila No.1 dah dapat..Insya Allah no.3 bisa diatur. Kalau dilihatkan harga hartanah sekarang..memang mampu telan air liur jelah..semuanya dah cecah 300-500k. Kalau 10 tahun lagi..20 tahun lagi?? Ikhtiar saya supaya anak-anak dah ada tempat yang secure untuk mereka dan selesa untuk mereka..

Rasanya cukuplah 3 IMPIAN BESAR saya ni dikongsikan di sini..Sebabnya impian saya banyak lagi bila impian No.1 tu tercapai.. 🙂 Nak bawak family gi haji ke..umrah ke..holiday ke..semua boleh! Moga saya diberi kekuatan dan ditetapkan hati serta keazaman dalam apa yang saya usahakan. Insya Allah 🙂

Alhamdulillah..saya di bawah payung Master-Master hebat..bukan je jaya harta tapi kaya jiwa. Susur galur saya bermula dari Master Norita Idris > Master Shareeza > Master Lyna Noh > Master Hadhatina. Bermula dengan Shaklee..dan merekalah yang merubah corak pemikiran saya kepada 360 darjah! Terima kasih pada mereka yang membawa saya ke dunia Shaklee terutamanya yang menjadi tulang belakang saya iaitu suami tersayang, anak-anak dan ayah bonda tercinta. 

Master Hadhatina a.k.a Mami Hadha

Master Hadhatina a.k.a Mami Hadha

Master Lyna Noh

Master Siti Nurazlina a.k.a Lyna Noh

Presidential Master Shareeza a.k.a Cery Mamafaiz

Master Cery Mamafaiz

Dengan menjadi Master Coordinator Shaklee..ianya adalah titik permulaan bagi merealisasikan impian-impian saya dan tentunya anda jug! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge