Category Archives: BREASTFEEDING

Tips Bekukan Susu Ibu untuk Jimatkan Ruang Peti Sejuk Anda

Susu ibu yang dah disimpan dalam peti sejuk mestilah dibekukan untuk pastikan ianya boleh tahan lama. Nak bekukan EBM pun ada caranya tau supaya jimat ruang dalam freezer. Kalau guna botol, pastinya akan perlukan ruang yang luas dalam freezer. Kalau peti besar memang syoklah kan? Kali ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk bekukan EBM supaya dapat jimatkan ruang dalam deep freezer dan dalam masa yang sama ianya dapat memudahkan anda untuk kawal stok EBM.

Mula-mula, labelkan dulu tarikh dekat plastik EBM bagi setiap susu yang akan dibekukan.

Tips #1 – Simpan susu dalam kuantiti yang diperlukan untuk satu kali feeding

Sebelum kita pindahkan susu yang dalam botol ke dalam plastik/liner EBM, sukat dulu siap-siap. Jangan letak banyak sangat tau. Memadai hanya untuk sekali minum sahaja. Biasanya saya letak dalam 3-3.5 oz je..sebab bilbaby umur 2-3 bulan minum pun tak banyak..paling banyak pun saya letak 4oz sebab untuk baby minum bila dia dah 4-5 bulan nanti.

cara bekukan susu ibu EBM

Tips #2 – Bekukan susu dalam keadaan baring

Sebelum seal plastik EBM, buang dulu gelembung udara dan lepastu seal plastik ketat-ketat. Pastikan seal betul-betul, nanti tumpah pulak kang nangis hehe..kemudian simpan di dalam peti sejuk beku anda dalam keadaan berbaring.cara simpan susu ibu

Tips #3 – Susun mengikut tarikh yang paling awal

cara bekukan EBM

Ni saya guna upright freezer. Kalau yang guna deep freezer kena lebih kreatif letak dlm bekas yang boleh buat konsep yang sama

Gunakan kaedah FIFO (First In First Out) semasa menyusun EBM yang dah dibekukan supaya susu yang dah lama disimpan akan digunakan terlebih dahulu. Takdelah nanti terlepas pandang sampai tak sedar susu dah expired! Sayang lah kan bila dah kumpul penat-penat, tapi bila nak guna dah tak boleh.

Semoga entry ini bermanfaat buat ibu semua. Selamat Mencuba! 🙂

Senarai Pakar Laktasi & Kaunselor Laktasi di Selangor

Dalam menjayakan penyusuan bayi, ibu sangat memerlukan sokongan daripada semua pihak lebih-lebih lagi suami. Jika anda, isteri anda atau ibu yang anda kenal sedang mengalami masalah dalam penyusuan bayi dan perlukan bantuan, anda boleh berhubung terus dengan pakar laktasi atau kaunselor laktasi yang bertauliah. Penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat daripada pakar bertauliah untuk kenalpasti apa masalah sebenar yang dihadapi dan insya Allah mereka boleh nasihatkan anda apa yang perlu dibuat. Senarai di bawah adalah pakar laktasi dan kaunselor laktasi di Selangor. 

senarai kaunselor laktasisenarai kaunselor laktasi selangorSumber : Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu (Peer Counselors) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. 

Jika anda nak tanya saya tentang breastfeeding ni pun boleh 🙂 tapi saya bukanlah kaunselor ata pakar laktasi. Tapi insya Allah apa yang saya boleh kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman saya menyusukan ketiga-tiga orang anak saya. Moga bermanfaat buat anda semua.

Selamat Menyusu! 🙂

 

 

Jangan Goncang Susu Ibu dalam Botol

Ibu semua perasan tak bila letak susu yang dah dipam dalam peti sejuk dan selepas beberapa jam akan terbentuk dua lapisan. Di lapisan atas nampak cam pekat dan di bawahnya pula cair sedikit. Bila nak sediakan EBM, biasanya kita kena goyangkan botol perlahan-lahan supaya kedua-dua lapisan tu sebati. Tak boleh tau goncang kuat-kuat. Awal-awal saya berkecimpung dalam breastfeeding ni dulu pun tak tahu. Apa masalahnya kalau goncang susu ibu dalam botol? Ada kesan ke? Semoga entry ni merungkai persoalan ibu semua. 

Teknik Penyediaan EBM

Kenapa tak boleh goncang susu ibu dalam botol?

Saya kongsikan artikel daripada Linda J.Smith (IBCLC) iaitu lactation consultant yang bertauliah.

Because shaking expressed mothers’ milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces – the amino acids – the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested. Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells. With mother’s milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells. So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It’s far more than perfect food for babies – it’s a living tissue and protective shield too.”

goncang susu ibu

Ya..susu ibu sangatlah bernilai! Susu ibu mengandungi tisu hidup..penuh dengan antibodi yang tidak ada pada susu formula. Jadi, tak payah goncang kuat-kuat. Memadailah dengan gelek-gelek manja je (swirl) bagi sebati. Jika ibu nak berikan yang terbaik buat bayi anda..Jangan lupa bagi tau pada semua orang yang terlibat seperti ayah, ibu dan babysitter dalam penyediaan EBM anak anda ye! 🙂  

 

Misi kumpul stok EBM kini bermula!

Alhamdulillah hari ni baby Areefa dah pun berusia 13 hari. Kejap je masa berlalu kan? Kali ni saya nak sambung semula hobi saya tentang breastfeeding..hehe..dulu stop sekejap..Dulu waktu saya preggy anak pertama..kerja saya duk google je cemana nak kumpul stok EBM ni. Seronok tau..banyak benda yang saya belajar..dari kumpul stok..simpan stok..susun dan macam-macam lagilah nak handle EBM ni. Pendek kata, ilmu ni memang takkan pernah habis. Kalau waktu Arissa dulu, saya mula simpan stok EBM seawal Arissa usia 3 hari rasanya…tapi kali ni saya mula simpan stok waktu Areefa usia 5 hari..itu pun sebotol je waktu berpantang dekat rumah mertua. Lepas dah balik rumah sendiri baru mula menyimpan..hehe..bukan apa, sebab kali ni tak ready storage milk semua. Semuanya tertinggal dekat rumah. Banyak benda nak angkut ke hulu hilir lak. Takpe..lagipun cuti bersalin 3 bulan..hehe..ada banyak lagi masa nak kumpul stok.. Insya Allah 🙂

Bila jadi ibu menyusu yang bekerja ni..terpaksalah gigih pam dan kumpul stok EBM untuk kegunaan bila dah kerja nanti. Maklumlah..kerja tak menentu, kadang ada kursuslah..meetinglah..dan kadang-kadang susu drop lah..jadi kumpul stok EBM ni untuk emergency case la kiranya. Kali ni saya guna botol yang boleh muat 2 oz je…tapi takdelah banyak sebab saya dah standby EBM storage liner. Mudah nak simpan dan jimat ruang. Yang untuk awal-awal ni je letak dalam botol 2oz sebab nanti baby tak minum banyak pun. Macam dulu waktu Arissa..rugi sangat sebab skali defrost satu plastik..paling kurang 7oz..terpaksalah guna semuanya bila dah defrost. Botol-botol ni pun comel sangat! Hehehe..lepas gian pun ye jugak sebab dulu takde botol yang muat 2oz..semuanya 5oz..hehe..

kumpul stok EBM

Sikit demi sikit..Insya Allah..lama2 cukuplah untuk si comel Areefa

 

Waktu berpantang nilah curi masa untuk pam dan kumpul sikit-sikit. Lagi pun, waktu pantang ni..susu baru nak establish..jadi, kena rajinlah pam ye. Kebanyakan ibu risau baby tak cukup susu kalau kita pam..ataupun..pam lepas baby menyusu tak keluar apa apa pun. Apa pun, yang penting sekali mindset kena betul. Yakin bahawa susu cukup untuk anak kita. Mungkin ibu yang baru nak mula simpan stok boleh rujuk entry ni tentang macam mana nak kumpul stok susu pada masa yang sama baby pun menyusu direct.

EBM – Expressed Breast Milk

Tanda-tanda Hampir Bersalin dan Rasa Sakit Bersalin yang Sebenar

Menanti tanda-tanda hampir bersalin memang mengujakan dan pastinya mendebarkan 🙂 Antara Braxton Hicks dan sakit bersalin yang sebenar..adakalanya mengelirukan bakal ibu. Saya sendiri kadangkala confuse..dan of course..bila rasa sakit tu datang..terus berdebar-debar!

“Eh..ni sakit main-main ke? Betul ke aku ni dah nak bersalin?”

Pasti itu yang akan bermain dalam fikiran ibu setiap kali datang rasa contraction tu. Bila sebut pasal contraction, mungkin buat ibu yang pertama kali mengalaminya agak susah nak tahu apa tu rasa kontraksi (contraction).

Bagaimana rasa contraction?

Contraction tu apa? yelahkan sebab tak pernah rasa. Senang cerita contraction ni rasa sakit macam senggugut. Oh..bagi yang tak pernah alami masalah senggugut susah juga kan? hehehe..Pernah rasa memulas nak buang air besar? ;p Haa..lebih kurang rasa tu lah. Selagi tak membuang, selagi tu rasa tak kena. 

Actually, kontraksi ni berlaku disebabkan otot rahim mengecut (uterus). Kalau kita letak tangan atas perut, memang dapat rasa yang perut tu sedang tegang dan mengeras dan kadang-kadang tu memang rasa tak selesa. 

Eh..perut aku ni selalu mengeras! Ni contraction ke?”

Yup..memang betul pun bila perut mengeras tu salah satu tanda contraction sedang berlaku. Cuma bezanya contraction main-main atau rasa sakit bersalin yang sebenar? Haa…kat sini lah ibu kena ambil tahu dan kena pandai bezakan antara rasa sakit bersalin yang palsu atau pun memang rasa sakit bersalin yang sebenar.  

Bagaimana nak tahu beza antara Braxton Hicks dengan Rasa Sakit Bersalin yang sebenar?

Contraction yang palsu ni namanya Braxton Hicks. Tujuannya adalah untuk melatih badan ibu khususnya otot-otot rahim supaya bersiap sedia untuk bekerja keras bila tiba waktu bersalin yang sebenar. So, macam mana nak tau contraction yang sedang dialami tu adalah Braxton Hicks ke memang betul-betul nak bersalin dah?

Cuba anda check senarai ni. Kalau ada tanda-tanda macam kat bawah, maksudnya anda sedang alami Braxton Hicks 🙂

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, mungkin sekali atau beberapa kali sehari
  • biasanya berhenti bila anda bertukar aktiviti atau posisi. Contohnya kalau tengah berjalan, cubalah duduk ke..atau sebaliknya. 
  • tidak teratu dan tidak konsisten. Kalau konsisten pun..kejap jer
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma..maksudnya takde rentak yang tertentu. Contohnya setiap 10 minit ke, setiap 5 minit ke.
  • kekuatan kontraksi tak makin kuat.

Tapi, kontraksi yang anda alami tu adalah tanda dan rasa sakit bersalin yang sebenar jika ianya seperti di bawah :

  • rasa mengeras yang lebih lama 
  • lebih teratur
  • lebih kerap
  • lebih menyakitkan
  • Paling mudah nak faham..kontraksi tu akan rasa lebih lama, lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit. 

Sebab tu bila kita pergi ke hospital, terus nurse atau doktor tanya, contraction dah berapa minit sekali? Sinilah pentingnya bila tiba waktu contraction, ibu kena catat berapa lama contraction berlaku, berapa kerap (10 minit sekali, 5 minit sekali dan sebagainya). Kebiasaannya memang lebih sakit..sebab itulah tandanya serviks ibu sedang terbuka. Ada juga kes, yang ibu tak rasa sakit tapi contraction kuat! Saya sendiri pernah alami waktu anak pertama dulu. Bila doktor check dengan CTG, obviously contraction memanga kuat tapi saya tak rasa sakit pun..dan bila check jalan ..tak terbuka pun..hehe..duk tang 2cm tu je sehari suntuk.. ;p Sudahnya memang kena induce sebab doktor pun risau baby distress bila lama sangat contraction tu. Alhamdulillah..lepas induce, terus rasa sakit tu datang dan jalan terbuka. Berjayalah bersalin normal 🙂

So, kalau plan nak bersalin dekat hospital yang jaraknya agak jauh dari lokasi anda sedang sakit tu, pergi lah cepat-cepat ye. Jangan tunggu kontraksi dah 5 minit sekali baru nak pergi hheehe.. Waktu anak kedua..saya pergi  ke hospital bila dah 5 minit sekali. Jarak pun dekat je dlm 5 minit perjalanan tapi tak dan dan dah rasa nak bersalin tu sebab makin kerap sakitnya.. Kalau tak silap saya kontraksi dah dalam 2-3 minit sekali kot..tak pun lagi cepat..sebab saya baru je berjalan 3-4 langkah..kena berhenti jap tahan sakit contraction, pastu bila hilang sakit terus jalan lagi..macam tulah sampailah kat labour room ;p Kalau nak baca pengalaman saya bersalin anak pertama dan pengalaman saya bersalinkan anak kedua, jemputlah baca ye 🙂 menarik tau sebab dua-dua berbeza 🙂 Mudah-mudahan dapat jadi panduan untuk ibu semua.

Trimester pertama kehamilan yang mengujakan ibu!

Alhamdulillah..terlebih dahulu tahniah buat semua pembaca yang sedang menjalani detik trimester pertama dalam kehamilan pada ketika ini! 🙂 Terutamanya pada ibu yang baru pertama kalinya akan merasai detik-detik kehamilan yang sangat mengujakan!  Mungkin juga ada di antara anda yang bakal bergelar bapa! Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggalas tanggungjawab yang cukup berat untuk mendidik zuriat anda tapi amat seronok dan sangat mengujakan. It’s really precious gift from Allah s.w.t untuk ibu merasai detik-detik kehamilan dari trimester pertama kehamilan hinggalah trimester akhir iaitu trimester ketiga kehamilan.

trimester pertama kehamilan

Trimester pertama kehamilan adalah satu tempoh yang sangat memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan berhati-hati, sebab sekarang anda berada dalam tempoh yang ‘fragile’ . Jadi, ibu dan juga bapa pun tak terkecuali dalam berusaha sedaya upaya menjaga kandungan sehinggalah bayi anda selamat dilahirkan. Mesti tak sabar kan? Excited, berdebar, risau, gembira..semuanya bercampur baur! Bermula dari saat ini, ibu kena jaga elok-elok bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu tu sendiri supaya ibu bebas daripada sebarang masalah kesihatan atau komplikasi yang mungkin timbul samada semasa hamil, semasa bersalin atau pun selepas bersalin.

Kali ni saya nak kongsikan artikel yang saya baca dari majalah. Perkara-perkara asas yang perlu ibu tahu dan mungkin boleh dijadikan panduan untuk menghadapi tempoh trimester pertama kehamilan ini dan seterusnya.

Amalan yang boleh dilakukan di trimester pertama kehamilan

1. Gunakan tempoh awal kehamilan untuk mencari maklumat

Anda boleh gunakan masa yang ada untuk cari maklumat. Biasanya ibu ni excited nak shopping baju-baju baby dan barang keperluan serta accessories baby kan? Bab shopping tu hold dulu sebab masih terlalu awal lagi. Baru trimester pertama 🙂 Banyak lagi masa nak shopping nanti. Apa kata ibu cari maklumat sebanyak mungkin mengenai tips-tips untuk menjalani kehamilan yang sihat, cari maklumat tentang penyusuan susu ibu, tips-tips penjagaan bayi yang baru lahir dan macam-macam lagilah maklumat yang ibu baru ni perlu amik tahu. Waktu pregnant ni jer ada banyak masa nak godek sana sini. Nanti dah busy dengan baby lak 🙂

2. Banyakkan minum air untuk elak dehidrasi

Normal bagi ibu yang dalam trimester pertama kehamilan mengalami mual, loya dan muntah-muntah kerana perubahan hormon dalam badan. Adakalanya hingga ibu terpaksa di tahan di wad kerana kehilangan banyak air dalam badan (dehidrasi). Jadi, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Air yang mencukupi dalam badan dapat mengelakkan anda dari sembelit!

3. Makan secara sihat

Ramai ibu yang mengambil kesempatan..katanya makan untuk dua orang! 🙂 Tak perlu lah macam tu ye. Keperluan tenaga hanya meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir. Apa yang perlu korang pastikan ialah diet seimbang. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran at least 5 kali sehari. Jangan skip breakfast ye. Seeloknya makanlah bijirin penuh baru lah tak sembelit sebab ada fiber yang tinggi. Jangan lupa juga sumber protein seperti ikan, daging, telur dan susu serta produk tenusu.

4. Elakkan penyebab muntah

Paling utama, makanlah dalam kuantiti yang sedikit tapi dengan kerap untuk elakkan muntah. Waktu preggy ni macam-macam alahan bau yang mungkin ibu alami terutamanya waktu trimester pertama kehamilan. So, elakkanlah dari dekat atau cium bau yang tidak menyenangkan tu. Lagi satu, kalau tengah baring, bangunlah perlahan-lahan.

morning sickness semasa trimester pertama kehamilan

5. Ikuti pemeriksaan antenatal

Sebaiknya lakukan pemeriksaan antenatal seawal mungkin. Jadi, mudah untuk doktor pantau keadaan bayi dan juga ibu sepanjang kehamilan tersebut. Walaupun anda berhajat untuk bersalin di hospital swasta, tapi saya nasihatkan pergilah buka buku merah di hospital kerajaan juga. Bukan apa, kalau ada emergency case yang kritikal nanti doktor akan refer pada hospital kerajaan juga.

6. Makan ikan

Beberapa kajian yang menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 memberi kesan yang baik pada praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi terutamanya di trimester akhir kehamilan. Sebabnya minyak ikan tu dah complete dengan protein, mineral, vitamin D dan juga asid lemak omega 3. So, waktu preggy rajin-rajinlah makan ikan yer 🙂

7. Senaman lantai pelvis

Lakukan senaman lantai pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman kegel seeloknya 3 kali sehari. Mudah je, sambil tengok tv pun boleh buat 🙂 Senaman kegel ni sangat membantu ibu untuk menguatkan lantai pelvis dan sebagai persediaan masa nak bersalin nanti. Lagipun senaman ni memang elok sangat untuk ibu selepas bersalin.

senaman kegel

8. Kurangkan kafein

Ada kajian yang mengatakan pengambilan kafein yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi lahir dengan berat badan yang ringan atau meningkatkan risiko keguguran. Bukan tak boleh minum langsung, tapi seeloknya kurangkanlah paling banyak pun 2 cawan kopi sehari atau 4 cawan teh. Lagipun kafein ni menghalang penyerapan vitamin dan juga zat yang kita makan. Nanti sia-sia je makan semua tu. Sebaik-baiknya beralihlah kepada kopi tanpa kafein, teh, jus buah-buahan segar dan air kosong.

9. Rajin-rajinlah bersenam

Siapa kata waktu preggy tak boleh bersenam? Boleh..tapi berpada-padalah..janganlah buat aktiviti lasak yer. Memadai hanya senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air. Pakar perubatan menyatakan senaman beri kesan yang positif pada bahan kimia otak iaitu serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan.

Mengapa nutrisi yang mencukupi penting di sepanjang kehamilan?

Tak lain tak bukan untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap yang optimum supaya ibu berupaya untuk mengandungkan bayi sehingga bayi selamat dilahirkan. Nutrisi yang mencukupi penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat, membantu kelahiran tanpa komplikasi serta membantu proses pemulihan yang lebih cepat sewaktu dalam tempoh berpantang.

Vitamin untuk ibu hamil trimester pertama

Jika tiada apa-apa masalah kesihatan kebiasaannya, di trimester pertama kehamilan ibu akan dibekalkan dengan asid folik sebaik sahaja ibu mendaftar di klinik kesihatan kerajaan. Asid folik sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural atau pun lebih dikenali sebagai saraf tunjang (spina bifida).

kesan kekurangan asid folik-spina bifida400mcg asid folik diperlukan setiap hari oleh badan ibu sebelum kehamilan berlaku dan juga semasa awal kehamilan untuk mengelakkan bayi dilahirkan dengan risiko kecacatan tiub neural sehingga 70%. Asid folik juga penting untuk menyokong sistem saraf yang sihat, membantu penghasilan hormon dan sel-sel darah merah serta penghasilan tenaga.

Selain daripada asid folik, ibu juga perlu memastikan keperluan nutrisi mencukupi untuk menyokong pembesaran bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Adakalanya ibu mengalami alahan yang teruk sehingga banyak khasiat dan zat dari makanan tidak dapat diserap dengan sempurna sekaligus menjejaskan kesihatan ibu sendiri.

1. Vitalea – Multivitamin lengkap dengan zat besi

vitalea

Vitalea membekalkan multivitamin yang dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting termasuk zat besi dan juga asid folik (dalam bentuk folate) yang perlu untuk kesihatan optimum ibu serta memastikan ibu sentiasa bertenaga. Ibu sangat digalakkan mengambil vitalea untuk menampung keperluan nutrisi sepanjang kehamilan lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai hemoglobin (hB) yang rendah atau anemia.

2. B Complex

b complex shaklee

B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik (dalam bentuk folate) iaitu sejenis vitamin B dan juga B12 yang setiap satunya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Shaklee B Complex mempunyai sistem penyerapan bioaktif yang membantu meningkatkan penyerapan asid folik. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah. B Complex turut dapat membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat yang tersimpan dalam badan kepada tenaga.. Jadi, sebab tulah ibu rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih. Mungkin ada di antara ibu yang takut nak makan B Complex..kata orang..baby jadi besar! 🙂 Sebenarnya tak pun..yang buat jadi besar sebab ibu yang tak kawal selera makan dan mungkin genetik tu sendiri. Elakkan telan B Complex sebelum makan sebab tugas B complex ni tukarkan makanan kepada tenaga. Bila perut kosong, itulah yang buat jadi cepat lapar dan makan tak ingat dunia! ;p

3. Vitamin C

Sustained Releases Vitamin C

Waktu mengandung, ibu mudah terkena penyakit disebabkan kesihatan sistem imun yang semakin lemah. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan dan juga penyakit bagi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Jika ibu terkena jangkitan selsema atau demam, vitamin C inilah yang boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi penyakit tersebut. Insya Allah cepat kesannya..Memang ramai yang bagi feedback positif selsema cepat sembuh lepas makan vitamin C. Tak cuba tak tahu kan? 🙂  Selain tu, vitamin C penting untuk penghasilan kolagen untuk bayi dalam kandungan dengan membantu membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus.

4. Ostematrix

kalsium

Saat kehamilan, ibu sangat mudah rasa sakit badan, sakit pinggang dan kebas-kebas akibat perubahan bentuk badan yang berlaku lebih-lebih lagi jika anda ibu yang tak suka minum susu. Ostematrix membekalkan sumber 1000mg kalsium, 400mg magnesium dan juga 400IU vitamin D kepada ibu untuk membantu ibu mengatasi masalah tersebut. Ianya lengkap dengan mineral penting dalam pembentukan dan menguatkan tulang seperi boron, mangan, copper dan juga zink. Ostematrix juga dapat membantu ibu mengatasi masalah sembelit ketika hamil.

5. Peppermint Ginger Plus

kurangkan mabuk hamil dengan peppermint ginger plus

Ramai ibu yang mengalami mabuk hamil atau alahan yang teruk sehingga tiada selera untuk makan dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu. Rasa mual dan loya sering buat ibu rasa angin naik ke kepala. Kadang asyik loya je memanjang tapi tak muntah. Selagi tak muntah selagi tu lah rasa pening kan? Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Rasa peppermint ginger plus yang nyaman dan melegakan dapat membantu ibu mengurangkan angin dalam badan dan meredakan loya tersebut. Halia yang terdapat di dalamnya merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

6. Energizing Soy Protein

Energizing Soy Protein untuk trimester kehamilan

Di sepanjang kehamilan, ibu mungkin akan mengalami pedih ulu hati terutamanya bagi yang sering diserang gastrik. Energizing Soy Protein atau pun lebih dikenali sebagai ESP dapat membantu ibu mengatasi masalah tersebut di samping mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil. ESP membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Protein yang mencukupi dalam badan penting untuk membantu pembinaan blok-blok asas badan bayi dan juga ibu. Ia juga membantu dalam penghasilan susu ibu.

Berikut adalah HARGA PASARAN bagi pilihan vitamin untuk set kehamilan trimester pertama:

SET ASAS KEHAMILAN SHAKLEE
VItalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix
Semenanjung Malaysia : RM 306 termasuk postage
Sabah/Sarawak : RM 316 termasuk postage

ADD ON
Energizing Soy Protein : RM150
Peppermint Ginger Plus : RM 45

Set Kehamilan Shaklee sangat berbaloi untuk dimiliki kerana VItalea dan B Complex untuk kegunaan sehingga 4 bulan manakala Vitamin C untuk kegunaan sehingga 6 bulan. Kesemuanya vitamin ini boleh dimakan semasa mengandung, berpantang dan juga menyusu malah ianya boleh dikongsi seisi keluarga.

OrderNow

Untuk konsultasi dan penerangan produk, anda boleh hubungi kami di 013-9395771 untuk mengetahui vitamin manakah yang paling tepat untuk anda.

Rahsia Susu Ibu Banyak Sebaik Sahaja Melahirkan Cahaya Mata

Pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia yang dimiliki oleh ibu-ibu yang punyai banyak susu. Kadang sampai melimpah ruah sampai tak muat freezer nak simpan kan? Apa rahsia susu ibu banyak dan macam mana cara banyakkan susu ibu supaya ibu tak pening kepala melayan tangisan bayi yang tak henti sebab lapar. Pernah tak ibu terfikir macam ni?

Banyaknyer susu mommy tu, dia takpelah baby lahir terus susu keluar memancut-mancut. Yang aku ni, kempis je macam takde susu. Mesti tak cukup susu untuk baby aku ni!

Bayi yang tak nyenyak tidur biasanya sebab lapar. Bayi tak kenyang..macam tak puas menyusu dan bila bayi asyik menangis je membuatkan ibu mudah tension, jadi stress sebab duk layan baby mengempeng je. Ibu tak keseorangan..Waktu dalam pantang, emosi ibu sangatlah sensitif dan ibu sangat mudah rasa penat. Yelah kan, siang malam terpaksa berjaga..mana ada masa nak rest panjang..dengan luka bersalin yang tak sembuh sepenuhnya lagi..memang penat!

Apa yang saya nak kongsikan di sini berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman saya menyusukan 3 orang anak saya. Yang sulong campur dengan susu formula. Yang 2nd Alhamdulillah berjaya exclusive breastfeed dan sekarang sedang menyusu anak ketiga yang baru berusia 3 bulan. Punca utama saya gagal waktu anak 1st sebab saya ambil mudah waktu tu dan tak faham konsep sebenar macam mana cara banyakkan susu ibu dalam pantang. Tapi, bila saya preggy anak kedua terus cari gali ilmu tentang penyusuan susu ibu, cari petua banyakkan air susu dan Alhamdulillah dapat menyusu secara ekslusif selama 6 bulan dan teruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Masih belum terlambat kan walaupun anak kedua, ketiga..hatta kelima sekalipun.

Tak dinafikan ye, memang ada ibu yang sangat bertuah, lahir je baby terus keluar susu warna putih tu..atau kita panggil susu matang. Ada juga yang waktu preggy lagi susu dah mula keluar. Tapi bagi kebanyakan ibu, susu matang hanya keluar selepas beberapa hari bersalin. Yang keluar hanyalah kolustrum iaitu susu awal warna kekuningan, sikit je dan kelihatan agak pekat.

Kolustrum ni adalah cecair emas yang sangat sangat bernilai buat bayi yang baru dilahirkan sebab ianya penuh dengan antibodi. Tapi tak bermakna orang yang macam ni, tak mampu breastfeed anak dia sepenuhnya. Jadi, macam mana cara banyakkan susu ibu ni? Sebenarnya tidak ada rahsia pun susu ibu tu banyak. Paling penting ibu kena TAHU dan FAHAM betul-betul tentang konsep asas dalam penyusuan susu ibu ni iaitu SUPPLY ON DEMAND.

Rahsia Susu Ibu Banyak

Apa tu konsep SUPPLY on DEMAND dalam penyusuan susu ibu?

Pengeluaran susu ibu bergantung kepada rangsangan/permintaan dari bayi  anda semasa menyusu. Dalam kata mudahnya, makin banyak ibu menyusukan bayi, makin banyaklah susu akan dihasilkan. Jadi, kalau nampak macam badan hasilkan susu lebih sedikit or kurang dari biasa, apa yang ibu perlu buat adalah kerapkan menyusu bayi anda. Boleh juga pam selepas menyusu untuk rangsang penghasilan susu ibu. 

Kan baru lepas menyusu, ada ke susu kalau nak pam? Boleh ke nak pam..nanti tak cukup pula susu untuk baby!

Itulah yang berlaku waktu mula-mula lahirkan Arfan dulu. Memang dah tahu konsep asas breastfeeding ni tapi tak betul-betul faham dan apply konsep ni. Jadi, dek kerana kurang ilmu tentang breastfeeding ni, tak berjayalah exclusive breastfeed Arfan even topup sikit je pun susu tepung time dia meragam tak cukup susu. Tapi alhamdulillah bila anak kedua (Arissa), adalah rezeki untuk Arissa merasa exclusive breastfeed. Sebab mentally prepared dan memang apply apa yang saya faham. Sebab tulah penting sangat kena tahu konsep supply and demand ni. Analoginya macam ni, cuba perhatikan flush kat toilet tu. Once bila kita flush, air akan keluar dari tangki kan..lepas tu air akan refill balik untuk gantikan air dalam tangki sampai penuh. Macam tulah juga kilang susu kita berfungsi. Bila baby minum makin banyak, makin banyaklah susu yang dihasilkan. Makin kerap payudara dikosongkan samaada dengan menyusu bayi atau pam, makin banyak susu dihasilkan.

Jadi, sebaik je Arissa lahir, memang dah set dalam kepala..susu cukup untuk Arissa. Seawal usia Arissa 3 hari, saya dah mula pam sebab waktu tu susu matang yang colour putih tu dah mula keluar..still kuning2 lagi colour sebab bercampur kolustrum. 3 hari pertama tu saya breastfeed je Arissa on her demand. Tak ikut masa..ikut suka dia lah sebab baby yang menyusu susu ibu ni cepat lapar sebab susu ibu mudah hadam jika nak banding dengan susu formula.

Apa yang saya buat..paling lama pun dalam masa 2 jam, saya akan pastikan Arissa menyusu. Salah satu sebab nak bagi jaundice (demam kuning) turun cepat. Nanti saya share ye pengalaman jaundice Arfan dengan Arissa. Dan, biasanya Arissa menyusu sebelah je, jadi sebelah lagi saya pam. So, gilir-gilir lah kanan dan kiri. Dalam kepala saya memang dah set awal-awal…jangan biarkan breast rasa penuh, biar je dia sentiasa rasa kosong..bila dah penuh sangat (engorge)..ya Allah..azabnye rasa kalau bengkak susu. Demam terus ko! Bukan demam biasa, tapi demam menggigil! Serik rasanya! Anda boleh baca petua merawat bengkak susu dan boleh apply manalah tahu tiba-tiba kan.

Punca Susu Ibu Makin Sedikit

Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan susu ibu makin sedikit…Antaranya ibu yang sedang stress, sakit atau sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang yang akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Tapi kali ni, saya nak kupas mengenai punca susu ibu merudum yang disebabkan oleh ibu tak follow konsep asas dalam penyusuan susu ibu.

Ramai je ibu yang salah faham mengenai breastfeeding ni. Mungkin ada yang beranggapan, kalau tunggu breast penuh (bengkak) maksudnya banyaklah susu baby dapat minum nanti. Inilah tanggapan yang perlu dibetulkan. Sebenarnya, ia sangatlah berlawanan yer. Kalau kita tunggu breast rasa full baru nak bagi baby minum susu atau pun nak tunggu bengkak susu dulu baru nak pam, susu akan jadi makin sedikit secara perlahan-lahan. Makin lama kita tangguh, makin sikitlah penghasilan susu ibu tu. Sebabnya, bengkak susu dan adakalanya ‘bocor’ sebab dah overflow..akan hantar signal pada badan yang kita perlukan susu yang sedikit. Meh saya ceritakan situasi sebenar yang ramai ibu di luar sana tak sedar yang tindakan ibu mungkin menyebabkan susu jadi makin kurang walhal dalam pantang tu, banyak sangat susu sampai melimpah ruah kan?

Punca susu ibu makin sedikit

Cuba perhatikan jadual bayi menyusu kat atas ni. Hari pertama baby lahir, setiap 2 jam dia minum susu ibu dan badan akan auto adjust supaya MESTI produce susu cukup 2 jam…kadang kala bila cukup je masa, susu keluar sendiri tanpa baby hisap pun. Keadaan ni kita panggil let down reflex.

So, hari kedua, ibu dah mula bagi formula milk sebab katanya baby nangis tak cukup susu. Penat layan kerenah baby yang tak henti-henti meragam..sumbat je susu tepung…lama tidur kan? Jadi, badan dah dapat signal supaya hanya produce susu selepas 5 jam! Hari ketiga pula, makin lama tempohnya. Waktu baby tak breastfeed, ibu tak kosongkan pun breast, hari ke-4 jadual makin lama.. jadi badan dah dapat signal..”Okey..hasilkan susu hanya selepas 9 jam!” Begitulah seterusnya, makin lama susu makin sikit. Sebab tulah habis je pantang, susu dah kering. Sayang sangat-sangat tau. Badan kita dijadikan cukup sempurna. Bila nak dapat susu banyak, kerapkanlah menyusu/pam dan badan automatik akan adjust ikut keperluan (signal) yang kita/baby tentukan. Subhanallah..indah sungguh ciptaan Allah kan 🙂 Sebab tu jangan sesekali cakap pada diri sendiri, susu tak cukup kerana otak kita pun akan dipengaruhi oleh apa yang kita fikir tadi.

Bila dah tau punca kenapa susu ibu makin sikit, mudahlah ibu nak usaha untuk banyakkan susu. memang ada petua banyakkan air susu  dan makanan banyakkan susu ibu (milkbooster) yang boleh buat susu ibu jadi banyak tapi bergantung juga pada tubuh badan ibu tu sendiri dan juga sejauh mana ibu apply konsep supply on demand ni.

Dah cuba tips di atas tapi susu masih tak banyak? Mungkin ibu perlukan sesuatu untuk bantu banyakkan susu seperti Set Menyusu Shaklee. Ramai juga ibu yang sering ajukan soalan pada saya..

Lepas makan vitamin shaklee ni, susu ibu boleh jadi banyak ker?

Berapa hari ya baru susu ibu jadi banyak?

Kenapa saya makan vitamin shaklee ni tapi susu sama je..makin sikit adalah!

Makanlah segala tok nenek vitamin ke, milkbooster ker..memang tak jadi apa kalau tak follow rules ni. Ada juga yang kenalan kaum lelaki yang risau jika dia makan vitamin set menyusu, mungkinkah akan keluar susu?  ;p Jangan risaulah! Vitamin ni boleh share je lelaki perempuan. So, bila ada yang tanya saya soalan-soalan kat atas, sering saya tekankan WAJIB ikut rules/konsep asas breastfeeding ni dulu. Sebenarnya jika ibu jaga pemakanan yang seimbang dan ikut rules breastfeeding ni, insya Allah susu ibu akan sentiasa cukup buat anak tersayang..adakalanya sampai terlebih-lebih.

Vitamin Shaklee ni BUKAN untuk banyakkan susu tapi untuk bekalkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu menyusu supaya badan ibu cepat recover dan sentiasa rasa cergas bertenaga walaupun ibu terpaksa berjaga malam! Bila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu ibu akan lebih lancar dan ibu tak perlu risau badan jadi lembik dan lesu sebab anak asyik bergayut jer. Memang tak dinafikan bila makan alfalfa atau protein ESP, tiba-tiba susu jadi banyak dari biasa. Kesan pengambilan ESP pula akan membuatkan susu ibu jadi lebih pekat dan hasilnya bayi cepat kenyang. Lihatlah perbezaan pada susu sebelum dan selepas saya mengambil vitamin.  Itu hanyalah kesan sampingan yang mana semua ibu menyusu pasti suka!

Antara kesan sampingan lain yang membuatkan anda dan suami pasti teruja ialah

  1. Badan rasa segar, kurang penat.
  2. Jarang sakit seperti demam, selsema, batuk, migrain, gastrik dan macam-macam lagi
  3. Wajah dengan mood yang ceria. Kulit halus dan kesan jerawat makin pudar.
  4. Stretch mark di perut atau bahagian badan makin pudar.

Dahlah badan rasa bertenaga je, susu jadi makin banyak lepastu dapat pula bonus kulit makin halus dan cantik! Haisshh…pendek kata memang suami suka sangat dengan perubahan pada isteri mereka yang amalkan set menyusu shaklee ni. Kat bawah ni adalah salah satu testimoni pelanggan yang amalkan set menyusu ni.

Cara Banyakkan Susu IbuAnda boleh  lihat banyak lagi testimoni pelanggan di sini.

Jadi, sebelum anda decide nak beli suplemen atau pun tak, selidik dulu punca susu ibu tu jadi makin sikit. Bagi yang memerlukan bantuan suplemen, bolehlah hubungi saya di 013 939 5771 melalui SMS/WhatsApp/Telegram. Saya akan guide apa yang anda perlukan. Setiap pembelian set menyusu shaklee, anda layak untuk  mendapatkan konsultasi penyusuan susu ibu secara percuma dan berterusan dari saya! Insya Allah saya sedia membantu anda 🙂

[Breastpump] Medela Freestyle Review..Best sangat ker?

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-8hb August..saya nak kongsikan pandangan mengenai breastpump yang menjadi impian ramai ibu bekerja di luar sana. Saya hanya review Medela Freestyle yer sebab tak pernah pakai medela lain..but still ada buat research sikit lah on medela products.

Seperti namanya…FREESTYLE..maka haruslah bila guna pam ni boleh bergaya bebas! Oh..maksudnya di sini walaupun kita sedang mengepam..tapi masih  boleh melakukan aktiviti lain seperti biasa.

Pertama kali saya guna Medela Freestyle Breastpump ni tahun 2009..waktu usia anak pertama saya, Arfan 5 bulan 🙂 Dan sekarang masih menggunakan pam ni untuk anak kedua, Arissa. Dari segi harga memang mahal tapi Worth buy okeh! Berbaloi sebab tak perlu beli susu tepung yang lagi mahal..hehe..dan of course segala zat, nutrien serta antibodi yang diperlukan dapat disalurkan pada my baby. Mungkin dari review yang saya kongsikan di sini dapat membantu ibu atau bakal ibu membuat keputusan untuk beli breastpump yang terbaik.

Apa yang best sangat pakai Medela Freestyle jika dibandingkan dengan pam elektrik yang lain?

1. Sebab portable dan battery operated. Jadi, saya boleh bawak pam ni ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau untuk cari plug. Macam cas bateri handphone jer..Skali cas penuh..boleh lah bertahan 4-5 hari..bergantung kepada kekerapan kita mengepam lah.

2. Saiz kecil dan ringan. Yes..saiznya sebesar tapak tangan jer..Biasa saya letak skali dengan cooler bag jer.

3. Mempunyai handsfree kit. Disebabkan adanya handsfree kit inilah yang menyebabkan ibu boleh mengepam tanpa mengganggu aktiviti harian..masih boleh bekerja seperti biasa..kerja ofis lah..kalau tunduk semua..nanti tumpahlah susu..hehe ;p Saya memang setiap kali nak mengepam memang akan pakai handsfree kit sebab sambil menyediakan slide/bahan untuk mengajar..sambil mengepam. Cukup masa..penuh botol 🙂 Pam pun hanya sangkut je kat pinggang dengan menggunakan belt yang disediakan. Mudah & tak menyusahkan pun. Yang penting..kerja tetap berjalan seperti biasa.

4. Ada timer. Jadi mudah untuk setkan masa berapa lama nak pam. Lagi-lagi kalau buat power pumping..

5. Heavy duty. Pendapat saya, jika ibu berhajat untuk menyusukan bayi sepenuhnya, carilah pam yang heavy duty..pam yang tahan lasak. Sebab kita akan guna setiap hari dan kerap buat power pumping semua. Kalau guna pam elektrik yang biasa, memang cepat rosak lah motor tu. Bab heavy duty ni..kalau ibu memang tak ada budget untuk dapatkan medela freestyle, boleh je guna breastpump yang manual..memang tahan lasak.

Dulu saya pengguna Manual Avent..tapi disebabkan kekangan masa waktu bekerja saya bertukar kepada freestyle. Dan ibu-ibu boleh baca review saya mengenai penyesuaian saya waktu pertama kali menggunakan Medela Freestyle ni kat SINI. Info lanjut mengenai Medela Freestyle bolehlah layari http://www.medelafreestyle.com/

Skang ni Medela Freestyle saya dah pun berusia 4 tahun 🙂 Alhamdulillah masih dalam tip top condition. Sangatlah membantu saya yang kejar masa untuk mengepam dan mengajar. So, tiada lagi alasan untuk ponteng kerja ya! 🙂 Itu sahaja perkongsian saya kali ini..nantikan entry seterusnya mengenai breastfeeding.

Minum ESP susu badan boleh banyak?? Biar betul!

Antara kegemaran ibu menyusu masa kini ialah dengan mengamalkan protein soya iaitu ESP..namun persoalannya, benarkah hanya selepas minum ESP susu badan boleh bertambah banyak? Ada yang cakap..”saya minum ESP..tapi sama je hasilnya! Tak banyak pun susu!”  Bila google..merata-rata semua cakap tips banyakkan susu badan adalah dengan minum ESP.

Apa yang saya boleh katakan, pengambilan ESP semata-mata tidak akan menyebabkan susu badan ibu bertambah banyak! Tetapi, jika ibu mengamalkan konsep asas dalam penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyaklah susu akan dihasilkan..dan pengambilan protin ESP akan membantu mempercepatkan lagi penghasilan susu badan ibu. Jika ibu minum ESP tapi jadual pam ke laut, menyusu anak sekali sekala atau dalam tempoh yang agak panjang (lebih dari 3 jam)..mungkin ESP tidak akan dapat membantu anda..malah milkbooster apa sekali pun yang anda makan tidak akan membantu anda. Pengambilan makanan seperti milkbooster hanya berkesan jika diiringi dengan usaha ibu juga untuk kosongkan payudara sekerap yang mungkin. 

Anda pastinya ibu yang bijak dan sanggup buat apa sahaja demi anak tercinta bukan? Apalah kiranya berkorban masa dan tenaga untuk pastikan stok EBM yang dibekalkan kepada anak mencukupi…Berdasarkan pengalaman saya sendiri, hanya dengan kerapkan mengepam dan buat power pumping pun boleh membanyakkan susu badan. Mudah bukan? Dengar macam mudah tapi tak semua mempunyai jalan yang mudah! Ada yang terpaksa mengharungi jalan yang agak sukar dan mencabar. Ya! saya juga tak terkecuali dari mengalaminya..Usaha yang gigih, penat toksah cakap lah..kecewa? kadang-kadang bila lihat botol kosong..hanya angin yang keluar waktu mengepam! Kalau ibu yang tidak sabar..pasti mengalah sebelum dapat hasilnya..Wahai ibu sekalian, jangan terlalu cepat putus asa..jika anda faham konsep asas dalam penyusuan..pasti anda akan teruskan juga usaha anda sebab pasti ada hasilnya..bezanya cepat atau lambat sebab ianya bergantung kepada badan individu tersebut.

Saya menyusu anak pertama dengan ilmu penyusuan yang tersangat cetek! Minum ESP pun waktu susu dah drop sangat-sangat (2-3 oz per session)..tapi usaha tak cukup! (Tahu..bukan tak tau..tapi tak amalkan dengan konsisten) ..Jadual pam on off..kadang ke darat..kadang ke laut..ngeeee ;p Dushhh!!! Boleh singgah di SINI untuk cerita saya ketika dolu-dolu..Bila anak yang kedua..at least dah faham lah konsep asas dan betul2 apply lagi-lagi bila susu drop. Maklumlah bz yang amat..kadang-kadang ‘M’ pun ada jugak ..hehehhe. ;p Alhamdulillah..dari 3-4 oz ..selepas beberapa hari terus melonjak ke 6-8 oz..adakalanya mencecah 10oz! Tengok @_@ !!! 3-4 oz..lebih kurang je waktu anak pertama..tapi sebab tak buat dengan betul so tak membantu sangatlah!

Bagi saya…ESP tersangatlah membantu saya dalam penyusuan..jika susu tiba-tiba jadi sedikit merudum, cepat-cepat saya ketatkan semula jadual pam harian dan juga minum ESP secara konsisten..dan saya  amalkan tips untuk banyakkan susu dalam masa yang singkat! Terus terfikir..ya Allah..kenapa lah dulu tak buat cam gini yer..tak pandai pun ye jugak..sedangkan boleh jer! Semua orang boleh..termasuk anda. Nak tahu rahsianya? Ooopppsss!!! Tips/Rahsia untuk banyakkan susu badan hanya EKSLUSIF untuk pelanggan-pelanggan saya 😉 Setiap pembelian SET MENYUSU SHAKLEE daripada mama2r.com layak untuk mendapat tips ekslusif ini…dan bagi regular customer saya, anda juga boleh. Hanya emailkan pada saya dan taipkan kata kunci RAHSIA BANYAK SUSU.

Dan…raaaaaaamai yang dah cuba ESP..rata-rata bagi komen, ruginya tak cuba minum ESP dari dulu..yelah..dahlah susu banyak, kulit pun jadi cantik. Wowwiee..bonus cantik untuk anda!

Untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee, jangan segan2 contact saya yer! 😉  Harga memang mampu milik. Bagi yang mempunyai kekangan kewangan tapi ingin mencuba, set budget tersedia untuk anda.

Email : tgmuzlina@gmail.com
Contact No : 013 939 577 (MuzZ) – wassap pun boleh 🙂
Facebook : http://www.facebook.com/Mama2R

Petua Merawat Bengkak Susu

Pernah tak antara ibu semua yang mengalami bengkak susu? Biasanya kalau ibu masih dalam tempoh berpantang..memang mudah terkena bengkak susu kerana badan masih dalam proses penyesuaian dengan kehendak bayi. Bila anda dah mula bekerja..anda perlu pastikan jadual mengepam dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu.

Dan hari tu..waktu saya ada aktiviti kokurikulum..disebabkan masa yang padat dan masa yang agak lama berada dalam gua..balik ke hostel terus pam..Lepas pam..marmet..lepas marmet..pam plak..tapi susu tidak keluar pun..huhu..sakit dan sensitif yang amat..nak marmet dah tak tertahan sakit..badan dan belakang pun sakit..badan dah mula seram sejuk macam nak demam. Malamnya ada aktiviti barbeque tapi saya join sekejap jelah sebab tak tahan..demam sampai menggigil. Bila saluran susu dah tersumbat…sakit wooo..nak buat ape pun tak boleh. Meleleh air mata sebab sakit sangat. Nak bersalin pun tak nangis tau. huhu..Nak tuam tapi takde air panas. 🙁 Jadi entri kali ni saya nak share serba sedikit apa yang saya buat untuk atasi masalah bengkak susu tu.

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu di sekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

  • Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien. 
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Sumber bagi petua merawat bengkak susu di atas.

Tips dan petua di atas kebanyakannya boleh dilakukan ketika anda bersama bayi. Waktu saya terkena bengkak susu. Aktiviti yang memakan 3 hari 2 malam..of course lah berjauhan dengan si comel Arissa. Time tu gak rasa terus nak balik. 🙁

Jadi kat bawah ni yang saya buat untuk meredakan kesakitan dan merawat bengkak susu yang dialami. Terus terang saya cakap mmg tak berani buat sampai sekarang utk letak kubis tu risau ada org ckp boleh keringkan susu..hehe..Lagi pun mana nak cekau kubis waktu tu..hahahha.

  • Gunakan teknik marmet (perah ngan tangan) sambil buat sedikit urutan untuk pastikan saluran susu lancar dan tidak tersumbat. Tapi sebab sakit sangat..marmet pun tak jalan gak sebab sakit nak tekan tekan.
  • Telan 3 biji lecithin
  • Minta tolong kawan urutkan di bahagian belakang badan untuk legakan urat dan saluran susu.
  • Sambil pam, tengok gambar Arissa dan cuba relaks dan tenangkan minda. Buat sedikit urutan. Alhamdulillah..it works!! Walaupun masih ada lagi sisa yang dah keras.
Teruskan pam macam biasa dan lebihkan urutan di bahagian yang dah keras. Alhamdulillah semuanya back to normal.

Oh ya….apa kaitannya lecithin dengan masalah bengkak susu yang saya hadapi?

Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant) ;

“Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin  per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.”

Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin. Sebab tulah saya makan 3 biji lecithin malam tu. Dan lepas ni..of course lecithin adalah first aid kit saya 😉
Tak rugi tau makan lecithin ni.. Klik sini untuk tau khasiatnya. Bagaimana untuk mendapatkannya? Hubungi saya di 013 939 5771 (SMS | WhatsApp) atau email tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut. Klik ‘LIKE’ pada fanpage http://www.facebook.com/Mama2R untuk sebarang info dan promosi.