Category Archives: Vitamin untuk Kanak-kanak

Tips Melatih Anak Berpuasa

Salah satu syarat wajib berpuasa ialah telah mencapai usia baligh di sisi syarak. Tips paling berkesan untuk melatih anak-anak berpuasa ialah latihan berpuasa harus dimulakan sejak kecil lagi..Bak kata pepatah, melentur buluh dari rebungnya. Mungkin puasa dalam tempoh yang singkat dahulu kemudiannya puasa penuh seperti biasa. Jika tidak dilatih dari awal, mungkin mereka tidak biasa dan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Bercerita mengenai anak kecil yang berpuasa..saya cukup kagum tengok anak2 kecil yang dapat puasa penuh. Meskipun kadang-kadang dijanjikan dengan ‘duit raya’ atau bunga api..tapi anak-anak ni semangat berpuasa penuh tau..Lebih manis jika anak-anak diterangkan kenapa mereka perlu berpuasa dan ganjaran pahala yang akan mereka dapat. Kita sebagai ibu bapa harus berikan galakan untuk mereka berpuasa. Boleh juga suruh anak-anak tengok cerita Upin Ipin episod Puasa kan..hehehe..mungkin dia lebih senang faham.

Antara dugaan dan cabaran terbesar sewaktu melatih anak-anak berpuasa :

(1) mengejut anak untuk bangun sahur.
(2) menggalakkan anak untuk makan sahur, dan mengelakkannya tertidur di meja makan.
(3) mengajar anak cuba bersabar & bertahan dari godaan untuk makan dan minum, hatta meminta secawan susu.
(4) kerisauan samaada anak mendapat zat & nutrisi sepenuhnya sepanjang berpuasa.
(5) takut anak dehidrasi (dehydrated) akibat kurang air di dalam badan.

credit

anak letih berpuasa

Gambar hiasan

Dan kebiasaannya memang anak-anak akan cepat rasa letih bila berpuasa.

Di sini saya kongsikan tips mudah untuk melatih anak-anak berpuasa yang dipetik dari Majalah PaMa :

  1. Bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di rumah.
  2. Galakkan anak tidur awal supaya mudah untuk bangun sahur.
  3. Tanya anak apa juadah yang digemari untuk berbuka puasa. 
  4. Ajak anak bersama-sama membantu menghidang makanan berbuka puasa.
  5. Selepas berbuka puasa, amalkan niat berpuasa untuk esok hari bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
  6. Papa kejutkan anak untuk bangun sahur sementara mama menyiapkan hidangan.
  7. Elakkan anak daripada aktif bermain di luar rumah kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
  8. Jangan benarkan adik-adik yang lebih kecil berusia tiga hingga empat tahun makan di hadapan kakak/abang yang sedang berpuasa.
  9. Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.

Dan sebagai makanan tambahan, saya sangat syorkan anda berikan mealshakes pada anak-anak setiap kali waktu sahur untuk pastikan anak-anak tetap cergas bertenaga walaupun sedang berpuasa. Pengasuh anak-anak saya memang dah standby siap2 sebelum Ramadhan lagi sebagai persiapan berpuasa anak-anaknya yang bersekolah. Maklumlah..sesi persekolahan skang ni pun padat. Untunglah dia sebab beli waktu promo mealshakes 😉

Dan feedback yang saya terima dari pengasuh ialah anak-anak memang berbeza..takdelah letih melampau..sampai ustazah dekat sekolah anak dia pun tanya..”Hairan betul lah macam mana korang boleh kemain lagi ke hulu ke hilir..cergas semacam jer tak macam orang puasa! “ Anaknya dengan selamba jek jawab.. “sebab kita minum air yang mak kita buat..Mak kita beli yang Shaklee” 

hehhehe..budak2 memang tak pandai tipu tau..pengakuan jujur dan ikhlas 🙂 Jom kita baca lagi apa kata ibu lain yang turut berikan anak mereka mealshakes ni.

Testimoni dari Pn. Mai Che Md Zaid
Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa . makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yg saya masak. cuma saya beri makanan tambahan freshmilk + mealshakes + kurma (blended) ketika berbuka, PD + mealshakes masa sahur. ALhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa ..tak merengek cakap lapar or dahaga . Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah .. bukannyer tidur sepanjang hari. Syabas anakku ! semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini InsyaALLAH.

Berikan galakan untuk anak-anak berpuasa, Apalah salahnya invest sikit untuk pastikan anak-anak tetap cergas bertenaga walaupun puasa. Lagipun 1  canister tu tahan berbulan lamanya..   

Anak kurang selera makan atau cerewet makan? Jom cuba tips ni!

Ibu bapa mana yang tidak risau kalau anak kurang selera makan? Kalau disebabkan demam atau tidak sihat mungkin tak mengapa..sebab lepas dah sihat ok lah kan..tapi yang merisaukan kalau sepanjang masa jer kurang selera makan. Nak bagi makan nasi pun siap kena kejar..jenuh gak kan? Kalau nak buka mulut bagus juga..tapi kalau langsung taknak buka mulut. Itu yang susah. Selera makan anak sekarang mungkin bila tengok jajan..hehe..yang tu tak payah kejar pun takpe..pandai lak dia mintak sendiri..tapi kita sebagai ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sudah tentu kita taknak anak kurus kering sebab tak makan..lambat laun boleh jatuh sakit. Silap hari bulan..anak yang kurang selera makan..tapi kita juga yang kena tempiasnya.

Memang mencabar bagi kita jika berhadapan dengan anak yang cerewet makan atau ‘fussy eater‘ ni. Apa nak buat kalau kita terpaksa juga berdepan dengan anak yang kurang selera makan? Takkan nak biarkan jer anak kelaparan?

Kenapa anak cerewet makan?

Saya pernah terbaca artikel mengenai anak yang cerewet makan ni dari babycenter.com. Salah satu cara untuk mengatasi masalah anak kurang selera makan atau cerewet ialah dengan mengenali sifat makan anak kita. Cuba perhatikan adakah anak kita tergolong dalam salah satu atau mana-mana dari kategori di bawah ni?

  1. Tak suka makan sayur
  2. Suka makan fast food. Contohnya nugget, kentang goreng, burger dan sebagainya.
  3. Tak suka makan buah-buahan
  4. Sukakan makanan berkarbohidrat. Contohnya nasi, mee, pasta, kentang dan sebagainya.
  5. Sensitif dengan warna makanan. Contohnya tak suka yang ada warna hijau…atau hanya sukakan warna oren sahaja.
  6. Tak suka campur makanan. Contohnya, ikan, daging, nasi tak boleh duk dalam satu pinggan ..hehehe..
  7. Suka makan makanan yang sama je pagi petang siang malam
  8. Sangat sensitif dengan rupa makanan ataupun tekstur makanan. Contohnya pisang goreng berminyak! Cheese meleleh2..dia geli nak makan ;p

Bila dah kenal pasti anak kita berada dalam kategori mana, jadi lebih mudahlah kita nak cari penyelesaian. Bila nak bagi anak-anak naik selera makan ni, memang kena guna kaedah cuba jaya!Heheheh.. Anak saya, Arfan memang jenis yang sangat cerewet makan.  Kalau nak makan goreng pisang atau cekodok pisang, punya lah dia taknak makan..rupanya bila kita selidik..dia suka sangat makan tapi taknak pegang..hahah..sabor jelah..berminyak katanya. Macam-macamlah anakku ni. Kalau datang mood dia nak lauk duk asing-asing..memang takleh campur langsung..nak letak kuah pun tak boleh..nanti merajuk taknak makan. Sayur, ikan, nasi..semua takleh campur..jadi dia akan makan ikut mood dia dulu..nasi dulu ke..ikan dulu ke..hehe..nanti sampai masa dia taknak makan..memang tak habis pun. Itu nasib baik kalau mood dia nak makan ada…tapi kalau waktu taknak makan tu..rela dia minum susu je sepanjang hari. Siap pujuklah..buat bunyi kapal terbang suh buka mulut luas2 lah..macam2..dan saya lak ibu yang xde masa nak hias2 bagai makanan macam dalam majalah tu nak tarik minat anak untuk makan..hahhaha..

Jadi, sebab risaukan perkembangan dia..lagipun tengok anak kurus kering je kan..mana tak risau..jadi saya berikannya Mealshakes. Mudah je nak bagi minum sebab saya just bancuh 1 sudu kecil dalam susu dia. Dan..Alhamdulillah sekarang ni selera makan dia makin naik. Kalau dulu tak suka makan nasi..tapi skang memang dia cakap lapar dan nak makan nasi. Kadang pening gak..tengah2 malam mintak nasi..hehe..tapi saya suka sebab at least takyah risau dah dia taknak makan. Kalau dulu merajuk taknak makan kalau tak kena gaya..tapi sekarang nak merajuk..terus saya ugut..kalau taknak makan..nanti makanan dah habis..mama taknak masak dah..dalam merajuk tu jugak datang kat kita untuk disuap..sebab dia tau kalau tak makan nanti dia yang lapar..hehe..yang ni korang jangan tiru yer ;p Suka sangat bila tengok dia berselera je makan. Dan dia pun jarang sangat kena selsema, kalau kena pun cepat baik. Hari tu kulit kena kudis tapi lepas dah baik, parut tu cepat je hilang. Sangat berbezalah banding biasa. Memang skang ni stok mealshakes tak pernah putus sebab bukan Arfan je yang minum tapi mama dia gak..hehe..sedap wooo..perasa vanilla.

Untuk mengatasi masalah kurang selera makan anak saya, MEALSHAKES adalah pilihan terbaik!

Meal Shakes adalah hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Memang best bau dia semerbak! Wangi..bau Vanilla..Boleh minum macam gitu je atau pun campur dalam minuman yang kita suka..nak campur susu ker, campur oreo..haa…shake2..dah jadi Oreo milkshake 😉 

Apa yang bagusnya Meal Shakes ni adalah sumber protein yang lengkap dengan vitamin mineral tambahan yang penting untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Bagi yang tak boleh telan tablet seperti vitalea, anda boleh minum Meal Shakes sebagai alternatif. Lysine, zat besi, vitamin B sangat berkait rapat dengan selera makan seseorang…dan kesemuanya ada dalam mealshakes! 

Tabiat pemakanan anak-anak yang kurang baik akan merendahkan IQ mereka dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Pastinya kita taknak benda ini berlaku pada anak kita. Mealshakes adalah pilihan vitamin untuk anak saya yang susah nak makan. Anda pula bagaimana? 

Jom kita lihat apa kata ibu-ibu yang dah cuba mealshakes untuk anak masing2.

Sebagai ibu, anda tahu apa yang terbaik untuk anak anda. Harga runcit RM123.75 termasuk postage ke Semenanjung dan RM133.75 untuk postage ke Sabah/Sarawak. Kalau anak saya je makan memang berbulan-bulan tahan sebabnya 1 sudu kecil je skali bancuh. 1 canister ni dalam 544gm. Jadi, hubungi saya untuk harga yang lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee di 013 939 5771(SMS|WhatsApp) atau email sahaja ke tgmuzlina@gmail.com

Jangan lupa ‘LIKE’ facebook Mama2R untuk mengetahui info kesihatan serta kecantikan dan sebarang promosi terkini.

OrderNow