Category Archives: Penyimpanan EBM

Tips Bekukan Susu Ibu untuk Jimatkan Ruang Peti Sejuk Anda

Susu ibu yang dah disimpan dalam peti sejuk mestilah dibekukan untuk pastikan ianya boleh tahan lama. Nak bekukan EBM pun ada caranya tau supaya jimat ruang dalam freezer. Kalau guna botol, pastinya akan perlukan ruang yang luas dalam freezer. Kalau peti besar memang syoklah kan? Kali ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk bekukan EBM supaya dapat jimatkan ruang dalam deep freezer dan dalam masa yang sama ianya dapat memudahkan anda untuk kawal stok EBM.

Mula-mula, labelkan dulu tarikh dekat plastik EBM bagi setiap susu yang akan dibekukan.

Tips #1 – Simpan susu dalam kuantiti yang diperlukan untuk satu kali feeding

Sebelum kita pindahkan susu yang dalam botol ke dalam plastik/liner EBM, sukat dulu siap-siap. Jangan letak banyak sangat tau. Memadai hanya untuk sekali minum sahaja. Biasanya saya letak dalam 3-3.5 oz je..sebab bilbaby umur 2-3 bulan minum pun tak banyak..paling banyak pun saya letak 4oz sebab untuk baby minum bila dia dah 4-5 bulan nanti.

cara bekukan susu ibu EBM

Tips #2 – Bekukan susu dalam keadaan baring

Sebelum seal plastik EBM, buang dulu gelembung udara dan lepastu seal plastik ketat-ketat. Pastikan seal betul-betul, nanti tumpah pulak kang nangis hehe..kemudian simpan di dalam peti sejuk beku anda dalam keadaan berbaring.cara simpan susu ibu

Tips #3 – Susun mengikut tarikh yang paling awal

cara bekukan EBM

Ni saya guna upright freezer. Kalau yang guna deep freezer kena lebih kreatif letak dlm bekas yang boleh buat konsep yang sama

Gunakan kaedah FIFO (First In First Out) semasa menyusun EBM yang dah dibekukan supaya susu yang dah lama disimpan akan digunakan terlebih dahulu. Takdelah nanti terlepas pandang sampai tak sedar susu dah expired! Sayang lah kan bila dah kumpul penat-penat, tapi bila nak guna dah tak boleh.

Semoga entry ini bermanfaat buat ibu semua. Selamat Mencuba! 🙂