Category Archives: BREASTFEEDING

Tension dgn resdung, gatal-gatal hidung..asyik selsema jek..Habis naik alergi satu badan..atau anda ada eczema? WAJIB cuba ALFALFA!

Masa yang paling dinantikan oleh peminat Alfalfa!! Lagi2 kalau anda mengalami resdung, alergi, gatal-gatal, eczema atau masalah kulit yang lain. Kalau biasa anda hanya cuba..tapi tak konsisten..inilah masanya..untuk anda rasai dan alami perbezaan yg sangatlah mengujakan. Ini diakui oleh rata-rata pengamal alfalfa yer. 

Harga Alfalfa small (330 tabs) RM 53.75 (WM) 

Harga Alfalfa large (700tabs) RM 97.75

Contact me at tgmuzlina@gmail.com atau 013 939 5771 untuk sebarang pertanyaan produk dan bagaimana nak jadi ahli.

Sekilas info mengenai Alfalfa :

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  5. Memberi kelegaan semasa haid
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat athma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Membuang angin dalam badan
  20. Dan banyak lagilah khasiat yang lain2..
Mari kita lihat..apa kata pengguna yang suka sangat dengan alfalfa ni..
Pengguna 1 : Alfalfa jadi milkbooster..susu makin banyak dan lebih pekat. Masalah keputihan dan eczema juga berkurangan. Alfalfa pun macam kacip fatimah 😉
Pengguna 2 dan 3 : Selain masalah keputihan totally gone..alfalfa juga merapatkan keintiman dan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. 🙂 Angin dalam badan pun dah kurang. Berat juga turun 7-9kg after 3 months.
Pengguna 4 : Resdung berkurangan..so dah jarang bersin dan selsema.

Banyak lagi testimoni yang akan saya kongsikan. Bagi yang tak suka telan pil..boleh je buat air then minum 😉 Macam mana caranya?

Amacam?? Rugi anda tak cuba tau!! Alfalfa ni bukan untuk wanita je..untuk anak dara ke..anak teruna..dewasa..warga emas..sume boleh makan..tapi pesakit SLE dan ibu hamil tak digalakkan ambil..Please dapatkan nasihat pakar dulu yer..Do contact me if interested k 😉

Pilih yang mana satu anda nak cuba 🙂

OrderNow

[All About Breastfeeding] Power Pumping

POWER PUMPING..memang hebat kesannya!! Nama pun POWER kan??

Pagi semalam Arissa menyusu kul 7pagi..Saya pam kul 9.30pagi..hanya dapat 2oz!!!! Terkezut mak..huhu..Lunch dpt 4.5 oz..petang dpt 5oz..Ni sume gara2 terponteng n gap yang sangat lama last week..Buat pengetahuan semua..sekarang saya sedang berkursus selama  3 bulan di CIAST. Waktu lecture memang boleh lari2 kejap..tapi bila waktu aktiviti..nak lari tu agak susah sket dan segan lah kan tinggal ahli group. Sekarang ni waktu lecture saya hanya pam kat tempat duduk je..Amik seat paling hujung..or tepi..pastu buat la operasi..hehe..Jimat masa dan yang penting ilmu yang diajar still dapat.

Badan saya ni memang jenis cepat sangat effect kalau tak konsisten!! Anda ibu yg sangat bertuah kalau tak perlu usaha gigih utk hasilkan ber oz2 susu. Apa yang saya buat..kalau biasanya saya minum PD + ESP + Mealshake hanya sekali sehari..semalam saya up kan minum 3 kali sehari (Maksimum 3 sudu besar setiap hari)..konsisten balik makan B complex, Vitamin C, AlfalfaPagi ni menyusu Arissa kul 7 pagi..kul 9.15 pagi buat power pumping..hasilnya..Alhamdulillah..back to normal..dapat 8 oz..

Balik lunch..saya pam dlm 15 minit..tengok hasilnya..sikit je lagi nak cecah 4 oz..Dalam hati..Ish..tak boleh jadi ni..Arissa perlukan 5 botol yang berisi 4 oz..Paling2 kurang pun 4 botol..tp kena rushing la sharp kul 5 petang kena pergi amik terus..Saya baru je ada 2 botol. Lagi 3 botol..Saya buat lagi skali power pumping(PP)..Bila buat PP ni..senang sangat nak dapat Let Down Refleks(LDR)..boleh dapat berkali-kali dan Alhamdulillah dapat 7 oz. Sesi ketiga nanti dalam kelas la saya sambung. hopefully dapat cukupkan susu untuk anak tersayang. Insya Allah.. 🙂
Apa tu power pumping?? Sila baca entri Tips Membanyakkan Susu Ibu.
Apa yang penting..jangan terlalu panik..risau is normal..saya pun risau ok! Usaha..usaha..usaha..selebihnya doa dan tawakal..Plan B saya kalau tak cukup gak susu utk Arissa..memang akan balik amik stok kat Banting hari ni gak. Sebab tu saya da ready stok time waktu2 emergency masa ni lah sangat berguna.

[Breastfeeding] Tips untuk Membanyakkan Susu Ibu

Jika anda ibu menyusu..tiba2 anda mengalami zaman kegawatan susu..hehee..gawat yer..jadi..apa yang anda akan buat?? Cari milkbooster?? Yer..saya akui ramai yang terus ambil jalan mudah nak tingkatkan pengeluaran susu dengan makan/minum milkbooster..tak dinafikan, memang ianya membantu..tapi jika anda tak cari punca sebenar kenapa susu anda merudum..milkbooster takkan beri kesan langsung pada anda.

Kali ni saya nak share..sedikit sebanyak mengenai macam mana nak troubleshoot kenapa susu merudum..So, STEP yang PALING PENTING sekali ialah..CARI PUNCA!!!

1- CARI PUNCA – Kenapa susu makin sikit/kurang?..Kenapa susu merudum?..

Mesti ada sebab kenapa tiba2 susu jadi sikit..Sebelum ni banyak je..alih2 minggu ni jadi sikit. Cuba tanya diri anda perkara di bawah ni yer..

Ikut konsep ‘demand’ versus ‘supply’ ?? Makin kerap payudara dikosongkan, makin banyak susu akan dihasilkan. Sebolehnya 2-3 jam sekali yer.

Bayi menyusu brapa jam skali? 1 jam? 2 jam? 3 jam? Siang mungkin takde masalah kot. Sebab mostly baby memang minum average 2-3 hours skali kan. Tapi malam macam mana? Adakah bayi anda jenis yang tidur dari pukul 10 malam..sampai lah ke pagi. (Syoknyer tido..hehe). Kalau yer..anda kena bangun dan kejutkan bayi untuk minum..sehingga betul2 kosong. Ataupun..kalau bayi tak nak gak menyusu..kenalah pam yer..Pastikan kedua2 belah payudara dikosongkan. Ngantukkkk???? Memanglah..mula2 je..alah bisa tegal biasa..mulakan waktu dalam pantang lagi..jadi anda dah biasa nanti. Saya dah mengalaminya waktu anak pertama..anak lak jenis bangun 2-3 jam skali.. 😉

Saya dah pam ikut jadual? Dah kosongkan payudara setiap 2-3 jam skali..tapi kenapa sikit jugak yer??

  • Adakah anda sedang period?
  • Adakah anda stress?? Tension?
  • Adakah anda sedang berpuasa?
  • Anda tak sihat?
  • Kurang minum air?
  • Tak cukup tidur?
  • Mengandung?

Untuk sebab2 yang boleh dipulihkan, carilah cara untuk pulihkannya. Kalau kurang minum air, maka minumlah air secukupnya

2- PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat let down berkali-kali. Saya biasa buat kat ofis..kadang tu bila minit ke 20..tiba2 dapat let down lagi..kadang da nak stop..dapat let down lagi..Tapi kena ingatlah yer bagi yang bekerja..jangan sampai effect kerja lak..

3- POWER PUMPING

Power pumping ialah kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Cara membuat power pumping ialah:

Untuk double pumping:

(dalam masa 1 jam)
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam

Atau:

Untuk single pumping:

5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat

Power pumping memang berkesan dan terbukti!! Saya sendiri mendapat lebih 2 bekas semalam selepas membuat power pumping

Power pumping boleh dibuat 2-3 kali sehari, bergantung kepada masa yang ada..

4- URUT BREAST

Sambil mengepam buat urutan pada breast dan bayangkan seolah-olah kita sedang menolak susu supaya keluar dari-nya. Insya-Allah minda bawah sedar sangat powerful.

5- PAM DI WAKTU MALAM/DINIHARI

Hormon penghasilan susu iaitu prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi, gunakan masa ini untuk mengepam dan merangsang susu agar lebih banyak dihasilkan.

6- TAMBAH SESI PAM DI PEJABAT/RUMAH

Dalam falsafah penyusuan, breast yang penuh (dengan susu) dan galactostasis iaitu susu yang masih ada dalam breast bila proses mengepam tidak dilakukan dengan sempurna (tak kosongkan breast) akan menyebabkan susu makin merudum.

Ini kerana 2 sebab:
1) Feedback inhibitor of lactation yang memperlahankan penghasilan susu bila breast penuh
2) Bila breast penuh, peranti penerima prolaktin menerima insyarat supaya berhenti menghasilkan susu

*layman term macam tu lah, senang sikit nak faham

Sebab tu kita tak boleh tunggu breast penuh untuk mengepam. Pam susu secara kerap dan konsisten.

Nak menyusukan anak bukan mudah. Tapi bukan benda sangat special sampai kena ada condition yang special baru boleh menyusu. Ramai ibu yang kerja di site, kerja di bahagian production, malah pramugari dan yang kerja offshore mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya.

*credit info

Bersama membudayakan penyusuan susu ibu 😉

Resepi – Susu Berbadam

Kali ni saya nak share satu resepi utk korang cuba..resepi ni saya dapat dari confinement lady saya yg vougue, Kak Ice. 😉

Kalau korang rajin buat dan amalkan..Insya Allah..susu jadi lebih banyak, badan jadi lebih montok..bukan gemuk yer..dan akan jadi lebih bertenaga..

RESEPI – SUSU BERBADAM

1 gelas susu segar
1 sudu besar badam kisar
1 sudu kecil kismis kuning
3 biji kurma

1 biji telur ayam kampung (amik yang kuning jer)
1 sudu besar madu

**Untuk 2 minggu pertama je kena letak kuning telur tu..pastu takyah daa..

Macam mana nak buat??? Blend je semua pastu boleh minum!!! Senang kan?? Selamat Mencuba!! ^__^

[Ibu Hamil] Persediaan ketika hamil

Salam ceria buat pembaca Mama2R.com!! 🙂

Kali ni saya nak share satu artikel mengenai persediaan ibu hamil untuk menyusukan bayi ye. Semestinya semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? Dan buat ibu yang sedang hamil terutamanya hamil anak pertama atau pun ibu yang baru berhasrat untuk menyusukan anak sepenuhnya. 

Persediaan ketika hamil

Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan? – Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.

  1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
  2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
  3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
  4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
  5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
  6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
  7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
  8. Elakkan puting kosong.
  9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
  10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
  11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
  12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.
Ini sahaja untuk kali ini..Saya akan kongsikan tips-tips lain yang ibu semua boleh amalkan. Dan saya ucapkan tahniah kerana memilih untuk menyusui anak anda dan selamat berjaya!! 🙂

Istiqamah..Kenapa ia perlu?

Ya..kita perlu istiqamah dalam melakukan setiap perkara untuk dapat faedah yang tak terhingga. Tak kira lah dalam melakukan apa jua pekerjaan lebih-lebih lagi dalam melakukan amal ibadat. Entri kali ni saya nak share kenapa kita perlu istiqamah dalam makan vitamin dan juga buat semua tips yang diberi..special untuk ibu menyusu. Breastfeeding needs COMMITMENT 🙂

*credit

Tergelak bila ibu terima sms yang berbunyi:

“Dah seminggu makan ubat kak N , saya belum nampak peningkatan susu cuma susu saya memang pekat”

Rasanya dah berkali ibu nyatakan makanan tambahan yang ibu kenalkan ini ialah dalam golongan VITAMIN dan bukan UBAT.

VITAMIN bertindak dengan lembut dengan sistem badan dan tidak memberi kesan yang negatif…berbanding ubat.

Memang ubat seperti Motilium atau mexolon memberi kesan yang cepat untuk peningkatan hasil susu namun perlu kita tahu ianya adalah kesan sampingan dari ubat tersebut di mana sebenarnya ubat tersebut adalah untuk menahan muntah dan yang berkaitan dengan masalah perut dan usus jika ibu tidak silap. Memang penghasilan susu akan meningkat dengan kadar segera TETAPI kesan jangka panjang yang perlu kita ketahui ialah di mana ubat2 ini akan mengganggu sistem pertahanan badan. Memang ada yang tidak banyak membaca, akan menganggap…alah bukan selalu amik sekali sekala jek, namun ubat ini memberi kesan negatif dalam jangka panjang terutama yang memberi kesan segera. Antara kesannya ialah tekanan mental, sakit jiwa, gangguan hormon seperti menstrual , gangguan usus dan kidney dan banyak lagi.

Sebab itu sejak ibu tahu kesan pengambilan segala jenis ubat, ibu telah lama tidak mengambil ubat bila sakit, tetapi ibu menjadikan vitamin harian ibu sebagai ubat…bila demam makan alfalfa lebih, bila selsema makan vit C lebih, bila batuk minum ESP lebih dan semuanya ibu akan cuba amik mengikut kepentingan vitamin tersebut.

Berbalik kepada cerita penyusuan:

Kejayaan bagi penghasilan susu yang meningkat sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor…

  1. Menjaga pemakanan dengan memastikan kesemua keperluan zat oleh tubuh dipenuhi.
  2. Mengepam dengan konsisten. Jadual yang tetap lebih baik.
  3. Minum air melebihi 3 liter…tetapi bagi yang tidak mengamalkan apa2 supplement, 2 liter sudah memadai dikhuatiri kecairan nutrien dalam susuibu.
  4. Sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah. Ini yang seringkali kita abaikan.

Panduan jadual pemakanan tambahan @vitamin yang mudah dan selari dengan istilah istiqamah:

Pagi selepas makan pagi:

2 biji alfalfa dan sebiji multivitamin @vitalea dan secawan minuman dengan tambahan ESP.

Tengahari selepas lunch:

2 biji alfalfa dan sebiji B com dan secawan minuman dengan tambahan ESP. . Namun B com boleh diambil 2 biji jika mengalami ketegangan atau stress.

Malam selepas makan malam :

2 biji alfalfa dan sebiji vitamin C dan secawan minuman dengan tambahan ESP. . Namun Vitamin C boleh diambil 2 biji jika mengalami masalah kesihatan seperti batuk atau selsema.

Secara ringkasnya:

~ Jika stress…maka makan lah b complex 2-4 bj sehari.
~ Jika tidak pump dengan konsisten…maka atur semula jadual perahan setiap 3 jam.
~ Jika air kurang…maka sediakan air di dalam botol yang mempunyai sukatan agar kita tahu berapa banyak air yang kita minum sehari. Contohnya menyediakan 3 botol air yang bersukatan 1.5 liter setiap botol.
~ Untuk rohani…banyakkan berdoa dan bersangka baik dengan Allah. Cuba dekatkan diri dengan solat2 sunat dan zikrullah agar ketenangan yang abadi diperolehi.

SUPPLEMENT AKAN MEMBERI IMPAK YANG HEBAT APABILA SEMUANYA DILAKUKAN DENGAN ISTIQAMAH…IAITU BERTERUSAN.

[Penyediaan EBM] Bekalan EBM ke rumah babysitter

Salam ceria semua buat pembaca-pembaca Mama2R.com 🙂

Kali ni saya nak share tips untuk ibu menyusu macam mana nak sediakan bekalan susu yang kita pam sebagai bekal anak kat rumah pengasuh/nursery/babysitter..Mungkin ramai yang dah tau..tapi mungkin ibu-ibu baru masih tak tau. Sebenarnya cara saya ni agak melecehkan sikit tapi amat menyenangkan babysitter..Sebab kita taknak babysitter cakap susah nak handle susu ibu ni..nak kena simpan dalam peti sejuk la..nak kene panaskan la..takleh tahan lama la..lagi2 kalau babysitter tu langsung tak tau macam mana nak handle EBM.

Macam skang ni..babysitter Arissa memang langsung takde pengalaman handle EBM dalam erti kata mudah..tak tau langsung lah..hehe..tapi..advantage nya..bila yang zero knowledge ni lagi senang kita nak ajar tau..Dia akan ikut je apa yang kita ajar.. 🙂

Compared waktu babysitter yang jaga Arfan dulu..dia memang dah biasa handle..so..memang dia tau macam mana nk panaskan susu..nak campur susu and so on..dan keje Mama Arfan ni mudah la sket..just bekalkan EBM storage yang penuh susu tu je..dia bleh sukat sendiri dan akan ikut tarikh paling lama untuk abiskn dulu..hehe..kadang2 saya sukat gak.. ;p  Tapi kali ni..pengalaman baru…saya sukat siap2 brapa oz yang Arissa minum..siap letak teat bagai dah..letak label..dan juga sediakan warmer.

1st day..saya ajar babysitter macam mana nak guna warmer..kalau susu kat luar..tahan brape jam..susu yang dah diminum tahan brapa jam..susu yang dah dipanaskan tahan brapa jam..everything lah..dan hari kedua saya pantau dan tanya lagi..ada la gak dia salah faham..hehe..susu yang patut tahan 1 jam..dia ingat 4 jam..hehe..tapi skang da expert da.. 🙂 Dia kata senang je..lagi la guna warmer 🙂 Alhamdulillah.. Saya seboleh2 nya taknak susahkan babysitter..ye lah..sebab Arissa bukan hanya exclusive breastfeed tapi fully cloth diapers..bila da 3 week ni..suma da expert..CD pun takde masalah bocor sebab saya dah letak siap2 insert yang tahan lama 🙂

Komen babysitter mengenai cara saya ni..dia suka..dan senang sebab susu amik dalam peti panaskan terus je..bleh bagi pada Arissa..

Saya letak 3 oz setiap botol sebab Arissa skali minum 2oz..dan lagi 1 oz dia akan sambung kemudian..memang ngam2 lah..dan saya bekalkan 6 botol walaupun Arissa biasanya minum 4-5 botol je..botol kelima mesti tak abis..sebab da tau mama dia nak amik..ehehe..bijak anak mama ni.. 😉 Saya sediakan lebih sebab risau incase saya terlambat..tau jela..kadang ada meeting..kadang duk layan kerenah student ke..macam2 lah..so..supaya mama dia ni tak gundah gulana kat ofis..better bekalkan lebih.

EBM yang dah disukat 3 oz

Then..saya labelkan dari 1 hingga 6 mengikut mana yang dipam paling awal atau paling lama..konsep nya senang jek..FIFO (First In First Out).. Let say kalau yang nombor 6 hari tak abis..saya akan tukar je penutup botol tu jadi nombor 1 untuk bekalan esok.. Skang ni saya gunakan juga frozen EBM..so..frozen EBM akan jadi no.1 atau 2 dan yang fresh nombor yang seterusnya. Untuk sediakan frozen EBM, malam sebelum tido saya akan keluarkan dari peti dan alirkan kat air paip kejap..lepas tu letakkan frozen EBM tersebut dalam bekas yang berisi air..then baru letak balik dalam peti. Tujuan kita rendam dalam bekas yang berisi air ialah untuk make sure EBM tersebut cair sepenuhnya bila kita bangun pagi esok. Kalau tak rendam dalam air..just letak je dalam peti macam gitu..bangun pagi esok..mungkin banyak lagi yang masih beku.

susunan EBM

Bangun pagi-pagi..after smayang Subuh tu..terus saya letak dalam cooler bag siap2..senang..so..blehla bersiap2 untuk gi kerja 🙂

cooler bag

Itu je lah yang saya nk kongsikan hari ni..Jadi..kalau anda rasa suka..ibu-ibu bolehlah apply tips ni untuk bekalkan EBM ke nursery 🙂

Makanan Semulajadi Penambah Susu Ibu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

(1) Daun alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.

(2) Halba @ fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.

(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja..kan 🙂 

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

cheese_mozzarella

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.

(8) Sayuran hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak putih

lobak_putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahuan dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB – KOSONGKAN PAYUDARA!

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa membanyakkan susu ibu:

doa-dan-zikir-membanyakkan-susu-ibu

*credit

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia.

*credit

Jika anda dah cuba bermacam-macam cara di atas, mungkin anda perlukan suplement  untuk mengisi ruang-ruang zat yang kosong dalam badan..Bila badan da sihat..Insya Allah..badan akan melancarkan proses penghasilan susu. 

Berminat?? Hubungi saya di 013-9395771(Muz) atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut. ‘Like’ facebook fanpage saya untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan dan breastfeeding yang akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Peranan Vitamin Dalam Penyusuan Susu Ibu

Sebelum anda membuat pembelian apa-apa suplemen/vitamin daripada saya..saya nak pastikan yang anda tahu tujuan anda makan suplemen. Ni tersangatlah penting sebab saya tak jual produk tanpa konsultasi. Anda boleh beli secara terus dengan cawangan Shaklee atau mana-mana distributor…tapi anda tidak akan dapat sebarang konsultasi selepas membeli produk tersebut.. Sama macam kita pergi ke Farmasi..bila beli ubat/vitamin..dah balik ke rumah..baru teringat nak tanya macam mana nak makan..lepas da makan..jika ada sebarang masalah..anda tanya ahli farmasi tadi tu ke?? Kalau yang tanya pun..mungkin skali dua boleh la kan dia layan..kalau banyak2 kali..diorang pun da malas nak layan…

Tapi…saya menyediakan KONSULTASI PERCUMA untuk pelanggan-pelanggan saya..Dalam erti kata kat sini..bukannya lepas anda dah  beli dengan orang lain..datang minta konsultasi dengan saya..Oh Nooo!!! Saya perlu menjaga HAK EKSKLUSIF customer saya juga yer 🙂 Harap Maaf. Kecuali..anda membuat pembelian produk di cawangan Shaklee menggunakan Shaklee ID saya..then anda layak untuk mendapatkan hak eksklusif itu 🙂 

Sebab tu waktu konsultasi saya tanya banyak perkara..saya selidik dulu apa permasalahan pelanggan tersebut..Contohnya kalau saya consult untuk ibu breastfeed..saya akan tanya macam2..untuk tau root cause dulu kenapa susu merudum or sikit dan sebagainya. Sebab ada yang tak faham konsep asas penyusuan..jadi saya taknak kalau nanti dia makan supplement tapi tak nampak hasil..dia akan rasa KECEWA..dia akan salahkan produk tersebut. Sedangkan konsep asas penyusuan yang dia tak ikut. 🙂 Tapi ada antara pelanggan taknak jawab soalan-soalan yang saya tanya..Hurmm..Ketahuilah..niat saya bukan busy body..tapi saya hanya cuba membantu anda. 

Saya sering ditanya tentang perkara ini:

 “Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”

 

Jawapannya mudah saja:

 “Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN

 

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

 

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):

  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.

Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.

Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat sama sekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:

  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.

Family Wellness Set dengan tambahan Alfalfa dan Ostematrix adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan..

Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.

*credit 

 

Cara Simpan Susu Perahan Supaya Dapat Jimatkan Ruang Freezer

Salam ceria ibu-ibu sekalian… 🙂

Untuk ibu-ibu yang sedang mengumpul stok EBM untuk anak tersayang..mesti gigih anda berusaha untuk mengumpul stok kan..lagi-lagi yang dah nak naik kerja macam saya kan? iskk..sedey..da nak kerja.. 🙁

Ibu-ibu yang tengah dalam tempoh berpantang..jangan malas-malas mengepam yer..Usahakan yang terbaik yer!! 🙂 Konsepnya mudah je..semakin kerap payudara dikosongkan..semakin banyaklah susu anda akan dihasilkan..So..keep on bf and pumping ya dear..

Mesti ibu-ibu yang da banyak stok tu..da nak penuh freezer tu..sampai da tak muat nak masuk lauk kan? Hehehe..Hari ini saya nak share macam mana nak jimatkan ruang dalam freezer. Anda boleh buat macam2 cara..dan boleh google..ikut kreativiti dan kesukaan masing2.. 🙂 Dan ini cara saya..yang mungkin boleh dijadikan panduan buat semua..

Setiap hari saya akan pam dan simpan dalam botol storage dan letak di ruangan freezer biasa..susu yang kita simpan kat tempat sejuk biasa..tahan sehingga 5 hari yer..actually ada yang boleh tahan sehingga 8 hari..tapi semuanya bergantung kepada suhu. Sebab kita duk bukak tutup peti tu..so suhu da jadi tak stabil..saya ambil jalan selamat..setiap 3 hari saya akan transfer ke tempat beku untuk dibekukan..Kadang terbabas gak la sampai 4 hari..hehe..

perahan susu ibu

Oh…abaikan sepah2 di dalam petiku itu yer..heheh 😉 Saya jenis malas nk tag or label..jadi..setiap hari saya akan susun satu barisan..satu line panjang..menandakan tu adalah stok EBM untuk hari tersebut. Bila hasil EBM untuk esoknya..saya akan susun satu line memanjang di barisan hadapan..dan yang anda nampak di depan sekali tu adalah hasil perahan hari ketiga. So..saya da cakap awal-awal la kat husband susun macam tu tandanya ape..hehe..ye la..kang tak bagi tau..aritu pernah sekali..saya susun menegak lak..terlupa bagi tau..tetiba dia nk letak makanan..dia alih la susu tu dan susun balik..rupanya saya da tukar susunan..hahhaha..salah sendiri.. ;p

Then..apa yang perlu ada..plastik untuk simpan susu dan alatan untuk label.

EBM liner

Dulu saya guna botol..tapi memandangkan stok da makin banyak…takkan nak beli botol sampai beratus botol kan? macam nk jadi tokei botol susu lak 🙂 Yang da ada ni pun botol2 Arfan yang dulu..sebab masa pergi Jepun dulu pakai botol untuk travel senang..so ada la banyak gak botolnya..Jadi..saya guna EBM liner, jimat dan murah..tapi kelemahannya tak boleh recycle..hehe.. Jadi..bolehlah transfer susu tadi ke dalam plastik liner tadi..

perahan susu ibu dalam EBM liner

Waktu ni saya tak beli lagi marker pen..hehe..so guna kaedah label dan tampal ;p

Pada awalnya saya hanya simpan dalam 3-4 oz cukup untuk sekali feeding bila Arissa da 3-4 bulan nanti..tapi bila da banyak..saya simpan dalam 4-5oz..so takpela kot..lagi pun waktu Arissa nak minum tu pun nanti mungkin dia da 5-6 bulan.. Kalau anda simpan macam gambar kat atas ni..of course la makan space sangat2 kat tempat frozen tu. Jadi..untuk jimat space..boleh baringkan dia..hati-hati yer ibu-ibu semua..kalau tak kena gaya..boleh menitis2 keluar..dan saya memang tak suka guna plastik Suri ni..sebab senang sangat keluar walaupun da double ziplock. Saya lebih prefer Autumz dan Jingle Jungle. 🙂 Tapi Autumz sakit tercucuk jari bila susu beku..hahha..sebab keras sangat plastiknya..Sebelum nak zip tu..keluarkan angin dulu yer..untuk elakkan plastik tu dari bocor bila da beku..sebab susu akan mengembang bila dibekukan.

perahan susu ibu yang dibaringkan

Ada jugak sesat belon udara ittew.. 🙂

Lepas tu saya susun dan letak dalam bekas macam gambar tu..dan bekukan..bila da beku..barulah boleh susun ikut suka hati..kalau tak buat macam ni..memang makan akan gelongsor sana sini dan makan space lah.

stok EBM dalam upright freezer

Susunlah cantik2 yer..saya punye tak cantik sebab tak tahan nak main sejuk2 nih..beku doh..

Susun macam gini pun boleh…

stok EBM

stok EBM dalam upright freezer

Dan hasilnya….Alhamdulillah..

Alhamdulillah..masih dikurniakan rezeki yang cukup untuk anak tersayang..mudah-mudahan murah rezeki Arissa hendaknya..Insya Allah..Mama hanya usaha yang terbaik untuk kamu sayang.. 🙂 Next week da nak naik kerja..so..stok2 ni da boleh rotate..yang paling bawah tu guna botol..so tak banyak lah yang muat. 🙂 Jadi..ibu-ibu bolehlah susun ikut kreativiti sendiri yer 😉 Ibu boleh baca step by step macam mana cara saya bekukan EBM di sini.