7 Ramuan Istimewa yang ada dalam Shaklee Collagen Powder

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder ni berbanding dengan kolagen lain yang banyak dijual di pasaran? Tak sama ke kolagen yang berlambak jual kat luar tu? Rasanya, rata-rata bagi peminat kolagen..pasti tertanya-tanya, apa yang menyebabkan ramai yang bagi feedback positif selepas minum kolagen Shaklee ni. Cepat pulak tu..ada yang seawal 3 hari pun dah dapat rasa perbezaannya! Tak kurang juga seawal 7 hari, masing-masing dah jatuh cinta dengan kolagen Shaklee ni. Semuanya teruja dengan kesan yang dialami. 

Jom, kita singkap rahsia kolagen Shaklee ni. Semuanya disebabkan oleh 7 ramuan istimewa yang diadun khas dalam setiap 1 sachet kolagen. 🙂

  1. Ekstrak biji benih Camelia Japonica (Tsubaki) –  Ekstrak biji ini mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi isoflavan yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas
  2. Ekstrak Pfaffia –  Digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camelia japonica, ianya dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
  3. Kolagen Ikan (RSS – Red Snaper Scale) –  Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen daripada binatang. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen utk menjadikan kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  4. Ekstrak Kerang-kerangan –  Glukosamina daripada ekstrak kerang kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan Mata.
  5. Lactobacillus Acidophilus – Lactobasilus acidophilus ialah sejeinis bakteria baik. Ia membantu untuk memgimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
  6. Vitamin C –  Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.
  7. Vitamin B (B2 & B6)–  Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi pengeluaran kolagen dlm sel

Kolagen Shaklee ni bukan semata-mata kolagen je tapi sebab gabungan daripada bahan-bahan istimewa seperti yang tersenarai di atas inilah yang menyebabkan kesan yang sangat cepat dan sangat berkesan untuk membantu kolagen ikan sekaligus menyokong kecantikan dari dalam hingga lah ke luaran . Anda beli 1 je..tapi anda dapat 7 khasiat utama. Best kan! 🙂

Dan..inilah tujuan utama kenapa Shaklee Collagen Powder menggunakan kombinasi bahan-bahan hebat ni.

kandungan utama kolagen shaklee

Dan jika anda amalkan secara konsisten Shaklee Collagen Powder ni..anda turut akan dapat 7 manfaat ni juga :

  1. Anti-penuaan : kurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  2. Menghidratkan : kulit jadi makin lembap dan kurangkan rasa kering serta menggelupas pada wajah
  3. Mengembalikan keanjalan kulit : kulit lebih tegang, anjal dan lembut
  4. Melicinkan : kulit lebih lembut dan licin
  5. Menyubur : galakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar
  6. Mencerahkan : kurangkan pigmentasi, jeragat dan ratakan warna kulit
  7. Menegang : membantu menegang dan menanjalkan payudara

Nak tahu siapa lagi yang sukakan collagen pwder ni?? Meh jenguk kat sini >> TESTIMONIAL PENGGUNA COLLAGEN POWDER

One thought on “7 Ramuan Istimewa yang ada dalam Shaklee Collagen Powder

  1. Pingback: Tips Pilih Kolagen Terbaik dan Paling Berkesan | Mama2R ~ All About Breastfeeding | Health | Beauty | Vitamins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge