Cara Hilangkan Kahak Bayi Supaya Bayi Tidur Lena

Ibu mana yang tak risau bila bayi kena batuk kahak atau selsema. Biasanya bayi akan kurang minum susu sebab susah nak bernafas dan tidur pun tak lena. Apa yang saya nak kongsikan di sini, macam mana cara saya hilangkan kahak dan legakan hidung tersumbat pada anak ketiga saya, Areefa yang baru berusia 3 bulan.

petua hilangkan batuk dan selsema

Baby kecil memang tak pandai nak keluarkan hingus dan kahak. Jadi, apa yang saya buat ialah praktikkan ilmu fisioterapi serba sedikit untuk disesuaikan dengan apa yang ada dekat rumah. Sediakan barang-barang seperti di bawah

  1. Bawang putih
  2. Minyak Habbatus Sauda
  3. Besen kecil
  4. Air panas

Steaming

Cara saya, bawang putih di bakar sedikit dan tumbuk..lebih mudah orang kata penyekkan jer. Letak sedikit minyak habbatus sauda. Kalau tak ada minyak habbatus sauda, gunalah minyak olive oil. Saya haritu sebab minyak habbatus sauda tak ada..olive oil tak ada..belasah je guna minyak masak hehehe.. 😉  Bawang putih dan habbatus sauda ni memang terkenal sejak dari dulu sebagai antibiotik semulajadi.

Letakkan air yang baru lepas mendidih ke dalam besen, kemudian campurkan bawang dan minyak tadi ke dalam air. Tujuan kita guna air mendidih tu untuk dapatkan wap panas dan baby boleh sedut wap tu. Buat dalam masa 10-15 minit atau sampai wap tu dah tak ada. Saya tak galakkan sangat guna periuk nasi atau steamer untuk baby sebab kulit baby ni sensitif. Kalau nak guna juga, mungkin boleh jarakkan muka dengan wap panas tu.

Amaran!
Letakkan tangan anda dulu untuk rasa kepanasan wap dan jarak yang sesuai untuk muka baby tu ye. Gunakan kebijaksanaan anda sebagai ibu 🙂

Teknik Percussion

Teknik percussion ni kena bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk tepuk perlahan di belakang bayi. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Teknik Percussion

Cara hilangkan kahak bayi

Hati-hati tangan baby sebab air tu panas. Kalau takut dia meronta boleh bedung dulu

Waktu baby sedang sedut wap tu, tepuklah di belakang badan (kanan dan kiri badan ye..bukan belakang badan). Tujuannya untuk longgarkan kahak dalam paru-paru dan biasanya lepas tepuk bayi baby akan batuk dan bersin sekaligus keluarkan kahak dalam bentuk muntah. Kalau tertelan pun tak apa sebab kahak tu akan keluar menerusi najis.

Petua hilangkan kahak bayi

Tepuk di dada kanan dan kiri selepas sedut wap

Areefa paling suka part ni..sengeh je kalau tepuk lama-lama..agaknya dia ingat kita tengah dodoi or main dengan dia kot.hehe..

hilangkan kahak bayi baru lahir

leganyaaaaa…sedutlah hingus dia dengan penyedut hingus

hidung bayi tersumbat

Kalau hidung baby tak tersumbat, memang baby akan happy je 🙂

Biasanya memang banyak keluar kahak dan hingus baby. Kalau baby menangis atau muntah waktu buat steaming tu tak apa. Lagi bagus sebab kahak mudah keluar. Tapi pantau lah ye.. Lepas dah siap tu..memang baby rasa lega dan rasa nak tidur. Bila hidung dah tak tersumbat dan saluran pernafasan dah ok, Insya Allah baby boleh tidur lena.

Lepas buat kedua-dua cara di atas, saya sebagai ibu yang masih menyusukan baby ambil Sustained Release Vitamin C dalam kuantiti ekstra dari biasa. Alhamdulillah hingus dia cepat kering dan selsema cepat sembuh. Ini kerana vitamin C boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh badan baby. Lagipun, baby bawah umur 2 tahun doktor tak galakkan bagi ubat sangat. Saya hanya bagi bila betul-betul terpaksa dan tu lah pilihan terakhir. Batuk dan selsema ni kalau dibiarkan lama boleh jadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. Cubalah! 

31 thoughts on “Cara Hilangkan Kahak Bayi Supaya Bayi Tidur Lena

  1. hana yasir

    Assalam… Bby sy bru 46 hri dh kne slsema… Kesian dia…. So, saya cuba cara ni.. Mmg berkesan… Alhamdulillah,bnyk kahak keluar lps buat teknik ni… Blh buat lg lps ni… thanks sis…:)

    Reply
  2. imah

    Sis… Tlg… Sy cb buat teknik ni.

    Tp ank sy x mntah pun.. Skdar keluar hingus je
    Silap ke sy buat? Ank sdh lm selsema n batuk

    Reply
    1. Muzlina Post author

      sis, buat setiap hari dlm 2 or 3 kali sehari..
      Ibu perlu sabar sebab bukan setiap kali buat baby muntah keluarkan kahak. Lagipun kalau dh lama sgt seeloknya refer pd doktor takut ada jangkitan kuman. Sementara tu usahakan kaedah ni ye.

      Reply
  3. Lynn

    As salam sis. Nak tnya kalau baby umo 16 hari agak2 boleh guna x teknik ni? N teknik mana satu lagi sesuai? Sebab anak sy berkahak. Risau tgok. Dia tido nyenyk je tapi kadang2 dia bernafas dengar kahak.. Lagi2 time ngis n time mnum susu.. Btw anak sy baru 16 hari..

    Reply
    1. Muzlina Post author

      Waalaikumussalam sis Lynn,

      Boleh guna teknik ni..cuma macam sy kongsikan..gunakan wap air panas dari dalam bekas yang kita dah isikan air panas je. Jarakkan sikit muka dari bekas tu..Boleh rasakan sebab kulit baby ni nipis..jadi memang sensitif pada wap air panas ni.

      Reply
  4. Meza

    Saya try buat..tp xklua pn kahak..baby sgt2 merafam..bawak jmpe doc dah..tp doc xbk bg ubat sbb baby baru 5 bulan..ni anak 1st saya..hsbnd olak xsmp ati dgr baby ngs bagai nk rak..

    Reply
    1. Muzlina Post author

      Salam Meza,

      Banyakkan bersabar ye sis..sbb bila kita usahakan cara natural ni memang ambil masa sedikit berbanding dgn makan ubat. Baby akan keluarkan kahak bila kahak dah cair..ada byk cara..ada yg melalui muntah..ada juga melalui najis. Boleh juga usahakan dengan lumurkan dada, betis baby dengan minyak olive oil..usahakan dlu kaedah natural..last choice baru jumpa paed..biasanya kalau dah tahap kahak terlalu banyak..memang doktor akan bagi sedut wap yang cairkan kahak & sedut.

      Reply
  5. nurina

    Salam sis
    Baby sy bru 10 hari..bleh x cara teknik mcam ni sebab anak sy batuk kahak pun ada sy tngok anak sy x smpai hati bila dngar bunyi kahak dia tu

    Reply
    1. Muzlina Post author

      salam sis, kesiannya baby dlm pantang dah batuk ye..
      boleh guna teknik ni juga utk baby..tp mcm saya cakap lah..pastikan wap air tak kena dekat sangat dgn muka sbb baby baru lahir.

      Reply
    2. Hidayah

      Baby baru lahir, selalunya akan dgr mcm bunyi kahak. Tp tu bukan kahak sebaliknye lendir dlm badan mungkin xkeluar hbs masa kt hospital. Anak saya dulu pon ada. Tp lepas hbs pantang hilang sendiri.

      Reply
  6. Ira

    Tq for info. Saya dah cuba. Alhamdulillah. Cuma kena konsisten. Saya amalkan juga pengambilan omegauard dan garlic setiap hari untuk bantu cairkan kahak anak . Ni saya yang ambil dan anak menyusu.

    Reply
  7. Nora

    Salam. Terima kasih banyak bagi petua…baru 1st day cuba kat bebi 4 bulan…dah kurang bunyi kahak…saya tambah guna olive oil + garlic bakar nie jadikan sapuan kat dada buat urutan belajar dalam YouTube

    Reply
  8. hanna

    Anak sy dh 3hr dh sis selesema batuk..sy cuba bt mcm sis ni tp hingus xkeluar..cuma dia batuk jer pstu dia telan blik..bunyi die dh mcm semput dh..mcm mne yer…

    Reply
    1. Muzlina Post author

      sis dah bawa dia jumpa doktor? sebab penting juga untuk doktor check takut paru-paru ada jangkitan kuman or tidak. Lagipun, sis bgtau bunyi dah macam semput. Ikhtiar yg kita buat melalui steaming & percussion ni mmg ambil masa sikit untuk pulih sepenuhnya. Kalau batuk, then keluar kahak..jgan bg dia telan..nnt lambat baik.

      Reply
  9. Norsimah Mohd Zain Soo

    Tq 4 sharing. Sy da try buat. Anak da 3 ari batuk bkahak sampai hilang suara. Pas sedut wap x sampai 5 minit pun. Wap pun xde la banyak mana. Terus muntah banyak. Da muntah baru dia lega. Tapi nak p check gak dgn paeds. Juz to make sure everything is ok. Masih ada batuk2 lg. Sampai demam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge