Category Archives: Vitamin untuk Kulit Cantik

Cara Selamat Putihkan Kulit Muka Supaya Nampak Cerah Semulajadi

Memiliki kulit yang putih, cerah berseri tanpa ada jerawat atau parut yang kelihatan adalah idaman hampir setiap wanita. Ramai yang nak putihkan kulit muka dan badan tapi ramai juga rupanya yang tak ambil kisah sangat tentang kesan sampingan yang akan timbul di kemudian hari. Memang nampak putih tapi kulit makin menipis, lama-lama jadi makin sensitif. Ada yang makan dari dalam, akhirnya badan yang menderita!

Jangan sebab nak kulit putih, sanggup pertaruhkan kulit muka dan badan sendiri. Asal cepat berkesan, yang lain semua tolak ke tepi. Kebanyakan produk yang dapat putihkan kulit dengan cepat mengandungi Hydroquinone iaitu sejenis bahan penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Hydroquinone yang digunakan boleh menyebabkan proses depigmentasi iaitu proses di mana pigmen dibuang dan menghalang penghasilan melanin lalu menyebabkan kulit menjadi cerah dengan cepat. Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan tiada perlindungan daripada terdedah kepada sinar UV dan ini mengakibatkan kemungkinan mendapat kanser kulit lebih tinggi.

Nak tak kalau saya kongsikan cara nak putihkan kulit muka dan juga seluruh badan dengan cara yang paling selamat? Cara ni tak akan merosakkan kulit kita tapi menyihatkan lagi kulit kita dari dalam dan juga luaran sekaligus menjadikan kita nampak sihat, cantik, cerah dan berseri-seri secara semulajadi! Kalau dapat jumpa face to face dengan orang yang kulit cantik, memang tak berkelip mata duk perhati je kulit muka orang tu kan?

Cuba anda lihat dulu gambar-gambar di bawah ni dan apa kata mereka selepas mengamalkannya dengan konsisten.

cara nak putihkan kulit muka

Testimoni Putihkan kulit muka

Putihkan Muka semulajadi

Konsisten dengan pengambilan Herblax, Vitamin C dan ESP

Ya! Kaedah paling selamat untuk putihkan kulit muka secara semulajadi ialah dengan merawat dari dalam. Bagi sel badan kita sihat, barulah boleh hasilkan kulit yang sihat, cerah dan cantik berseri. Yang penting, cerah sekata seluruh badan, bukan cerah kat muka je tapi tangan hitam 🙂 Selain sentiasa bersihkan kotoran di wajah dengan pencuci muka dan air bersih, amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa berwudhuk. Tu petua kalau nak nampak kulit berseri tau. 🙂

Kalau nak ambil suplemen untuk cerahkan kulit secara semulajadi ni, anda boleh mulakan dengan ESP dan Vitamin C dulu. Insya Allah, anda akan berpuas hati dengan kesannya nanti. Untuk hasil yang mantop, konsisten dengan Set Premium Kecantikan yang terdiri daripada Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan ESP. Bagi yang dah banyak sangat pakai macam-macam produk sebelum ni, saya cadangkan mulakan dengan Herb Lax terlebih dulu untuk proses detoks. Maklumlahkan, dah bertahun bahan kimia yang kita tepek kat muka tu, of course akan menjejaskan penyerapan zat makanan/suplemen yang kita ambil nanti.

Di sini saya kongsikan serba sedikit maklumat mengenai setiap vitamin untuk dapatkan kulit yang cerah, cantik berseri-seri.

1. Energizing Soy Protein (ESP) – Sel kulit kita akan mati setiap 21 hari. Sel kulit yang baru akan tumbuh dan menggantikan sel kulit lama yang dah rosak/mati. Jika sel kulit tak cukup sihat, itulah yang mengakibatkan kulit nampak kusam dan jika tumbuh jerawat, akan meninggalkan parut. Protein yang baik dan mencukupi sangat penting untuk hasilkan sel kulit yang sihat dan ESP mengandungi protein yang diperlukan oleh badan dalam bentuk yang paling mudah dan cepat diserap.

2. Vitamin C – Vitamin C sangat penting dalam proses pembaikan tisu kulit terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut serta membantu menghasilkan kolagen dalam tubuh badan. Kalau tak cukup kolagen, sebab tu lah mudah berkedut. Cuba perhatikan kulit muka anda. Jika kelihatan garis-garis halus dan kurang anjal, maknanya tubuh badan anda kurang kolagen. Selain itu, Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menghalang sel kulit dari cepat rosak dan musnah akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, sinar UV dan sebagainya.

3. B Complex – B for Beauty 🙂 Vitamin B tak kurang pentingnya dalam membantu pembinaan sel-sel kulit yang baru. Fungsinya dalam melembapkan kulit dan meredakan tekanan sangat membantu untuk mendapatkan kulit wajah yang segar dan bermaya.

4. Vitamin E – Terkenal sebagai vitamin awet muda. Vitamin E sangat powerful sebagai antioksidan dan membantu dalam pemulihan parut jerawat, meratakan warna kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.

Jika nak cantik dengan cara yang selamat, anda kena sabar dan konsisten makan suplemen ni. Tak boleh sekejap makan sekejap tak. Tak rugi pun kalau anda istiqamah. Anda boleh lihat sendiri kesannya pengguna tegar yang dah AMALKAN ESP LEBIH 16 TAHUN. Subhanallah..cantiiiiiiiiik sangat tau kulitnya.

Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya terus melalui sms/whatsapp di 013 9395771. Saya bersedia untuk consult anda cara terbaik bagaimana nak dapatkan kulit yang cerah berseri ni 🙂

Rahsia Miliki Kulit yang Cantik, Bersih, Licin dan Gebu

Kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu TANPA MAKE-UP memang idaman setiap wanita! Andai masa boleh diputar kembali..semua nak kulit macam baby kan? 😉 Halus mulus je tanpa noda dan cela..Sekarang ni, bukan perempuan je yang nak kulit cantik..tapi lelaki pun tak ketinggalan tau. (Read as kulit cantik, bersih dan licin..bukan awwww! ;p) 

Sebenarnya kali ni saya nak share dengan korang..rahsia macam mana nak dapat kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu. Tak caya? Janganlah tengok saya! Sebab saya masih IN PROGRESS ;p Tapi..walaupun in progress..dah banyak sangat beza kulit yang dulu dengan yang sekarang tau 🙂 Dulu kulit saya ni jenis berminyak. Sekarang ni alhamdulillah..dah tak minyak2 macam dulu..Rasa kulit muka bersih je..Nanti saya kongsikan di lain entry ya! 😉

Saya admire sorang akak ni..kulit cantiiiiiiiiiikkk sangat! Serius! Saya yang tengok memang tak jemu mata memandang..Kulit dia bukan setakat cantik..tapi nampak bersih, licin, gebu dan ishh..memang sukalah tengok kulit dia. Lama saya perhatikan..Bila ditanya..apa rahsianya kelihatan awet muda dengan tekstur kulit yang cantik tu? Umumnya..semua orang tau dia ni Presidential Master Coordinator Shaklee iaitu Master Norita Idris..atau pun lebih mesra dipanggil Kak N. 🙂 

Rahsia kulit licin dan gebu Master Norita

Cantik kan kulitnya? Ini tak guna apa2 application untuk edit tau 😉

Bila ditanya..apa rahsianya kelihatan awet muda dengan tekstur kulit yang cantik tu? Umumnya..semua orang tau dia ni Presidential Master Coordinator Shaklee iaitu Master Norita Idris..atau pun lebih mesra dipanggil Kak N. 🙂 Rupa-rupanya dah berbelas tahun (lebih 16 tahun) Kak N ni amalkan ESP…patutlah kulit cantik giler! Kalau korang jumpa personally..memang duk tilik muka dia je hehe..Jangan marah kak N. ;p Hakikat yang perlu diterima..hehe.

Kenapa ESP dan Bagaimana ESP boleh membantu untuk dapat kulit yang cantik?Rahsia kulit licin dan gebu

Okey..macam ni..setiap 21 hari, sel kulit lama pada wajah akan mati dan sel kulit yang baru akan dihasilkan. Sel kulit baru yang dihasilkan sepatutnya sel kulit yang sihat, bebas dari sebarang cela, noda dan sebagainya tapi ianya mungkin tak cukup banyak untuk ganti sel kulit yang rosak jika sel tak dapat makanan yang secukupnya…sebab tulah kulit kita nampak kusam dan tak berseri.  Tapi ianya berbeza kalau sel kulit kita dapat makanan yang cukup, makanan yang berkhasiat dan makanan paling asas bagi sel badan kita ialah PROTEIN. Sebab tu lah ESP ni sangat-sangatlah membantu untuk dapat kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu macam Kak N ni 🙂

Jadi..kalau korang pun nak kulit cantik macam ni..tak payah susah-susah nak beli or pakai make-up..natural beauty lebih baik kan? 🙂 Rajin-rajinlah minum ESP ye.. Ada yang minum ESP cerlang cerlung..tapi nak hasil kulit yang cantik..memang tak dapatlah..sebabnya ibarat kita bagi makan ikan lah..bagi tiap2 hari..hidup sihat lah dia..kalau tak bagi, nanti lemah je..silap2 haribulan mati! ;p Memang tak rugi amalkan ESP sebab korang akan turut dapat manfaat lain lagi seperti badan lebih cergas dan bertenaga, sistem imun pun meningkat dan banyak lagi lah.

Bagi yang baru nak cuba..bulan ni (Oktober 2014) ada promosi hebat untuk ESP >> Beli 6 PERCUMA lagi 1 tin! Dah bleh jimat RM150 tu untuk satu tin. Sebarang pertanyaan, korang boleh contact saya je tau. Mesej je atau wassap di 0139395771 untuk maklumat lanjut.

OrderNow

 

 

Rahsia kulit cantik tanpa make-up

Bila pakai make-up ni..memang cantik! Tapi sayangnya..kulit nampak cantik tapi hanya sementara je. Lagilah leceh bila nak solat..terpaksa basuh muka bersih-bersih dan kalau rajin..lepas solat, pakai semula hehehe.. Dulu-dulu waktu zaman anak dara rajin la jugak saya pakai make-up..tapi bila dah ada anak kecik ni..semua nak cepat! Takde masa nak make-up bagai ni. Paling hebat pun sebelum keluar jenjalan tu je pakai..lepas dah solat..tepek bedak simple2 je hehe.. Lepas tu, saya selalu berangan..dan memang teringin nak dapat kulit yang cantik tanpa perlu make-up. Fuh.. jimat dah tak payah beli barang make-up kan? 😉

Lepas saya amalkan vitamin Shaklee ni, memang saya jarang sangat pakai make up. Paling tak pun..tepek bedak nipis2 dengan lip gloss je. Siap!!! No more eye shadow bagai  or foundation bagai ;p Nak kata kulit saya cantik sangat taklah sampailing saya tak suka..kulit yang dulunya BERMINYAK!!! Huhuhuh..stress betul tau kulit minyak ni. So, setiap masa nak kena touch up muka dengan bedak supaya tak nampak berkilat! Tapi lepas amalkan vitamin untuk kulit cantik ni, Alhamdulillah..tekstur kulit saya makin elok..rasa lembut, halus, dah kurang parut jerawat dan yang penting dah takde minyak tapi tetap rasa lembap je..wink!!..wink!! 🙂 Suka tau bila orang tersayang puji.

Apa yang saya amalkan? Taraaaaa!!! 🙂

Suplemen Kulit CantikMemang best sebab bukan je kulit jadi cantik tapi badan pun rasa lebih sihat dan bertenaga! Lagipun memang jimat makan set untuk kulit cantik ni. Korang pun mestilah nak beli yang boleh tahan lama kan?

Vitamin C – 180 biji (up to 6 months!)
Vitamin E – 120 biji (up to 4 months!)
B Complex – 120 biji (up to 4 months!)
ESP – 850gm (up to 2 months!)

Pastinya LEBIH BERBALOI melabur untuk makan suplemen dari melabur untuk beli make up (>‿◠)✌ Jangan tak tau..vitamin ni pun boleh buat masker tau! Nanti saya bagi jadual makan dan cara nak buat masker okey 🙂

Anda boleh klik di sini untuk lihat testimoni pengguna yang dah pun cuba vitamin untuk kulit cantik ni.

OrderNow

Nanti dulu, kalau anda nak lebih jimat, apa kata hubungi saya melalui 0139395771 (SMS/Whatsapp) untuk jadi ahli berdaftar. Anda boleh jimat sehingga 25% tau untuk semua produk Shaklee. Kan untung tu! 🙂

Kulit merah dan melecet kembali pulih dengan ESP

ESP oh ESP..setiap bulan..ESP lah yang dicari oleh pelanggan2 saya..tak kira lah bulan promo atau pun tak. Actually banyak sebab kenapa saya suka sangat minum ESP ni, tapi kali ni saya nak share mengenai kesan minum protein soya ESP ni kepada pemulihan kulit sekaligus mencantikkan kulit.

Pernah tak anda mengalami masalah kulit seperti melecet atau luka pada kulit? Waktu saya mengandungkan Arissa..kulit saya sangat sensitif especially bahagian celah2 pelipat..waktu preggy kan badan cepat sangat berpeluh dan panas..hinggakan kulit saya jadi cepat merah dan melecet bila bergesel dengan kain..pernah rasa kulit melecet? Ya..pedih memang pedih! Tak selesa yang amat..bila dah sembuh, kulit yang merah dan melecet tadi meninggalkan parut yang agak hodoh dan kehitaman. 🙁 segan bila tengok kulit sendiri! Lagi segan dan malu bila berhadapan dengan suami 🙁 lepas sembuh..jadi lagi..dan masalah ni berulang2 hinggalah ke saat bersalin..kalau pegang..rasa menggerutu je kulit..Dalam kepala duk fikir..alahai..mana nak letak muka ntah! rasa macam taknak bersalin jer selagi tak sembuh. Waktu ni saya tak makan lagi ESP memandangkan kewangan pun tak mengizinkan..Lepas bersalin, masalah kulit sensitif pun takde..agaknye alahan sebab preggy je kot…tapi yang tak bestnya..parut hitam tu tak hilang..huhuh..skali tengok macam daki yang berkumpul pun ada..kalau scrub..of cos ler jadi merah balik..haish..dilema betul..

Habis je berpantang, saya tengok parut yang dulunya gelap dan kehitaman dah mula bertukar jadi merah, macam nak bersalin kulit gitu. Waktu berpantang saya makan set asas untuk berpantang lah yang ada multivitamin (vitalea), b complex, vitamin c dan zink. Lepas habis set pantang, saya upgrade set pantang tadi kepada set menyusu 3m yang ada ESP..dan saya add on Mealshakes..Sebenarnya mealshakes tu untuk Arfan sbb dia susah sangat nak makan..tapi saya cilok satu sudu untuk bancuh dengan ESP. rasa memang best! baunye wangiiiii..harum macam aiskrim vanilla..hehhe..Lepas habis 1 tin..saya perasan kulit yang tadinya tak cantik..da mula menghasilkan kulit baru. Parut hitam dah tinggal sikit2 je masa tu..hepi sangat sebab tak sabar nak tengok hasil yang seterusnya. Alhamdulillah susu pun meriah..cukup buat Arissa.

Lepas dah habis beberapa tin, kulit bertambah licin, halus je rasa..tekstur kulit pun makin cantik…takde lagi dah parut yang mengurangkan keyakinanku itu..Segan weh! orang lain tak kisah pun sebab tak nampak..aurat! Hehe..tapi kalau ngan suami sendiri..mana mau letak muka?  Bila dah rasa sendiri kesan ESP ni..sehari tak minum rasa macam tak lengkap. Kalau lah waktu preggy tu saya minum, mesti takdenye parut hitam wlaupun dah sembuh..huhu..Kulit yang sihat akan sembuh dengan cepat dan tidak akan meninggalkan parut yang hodoh..dan PROTEIN lah yang memainkan peranan dalam proses penyembuhan kulit ni.

Bagaimana proses pemulihan kulit berlaku?

Apabila kulit kita luka, badan akan menggunakan nutrien yang kita dapat dari makanan untuk mulakan proses pemulihan. Antara vitamin yang terlibat adalah vitamin A, vitamin C dan juga mineral Zink…dan yang paling penting untuk proses pulihkan luka adalah Protein. Protein sangat membantu dalam penghasilan fiber yang kuat dan merupakan komponen utama dalam pemulihan tisu kulit. Kalau badan kita kekurangan protein, lambatlah sikit kulit tu nak pulih..dan menyebabkan kulit tidak diganti dengan sel kulit yang baru. sebab tulah tinggalkan kesan parut or hitam pada kulit.

Protein juga terdiri daripada asid amino yang membentuk sel dalam badan. Pasti anda sinonim dengan kolagen kan? Ya..kolagen adalah bahan fiber yang fleksible dan kuat… juga dihasilkan oleh protein dan ianya menguatkan lagi fungsi kolagen sebagai pengikat tisu kulit untuk menyembuhkan kulit yang luka dengan cepat. Lihat, betapa pentingnya protein dalam proses pemulihan luka. Jadi, rajin2 lah makan makanan yang ada protein macam daging, ikan dan sebagainya kalau nak kulit cantik! Saya pilih ESP di samping makanan harian yang lain sebab nak tampung mana2 sumber protein yang tak cukup. maklumlah kan..protein ni cepat musnah bila terkena suhu yang panas. Nak makan daging, ikan semua tu mestilah melalui proses pemanasan seperti menggoreng, mengukus dan sebagainya. Jadi, brapa banyak je yang tinggal protein yang kita dapat sebenarnya…Sebab tulah kulit lambat baik.hehehe..tapi sekarang saya dah ada ESP.. 🙂

Cara Menghilangkan Jerawat Supaya Tampil Lebih Yakin di Khalayak Ramai

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak, kulit berkedut selalu buat kita sebagai wanita jadi emo, moody kan?! Puas cuba macam-macam produk tapi hasilnya bukan makin elok, makin teruk adalah! Di sini, saya kongsikan cara menghilangkan jerawat dan bekas jerawat dengan berkesan supaya tidak akan merosakkan kulit muka tapi akan buat kulit muka lebih sihat, cantik berseri-seri. 

Produk kosmetik sekarang ni banyak yang gunakan bahan kimia berbahaya. Dekat label tak tulis tapi bila sekali kantoi..terbongkarlah semuanya! Yang tanggung akibatnya, kitalah sebagai pengguna. Ada juga yang kononnya dapat putihkan kulit tapi bila dilihat kesannya, kulit putih pucat macam orang sakit! Yang kita nak biar cerah semulajadi, pipi nampak merah natural gitu 🙂 Parut jerawat memang susah nak hilang kalau kita tak jaga makan, obviously nampak tak cantiklah kalau bekas jerawat banyak sangat, makin lama kulit muka nampak kusam dan tak berseri.

Apa yang kita boleh buat ialah rawat kulit dari dalam supaya kulit rosak dapat diganti dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Ada sorang pelanggan saya yang dah cuba Set Kecantikan Shaklee ni. Dia cuma ambil yang basic je iaitu ESP dan Vitamin C dan konsisten makan setiap hari. Hasilnya jerawat yang dulunya meriah kat muka dah tak ada dan kulit dia lebih licin dan lebih cantik dari dulu. Lepas tu dia upgrade Set Premium Kecantikan yang kat bawah ni sebab puas hati sangat dengan kesannya.

Set Kecantikan Shaklee yang pastinya akan buat anda dan orang kesayangan anda terpikat 😉

Haaa..set kat atas ni nak cuba satu per satu pun boleh tau. Yang pasti, mesti anda teruja bila kulit cantik tanpa make up dengan Set Kecantikan Shaklee :
♥ Tak perlu susah nk cuci make up bila nak solat
♥ Tak perlu tepek make up utk tutup jerawat,parut dan pori besar kat muka
♥ Tak perlu cucuk sana sini nak bagi kulit tegang dan anjal
♥ Tak perlu touch up2 muka sebab muka berminyak
♥ Tak perlu habis ribu riban gi buat facial treatment
♥ Tak perlu tanggung risiko kesan bahan kimia berbahaya yg
♥ Tak perlu susah2 cari kat kedai yg harganya jauh lebih mahal sbb saya jual jauh lagi murah 😉

Dahtu..Apa yang anda perlu?

  • Kita perlu cantik untuk suami
  • Kita perlu sihat untuk diri sendiri,suami,anak2,keluarga dan orang sekeliling
  • Kita wajib jaga anugerah Allah s.w.t yg tak ternilai ni..waktu kita baby..kulit kita perfect! Takkan nak sia-siakannya????

Apa yg anda akan dapat?

  • Kulit muka yang CANTIK, GEBU, ANJAL, LICIN BERSERI2!!!
  • Badan yg SIHAT, CERGAS & BERTENAGA
  • Pasti tersenyum sepanjang hari kalau suami yg puji wink wink 😉

NATURAL BEAUTY…idaman setiap wanita cantik dan bijak. Meh tengok apa fungsi setiap vitamin untuk kecantikan.

Vitamin E : Terkenal sebagai vitamin awet muda. Antioksidan yang ada akan lindungi sel badan kita dari rosak lebih-lebih lagi sekarang ni udara pun dah tak bersih…dah tercemar dengan asap rokok, asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Vitamin C : Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan juga parut. Ia juga sangat penting dalam pembentukan kolagen dan membantu menganjalkan kulit. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr.Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C!. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 B-complex : 1 tablet B Complex lengkap dengan 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantotenik dan asid folik. Badan kita sentiasa perlukan tenaga lagi2 kalau kita aktif. Jadi, B Complex akan tukarkan semua yang ada (stored energy) kepada tenaga sepanjang kita aktif. Bagi wanita yang kerja, dahlah penat kat office..menempuh traffic jammed lagi..balik rumah kena buat kerja rumah. Fuh!..memang penat dan stress tak boleh lari. B Complex ni adalah anti stress semulajadi. Tahukah anda yang stress juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat dan membuatkan muka kita nampak lebih cepat tua. Jadi, B complex membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan. Barulah wajah kita nampak fresh, tak kusam dan berseri2.

Protein Isolate Powder (ESP) : Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut seperti jerawat, stretch mark dan sebagainya. Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Parut jerawat yang hitam adalah disebabkan protein yg tidak cukup dalam badan.

Collagen Powder : Mengecilkan liang pori-pori yg kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut, menyokong kesihatan sendi dan tulang, menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, dan bercabang serta bersinar, membantu dan menegangkan payudara, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit yang tidak sekata serta melembapkan kulit. Jom tengok TESTIMONIAL COLLAGEN POWDER

Kecantikan dan kesihatan sangat berkait rapat sebab kecantikan akan secara automatik terserlah jika sel dalaman dan luaran badan kita sihat. Jadi, kenapa kita nak melabur dalam produk kecantikan semata-mata kalau kita boleh dapat produk berkualiti yang memberikan kedua-duanya sekali? Jadilah pengguna bijak! Harga pasaran bagi complete set (sustained release vitamin C) ialah RM743.25. Semua vitamin ni bukan habis serentak dalam masa sebulan je tau..Macam b complex dengan vitamin e tu untuk 4 bulan. Sustained release vitamin C plak untuk 6 bulan. Ok..yang dalam gambar ni saya letak vitamin C chewable..sebab waktu saya amik gambar ni stok vitamin C adult takde hehe..Lebih murah dan jimat sebenarnya amik yang adult. Kalau memang anda bercadang nak ambil complete set, saya cadangkan terus register jadi ahli je RM65 lepas tu terus bleh dapat harga ahli..banyak sangat bleh jimat tu! Bleh dapat cash bonus lak lepas tu 🙂 

Banyaknya kena makan! Pasti anda semua terdetik macam tu kan? Jangan risau ada jadualnya 🙂

Sebenarnya banyak lagi vitamin untuk dapatkan kulit yang cantik. Anda boleh lihat video menarik ni sampai habis kalau nak tahu macam mana Cik Farizan Mazlan ni yang dulunya kulit muka berjerawat teruk akibat salah guna produk. Lepas 7 tahun, beliau transform jadi wanita berkulit cantik, licin, gebu dan berseri-seri!

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan produk, sila hubungi saya di 013 939 5771 atau tgmuzlina@gmail.com. Saya sedia mendengar masalah kulit anda dan membantu anda menyelesaikannya. 🙂

Evening Primrose Oil(EPO) vs Shaklee GLA Complex

Bila sebut jer mengenai Evening Primrose Oil (EPO) ramai yang tahu dan ianya sangat sinonim dengan wanita. Ada yang selalu terlupa nak makan supplement lain tapi EPO tak boleh tinggal. Haaa..begitulah pentingnya Evening Primrose Oil ni kepada kaum wanita.

Apa itu EPO?

Evening primrose oil ni diekstrak dari biji benih pokok Evening primrose dan specialnya bunga ni berkembang bila waktunya dah petang.

Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

Sumber : NCCAM

 

Apa khasiat EPO ni?

Evening primrose oil digunakan secara tradisional sejak dari tahun 1930 lagi untuk merawat eczema, satu keadaan di mana kulit jadi kemerah-merahan, gatal atau kelihatan bersisik disebabkan alahan/alergi atau iritasi. Ia juga digunakan untuk rawatan seperti sakit sendi (Rheumatoid Arthritis), masalah yang melibatkan kesihatan wanita seperti sakit pada payudara yang disebabkan kitaran haid, simptom menopause, premenstrual syndrome (PMS), kanser dan juga diebetes.

Apa kandungan EPO?

Kandungan utama dalam EPO adalah asid lemak Omega-6 yang lebih dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dinamakan prostaglandin El yang boleh mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitansumber

GLA ni cukup banyak khasiatnya. Antaranya ialah:

– Membantu dan mengawal kitaran haid
– Membantu meningkatkan kesuburan (bagi yang sedang trying to conceive, GLA membantu menghasilkan cecair serviks yang lebih berkualiti)
– Melegakan sindrom PMS (Sindrom Pre Haid)
– Membantu dalam menangani menopaus
– Menguatkan kuku dan rambut
– Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
– Membantu menangani ekzema
– Melegakan simptom akibat artritis rheumatoid (sakit sendi)
– Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
– Menguatkan imuniti tubuh
– Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
– Mengurangkan ‘blood clot’ yang boleh menyebabkan serangan jantung
– Mengawal kencing manis dan darah tinggi
– Mengawal kolesterol
– Bagus untuk fungsi saraf

Shaklee ada tak EPO supplement?

Shaklee sentiasa menawarkan sesuatu yang terbaik untuk anda iaitu Shaklee GLA Complex. Ianya sudah pasti lebih baik dari Evening Primrose Oil yang terdapat di pasaran. Nama GLA tu sendiri pun diambil sempena kandungan utama dalam EPO iaitu gamma-linolenic acid (GLA). 

Shaklee GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Jadi, bonuslah buat pengamal GLA Complex ni sebab ianya membantu mencantikkan kulit anda dan kelihatan berseri-seri!

Biasanya, GLA digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi ibu mengandung.

Apa kata pengguna Shaklee GLA Complex mengenai senggugut dan period cycle?

Jom dapatkan Shaklee GLA Complex untuk kesihatan anda. Hormon stabil, kulit cantik berseri dan bebas jerawat dan jeragat!

Tak mahal pun..harga pasaran RM91.25 untuk semenanjung M’sia dan RM95 untuk Sabah Sarawak. Nak dapatkan GLA anda hari ini dengan harga yang special?? Hubungi saya sekarang di 013 939 5771 atau tgmuzlina@gmail.com

.

Cara menghilangkan jerawat

Masalah jerawat kalau dibiarkan memang boleh jadi stress! Kadang kala masalah jerawat yang dialami boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri. Ada juga yang sanggup tak keluar rumah sebab muka naik jerawat. Alah…bukan banyak pun..seketul jek! Hehehe..tapi itulah yang berlaku bagi yang sangat mementingkan kesempurnaan pada wajah. Sibuk sana sini fikir bagaimana menghilangkan jerawat. Semua orang nak cantik..seketul jerawat pun kecoh..apatah lagi kalau jerawat penuh di muka? Jerawat yang timbul pula mungkin akan timbulkan kesan kehitaman atau parut pada wajah.

Ada yang mengalami masalah jerawat muka dan tak kurang juga bagi yang mengalami masalah jerawat badan. Tak kisah lah muka ke..badan ke..tapi tetap jerawat kan? Tambah lagi kalau yang naik tu jerawat batu! Perasaannya??? Of course macam kena hempap batu..sakit! Pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat yang anda boleh cuba tetapi tahukah anda yang cara terbaik untuk menghilangkan jerawat ialah dengan merawatnya dari dalam. Tahukah anda yang masalah jerawat kebanyakannya berpunca dari masalah kulit yang tidak sihat? Kulit kita sering terdedah dengan pencemaran udara seperti asap kenderaan, asap rokok dan debu-debu berterbangan. Lebihan minyak di muka menyulitkan lagi keadaan. Penjagaan kulit muka secara rapi dari luar seperti pembersih muka dapat mengurangkan masalah jerawat muka tetapi ianya tidak menjamin sel kulit anda sihat dari dalam.

Cara Menghilangkan Jerawat 

Berikut adalah tips yang anda boleh cuba untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah jerawat:

  1. Gunakan pencuci muka yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Cuci lah muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi yang muslim..takyah susahkan  diri anda sebab 5 kali sehari dah wajib kan? 😉
  2. Amalkan pemakanan yang seimbang. Zat dan nutrien yang mencukupi menghasilkan sel kulit yang lebih sihat.
  3. Rehat secukupnya. Jerawat juga boleh timbul akibat daripada badan yang stress, letih dan tidak cukup rehat.
  4. Basuh muka sebelum tidur. Ini sangat penting bagi membersihkan muka dari mekap atau debu-debu yang berterbangan.
  5. Jangan sesekali picit jerawat sebab ianya berkemungkinan meninggalkan parut/bekas jerawat.

Atau anda juga boleh mengamalkan suplemen sebagai salah satu usaha bagi menampung keperluan zat dan nutrisi bagi mendapatkan kulit yang cantik. Kulit yang bebas jerawat adalah kulit yang sihat, cantik dan bersih luar dan dalam.

Tahukah anda sesetengah jerawat disebabkan oleh badan kita yang banyak toksin? Walaupun dah cuba bermacam-macam jenis skin care dan produk kosmetik, tapi jerawat datang dan pergi. Antara sebab utamanya toksin masih banyak berkumpul dalam badan. Jadi anda perlukan Herblax untuk membantu mengeluarkan toksin serta mencuci usus. Bila usus dah bersih, jadi semua zat makanan dan juga vitamin yang kita makan lebih mudah dan lebih cepat diserap dalam badan.

vitamin kulit cantik

Salah satu lagi punca yang menyebabkan masalah jerawat terutamanya pada muka adalah disebabkan radikal bebas seperti asap kenderaan, pencemaran udara dan sebagainya. Lebihan minyak pada kulit muka juga akan menyumbat pori-pori di muka. Bila debu dan minyak bercampur aduk..tersumbatlah liang tersebut..sebab tu lah wujudnya jerawat. Radikal bebas akan menyebabkan sel dalam badan kita cepat rosak dan cara untuk menghilangkan jerawat adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksidan tinggi yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan Vitamin E. Vita-E Complex bertindak sebagai antioksidan yang melindung dan mencegah kerosakan sel. Sangat terkenal sebagai vitamin awet muda iaitu vitamin yang dapat melambatkan proses penuaan. Bukannya makan vitamin E ni takkan tua sampai bila2…tapi hanya mengelakkan wajah kita kelihatan tua sebelum usia! Pasti malu yang amat kalau kita berjalan sebelah suami, tapi dikatakan kakak kepada suami! Ohhhh..no..no..no..

Vitamin E dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit..jadi takdelah yang kulit berminyak atau kulit kering..sekaligus akan membantu mengurangkan jerawat yang akan muncul di tengah-tengah pipi yang cantik gebu ittew!! ;p Bagi yang mengalami masalah kulit berminyak, saya amat sarankan anda mencuba Vita-E Complex..pasti anda berpuas hati. Saya sendiri cuba selepas 2 minggu pun dah kurang sangat kawasan muka yang berminyak.

Bagi yang mementingkan kecantikan, vitamin E ni memang suplemen wajib. Kalau tak caya..tengok jer label pada produk kosmetik dan sabun mandian pun ada vitamin E tau!

Satu lagi kerisauan yang bermain di fikiran anda adalah cara untuk menghilangkan muka yang penuh dengan bekas-bekas dan parut jerawat. Sebenarnya bekas jerawat atau parut jerawat yang kehitaman adalah disebabkan sel kulit yang tidak digantikan dengan sel kulit yang baru. Makanan asas bagi sel kulit adalah protein. Kalau tak cukup protein, macam mana kulit baru nak tumbuh dan ganti yang baru? Cuba cek brapa banyak sumber protein dalam makanan harian anda. Adakah mencukupi? Atau langsung takde? Kalau ada pun..brapa banyak je yang diserap ke dalam badan dan betul-betul memberikan kesan kepada tubuh badan anda? Kenapa saya cakap macam tu? Protein mudah musnah pada suhu yang tinggi. Jadi bila kita masak atau goreng ikan, ayam atau daging..pastinya menggunakan suhu yang tinggi kan? Brapa peratus je protein yang akan tinggal?

Shaklee ada sumber protein terbaik anda untuk menampung keperluan protein harian anda. Kalau makan ayam atau daging, ianya perlu ditukar oleh badan dulu kepada asid amino barulah dapat diserap secara efektif ke dalam badan. Tapi Shaklee Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP terdiri daripada protein paling ringkas iaitu 9 asid amino yang tersedia untuk diserap ke dalam badan secepat yang mungkin. Sebab itulah rata-rata pengguna ESP gembira setelah konsisten minum ESP, kulit mereka lebih cantik, halus dan terasa lembut je sebab sel kulit dah pun diganti dengan yang baru. Hurmmm..suami anda pasti suka dan puji kalau kulit isterinya yang cantik tu bersih dan sehalus kulit bayi! 😉

Mari kita lihat apa kata pengguna yang dah pun cuba.

Nak tengok lagi testimoni? Anda boleh klik TESTIMONI SET KECANTIKAN.

Tension dgn resdung, gatal-gatal hidung..asyik selsema jek..Habis naik alergi satu badan..atau anda ada eczema? WAJIB cuba ALFALFA!

Masa yang paling dinantikan oleh peminat Alfalfa!! Lagi2 kalau anda mengalami resdung, alergi, gatal-gatal, eczema atau masalah kulit yang lain. Kalau biasa anda hanya cuba..tapi tak konsisten..inilah masanya..untuk anda rasai dan alami perbezaan yg sangatlah mengujakan. Ini diakui oleh rata-rata pengamal alfalfa yer. 

Harga Alfalfa small (330 tabs) RM 53.75 (WM) 

Harga Alfalfa large (700tabs) RM 97.75

Contact me at tgmuzlina@gmail.com atau 013 939 5771 untuk sebarang pertanyaan produk dan bagaimana nak jadi ahli.

Sekilas info mengenai Alfalfa :

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  5. Memberi kelegaan semasa haid
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat athma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Membuang angin dalam badan
  20. Dan banyak lagilah khasiat yang lain2..
Mari kita lihat..apa kata pengguna yang suka sangat dengan alfalfa ni..
Pengguna 1 : Alfalfa jadi milkbooster..susu makin banyak dan lebih pekat. Masalah keputihan dan eczema juga berkurangan. Alfalfa pun macam kacip fatimah 😉
Pengguna 2 dan 3 : Selain masalah keputihan totally gone..alfalfa juga merapatkan keintiman dan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. 🙂 Angin dalam badan pun dah kurang. Berat juga turun 7-9kg after 3 months.
Pengguna 4 : Resdung berkurangan..so dah jarang bersin dan selsema.

Banyak lagi testimoni yang akan saya kongsikan. Bagi yang tak suka telan pil..boleh je buat air then minum 😉 Macam mana caranya?

Amacam?? Rugi anda tak cuba tau!! Alfalfa ni bukan untuk wanita je..untuk anak dara ke..anak teruna..dewasa..warga emas..sume boleh makan..tapi pesakit SLE dan ibu hamil tak digalakkan ambil..Please dapatkan nasihat pakar dulu yer..Do contact me if interested k 😉

Pilih yang mana satu anda nak cuba 🙂

OrderNow

Jerawat dan Bagaimana Mengatasinya

Cuba anda imagine..bila bangun pagi..tengok cermin. Apa yang anda nampak..jerawat!!! Besar lak tu..hehe..kalau kecik2 takpe la..Kalau saya dulu saya akan picit bg pecah..haha..sengal!! Jangan tiru ye..sebab tau memang akan tinggalkan parut. Tapi..da memang spesis tangan gatal nak picit2… ;p Tu baru seketul..Kalau banyak sangat jerawat? Takkan nak picit kan? Takdelah salah pun ada jerawat ni…tapi sedikit sebanyak akan kurangkan keyakinan diri..betul tak? Lagi2 kalau anda nak pergi interview..nak gi dating ke..hehe..atau pun bakal pengantin baru..Mestilah nak cantik waktu jadi raja sehari nanti. Siapa yang tak idamkan kulit yang sihat, halus dan licin tanpa jerawat? Sebelum nak cari solution ni..kita kena tau dulu punca nya..baru lah dapat cari penyelesaian yang terbaik  🙂

Apa itu jerawat? Jerawat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh lebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori tersumbat. Selalunya jerawat mudah tumbuh di bahagian muka, dada, belakang dan bahu (http://id.wikipedia.org/)

Jerawat sering muncul antara umur 14 – 19 tahun yang dipengaruhi oleh perubahan hormon pada remaja lelaki dan juga perempuan.

Dari hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat adalah hingga usia 40 tahun.

Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor-faktor di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Beberapa faktor penyebab munculnya jerawat antara lain:

  • Stress
  • Faktor keturunan dari orang tua
  • Hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki mahupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki mahupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • Bakteri di pori-pori kulit
  • Iritasi kulit
  • Anabolic steroid

Credit to ghs

Cara mencegah jerawat:

  1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia 
  2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak. 
  3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya. 
  4. Dapatkan rehat secukupnya. 

Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:

B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.

Supplement untuk merawat Jerawat:

Vitamin E – membantu mengurangkan parut
Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Credit to Alinalan

Introducing New Vitamin E with Grape Seed Extract

Mula2 skali..maaf la ye..acik baru skang berkesempatan untuk update Vitamin E yang baru ni..hehe.. Kalau yang dah biasa dapat capsule warna kuning..tapi alih2 dapat warna cam ungu gelap cam hitam pun ada..mesti terkejut kan? 😉

Kalau nak tau..Shaklee da keluarkan Vitamin E Complex yang baru dengan formula yang ditambahbaik..dan pastinya lebih banyak khasiat dan benefit yang anda akan dapat..Hurmm..saya yang guna da nak abis sbotol tapi versi lama pun..da sangat2 berpuas hati dengan hasil yang saya dapat..Apatah lagi dengan yang dah improved formula ni..Memang tak sabar nak makan yang ni lak.

Tentu ramai yg nak tahu.. kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E tu.. kan kan…. bukan saje suka2 yer… meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur).. Thanks to MamaFaiz for sharing. 🙂

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ….
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Waahh…saya mula2 baca kelebihan grape seed extract ni mmg kagum.. rasa mcm nak telan sbotol vita E. haha.. no wonderlah poster di atas tu mention ayat >>The most powerful Vitamin E is now available in Shaklee<< .. bukan saya yg quote ye.. tapi cuba tgk poster di atas.. haha

Lebih banyak tentang Vitamin E.. bleh klik label Vitamin E kat tepi kanan ni.. Well.. sekarang anda dah tahu powernya vitamin E ni kan kan..kannn.. Rugi siapa tak pilih.. dahla Vitamin E ni sebiji bersamaan 400iu, ianya semulajadi dan lengkap dgn selenium lagiii ..marvellous!!!

Vitamin E ni memang amazing kalau siapa yang da cuba. Siapa yang da cuba je tau hebatnya keberkesanan Vitamin E Complex ni lagi2 yang memang suka mencantikkan diri..hehe..siapa lagi kalau bukan untuk suami kan 😉

Dan..apa yang saya paling suka dengan Vitamin E ni..masalah kulit berminyak saya sebelum ni memang da selesai..sebabnya if before ni kalau dari pagi sampai petang tu..tak sampai tengah hari memang muka berkilat gileerr..kadang2 tu baru je lepas cuci muka ngan facial foam..especially T-Zone area. Skang ni maintain jek..

Kenapa saya suka..sebab takyah da nam tampal beria2 bedak ni nak cover part minyak terlebih..lagi banyak dia berminyak ada lah..tapi sejak amalkan Vitamin E ni..kulit pun rasa moist dan tak berminyak lagi. Pengalaman saya, kesan dapat dilihat seawal 14 hari. Nak tengok testimonial saya dan pengguna yang lain?

KLIK untuk Testimoni Admin Mama2R.com

KLIK untuk Testimoni Pengguna Vitamin E

Untuk hasil optimum bagi yang mahu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik berseri..Vitamin E best taken with Vitamin C, B Complex dan ESP. Kenapa?

Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam
keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

ESP : Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Nak cuba? Hubungi saya di 013 939 5771 atau PM saje di http://www.facebook.com/Mama2R . Nak email pun boleh, tgmuzlina@gmail.com

Kecantikan luaran perlu bermula dari penjagaan dalaman 🙂