Category Archives: Bisnes Shaklee

Master Coordinator Shaklee..mampu merubah impian anda jadi kenyataan!

Sebut je Master..memang rasa mak aih…tak larat den nak sambung belajar! Saya memang minat belajar tapi saya tak suka exam! Hehehhehe..boleh gitu? 😉 Tapi Master yang satu ni memang salah satu impian saya..Menjadi Master Coordinator Shaklee merupakan impian yang agak besar bagi saya sebenarnya tapi saya ada impian yang jauh lagi besar! Apa tu?? Nanti saya kongsikan yer. 🙂 

Mungkin ada yang bertanya..macam mana lah agaknya si Muz ni tiba-tiba terjebak dengan bisnes Shaklee. Tak pernah buat bisnes..alih-alih rancak pula bisnesnya! Ooopss..bukan tak pernah buat langsung..pernah..tapi kecil-kecilan je..macam jual tudung, jual kerepek..jual tupperware..sambil2 je hehehe..

Think Big

Monthly & Daily planner

Bagaimana saya bermula dengan Bisnes Shaklee?

Segalanya bermula apabila saya berpantang anak kedua iaitu Nur Arissa Husna, 2 tahun lepas.  Sebenarnya saya dah amalkan sejak anak pertama..tapi waktu tu usia anak sulong dah pun setahun setengah. Lepas habis pantang, baru saya decide untuk jadi ahli. Ngam-ngam pada tarikh lahir saya! 😉 Anda boleh baca kisah saya berpantang dengan vitamin Shaklee kat entry atas ni. Lepas dah rasai sendiri betapa bestnya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, saya suka-suka je cuba untuk kongsi dengan kawan-kawan..mula kongsi faedah-faedah yang saya dapat bila consume vitamin Shaklee ni. Sedar tak sedar, eh…boleh dapat side income rupanya! Memang syoklah! Sebab saya kat rumah je..sambil surfing, sambil update status..sambil blogging..tiba-tiba dapat bonus tengah-tengah bulan! Wah…bestnyerrr!! Lepas tu ..teruskan jelah sampai sekarang 🙂 Alhamdulillah..dapatlah merasa bonus 4 angka setiap bulan..

Biasanya bila kawan-kawan tanya, wah! masyuk bisnes ko sampai dapat 4 angka tiap2 bulan?! Agak-agak dalam kepala dia berapa ribu tu? RM9999 ? Hehhe..4 angka gak tu..ke RM 1000? Hah..jauh beza tu! Kalau dah RM9999..saya dah solat istikharah nak tender resign dah! Hehehhe. ;p Boleh gitu? Tapi..walaupun minima RM1000 sekalipun..siapa yang nak bagi tengah-tengah bulan kan? Setiap bulan pulak tu! Kelebihan-kelebihan yang saya dapat dengan menjadi ahli Shaklee digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian saya. Hurmmmm..Jadi, jika anda juga punya impian dan ingin menjana pendapatan sampingan setiap bulan..anda boleh sertai kumpulan kami. Insya Allah kami bantu sedaya upaya untuk realisasikan impian anda..tapi ada syaratnya! Kalau nak join buat bisnes then goyang kaki tunggu duit masuk berkepuk2 tiap-tiap bulan..sorry to say..ini bukan tempatnya! 🙂 Kami berniaga produk dan menjadi amanah dan tanggungjawab kami untuk bagi training pada downlines. Shaklee takkan bayar satu sen pun kalau kita goyang kaki tak usaha apa-apa k! Yang penting..mesti kena rajin usaha, punya semangat yang kuat dan keazaman yang tinggi untuk buat bisnes Shaklee ni. Insya Allah kejayaan milik anda! Anda pun boleh berjaya..walau bermula dari ZERO..tapi anda mampu membina Empayar anda sendiri suatu masa nanti! Sekarang..saya juga sedang membina Empayar saya sendiri.. Marvellous Mama2R Family 🙂

Empire Marvellous Mama2R Family

Master Coordinator Shaklee..apa yang bestnya?

Oh…selain pendapatan yang limitless..banyaaaaaaak sangat impian yang boleh saya capai!Saya buat Shaklee bukan semata-mata nak jadi Master Coordinator..tu title je..hanya pada nama. Tapi…impian saya jauh lebih besar dari tu. Saya tak pernah reveal semua impian ni kat public..biasanya dalam secret group tu ada lah..tapi kali ni Allah gerakkan hati saya untuk kongsikan di sini. Mudah-mudahan..moga anda semua bermurah hati turut sama mendoakan kejayaan saya dalam Bisnes Shaklee ni. 🙂

  1. Saya nak FINANCIAL FREEDOM – Ya! Bebas kewangan..saya bukan nak kaya sangat pun tapi saya nak ada PILIHAN..Alangkah bestnya kalau kita nak apa-apa, tak terikat dengan masalah kewangan. Kadang-kala, saya terpaksa memilih sesuatu hanya di bawah kemampuan saya..walaupun impian saya berbeza. Saya taknak ulas panjang di sini tentang kewangan…cukuplah dalam pengetahuan kami 🙂
  2. Saya nak TIME FREEDOM – Saya taknak terikat dengan kerja yang saya tak boleh control. Pendek kata..impian saya nak jadi WAHM…surirumah berpendapatan tinggi. Saya boleh control masa saya sendiri, dan yang paling penting..saya boleh jaga anak-anak sendiri dan boleh bercuti bila-bila masa yang saya nak..even nak balik kampung sekalipun takkan terikat dengan jadual kerja yang memerlukan saya berada di ofis sepanjang masa.
  3. Saya nak ada rumah sendiri di atas tanah sendiri – Yang ni, of course bila No.1 dah dapat..Insya Allah no.3 bisa diatur. Kalau dilihatkan harga hartanah sekarang..memang mampu telan air liur jelah..semuanya dah cecah 300-500k. Kalau 10 tahun lagi..20 tahun lagi?? Ikhtiar saya supaya anak-anak dah ada tempat yang secure untuk mereka dan selesa untuk mereka..

Rasanya cukuplah 3 IMPIAN BESAR saya ni dikongsikan di sini..Sebabnya impian saya banyak lagi bila impian No.1 tu tercapai.. 🙂 Nak bawak family gi haji ke..umrah ke..holiday ke..semua boleh! Moga saya diberi kekuatan dan ditetapkan hati serta keazaman dalam apa yang saya usahakan. Insya Allah 🙂

Alhamdulillah..saya di bawah payung Master-Master hebat..bukan je jaya harta tapi kaya jiwa. Susur galur saya bermula dari Master Norita Idris > Master Shareeza > Master Lyna Noh > Master Hadhatina. Bermula dengan Shaklee..dan merekalah yang merubah corak pemikiran saya kepada 360 darjah! Terima kasih pada mereka yang membawa saya ke dunia Shaklee terutamanya yang menjadi tulang belakang saya iaitu suami tersayang, anak-anak dan ayah bonda tercinta. 

Master Hadhatina a.k.a Mami Hadha

Master Hadhatina a.k.a Mami Hadha

Master Lyna Noh

Master Siti Nurazlina a.k.a Lyna Noh

Presidential Master Shareeza a.k.a Cery Mamafaiz

Master Cery Mamafaiz

Dengan menjadi Master Coordinator Shaklee..ianya adalah titik permulaan bagi merealisasikan impian-impian saya dan tentunya anda jug! 🙂

 

Kelebihan menjadi ahli Shaklee @ agen Shaklee

Saya rasa tak pernah saya kongsikan dalam blog ni kan apa kelebihan atau manfaat yang saya dapat dengan menjadi ahli shaklee. Ada orang panggil agen shaklee. 🙂 Tapi sebenarnya pengedar Shaklee atau Shaklee Independent Distributor. Mula-mula saya join jadi ahli shaklee dulu sebab nak makan sendiri jer. Memandangkan saya memang konsisten makan vitamin shaklee waktu berpantang, jadi saya teruskan niat je untuk jadi ahli shaklee..so dapatlah beli murah kan sebab boleh dapat harga ahli 🙂

Once dah jadi ahli, saya diserap masuk ke dalam secret facebook group yang ekslusif hanya untuk team YourSupermom. Dalam pantang biasalah duk godek2 internet..Macam-macam ada dalam group tu, tips marketing, motivasi, dan yang paling saya tertarik dalam group, tiada seorang pun yang tayang duit berkepuk2, handbag berjenama, kereta mewah dan sebagainya. Paling best, semuanya humble je..padahal sorang-sorang income 4-5-6 angka! Dahsyat! So saya rasa, why not saya sharing dengan rakan-rakan..paling tidak pun lepas lah duit untuk beli vitamin yang sedang saya makan waktu berpantang tu 🙂 Maklumlah waktu tu duit gaji pun cukup-cukup makan jer. Bagi saya waktu tu..terasa agak mahal juga lah nak keluarkan duit beli suplemen ni walaupun RM50! ;p Bermulalah dari situ, barulah saya buka bisnes kit yang dah terperam kat dalam bilik. Hehhehe..Dan baru saya sedar, rupanya banyak faedah yang boleh saya dapat bila jadi ahli ni. Rupanya banyak faedah yang boleh saya dapat..tak tau dan tak ambil tau je..kekeke. Paling best sebab walaupun saya sekarang adalah lecturer di sebuah institut latihan kemahiran, tapi dalam masa yang sama saya masih tetap boleh buat bisnes dari rumah tanpa perlu abaikan kerja hakiki saya dan tanpa perlu tinggalkan suami dan anak-anak. Sekarang ni memang banyak cara untuk jana income dari rumah. Yang penting dari sumber yang HALAL. 🙂

Apa yang Shaklee tawarkan?

Lepas tu baru lah saya tahu yang Shaklee offer 3C bagi sesiapa sahaja yang jadi ahli. 3C tu ialah

  1. CASH
  2. CAR
  3. CONVENTION

Faedah jadi ahli shaklee

 

Faedah 1 # CASH

Sebagai pengedar shaklee yang sah, kita layak untuk dapat sehingga 21% daripada hasil jualan, bonus kepimpinan sehingga 6 level dan Coordinator Incentive sehingga 1.5% Semuanya ni Shaklee bagi cash setiap bulan (bank-in) based on performance kita. Walaupun shaklee ni MLM..tapi marketing plan shaklee memang adil sebabnya siapa yang berusaha dia dapat, tiada istilah downline kerja untuk upline dan upline makan duit downline. Macam mana tu? Nanti saya kongsikan di lain entry ya! 🙂

Faedah 2 # CAR SUBSIDY PROGRAMME

Shaklee juga tawarkan car bonus bagi ahli shaklee yang layak. Of course lah ada syarat-syaratnya. Kita kerja pun ada syaratnya jika nak naik pangkat kan? 🙂 Dan apa yang uniknya Shaklee ni, kita akan dapat car bonus tu dalam bentuk CASH! Ya..$$ Berbeza dengan syarikat MLM yang lain. Kebiasaannya MLM lain tawarkan kereta kan..Dengan car bonus yang shaklee tawarkan ni, kita boleh buat apa saje dengan duit tu. Nak beli kereta besar ke..kereta kecik ke..nak beli motor besar ke..nak beli rumah ke..nak simpan ke..suka hati lah sebab dah jadi milik kita 🙂 Best tak? Bagi yang nak menyimpan..at least boleh lah simpan untuk masa depan kan.

Faedah 3 # CONVENTION

Yang ni bila kita cukup point, Shaklee tawarkan convention trip. Ada trip untuk local dan juga trip ke overseas/umrah. Semuanya bergantung pada usaha dan point yang kita dapat. Bukan calang-calang trip tapi 5-6 stars okeh! Sangat best bila saya sendiri dengar pengalaman mereka yang pernah pergi umrah trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Insya Allah moga hajat saya untuk bawak keluarga ke sana dipermudahkan.

Alhamdulillah..saya bersyukur sangat ditemukan dengan mentor yang hebat dan team yang hebat! Dalam bisnes ni kena sabar..apatah lagi dalam bisnes MLM. Dlm Shaklee pun sama, ibaratnya kita tanam pokok epal..waktu membajak, menyemai benih..siram air, letak baja, control makhluk2 perosak..everythin perlukan kesabaran..tapi once dah berbuah lebat..dan memang takkan dapat ditahan-tahan lagi. Kalau kita jaga elok ladang epal kita..insya Allah akan hasilkan buah yang besar-besar dan manis sangat rasanya! Sepanjang penglibatan saya dalam Shaklee..upline tak pernah paksa saya buat..nak suruh recruit orang apatah lagi! Waktu saya mula-mula bisnes dulu, memang tak banyak bonus. Bonus pertama saya pun baru RM2x saya lupa..tak sampai RM30 pun..tapi lepas tu meningkat dan terus meningkat! Kadangkala ada naik turunnya..itupun sebab saya yang tak fokus! Salah sendiri lah..dan Alhamdulillah..apa yang boleh saya katakan sekarang ni dah menghampiri gaji hakiki saya. Syukur sangat-sangat. Kalau kerja government..dapat bonus stengah bulan gaji pun dah seronok apatah lagi dengan bisnes Shaklee boleh dapat bonus setiap bulan dan kita yang tentukan nak berapa banyak. Nak banyak usahalah banyak..Insya Allah..

Bagi anda pun yang nak jadi ahli Shaklee boleh hubungi saya untuk menjadi sebahagian dari ahli di bawah payung Marvellous Mama2R Family. Jadi ahli tak semestinya kena buat bisnes..kalau sekadar untuk makan sendiri dan share dengan saudara mara, tak perlu maintain apa-apa point atau minimum purchase. Kalau nak bisnes pula, insya Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu sebaik mungkin. Coaching offline dan online semuanya disediakan. Pendek kata korang takkan ditinggalkan terkontang-kanting.

Macam mana nak jadi ahli Shaklee?

Ada 2 cara iaitu dengan membayar yuran keahlian Shaklee bernilai RM65 dan tambahan RM10 diperlukan untuk penghantaran bisnes kit ke Semenanjung Malaysia. Kalau kat Sabah Sarawak, kos penghantaran RM20. Yuran keahlian ni hanya perlu bayar SEKALI SEUMUR HIDUP.

Nak dapat keahlian percuma? Caranya mudah jer. Anda boleh daftar keahlian Shaklee dengan membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670 untuk Semenanjung dan RM850 untuk Sabah Sarawak).

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch berdekatan?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli shaklee yang berdaftar. Sila gunakan maklumat berikut sekiranya anda berhasrat untuk bersama-sama saya (suatu hari nanti ke)  dalam bisnes shakleeID.

Sponsor ID : 866443
Nama sponsor : Tengku Muzlina Hanim Tengku Semara

Sebaik sahaja anda register, hubungi saya untuk maklumat lanjut di 0139395771 (SMS/Whatsapp) atau email sahaja di tgmuzlina@gmail.com . Saya bersedia membantu.

buat duit dari rumah

Inilah ‘Mommy’ & ‘Daddy’ saya yang banyak membantu perjalanan bisnes shaklee saya