15 Kebaikan Vitamin C yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal

Bila sebut vitamin C, pasti ramai yang ingat khasiatnya hanya untuk kecantikan. Sebab tulah ramai yang berebut-rebut nak beli Vitamin C Organik satu ketika dulu. Sanggup beli walaupun RM1 – RM2 sebiji! Kalau bab cantik, semua sanggup kan? 🙂 Tapi, kalau korang tau banyak lagi khasiat vitamin C ni, pendek kata hampir semua benda lah boleh buat pada badan kita ni..lebih lagi bila melibatkan nyawa!

vitamin c 3

15 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.

3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyakproduk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.

4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.

5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

6. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

7.  Melancarkan Peredaran Darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas atau dalam bahasa mediknya angina pectoris juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

8.  Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

9.  Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes

Vitamin C mengawal paras gula dalam darah dan melindungi daripada komplikasi yang disebabkan oleh diabetis. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

10.  Membantu dalam Merawat Kanser

Terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat membantu ubat untuk mematikan sel kanser dengan lebih berkesan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Fungsinya sebagai antioksidan melindungi sel dan DNA daripada rosak dan mengalami mutasi. Vitamin C menyokong sistem pertahanan badan untuk melawan kanser dan mengurangkan risiko hampir kesemua jenis kanser. Bukanlah bermakna vitamin C ni boleh rawat kanser tapi vitamin C nilah yang bantu kuatkan sistem pertahanan badan untuk memerangi sel-sel kanser.

11.  Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

12.  Mengurangkan Simptom Asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

13.  Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

14.  Mengurangkan Risiko Katarak

Vitamin C mainkan peranan penting dalam memulihkan penglihatan dan juga melindungi daripada pembentukan katarak yang boleh mengakibatkan buta. Ini disebabkan oleh kanta mata perlukan dos tinggi bagi vitamin C untuk membuang dan menghalang radikal bebas yang terbentuk daripada kesan cahaya matahari.

15. Membantu Merawat Tibi

Salah satu kajian yang dipaparkan dalam journal di Nature Communications mendapati vitamin C boleh membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit tuberculosis atau lebih dikenali sebagai tibi. Vitamin C berpotensi sebagai antibakteria dalam menjalani rawatan penyakit tibi.

Sangat banyakkan khasiatnya? Jadi, pastikan badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk mencegah daripada sebarang penyakit. Vitamin C ni larut air dan mudah musnah dalam badan. Kita perlu topup setiap hari untuk pastikan badan kita ni cukup vitamin C. Jika tak mampu cukupkan keperluan vitamin C melalui makanan, anda boleh mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus setiap hari.

Macam References:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge