Kelas Supercomeback #4 di Universiti Multimedia Melaka

Alhamdulillah, minggu lepas kami hadir ke kelas Supercomeback di Universiti Multimedia Melaka. Macam biasalah kami, alang-alang pergi kelas..terus bercuti-cuti skali hehe..duk hotel budget je pun. Semalam adalah official class yang terakhir bagi program inisiatif Supercomeback. Ini jugalah salah satu kelebihan jadi ahli shaklee di bawah susur galur kami. Sentiasa ada aktiviti yang dapat memberi manfaat pada  Kelas tak terhenti setakat ni je tau..tapi inilah kick start untuk kami anjurkan kelas-kelas kami sendiri nanti. 

Hajat di hati nak juga meronda di sekitar universiti tersebut..dah alang-alang sampai kat universiti multimedia kan, kenalah dengan bidang saya sebagai tenaga pengajar multimedia ni. Tapi, tak sempat nak ronda pun sebab masing-masing dah kepenatan..

kelebihan jadi ahli shaklee dalam group kami

Seronok sangat dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan yang merangkap adik beradik supermom dan anak-beranak susur galur supermom. 🙂 Indahnya ukhuwah tu, bila bertemu..masing-masing dah macam kenal lama kan..heehe..Banyak ilmu yang kami belajar, berkongsi dan of course akan kami share pada anak cucu cicit susur galur kami iaitu M2R pula. 

Mentor kesayangan kami Master Hadhatina dan suami, Master Kamarul pun turun padang tau. Haaa..kalau nak tau merekalah pengasas YouRSupermom. Tengok jelah ahli-ahlinya..memang supermom! dibantu oleh tulang belakang yang kuat, Superdad ;p Dalam kelas ni, kak Yusnita Md Deris berkongsi ilmu tentang macam mana nak hilangkan sakit kepala (migraine). Beliau yang dulunya kerap sangat kena migraine tapi sekarang dah boleh kira dengan jari. Ada juga sharing special daripada abang aji kita, tips nak pikat suami. 🙂 Dalam kesibukan berbisnes, suami pun jangan dilupa. 

kelebihan jadi ahli shaklee dalam group saya

Am berkenalan dengan Areefa 🙂

nak jadi ahli shaklee

Mak-mak walaupun sibuk dengan kelas tapi anak-anak tetap jadi keutamaan

pengedar shaklee kuala langat

Sambil jaga anak-anak pun boleh sembang dengan kawan 🙂

Inilah kelas terakhir dalam Program Supercomeback..tapi, bukan bermakna kelas-kelas offline berakhir di sini. Insya Allah..lebih banyak lagi kelas yang menyusul dan akan dianjurkan oleh kami. Bila dah jadi leader, kena lah buat kelas sendiri kan 🙂 Okey, semoga berjumpa lagi di lain masa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge