Resepi Roti Roll ala Sushi Roll

Oh..actually saya tak tahu pun apa nama sebenar resepi ni hehehe..asalnya saya belajar daripada kawan tempat kerja lama saya dulu..pergi open house..terus jatuh cinta! Saya n memang peminat sushi..hehe..so, yang ni pun ada lah rasa sushi tu sebab letak seaweed..dan paling best sebab takyah masak nasi sushi hahhaa.. :p Rajin pulak diriku buat memalam ni..alkisahnya ngidam nak makan..so, sebelum bersalin..cepat2lah buat dan makan :p

Ramai pula yang minat nak tahu macam mana caranya..mudah je tau..
Jom tengok apa yang korang perlukan kalau nak buat..

Bahan-bahan
1 bungkus roti (saya guna gardenia)
Seaweed secukupnya
Mayonis
Crab stick
Kepingan cheese

Cara-caranya

1. Buang dulu kulit roti di bahagian tepi, kemudian mampatkan roti tu. Saya guna pencanai tu je..alah..kalau takde, korang gunalah tips zaman dulu.guna gelas ke..makes sure basuh bersih 🙂
2. Sapu mayonis atas roti yang dah pun dileperkna tadi. Mayonis ni bertindak sebagai perasa dan juga gam nak bagi lekat.
3. Pastu, letak lah seaweed, diikuti dengan cheese, crabstik atau apa2 jelah inti yang korang suka..contohnya timun,telur ke..
4. Lepas tu..gulungkan aje. Sampai lekat..kalau tak lelat, buhla mayonis tadi.
5. Potong pendek-pendek macam bentuk sushi tu.. sambil potong sambil makan lebihan yang tak cantik tu..jangan buang lak hehe.

Siap!

Mudah je..boleh cuba untuk minum petang or kudap-kudapan bila perlu 🙂

20140927-002432-1472639.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge