Author Archives: Muzlina

About Muzlina

Ibu kepada 3 orang cahayamata yang suka berkongsi mengenai natural parenting, kecantikan dan kesihatan.

Cara Hilangkan Kahak Bayi Supaya Bayi Tidur Lena

Ibu mana yang tak risau bila bayi kena batuk kahak atau selsema. Biasanya bayi akan kurang minum susu sebab susah nak bernafas dan tidur pun tak lena. Apa yang saya nak kongsikan di sini, macam mana cara saya hilangkan kahak dan legakan hidung tersumbat pada anak ketiga saya, Areefa yang baru berusia 3 bulan.

petua hilangkan batuk dan selsema

Baby kecil memang tak pandai nak keluarkan hingus dan kahak. Jadi, apa yang saya buat ialah praktikkan ilmu fisioterapi serba sedikit untuk disesuaikan dengan apa yang ada dekat rumah. Sediakan barang-barang seperti di bawah

  1. Bawang putih
  2. Minyak Habbatus Sauda
  3. Besen kecil
  4. Air panas

Steaming

Cara saya, bawang putih di bakar sedikit dan tumbuk..lebih mudah orang kata penyekkan jer. Letak sedikit minyak habbatus sauda. Kalau tak ada minyak habbatus sauda, gunalah minyak olive oil. Saya haritu sebab minyak habbatus sauda tak ada..olive oil tak ada..belasah je guna minyak masak hehehe.. 😉  Bawang putih dan habbatus sauda ni memang terkenal sejak dari dulu sebagai antibiotik semulajadi.

Letakkan air yang baru lepas mendidih ke dalam besen, kemudian campurkan bawang dan minyak tadi ke dalam air. Tujuan kita guna air mendidih tu untuk dapatkan wap panas dan baby boleh sedut wap tu. Buat dalam masa 10-15 minit atau sampai wap tu dah tak ada. Saya tak galakkan sangat guna periuk nasi atau steamer untuk baby sebab kulit baby ni sensitif. Kalau nak guna juga, mungkin boleh jarakkan muka dengan wap panas tu.

Amaran!
Letakkan tangan anda dulu untuk rasa kepanasan wap dan jarak yang sesuai untuk muka baby tu ye. Gunakan kebijaksanaan anda sebagai ibu 🙂

Teknik Percussion

Teknik percussion ni kena bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk tepuk perlahan di belakang bayi. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Teknik Percussion

Cara hilangkan kahak bayi

Hati-hati tangan baby sebab air tu panas. Kalau takut dia meronta boleh bedung dulu

Waktu baby sedang sedut wap tu, tepuklah di belakang badan (kanan dan kiri badan ye..bukan belakang badan). Tujuannya untuk longgarkan kahak dalam paru-paru dan biasanya lepas tepuk bayi baby akan batuk dan bersin sekaligus keluarkan kahak dalam bentuk muntah. Kalau tertelan pun tak apa sebab kahak tu akan keluar menerusi najis.

Petua hilangkan kahak bayi

Tepuk di dada kanan dan kiri selepas sedut wap

Areefa paling suka part ni..sengeh je kalau tepuk lama-lama..agaknya dia ingat kita tengah dodoi or main dengan dia kot.hehe..

hilangkan kahak bayi baru lahir

leganyaaaaa…sedutlah hingus dia dengan penyedut hingus

hidung bayi tersumbat

Kalau hidung baby tak tersumbat, memang baby akan happy je 🙂

Biasanya memang banyak keluar kahak dan hingus baby. Kalau baby menangis atau muntah waktu buat steaming tu tak apa. Lagi bagus sebab kahak mudah keluar. Tapi pantau lah ye.. Lepas dah siap tu..memang baby rasa lega dan rasa nak tidur. Bila hidung dah tak tersumbat dan saluran pernafasan dah ok, Insya Allah baby boleh tidur lena.

Lepas buat kedua-dua cara di atas, saya sebagai ibu yang masih menyusukan baby ambil Sustained Release Vitamin C dalam kuantiti ekstra dari biasa. Alhamdulillah hingus dia cepat kering dan selsema cepat sembuh. Ini kerana vitamin C boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh badan baby. Lagipun, baby bawah umur 2 tahun doktor tak galakkan bagi ubat sangat. Saya hanya bagi bila betul-betul terpaksa dan tu lah pilihan terakhir. Batuk dan selsema ni kalau dibiarkan lama boleh jadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. Cubalah! 

Hilangkan Ruam Baby? Cuba Cara Cepat, Mudah & Selamat Ni!

Kulit bayi yang baru lahir amat sensitif dan jika sering terdedah dengan susu yang diminum pun mudah sangat naik ruam. Sebelum ni saya pernah kongsikan petua hilangkan ruam bayi di muka. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman seorang ibu yang nak hilangkan ruam baby dekat muka.

Minggu lepas Pn. Danya hubungi saya untuk bantu selesaikan masalah ruam pada baby beliau. Mula-mula ruam biasa, lama-lama jadi macam menggelupas. Saya sendiri agak terkejut bila beliau tunjukkan gambar baby. Katanya dekat belakang telinga pun ada.

ruam di muka bayiKesian kat baby, agak teruk juga. Biasanya jadi macam ni bila baby pakai sarung tangan dan gosok-gosok dekat muka. Saya advise beliau supaya jumpa doktor terlebih dahulu untuk kenalpasti masalah sebenar tapi katanya bila pergi klinik pun doktor hanya bagi krim sapu macam biasa je. Risau dengan ruam yang makin merebak, Pn Danya ambil keputusan untuk cuba krim Herbal Blend.

Alhamdulillah, selepas 2 hari Pn Danya beritahu saya berita gembira yang anaknya makin pulih. Syukur Alhamdulillah..saya pun tumpang happy. Yelah, saya pun ada baby yang pernah ada masalah yang sama..faham sangat macam mana perasaan ibu ni bila lihat ruam yang teruk kat muka anak. Tak tentu arah dibuatnya.

cara hilangkan ruam baby

Bagi ibu yang ada masalah yang sama juga, mungkin boleh cuba cara ni. Sebelum ni pun ada seorang ibu yang hadapi masalah yang sama dan selepas 5 kali sapu dah banyak kurang ruamnya. Kita ikhtiar kan? Mana tahu serasi dan boleh sembuhkan kulit baby yang kena ruam tu. Lagipun, krim ni selamat untuk bayi, bebas paraben dan bahan kimia berbahaya yang lain. Ibu boleh contact saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013 939 5771 (Muzlina). Insya Allah, saya sedia membantu. Jangan biarkan ruam di muka bayi tu lama-lama ye nanti makin merebak dan kulit baby jadi lebih sensitif. Susah nak pulih nanti.

Cara Atasi Ruam Supaya Cepat Hilang

Hampir setiap hari saya dihubungi oleh parents, kata mereka bayi kena ruam teruk. Dah letak krim yang klinik bagi tapi ruam still tak hilang. Mungkin apa yang saya akan kongsikan ini dapat bantu anda bagaimana cara atasi ruam dengan cepat dan selamat. Ada juga kulit jadi makin sensitif. Anak saya pun pernah kena ruam teruk di leher dan semua pelipat kaki, tangan waktu usia dia 10 hari dan Alhamdulillah selepas seminggu sembuh sepenuhnya. 

Minggu lepas saya dihubungi oleh Pn.Maitrie, dari Kelantan. Beliau menceritakan keadaan bayi yang mengalami ruam di muka, tangan dan juga kaki. Pastinya tak selesa buat si kecil tapi baby mana boleh cakap lagi. Paling tidak pun merengek jelah kan. Kebanyakan krim sapu untuk atasi ruam ni ada bahan yang boleh memudaratkan kulit kita untuk jangka masa panjang iaitu steroid.

Since anak saya pun pernah kena ruam ni, saya terus cadangkan pada beliau untuk cuba Krim Herbal Blend. Ibu tak perlu risau sebab kandungan dalam krim ni diekstrak dari tumbuhan semulajadi. Tiada steroid, tiada paraben dan bahan lain yang boleh memberi kesan sampingan pada kulit.

Selepas seminggu, beliau menghubungi saya dan beritahu yang ruam anaknya dah makin hilang. Alhamdulillah, syukur dapat lagi bantu seorang bayi untuk membesar dengan lebih sihat dan selesa. Lihat saje lah gambar di bawah. Terima kasih pada Pn.Maitrie kerana sudi berkongsi testimoni hebat ni 🙂
image

Di bawah pula adalah perbualan antara saya dengan Pn.Maitrie.
image

Mungkin ramai lagi yang sedang mengalami masalah yang sama. Bukan apa, kalau ada alternatif yang lebih selamat, why not kita cuba dulu kan? Dah ramai ibu bapa yang dah cuba krim ni dan Alhamdulillah mereka gembira dengan kesannya. Anda boleh lihat testimoni pengguna herbal blend lain di sini. Jika berminat, boleh hubungi saya terus melalui sms/whatsapp 013 939 5771.

Istimewa untuk pengguna DEBIT CARD atau CREDIT CARD, anda boleh order sendiri melalui link di bawah. Klik jer untuk order k 🙂

OrderNow

Cara Selamat Putihkan Kulit Muka Supaya Nampak Cerah Semulajadi

Memiliki kulit yang putih, cerah berseri tanpa ada jerawat atau parut yang kelihatan adalah idaman hampir setiap wanita. Ramai yang nak putihkan kulit muka dan badan tapi ramai juga rupanya yang tak ambil kisah sangat tentang kesan sampingan yang akan timbul di kemudian hari. Memang nampak putih tapi kulit makin menipis, lama-lama jadi makin sensitif. Ada yang makan dari dalam, akhirnya badan yang menderita!

Jangan sebab nak kulit putih, sanggup pertaruhkan kulit muka dan badan sendiri. Asal cepat berkesan, yang lain semua tolak ke tepi. Kebanyakan produk yang dapat putihkan kulit dengan cepat mengandungi Hydroquinone iaitu sejenis bahan penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Hydroquinone yang digunakan boleh menyebabkan proses depigmentasi iaitu proses di mana pigmen dibuang dan menghalang penghasilan melanin lalu menyebabkan kulit menjadi cerah dengan cepat. Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan tiada perlindungan daripada terdedah kepada sinar UV dan ini mengakibatkan kemungkinan mendapat kanser kulit lebih tinggi.

Nak tak kalau saya kongsikan cara nak putihkan kulit muka dan juga seluruh badan dengan cara yang paling selamat? Cara ni tak akan merosakkan kulit kita tapi menyihatkan lagi kulit kita dari dalam dan juga luaran sekaligus menjadikan kita nampak sihat, cantik, cerah dan berseri-seri secara semulajadi! Kalau dapat jumpa face to face dengan orang yang kulit cantik, memang tak berkelip mata duk perhati je kulit muka orang tu kan?

Cuba anda lihat dulu gambar-gambar di bawah ni dan apa kata mereka selepas mengamalkannya dengan konsisten.

cara nak putihkan kulit muka

Testimoni Putihkan kulit muka

Putihkan Muka semulajadi

Konsisten dengan pengambilan Herblax, Vitamin C dan ESP

Ya! Kaedah paling selamat untuk putihkan kulit muka secara semulajadi ialah dengan merawat dari dalam. Bagi sel badan kita sihat, barulah boleh hasilkan kulit yang sihat, cerah dan cantik berseri. Yang penting, cerah sekata seluruh badan, bukan cerah kat muka je tapi tangan hitam 🙂 Selain sentiasa bersihkan kotoran di wajah dengan pencuci muka dan air bersih, amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa berwudhuk. Tu petua kalau nak nampak kulit berseri tau. 🙂

Kalau nak ambil suplemen untuk cerahkan kulit secara semulajadi ni, anda boleh mulakan dengan ESP dan Vitamin C dulu. Insya Allah, anda akan berpuas hati dengan kesannya nanti. Untuk hasil yang mantop, konsisten dengan Set Premium Kecantikan yang terdiri daripada Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan ESP. Bagi yang dah banyak sangat pakai macam-macam produk sebelum ni, saya cadangkan mulakan dengan Herb Lax terlebih dulu untuk proses detoks. Maklumlahkan, dah bertahun bahan kimia yang kita tepek kat muka tu, of course akan menjejaskan penyerapan zat makanan/suplemen yang kita ambil nanti.

Di sini saya kongsikan serba sedikit maklumat mengenai setiap vitamin untuk dapatkan kulit yang cerah, cantik berseri-seri.

1. Energizing Soy Protein (ESP) – Sel kulit kita akan mati setiap 21 hari. Sel kulit yang baru akan tumbuh dan menggantikan sel kulit lama yang dah rosak/mati. Jika sel kulit tak cukup sihat, itulah yang mengakibatkan kulit nampak kusam dan jika tumbuh jerawat, akan meninggalkan parut. Protein yang baik dan mencukupi sangat penting untuk hasilkan sel kulit yang sihat dan ESP mengandungi protein yang diperlukan oleh badan dalam bentuk yang paling mudah dan cepat diserap.

2. Vitamin C – Vitamin C sangat penting dalam proses pembaikan tisu kulit terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut serta membantu menghasilkan kolagen dalam tubuh badan. Kalau tak cukup kolagen, sebab tu lah mudah berkedut. Cuba perhatikan kulit muka anda. Jika kelihatan garis-garis halus dan kurang anjal, maknanya tubuh badan anda kurang kolagen. Selain itu, Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menghalang sel kulit dari cepat rosak dan musnah akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, sinar UV dan sebagainya.

3. B Complex – B for Beauty 🙂 Vitamin B tak kurang pentingnya dalam membantu pembinaan sel-sel kulit yang baru. Fungsinya dalam melembapkan kulit dan meredakan tekanan sangat membantu untuk mendapatkan kulit wajah yang segar dan bermaya.

4. Vitamin E – Terkenal sebagai vitamin awet muda. Vitamin E sangat powerful sebagai antioksidan dan membantu dalam pemulihan parut jerawat, meratakan warna kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.

Jika nak cantik dengan cara yang selamat, anda kena sabar dan konsisten makan suplemen ni. Tak boleh sekejap makan sekejap tak. Tak rugi pun kalau anda istiqamah. Anda boleh lihat sendiri kesannya pengguna tegar yang dah AMALKAN ESP LEBIH 16 TAHUN. Subhanallah..cantiiiiiiiiik sangat tau kulitnya.

Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya terus melalui sms/whatsapp di 013 9395771. Saya bersedia untuk consult anda cara terbaik bagaimana nak dapatkan kulit yang cerah berseri ni 🙂

15 Kebaikan Vitamin C yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal

Bila sebut vitamin C, pasti ramai yang ingat khasiatnya hanya untuk kecantikan. Sebab tulah ramai yang berebut-rebut nak beli Vitamin C Organik satu ketika dulu. Sanggup beli walaupun RM1 – RM2 sebiji! Kalau bab cantik, semua sanggup kan? 🙂 Tapi, kalau korang tau banyak lagi khasiat vitamin C ni, pendek kata hampir semua benda lah boleh buat pada badan kita ni..lebih lagi bila melibatkan nyawa!

vitamin c 3

15 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.

3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyakproduk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.

4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.

5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

6. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

7.  Melancarkan Peredaran Darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas atau dalam bahasa mediknya angina pectoris juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

8.  Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

9.  Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes

Vitamin C mengawal paras gula dalam darah dan melindungi daripada komplikasi yang disebabkan oleh diabetis. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

10.  Membantu dalam Merawat Kanser

Terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat membantu ubat untuk mematikan sel kanser dengan lebih berkesan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Fungsinya sebagai antioksidan melindungi sel dan DNA daripada rosak dan mengalami mutasi. Vitamin C menyokong sistem pertahanan badan untuk melawan kanser dan mengurangkan risiko hampir kesemua jenis kanser. Bukanlah bermakna vitamin C ni boleh rawat kanser tapi vitamin C nilah yang bantu kuatkan sistem pertahanan badan untuk memerangi sel-sel kanser.

11.  Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

12.  Mengurangkan Simptom Asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

13.  Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

14.  Mengurangkan Risiko Katarak

Vitamin C mainkan peranan penting dalam memulihkan penglihatan dan juga melindungi daripada pembentukan katarak yang boleh mengakibatkan buta. Ini disebabkan oleh kanta mata perlukan dos tinggi bagi vitamin C untuk membuang dan menghalang radikal bebas yang terbentuk daripada kesan cahaya matahari.

15. Membantu Merawat Tibi

Salah satu kajian yang dipaparkan dalam journal di Nature Communications mendapati vitamin C boleh membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit tuberculosis atau lebih dikenali sebagai tibi. Vitamin C berpotensi sebagai antibakteria dalam menjalani rawatan penyakit tibi.

Sangat banyakkan khasiatnya? Jadi, pastikan badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk mencegah daripada sebarang penyakit. Vitamin C ni larut air dan mudah musnah dalam badan. Kita perlu topup setiap hari untuk pastikan badan kita ni cukup vitamin C. Jika tak mampu cukupkan keperluan vitamin C melalui makanan, anda boleh mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus setiap hari.

Macam References:

Vitamin C Organik Sama Ke Dengan Vitamin C Shaklee?

Ramai yang tertanya-tanya, Sustained Release Vita-C ni vitamin C organik ke? Haa..untuk pengetahuan semua, Sustained Release Vita-C ni lebih daripada organik. Anda boleh tahu kenapa saya cakap vitamin C shaklee ni lebih daripada organik di SINI.

vitamin c organik dan semulajadiSustained Release Vita-C Plus adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian. Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa Bezanya Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?

1 biji Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 525.35mg yang menyamai 7.5 biji buah oren.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Badan kita hanya boleh serap lebih kurang 100mg sahaja dalam masa 1 jam, selebihnya akan dikeluarkan melalui urin. Jadi, kita tak membazirlah vitamin C yang kita makan tu.
  • Dilengkapi Citrus Bioflavonoids Complex yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, melindungi fungsi otak dengan melindungi kerosakan sel yang boleh membawa kepada simptom nyanyuk (Alzheimer) dan melancarkan peredaran darah. Terdapat kajian yang mendapati ia mampu bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan anti-kanser.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Berapa Harga Sebotol Sustained Release Vita-C Plus ni?

Jika dibandingkan dengan vitamin C organik lain di pasaran, Sustained Release Vita-C Plus ni takdelah mahal sangat. Harga sebotol ialah RM92.50 untuk 180 biji (kegunaan sehingga 6 bulan). Hanya 51 sen je sebiji..dan anda boleh jimat lagi kalau jadi ahli. Oh ya! Bulan ni(NOV 2014) ada promosi beli 6 PERCUMA 1 dan juga beli 2, anda boleh dapat diskaun 5%.

Macam Mana Nak Dapat?

Hubungi kami melalui whatsapp/telegram/sms di 013 9395771. Kami menerima bayaran tunai dan juga kad debit/kredit. Jika melalui kad debit/kredit, anda boleh membuat pembelian sendiri dengan klik di link di bawah.

OrderNow

 

Cabaran Menyusukan Anak Pramatang, Apa Perlu Buat?

Anak premature, sebaik sahaja lahir..terus ke NICU. Penat..sedih..risau..takut..semuanya bercampur-baur. Itulah yang dialami dan dirasai oleh ibu -ibu yang melahirkan anak yang premature dan yang memerlukan rawatan khas di NICU.

Menyusukan anak pramatang, sememangnya mencabar emosi dan fizikal ibu. Jadi, apa perlu buat? Saya kongsikan video ini untuk tatapan anda. Mungkin ianya membantu anda

Jika video ini bermanfaat, silalah share video ini agar sama-sama ibu beroleh manfaatnya. Mana tahu, ada ibu yang lahirkan anak premature sekarang yang perlukan support seperti ini.

 

Sakit Kepala Sampai Rasa Nak Hantuk Dinding

Ya! Itulah feedback yang saya dapat daripada kawan-kawan yang selalu diserang migrain. Kata mereka bila migrain menyerang, sakit kepala yang amat sangat sampai rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Rasa sakit macam nak pecah kepala. Memang tak boleh nak buat apalah.. terbaring je dekat katil. Kata mereka, selalunya asal kena je migrain mesti dapat MC jelah.

sakit kepala yang amat

Cara paling mudah nak hilangkan sakit kepala tu dengan telan painkiller lepas tu tidur. Itu je katanya yang boleh melegakan sakit kepala yang teramat sangat ni. Tapi, masalah ni berulang-ulang, tak pernah hilang malah makin teruk lebih lebih lagi bila kesibukan melanda, stress dengan aktiviti harian di pejabat yang tak berkesudahan. Ada juga antara mereka yang masih bergelar pelajar dan biasanya sakit kepala menyerang bila tengah busy nak exam atau pun siapkan assignment yang terlalu banyak. Bila nak makin cepat siap, makin lambat pula siap kerjanya disebabkan kena migrain ni.

Bila sakit je telan painkiller. Bayangkan dah berapa banyak telan painkiller dalam badan. Tapi, painkiller hanyalah melegakan sakit kepala pada waktu itu sahaja…bukannya mengelakkan daripada diserang migrain lagi. Tambah buruk lagi ianya kekal dalam badan untuk satu jangka waktu yang agak lama. Lebih elok jika ada alternatif yang tidak merosakkan tubuh badan kita. Pernah satu ketika, sahabat kepada kakak saya diserang migrain. Kakak saya bagi dia telan B Complex je lepas tu dia tidur. Alhamdulillah..katanya rasa beza sangat kalau banding dengan makan ubat. Lena dia tidur. Kalau makan ubat sekalipun, belum tentu lagi bleh tidur lena.

Kadangkala, stress yang melampau pun boleh mengakibatkan sakit kepala atau migrain. Bila saya cadangkan kawan-kawan saya yang ada masalah sakit kepala/migrain ni, saya hanya nasihatkan mereka untuk konsisten dengan B Complex je. Paling bagus kalau combine dengan Ostematrix. Rata-rata beritahu selepas konsisten amalkan B Complex..mereka kata dah jarang sangat kena migrain. Sebenarnya vitamin B2 yang ada dalam vitamin B Complex tulah yang membantu dalam mengatasi migrain ni. Sesiapa yang kurang vitamin B2 ni atau pun nama saintifiknya Riboflavin, mereka akan mudah kena sakit kepala.

Cuba lihat je mereka yang amalkan B Complex dan Ostematrix dengan konsisten.

atasi sakit kepala

sakit kepala berkuranghilangkan migrain

Jadi, jika anda juga selalu sakit kepala/migrain dan sedang mencari alternatif bagi mengurangkan masalah tersebut, anda boleh hubungi saya untuk konsultasi dan pertanyaan lanjut.

Muzlina
WhatsApp 013 939 5771
Mama2R’s Vitamin Shoppe

 

Rambut Gugur Banyak Sangat Sampai Fobia Nak Sikat!

Rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat..saya pasti idaman semua orang kan? tak kira lelaki mahupun wanita. Hatta yang bertudung sekalipun, lagi lah perlukan penjagaan ekstra. Rambut gugur setiap hari adalah perkara normal sebenarnya. Tapi apa yang perlu kita risaukan ialah jika kadar pertumbuhan rambut lambat dan ini menyebabkan rambut kelihatan semakin menipis dan kepala kelihatan membotak.

cara atasi masalah rambut gugur

Bagi wanita, rambut umpama mahkota yang perlu dijaga rapi. Cuba bayangkan wanita yang takde rambut..hooo..scary!!! Kalau rambut selalu gugur, memang nampak habis kulit kepala. Walaupun bertudung boleh tutup tapi takkan duk dalam rumah pun nak bertudung 24 jam kan? Dulu macam tulah perasaan saya, rasa tak yakin dengan diri sendiri walaupun yang ada dalam rumah tu family sendiri je.

Rambut selalu gugur sampai nipis dan nampak kulit kepala. Bila sikat, banyak jugalah rambut yang lekat pada sikat.itu belum lagi mandi. Tension nak bersihkan bilik air yang penuh rambut. Sangat tak selesa. Kulit kepala jenis cepat berminyak walaupun selalu cuci rambut. Lepas tu saya cuba pulihkan kembali kulit kepala dengan Nourishing Scalp Treatment dengan tambahan zink complex untuk kuatkan akar rambut dari dalam. Alhamdulillah, lepas tu kurang dah rambut gugur dan sekarang memang dah tak ada lagi masalah tu.

Masalah rambut gugur berlebihan ni dapat diatasi dengan melakukan beberapa langkah pencegahan seperti berikut agar rambut dan kulit kepala kembali sihat.

  1. Cuci rambut setiap hari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala supaya tidak pula timbul masalah kelemumur pada kulit kepala yang boleh mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Pilih syampu yang sesuai dengan anda supaya rambut dan kulit kepala tidak mengalami sebarang implikasi bila menggunakannya.
  3. Elakkan terlalu kerap membuat rawatan rambut di salun kerana ia juga berpotensi untuk rambut gugur sekaligus mengakibatkan kulit kepala menjadi tidak sihat. Kebanyakan kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi dalam produk rawatan rambut akan menyebabkan rambut cepat rosak seperti kelihatan kusam dan mudah bercabang.

Ada seorang sahabat yang hubungi saya disebabkan masalah rambut gugur ni. Katanya rambut makin menipis dan beliau nak cuba Nourishing Scalp Treatment tu. Alhamdulillah selepas hampir sebulan menggunakannya, dah nampak kesannya. Di bawah adalah perbualan antara saya dengan beliau.

cara atasi rambut gugur

 

Apa pula kata Pn. Maria ni yang dah berjaya selesaikan masalah rambut gugur beliau yang dulunya agak kronik sehinggakan rambut bersepah atas lantai bilik air.

Jika anda juga mengalami masalah rambut gugur, jangan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu.

Muzlina
013 939 5771
Mama2R’s Vitamin Shoppe

 

4 Akibat Tak Cuci Make Up Sebelum Tidur

Kebanyakan wanita sedar pentingnya untuk bersihkan make up sebelum tidur. Tapi biasalah, adakalanya terrrlupa hehe. Selalunya sebab penat sangat, konon-konon nak lelap sekejap..sudahnya terus tertido :p Ada juga yang mungkin terlupa rupa-rupanya dia ada pakai make-up hatta secalit lipgloss dan bedak nipis je. Sekali sekala tak apa, apa yang penting jangan jadikan ianya satu kebiasaan. Patutnya make up ni bagi nampak lebih cantik tapi disebabkan malas atau terlupa cuci make-up dan dibiarkan sepanjang malam, lain pula jadinya!

Apa yang berlaku pada kulit jika tak cuci make-up?

  1. Kulit jadi kering
  2. Kulit cepat berkedut
  3. Kulit jadi kemerahan
  4. Pori-pori wajah semakin membesar

Kulit kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi. Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.

akibat tak cuci make up sebelum tidur

Lihat je gambar di atas…Anna Pursglove, 40 tahun iaitu seorang penulis di Daily Mail Online..Lepas sebulan, kulit dia jadi merah-merah, pori-pori makin membesar dan kulit jadi kering sangat. Bila dia jumpa pakar, penemuan yang sangat mengejutkan sebab kulit dia lebih tua 10 tahun daripada usia sebenar. Dahla kulit selalu terdedah pada radikal bebas yang boleh rosakkan kulit, collagen pun makin susut dan kulit hilang keanjalan. Mesti kita taknak kulit kita jadi camni kan?

Cucilah wajah anda dari kesan make up sebelum tidur. Walaupun tak pakai make up, perbuatan membersihkan wajah sebelum tidur sangat baik untuk diamalkan. Lagipun, Islam sendiri menggalakkan kita untuk mengambil wuduk sebelum tidur 🙂