Category Archives: ALL ABOUT SHAKLEE

Kenapa Perlu Menjadi Ahli Shaklee?

Wajib ke jadi ahli Shaklee ni?

Dok aih..takde siapa pun paksa nak jadi ahli atau pun tak..cumanya bagi yang memang suka makan vitamin Shaklee atau pun guna produk Shaklee, memang dapat banyak faedah once bila dah register jadi ahli Shaklee.

Apa faedah yang bakal anda dapat bila jadi Ahli Shaklee?

Hurmmm..banyak!!! Saya senaraikan satu persatu yer.. 🙂

1. MEMBELI PADA HARGA YANG LEBIH JIMAT!
Antaranya, of courselah..bila dah register..secara automatik anda boleh beli semua produk yang Shaklee tawarkan pada harga ahli. Kalau bandingkan dengan harga kat pasaran, anda boleh jimat sehingga 25%! Biasanya dalam range 15-25%. Tu belum lagi kalau waktu Shaklee buat promosi buy 6 free 1 macam Collagen bulan ni..promosi Mealshakes buy 3 free 1 ke..Saya suka offer regular customer saya untuk jadi ahli sebabnya walaupun dengan bayar yuran RM65, tapi bila dikira..memang jimat jadi ahli terus.

Saya bagi contoh ye..anda nak beli ESP..harga biasa Rm150 ..campur postage Rm10..jadi total yang perlu anda bayar RM160…bulan seterusnya bila nak beli lagi..kena bayar lagi Rm160 kan? Jadi, bagi anda yang nak jadi ahli..anda hanya perlu bayar RM196..harga ni adalah harga ahli termasuk yuran ahli dan juga postage ye..bila bulan seterusnya nak beli..tak sampai Rm160 pun kena bayar..boleh jimat berpuluh ringgit dah kat situ. 🙂

2. KUMPUL POINT SAMBIL MEMBELI dan TUKARKAN KEPADA CASH!
Haaaaa..konsep yang sama macam kita guna Jusco Card, Bonus Link Card dan sebagainya. Setiap produk Shaklee ada point dia sendiri. Jadi, setiap kali anda beli anda akan dapat point. Bila dah cukup point tertentu, Shaklee akan terus masukkan jumlah cash yang anda layak dapat. Tengah bulan.. 14 or 15hb biasanya..boleh check akaun bank masing-masing 🙂 Saya percaya..once anda dah guna produk Shaklee..anda akan setia jadi pengguna produk sebab kesannya yang best! Dan..pastinya ada mak ayah, atuk nenek, sedara mara yang terjatuh cinta sama..Ramai customer saya macam tulah..asalnya jadi ahli sebab nak beli murah je..tup tup..terpaksa dapat CASH BONUS! 😉

3. SUPPORT GROUP ONLINE & OFFLINE DISEDIAKAN
Okey..yang ni special dan khas bagi anda yang minat nak buat bisnes, once anda dah register dengan saya..anda akan diserap masuk ke dalam SECRET & EXCLUSIVE GROUP kami. Kat situ lah kami share segala rahsia kejayaan..tips marketing, info tentang produk, discussion, announcement dan sebagainya. Bukan je boleh apply dalam bisnes tapi banyak sangat perkara hebat yang boleh anda apply dalam kehidupan seharian. Mentor-mentor kami pun cukup hebat dan anda yang register dengan saya secara automatik berada di bawah group Master Cery Mamafaiz, Master Lyna Noh dan Master Hadhatina.

KALAU TAKNAK BISNES, MACAM MANA???

oh..ramai yang salah faham..jadi ahli shaklee mesti kena buat bisnes. mana ada 🙂 Cumanya…manalah tahukan akan datang..tiba-tiba teringin nak buat bisnes…anda pun takkan menyesal sebab dah register dalam group yang betul. Kalau register dengn ntah siapa2 ..plus tak tahu pula susur galur mana..bila tiba2 nak bisnes..dah tak tahu nak contact siapa untuk guide bisnes..kan dah rugi tu!

4. BOLEH ORDER SENDIRI MELALUI WEBSITE SHAKLEE

Haaa..sekarang ni mudah sangat smenjak dah ada website Shaklee ni. korang boleh je login sendiri www.shaklee2u.com.my lepas tu boleh membeli belah sendiri bila-bila masa yang anda suka 🙂 Nantikan abang GDEx or CITYLINK hantar parcel dekat pintu rumah je 🙂

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan yang anda akan dapat..terutamanya bila terjebak dengan bisnes Shaklee 🙂

So..bagi pengguna-pengguna produk Shaklee..buatlah keputusan yang menguntungkan anda ye 🙂

Nak jadi ahli Shaklee? Jangan segan-segan contact saya melalui SMS/Whatsapp 013-9395771 ataupun emailkan pertanyaan anda di tgmuzlina@gmail.com Nanti saya terangkan dengan lebih lanjut kalau anda nak tahu 🙂

Asal usul Mama2R.com

Mama2R.com …mana datangnya idea?

Kali ni saje nak share asal usul macam mana saya terfikirkan untuk letak nama Mama2R.com ni. Sebelum ni saya memang dah sedia ada blog personal yang sentiasa saya update khas untuk coretan keluarga saya di kampung dan juga sahabat-sahabat saya yang sentiasa mengikuti perkembangan saya 🙂 hehe..feeling glamour! Sebenarnye merapu je lebih. Oh ya..bagi anda yang nak kenali saya dengan lebih dekat..anda boleh layari tengkumuzlina.com

Okeh..back to the point..mana datangnya idea saya nak wujudkan Mama2R.com ni 🙂 Actually, saya ni jenis tak reti sangat bab2 nak bagi nama..so apa je yang terlintas dalam fikiran saya waktu tu..jika sebelum ni orang kenal saya melalui tengkumuzlina.com tapi kali ni saya nak orang kenal saya sebagai ibu kepada anak-anak saya yang comel dan ceria macam mama dia hahhaha.. ;p  Mama2R adalah singkatan bagi Mama to ‘R’..sebab anak-anak saya semuanya ada Ar kat depan..hehe.. Arfan…dan Arissa. ;p So..baby yang bakal lahir ni pun..insya Allah akan teruskan legasi ‘R’ juga.. dan kenapa saya pilih huruf ‘R’? Semuanya sebagai latihan pada papa diorang ni hahhahahaha… ;p Whatever it is..blog ni saya memang khaskan untuk anda yang pentingkan kesihatan dan juga kecantikan sebab saya akan sentiasa update banyak info menarik yang perlu kita tahu. 

After Mama2R.com , what’s Next?

Bermula cerita saya dan Shaklee..dan kemudian bila saya start sharing mengenai kebaikan dan faedah yang saya dapat dengan mengamalkan vitamin Shaklee dan juga bisnes Shaklee..empire saya semakin berkembang..dan wujudnya ahli keluarga bisnes saya iaitu Marvellous Mama2R Family [MMR] Dan..saya sentiasa mendoakan kejayaan anak cucu cicit di bawah organisasi saya 🙂 Doakan kejayaan kami dunia akhirat 🙂

logo MMR

Oh ya..jangan lupa singgah di kedai online saya di Mama2R’s Vitamin Shoppe 😉

Status Halal Bovine Gelatin Shaklee

Alhamdulillah..hari ni saya mendapat satu soalan daripada salah seorang customer mengenai status capsul/softgel bagi vitamin Shaklee. Soalan beliau lebih kurang macam ni..

Capsul/softgel vitamin Shaklee ni diperbuat daripada bovine gelatin ke vegetable source?

Saya amat memuji tindakan beliau sebagai bakal pengguna termasuklah distributor Shaklee sendiri untuk memastikan produk yang diambil benar-benar HALAL. Maklumlah kat pasaran sekarang terlalu banyak lambakan produk kesihatan yang masih diragui status halalnya. Mencari produk yang halal itu kan satu kewajipan bagi kita umat Islam. 

Kadang-kadang masyarakat kita lebih suka membuat anggapan sendiri sebaik sahaja mengetahui atau mendengar perkataan BOVINE GELATIN itu sendiri tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum haram kepada sesuatu produk. Untuk persoalan ini, saya rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menjelaskannya pada anda semua terutamanya pengguna vitamin Shaklee. Maklumlah lately asyik timbul isu halal haram je kan. Jadi, sebelum pihak tertentu membuat sebarang spekulasi, saya kongsikan maklumat penting ini kepada anda semua yang mungkin masih was was dengan status halal bovine gelatin shaklee ni.

Sijil Halal Shaklee

Untuk makluman semua, semua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Institute Services of America (ISA). Oleh kerana vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States,  ISA lah badan persijilan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal Shaklee dan bukannya JAKIM. JAKIM tidak akan mengeluarkan sijil halal bagi semua produk import, dan salah satu sebabnya adalah mereka sendiri mengalami kekangan staff dan juga masa untuk menguruskan kesemuanya. Proses untuk mengeluarkan sijil halal pun bukannya mudah, terlalu banyak prosedur dan juga kawalan ketat yang harus dilalui sebelum sesuatu sijil halal itu dikeluarkan bagi menjamin status halal sesuatu produk. Jadi, apa yang mereka buat adalah dengan melakukan pemeriksaan/audit ke atas prosedur serta kaedah pelaksanaan yang dijalankan serta digunapakai oleh badan-badan persijilan halal  tersebut dalam proses untuk mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk. Anda sendiri boleh layari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Lagipun sijil halal ni bukan main-main sebab pengeluar sijil akan sentiasa pantau dan mereka boleh tarik balik bila-bila masa je kalau pengilang produk tidak follow syarat-syarat yang dah ditetapkan.

sijil halal shaklee

Personally, saya juga sangatlah menitikberatkan soal halal ni sebab saya sendiri pun takkan makan dan takkan jual produk yang diragui status halalnya. Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka sebab kat atas dunia ni pun kita dah boleh lihat kesan-kesan jika makan benda yang tak halal contohnya doa yang tak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Apa tu Bovine Gelatin?

Bovine gelatin adalah gelatin dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau..pastinya BUKAN dari kulit babi.

Adakah Bovine Gelatin halal?

Persoalan yang sering ditimbulkan adalah mengenai penghasilan gelatin itu sendiri walaupun sumbernya daripada lembu, kambing atau kerbau. Adakah sama ada lembu tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Itulah yang menjadi persoalan utama yang menentukan status halal sesuatu gelatin.  

Adakah Bovine Gelatin yang digunakan Shaklee halal?

bovine gelatin halal

Nutra Manufacturing, Inc. – 1050 Woodruff Road – Greenville, SC 29607

Untuk makluman semua, penghasilan produk shaklee bagi negara Islam dan bukan Islam diasingkan. Shaklee telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini yang pastinya mencetuskan sensitiviti umat Islam. Anda boleh lihat sendiri pada label botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. 

Capsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).  Jadi anda tidak perlu lagi meraguinya. Diharap maklumat ini dapat memberikan penjelasan kepada semua mengenai status halal bovine gelatin yang digunakan oleh semua produk Shaklee di Malaysia. 

Dan saya kongsikan di sini Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014. Sepatutnya anda tidak perlu lagi rasa was-was atau meragui dengan ISA yang sememangnya diiktiraf oleh JAKIM sendiri. Seagalanya yang baik datang dari Allah s.w.t 

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Sijil Halal Shaklee 2014

Kelebihan menjadi ahli Shaklee @ agen Shaklee

Saya rasa tak pernah saya kongsikan dalam blog ni kan apa kelebihan atau manfaat yang saya dapat dengan menjadi ahli shaklee. Ada orang panggil agen shaklee. 🙂 Tapi sebenarnya pengedar Shaklee atau Shaklee Independent Distributor. Mula-mula saya join jadi ahli shaklee dulu sebab nak makan sendiri jer. Memandangkan saya memang konsisten makan vitamin shaklee waktu berpantang, jadi saya teruskan niat je untuk jadi ahli shaklee..so dapatlah beli murah kan sebab boleh dapat harga ahli 🙂

Once dah jadi ahli, saya diserap masuk ke dalam secret facebook group yang ekslusif hanya untuk team YourSupermom. Dalam pantang biasalah duk godek2 internet..Macam-macam ada dalam group tu, tips marketing, motivasi, dan yang paling saya tertarik dalam group, tiada seorang pun yang tayang duit berkepuk2, handbag berjenama, kereta mewah dan sebagainya. Paling best, semuanya humble je..padahal sorang-sorang income 4-5-6 angka! Dahsyat! So saya rasa, why not saya sharing dengan rakan-rakan..paling tidak pun lepas lah duit untuk beli vitamin yang sedang saya makan waktu berpantang tu 🙂 Maklumlah waktu tu duit gaji pun cukup-cukup makan jer. Bagi saya waktu tu..terasa agak mahal juga lah nak keluarkan duit beli suplemen ni walaupun RM50! ;p Bermulalah dari situ, barulah saya buka bisnes kit yang dah terperam kat dalam bilik. Hehhehe..Dan baru saya sedar, rupanya banyak faedah yang boleh saya dapat bila jadi ahli ni. Rupanya banyak faedah yang boleh saya dapat..tak tau dan tak ambil tau je..kekeke. Paling best sebab walaupun saya sekarang adalah lecturer di sebuah institut latihan kemahiran, tapi dalam masa yang sama saya masih tetap boleh buat bisnes dari rumah tanpa perlu abaikan kerja hakiki saya dan tanpa perlu tinggalkan suami dan anak-anak. Sekarang ni memang banyak cara untuk jana income dari rumah. Yang penting dari sumber yang HALAL. 🙂

Apa yang Shaklee tawarkan?

Lepas tu baru lah saya tahu yang Shaklee offer 3C bagi sesiapa sahaja yang jadi ahli. 3C tu ialah

  1. CASH
  2. CAR
  3. CONVENTION

Faedah jadi ahli shaklee

 

Faedah 1 # CASH

Sebagai pengedar shaklee yang sah, kita layak untuk dapat sehingga 21% daripada hasil jualan, bonus kepimpinan sehingga 6 level dan Coordinator Incentive sehingga 1.5% Semuanya ni Shaklee bagi cash setiap bulan (bank-in) based on performance kita. Walaupun shaklee ni MLM..tapi marketing plan shaklee memang adil sebabnya siapa yang berusaha dia dapat, tiada istilah downline kerja untuk upline dan upline makan duit downline. Macam mana tu? Nanti saya kongsikan di lain entry ya! 🙂

Faedah 2 # CAR SUBSIDY PROGRAMME

Shaklee juga tawarkan car bonus bagi ahli shaklee yang layak. Of course lah ada syarat-syaratnya. Kita kerja pun ada syaratnya jika nak naik pangkat kan? 🙂 Dan apa yang uniknya Shaklee ni, kita akan dapat car bonus tu dalam bentuk CASH! Ya..$$ Berbeza dengan syarikat MLM yang lain. Kebiasaannya MLM lain tawarkan kereta kan..Dengan car bonus yang shaklee tawarkan ni, kita boleh buat apa saje dengan duit tu. Nak beli kereta besar ke..kereta kecik ke..nak beli motor besar ke..nak beli rumah ke..nak simpan ke..suka hati lah sebab dah jadi milik kita 🙂 Best tak? Bagi yang nak menyimpan..at least boleh lah simpan untuk masa depan kan.

Faedah 3 # CONVENTION

Yang ni bila kita cukup point, Shaklee tawarkan convention trip. Ada trip untuk local dan juga trip ke overseas/umrah. Semuanya bergantung pada usaha dan point yang kita dapat. Bukan calang-calang trip tapi 5-6 stars okeh! Sangat best bila saya sendiri dengar pengalaman mereka yang pernah pergi umrah trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Insya Allah moga hajat saya untuk bawak keluarga ke sana dipermudahkan.

Alhamdulillah..saya bersyukur sangat ditemukan dengan mentor yang hebat dan team yang hebat! Dalam bisnes ni kena sabar..apatah lagi dalam bisnes MLM. Dlm Shaklee pun sama, ibaratnya kita tanam pokok epal..waktu membajak, menyemai benih..siram air, letak baja, control makhluk2 perosak..everythin perlukan kesabaran..tapi once dah berbuah lebat..dan memang takkan dapat ditahan-tahan lagi. Kalau kita jaga elok ladang epal kita..insya Allah akan hasilkan buah yang besar-besar dan manis sangat rasanya! Sepanjang penglibatan saya dalam Shaklee..upline tak pernah paksa saya buat..nak suruh recruit orang apatah lagi! Waktu saya mula-mula bisnes dulu, memang tak banyak bonus. Bonus pertama saya pun baru RM2x saya lupa..tak sampai RM30 pun..tapi lepas tu meningkat dan terus meningkat! Kadangkala ada naik turunnya..itupun sebab saya yang tak fokus! Salah sendiri lah..dan Alhamdulillah..apa yang boleh saya katakan sekarang ni dah menghampiri gaji hakiki saya. Syukur sangat-sangat. Kalau kerja government..dapat bonus stengah bulan gaji pun dah seronok apatah lagi dengan bisnes Shaklee boleh dapat bonus setiap bulan dan kita yang tentukan nak berapa banyak. Nak banyak usahalah banyak..Insya Allah..

Bagi anda pun yang nak jadi ahli Shaklee boleh hubungi saya untuk menjadi sebahagian dari ahli di bawah payung Marvellous Mama2R Family. Jadi ahli tak semestinya kena buat bisnes..kalau sekadar untuk makan sendiri dan share dengan saudara mara, tak perlu maintain apa-apa point atau minimum purchase. Kalau nak bisnes pula, insya Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu sebaik mungkin. Coaching offline dan online semuanya disediakan. Pendek kata korang takkan ditinggalkan terkontang-kanting.

Macam mana nak jadi ahli Shaklee?

Ada 2 cara iaitu dengan membayar yuran keahlian Shaklee bernilai RM65 dan tambahan RM10 diperlukan untuk penghantaran bisnes kit ke Semenanjung Malaysia. Kalau kat Sabah Sarawak, kos penghantaran RM20. Yuran keahlian ni hanya perlu bayar SEKALI SEUMUR HIDUP.

Nak dapat keahlian percuma? Caranya mudah jer. Anda boleh daftar keahlian Shaklee dengan membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670 untuk Semenanjung dan RM850 untuk Sabah Sarawak).

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch berdekatan?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli shaklee yang berdaftar. Sila gunakan maklumat berikut sekiranya anda berhasrat untuk bersama-sama saya (suatu hari nanti ke)  dalam bisnes shakleeID.

Sponsor ID : 866443
Nama sponsor : Tengku Muzlina Hanim Tengku Semara

Sebaik sahaja anda register, hubungi saya untuk maklumat lanjut di 0139395771 (SMS/Whatsapp) atau email sahaja di tgmuzlina@gmail.com . Saya bersedia membantu.

buat duit dari rumah

Inilah ‘Mommy’ & ‘Daddy’ saya yang banyak membantu perjalanan bisnes shaklee saya

Rahsia macam mana nak kurus & rasa hebat!

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menulis di sini. Memandangkan ramai jugak yer nak tahu macam mana nak kurus ni tapi dalam masa yang sama tetap tidak abaikan soal kesihatan. Penting sangat tau bagi kita untuk jaga kesihatan..jangan disebabkan nak kurus dengan cepat sampai sanggup telan apa sahaja yang dihidangkan depan mata. Pantang tengok testimoni orang lain yang turun berat badan sampai berkilo-kilo dalam masa yang singkat..anda pun teruja nak beli tanpa tahu kesan jangka pendek atau panjang tentang sesuatu produk. Pendek kata, jadilah pengguna yang berilmu. Jangan ikut orang je tau.

Kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua RAHSIA MACAM MANA NAK KURUS hanya dengan mengawal pemakanan atau diet yang betul sahaja. Oh..saya bukan nak kurus tapi dalam fasa nak menambah berat badan supaya sedang2 jer 😉 Anda juga boleh kurus dan rasa hebat..orang putih kata feeling great! heheh..bukan hebat berlagak tu..tapi badan rasa sihat. Rahsianya mudah jer iaitu dengan mengawal keseimbangan hormon dalam badan. Tahu tak yang diet yang mengganggu hormon akan menjejaskan kesihatan dan turut mengundang pelbagai penyakit? 

Bagaimana hormon boleh memberi kesan kepada berat badan?

Jika hormon dalam badan tidak seimbang, badan kita tak dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah kerana hormon lah yang mengawal kesemuanya dalam badan kita termasuklah berat badan individu tersebut. Hormon yang bagi signal pada badan bila nak makan, bila nak berhenti makan dan hormon jugalah yang beri signal pada badan macam mana nak gunakan makanan (metabolisme) samada nak tukarkan kepada tenaga atau disimpan dalam badan? Pendek kata…hormon yang kawal metabolisme badan seseorang. Tingkatkan metabolisme badan dan optimumkan hormon yang akan beri kesan pada kesihatan, berat badan dan juga penuaan.

Jenis-jenis Hormon

  1. Hormon Insulin & Glukagon – Hormon ini akan memberi kesan kepada penyimpanan makanan. Kalau hormon insulin ni tinggi sangat dalam darah, badan akan rasa lapar.
  2. Hormon Leptin – Hormon ni pula beri kesan pada selera makan. Ia memberi rasa kenyang pada badan.
  3. Hormon Tumbesaran (growth) – Hormon yang beri kesan pada tumbesaran dan baiki tisu serta otot-otot dalam badan
  4. Hormon Cortisol & Thyroxine – Hormon yang memberi kesan kepada energy level dan juga mempengaruhi kadar metabolisme badan.
  5. Hormon DHEA (Dehydroepiandrosterone) – Hormon yang memberi kelegaan pada badan yang lesu dan meningkatkan deria.
  6. Hormon estrogen, progestron dan testosteron – Hormon yang memberi  kesan kepada berat badan, kesuburan dan juga penuaan (aging)
Okey, cukuplah dulu sampai sini yer..Next time saya kupas lebih detail lagi mengenai hormon tersebut. Nantikan entri saya yang akan datang!
Sumber : 10 key hormones, M.D Michael Aziz

Mudah sakit? Tingkatkan imuniti anda dengan Nutriferon

Musim sekarang ni musim orang sakit agaknye yer..demam, batuk, selsema..biasanya tiga serangkai nilah..lepas ibu..anak..lepastu ayah..lepastu pengasuh pun kena tempias sekali..itu belum lagi bibik! hehe..nanti saya kongsikan kisah bibik ni kemudian yer..

Sempena bulan April iaitu promosi NUTRIFERON, meh sama-sama kita tingkatkan sistem imuniti badan kita. Terutama sekali bagi yang mudah sakit atau terkena jangkitan..

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon adalah suplemen untuk tingkatkan sistem imuniti badan. Ni lah satu-satunya suplemen yang dicipta khas oleh pakar imun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima. Dialah individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954. Haaaa..bukan calang-calang doktor tau. Selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain…akhirnya Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM.

Apa kandungan Nutriferon?

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Nutriferon ni tidak ada dijual di mana-mana kedai atau farmasi sebab ianya dirumus dan dipatenkan ekslusif untuk Shaklee.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

Sistem imun dalam badan bertujuan untuk melindungi badan dari sebarang jangkitan. Apabila badan kita dimasuki kuman, sel imun adalah barisan pertahanan pertama yang akan bertindak untuk melindungi badan. Antibodi inilah yang akan menyerang kuman dan mengelakkan jangkitan dari memudaratkan tubuh badan. Sel khas iaitu INTERFERON dan juga organ badan akan membantu badan untuk mengenali dan bertindakbalas terhadap sel asing/penceroboh. Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi sekaligus meningkatkan kesihatan sistem imun. Interferon akan diaktifkan oleh sistem imun bila patogen menyerang sel badan. Ia sangat penting untuk melindungi badan kita yang sering terdedah dengan pelbagai jenis kuman, bakteria, virus dan lain-lain yang boleh membawa kepada jangkitan yang lebih teruk. Ada 2 fungsi utama interferon ialah:

  1. Memberi signal kepada sel-sel berdekatan mengenai kehadiran patogen dalam badan.
  2. Aktifkan sel imun yang lain untuk memerangi dan membunuh patogen.
Senang cerita, interferon ni macam komander lah..dia yang kenal pasti dulu yang masuk dalam badan kita tu patogen yang bahaya atau tak..Kalau bahaya, dialah yang akan arahkan untuk serang patogen. Bayangkan jika sistem imun anda tidak sihat, blur2 je tak tau nak buat apa bila kena serang..yang merana adalah badan kita..sebab tulah ada yang makan macam-macam ubat tapi sama jer macam takde kesan. Sebab interferon dia dah lemah! Jadi, NUTRIFERON sangatlah digalakkan untuk anda yang mudah sakit, memiliki antibodi yang lemah dan lambat sembuh bila sakit.

Siapa yang perlukan Nutriferon?

  1. Mereka yang ingin kuatkan sistem imun, menguatkan antibodi.
  2. Mereka yang hadapi masalah sistem imun seperti penyakit auto-immune.
  3. Mereka yang dapati pengambilan dos vitamin C yang lebih tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  4. Mereka yang mudah sakit, lambat sembuh contohnya demam yang berpanjangan melebihi seminggu.
  5. Individu yang ingin kukuhkan sistem imun. Ibu menyusu tetapi anak lebih suka.
  6. Mereka yang mengalami masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan sebagainya.

Cara pengambilan?

Hanya satu sachet seminggu dan diminum bersama air masak jika perlu. Sila minum secepat mungkin selepas ianya dibuka sebab nutriferon ni mudah serap kelembapan. Sebab tu Arfan panggil ‘ubat lembut’ sebab cair di mulut.hehhee 😉

Jika tidak sihat, ambillah nutriferon mengikut keperluan setiap hari.

Batuk kahak berpanjangan..Adakah ianya penyakit kronik?

Assalamualaikum semua..

Kali ni saya nak share info mengenai batuk kahak yang berpanjangan. Sekarang ni cuaca tak menentu..sekejap panas sekejap hujan dan perubahan cuaca sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kita. Saya dan keluarga pun tak terkecuali. Terkena lah jugak tempias batuk tapi takdelah teruk sangat..masih boleh dikawal.

Banyak punca batuk ni..ada yang disebabkan oleh asap rokok, asma, serangan bakteria atau virus dan tak kurang juga disebabkan oleh penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Kebiasaannya batuk ni akan hilang dalam 3-4 hari. Paling lama pun seminggu lah kot. Yang penting jangan tunggu sampai melarat baru nak cari penawar batuk ni sebab batuk kahak berpanjangan ni boleh mengundang kepada penyakit kronik!

Mengikut MayoClinic.com, batuk yang dianggap teruk atau tahap kronik ni jika anda mengalaminya lebih dari 8 minggu dan cepat-cepatlah pergi jumpa pakar yang berkenaan. Risau takut terkena jangkitan paru-paru atau organ lain lak nanti. Lebih-lebih lagi jika anda seorang PEROKOK! Baca untuk mengetahui penyakit COPD bagi perokok.

Saya dulu pernah mengalami batuk kahak berpanjangan selama berbulan-bulan (4-5 bulan)..Seksanya ya Allah..Allah je yang tau..dah la waktu tu mengandungkan Arissa..Setiap malam jadi fobia nak tido sebab tengah-tengah malam terjaga dan tak boleh nak bernafas selagi tak muntah. Bila muntah..dan kahak keluar..barulah boleh bernafas. Tarik nafas pun tak lepas..macam oksigen tersangkut. Yang paling tak suka..bila jumpa doktor..tarik nafas semuaaaaanya ok! Jadi doktor buat kesimpulan takde lung infection. Hurmmm..banyak kali gak la pergi dan sambung ubat batuk dan antibiotik. Waktu mengandung ni mana lah boleh makan sangat ubat batuk kan..kalau dia bagi pun dos yang paling minima. Saya pun dah cuba macam-macam petua yang orang cakap..makan kicap lah..air limaulah..madulah..semuanya tak menjadi..hanya dapat melegakan kejap je..Jadi saya control gitu jelah..Waktu tu saya tak tahu pun Omega ni boleh melegakan batuk dan mencairkan kahak. Kalau tak preggy..saya biasa makan Ubat Batuk cap kelapa laut tu je..hehe..atau pun ubat yang doktor bagi..tapi ngantuknyer..sabor je lah.

Bila dah tau..mula-mula saya buat eksperimen kat suami saya. Waktu tu dia sakit tekak..malam before tidur dia telan sebiji..dan Alhamdulillah esok dia cakap lega sangat tekak. Malam yang dia tidur tu memang dia batuk teruk..tapi dia cakap batuk tu terus keluar kahak. Dan sekarang..bila saya perit tekak dan batuk..saya sendiri berpeluang cuba Omega Guard sebagai penawar batuk kahak ni. Yes..amazing! It works on me..Memang kurang sangat rasa perit tekak..dan memang betul omega boleh mencairkan kahak. Lagi cepat kesannya dari saya makan ubat batuk dan yang penting tak ngantuk! Hehehhe.. ;p

Jadi, kalau anda pun mengalami masalah yang sama dengan saya..boleh cuba Omega Guard..lagi-lagi kalau yang pregnant tu kan..Bukan je dapat redakan batuk tapi dapat banyak khasiat Omega yang lain. Mesti setiap ibu impikan anak yang genius kan? 🙂

Oh ya..macam mana Omega Guard membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman.

Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard tu lah bertindak sebagai anti-keradangan.

Saya kongsikan satu artikel dari Livestrong 

Fish oil and Asthma

According to the National Institutes of Health, fish oil might be beneficial for asthma because it improves air exchange in the lungs. The effect is primarily seen in children, versus adults. Indiana University researchers found that 3.2 grams of eicosapentaenoic acid, or EPA, and 2 grams of docosahexaenoic acid, or DHA, a day was able to help patients with asthma reduce the need for medications post-exercise when asthma symptoms are more likely to occur.

Airway Inflammation

Researchers from Division of Epidemiology, School of Public Health, and Department of Laboratory Medicine and Pathology, University of Minnesota, Minneapolis, Minnesota; and H. Lee Moffitt Cancer Center and Research Institute, Tampa, Florida studied DHA in fish oil’s effect on chronic obstructive pulmonary disease. From the research, conducted in animals, the authors concluded that omega-3 fatty acids might treat inflammatory types of respiratory ailments. Viruses, environmental pollution and bacteria that can lead to cough all produce inflammation in the lungs.

Immune Function

In a study of trauma patients, researchers from China gave intravenous fish oil to trauma patients. They compared immune function biomarkers in the bloodstream to a group of patients given soybean oil. The patients given omega-3 fatty acids had a significant boost in immune response to help fight infection. The trial results showed fish oil enhanced immunity at a cellular level.

Yang preggy tu jangan batuk waktu meneran..hehe..saya dalam labour room pun masih batuk lagi..nasib baik Allah permudahkan waktu nak bersalin..tak terbatuk nak meneran..hehhe..

Harga runcit RM136 untuk sebotol Omega Guard (90 capsul). Hubungi saya di 013 939 5771 atau email jer tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut

OrderNow

Vitamin Shaklee ~ Lebih dari ‘ORGANIK’

Skang ni rata-rata pengguna skang da bijak. Bila cari makanan..kalau boleh semua nak yang organik kan? Tambah2 lagi keadaan dan persekitaran sekarang yang membuatkan hampir kesemua tanaman dah guna racun serangga(pesticide), pegawet..dan macam2 chemical lagi lah.

Kali ni saya nak share satu cite mengenai ORGANIK..apa agaknya organik ni yer?

Agak hangat sekarang di pasaran mengenai VITAMIN ORGANIK. Rata-rata promosi makanan kesihatan sibuk mencanangkan status ORGANIK tu. Hinggakan ada yang tanya saya, vitamin Shaklee ni ORGANIK tak?

Cuba tengok label botol vitamin SHAKLEE… ada tak tulis ‘produk Shaklee adalah Organik’? Takde kan… walaupun piawaian Shaklee memenuhi semua kriteria ORGANIK, kenapa tak dicanang title ORGANIK tu agaknya ye?

Apa itu ‘ORGANIK’?

Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang ‘lebih dari organik’ ni, tahu tak apa maksud organik?

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan ‘Certified Organic’ oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.

Macamana nak pastikan ‘ORGANIK’?

Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label ‘ORGANIK’ kerana standard telah dipatuhi.

Kenapa SHAKLEE ‘lebih dari organik’?

Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan ‘lebih dari organik’.

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)

Apa bukti SHAKLEE ‘lebih dari organik’?

Saya nak kongsi satu fakta benar ‘Shaklee Different’ yang menunjukkan Shaklee ‘lebih dari organik’

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia. Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak.

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti.

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara.

Ginseng Asia
Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Ginseng

(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)

Jadi kenapa pilih SHAKLEE?

  • Sentiasa SELAMAT
  • Sentiasa BERKESAN
  • Sentiasa MESRA ALAM

Credit Bigsmilezone.com 

Sebarang Order & Pertanyaan:

Tg Muzlina

Shaklee ID :  866443
Contact No | WhatsApp : 013 939 5771
Email : tgmuzlina@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/Mama2R