Category Archives: Penyediaan EBM

Jangan Goncang Susu Ibu dalam Botol

Ibu semua perasan tak bila letak susu yang dah dipam dalam peti sejuk dan selepas beberapa jam akan terbentuk dua lapisan. Di lapisan atas nampak cam pekat dan di bawahnya pula cair sedikit. Bila nak sediakan EBM, biasanya kita kena goyangkan botol perlahan-lahan supaya kedua-dua lapisan tu sebati. Tak boleh tau goncang kuat-kuat. Awal-awal saya berkecimpung dalam breastfeeding ni dulu pun tak tahu. Apa masalahnya kalau goncang susu ibu dalam botol? Ada kesan ke? Semoga entry ni merungkai persoalan ibu semua. 

Teknik Penyediaan EBM

Kenapa tak boleh goncang susu ibu dalam botol?

Saya kongsikan artikel daripada Linda J.Smith (IBCLC) iaitu lactation consultant yang bertauliah.

Because shaking expressed mothers’ milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces – the amino acids – the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested. Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells. With mother’s milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells. So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It’s far more than perfect food for babies – it’s a living tissue and protective shield too.”

goncang susu ibu

Ya..susu ibu sangatlah bernilai! Susu ibu mengandungi tisu hidup..penuh dengan antibodi yang tidak ada pada susu formula. Jadi, tak payah goncang kuat-kuat. Memadailah dengan gelek-gelek manja je (swirl) bagi sebati. Jika ibu nak berikan yang terbaik buat bayi anda..Jangan lupa bagi tau pada semua orang yang terlibat seperti ayah, ibu dan babysitter dalam penyediaan EBM anak anda ye! 🙂  

 

[Penyediaan EBM] Bekalan EBM ke rumah babysitter

Salam ceria semua buat pembaca-pembaca Mama2R.com 🙂

Kali ni saya nak share tips untuk ibu menyusu macam mana nak sediakan bekalan susu yang kita pam sebagai bekal anak kat rumah pengasuh/nursery/babysitter..Mungkin ramai yang dah tau..tapi mungkin ibu-ibu baru masih tak tau. Sebenarnya cara saya ni agak melecehkan sikit tapi amat menyenangkan babysitter..Sebab kita taknak babysitter cakap susah nak handle susu ibu ni..nak kena simpan dalam peti sejuk la..nak kene panaskan la..takleh tahan lama la..lagi2 kalau babysitter tu langsung tak tau macam mana nak handle EBM.

Macam skang ni..babysitter Arissa memang langsung takde pengalaman handle EBM dalam erti kata mudah..tak tau langsung lah..hehe..tapi..advantage nya..bila yang zero knowledge ni lagi senang kita nak ajar tau..Dia akan ikut je apa yang kita ajar.. 🙂

Compared waktu babysitter yang jaga Arfan dulu..dia memang dah biasa handle..so..memang dia tau macam mana nk panaskan susu..nak campur susu and so on..dan keje Mama Arfan ni mudah la sket..just bekalkan EBM storage yang penuh susu tu je..dia bleh sukat sendiri dan akan ikut tarikh paling lama untuk abiskn dulu..hehe..kadang2 saya sukat gak.. ;p  Tapi kali ni..pengalaman baru…saya sukat siap2 brapa oz yang Arissa minum..siap letak teat bagai dah..letak label..dan juga sediakan warmer.

1st day..saya ajar babysitter macam mana nak guna warmer..kalau susu kat luar..tahan brape jam..susu yang dah diminum tahan brapa jam..susu yang dah dipanaskan tahan brapa jam..everything lah..dan hari kedua saya pantau dan tanya lagi..ada la gak dia salah faham..hehe..susu yang patut tahan 1 jam..dia ingat 4 jam..hehe..tapi skang da expert da.. 🙂 Dia kata senang je..lagi la guna warmer 🙂 Alhamdulillah.. Saya seboleh2 nya taknak susahkan babysitter..ye lah..sebab Arissa bukan hanya exclusive breastfeed tapi fully cloth diapers..bila da 3 week ni..suma da expert..CD pun takde masalah bocor sebab saya dah letak siap2 insert yang tahan lama 🙂

Komen babysitter mengenai cara saya ni..dia suka..dan senang sebab susu amik dalam peti panaskan terus je..bleh bagi pada Arissa..

Saya letak 3 oz setiap botol sebab Arissa skali minum 2oz..dan lagi 1 oz dia akan sambung kemudian..memang ngam2 lah..dan saya bekalkan 6 botol walaupun Arissa biasanya minum 4-5 botol je..botol kelima mesti tak abis..sebab da tau mama dia nak amik..ehehe..bijak anak mama ni.. 😉 Saya sediakan lebih sebab risau incase saya terlambat..tau jela..kadang ada meeting..kadang duk layan kerenah student ke..macam2 lah..so..supaya mama dia ni tak gundah gulana kat ofis..better bekalkan lebih.

EBM yang dah disukat 3 oz

Then..saya labelkan dari 1 hingga 6 mengikut mana yang dipam paling awal atau paling lama..konsep nya senang jek..FIFO (First In First Out).. Let say kalau yang nombor 6 hari tak abis..saya akan tukar je penutup botol tu jadi nombor 1 untuk bekalan esok.. Skang ni saya gunakan juga frozen EBM..so..frozen EBM akan jadi no.1 atau 2 dan yang fresh nombor yang seterusnya. Untuk sediakan frozen EBM, malam sebelum tido saya akan keluarkan dari peti dan alirkan kat air paip kejap..lepas tu letakkan frozen EBM tersebut dalam bekas yang berisi air..then baru letak balik dalam peti. Tujuan kita rendam dalam bekas yang berisi air ialah untuk make sure EBM tersebut cair sepenuhnya bila kita bangun pagi esok. Kalau tak rendam dalam air..just letak je dalam peti macam gitu..bangun pagi esok..mungkin banyak lagi yang masih beku.

susunan EBM

Bangun pagi-pagi..after smayang Subuh tu..terus saya letak dalam cooler bag siap2..senang..so..blehla bersiap2 untuk gi kerja 🙂

cooler bag

Itu je lah yang saya nk kongsikan hari ni..Jadi..kalau anda rasa suka..ibu-ibu bolehlah apply tips ni untuk bekalkan EBM ke nursery 🙂