Category Archives: Vitamin untuk Masalah Rambut

Tips Atasi Rambut Gugur dengan Mudah

Setiap kali sikat rambut, banyak rambut gugur dan lekat pada sikat..tak kurang juga yang bersepah  dalam bilik air. Rambut yang dulunya hitam & lebat, makin lama dah berkurang sampai nampak kulit kepala. Silap hari bulan..ditegur kawan-kawan, segan juga ye..

cara atasi rambut gugurSuka saya nak kongsikan di sini, kisah seorang pelanggan saya. Kata beliau, kepalanya tak botak lagi tapi rambutnya banyak yang gugur. Kulit kepala dah mula nampak sebab rambut makin kurang. Jadi, saya cadangkan beliau untuk gunakan Nourishing Scalp Treatment dan amalkan Zink Complex.

Mudah je guna Nourishing Scalp Treatment, hanya perlu titiskan pada kawasan rambut yang bermasalah..lepas tu urut lah sikit kulit kepala nak bagi serap. Rasa sejuk nyaman je tau bila serum tu diserap dalam kulit kepala. Serum ni lah yang memberi nutrisi pada kulit kepala untuk jadi sihat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bagaimana ianya Membantu Mengatasi Rambut Gugur?

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. 

atasi rambut gugur

  • VItamin antioksida iaitu VItamin E dan A serta CoEnzyme Q10 melindungi anda dari kerosakan rambut akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak 

Apa istimewanya serum ni ialah Nourishing Scalp Treatment merupakan formula ekslusif dan ianya terbukti mampu untuk mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat serta menguatkan rambut secara semulajadi. 

Tau tak jika kita kekurangan zink, akar rambut akan jadi lemah, rambut akan mudah rosak dan pertumbuhan rambut akan jadi sangat lambat. Zink adalah nutrien penting untuk rambut termasuk untuk pertumbuhan sel, tisu dan pembaikan tisu yang rosak. zink atasi rambut gugurIa juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut sekaligus menghalang rambut dari cepat gugur. Zink boleh menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh kita. Sebab itulah saya turut cadangkan beliau untuk ambil Zink Complex kerana zink yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat serta menguatkan rambut.

Selepas 2 minggu, anda tahu apa yang berlaku? Beliau hubungi saya dan rasa teruja untuk kongsi kegembiraan yang rambut beliau dah kurang gugur walaupun masih banyak lagi baki vitamin yang beliau ambil 🙂 Ye lah kan..jimat sangat sebab 1 biji sehari je makan zink tu. Jadi, kalau anda pun ada masalah yang sama, boleh hubungi saya di 013-9395771(Pn Muzlina) untuk konsultasi ye. Saya akan bantu anda 🙂

Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur sebelum Anda jadi BOTAK!!

KELEMUMUR? Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. Apatah lagi kalau melihatnya gugur, jatuh di bahu. Memburukkan keadaan apabila si empunya ketika itu mengenakan baju berwarna gelap.

Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri.

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, penghidap kelemumur dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.

Ia sebetulnya bagaikan ‘benda hidup’ yang boleh bertambah tebal, berkuping-kuping di kepala jika tidak dirawat sedari awal.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.

Ia kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul yang dirembeskan dan keadaan itu menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kulit kepala. Ia adalah punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadilah kelemumur yang bagaikan kepingan salji jatuh ke bumi itu.

“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini, menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala disebabkan iritasi kelemumur.

“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah,” kata Dr Steven Chow Kim Weng.

Terangnya lagi, kajian klinikal menunjukkan, rambut yang berhadapan masalah kelemumur ‘sakit’ apabila rambut sekitar kawasan dihinggapi, tidak begitu berkilat atau anjal, iaitu keadaan menunjukkan tanda bahawa kualiti rambut merosot, selain strukturnya yang semakin lemah.

“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.

Sebetulnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan saja terdapat pada bahagian kulit kepala, dengan keadaan seperti serbuk putih, tetapi dalam kes yang teruk, ada jenis berkuping dan merebak hingga ke bahagian lain termasuk kening, hidung, dahi dan bahagian belakang telinga.

Masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit dan bayi yang baru lahir, tetapi untuk bayi ia dipanggil cradle cap.

Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya kembali berulang.

Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur. Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.

Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.

“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Menyedari keperluan pengguna shampoo yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala, Shaklee mengeluarkan Rangkaian Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Hasilnya rambut menawan dan kulit kepala kekal segar dan sihat sentiasa. Tiada lagi masalah rambut gugur dan mahupun kelemumur yang mengganggu aktiviti harian anda.

Cara penggunaan Prosante Hair Care.

Seperti yang diketahui umum, kesihatan kulit kepala dan rambut juga bermula dari dalam Jadi, bagaimana pula dengan penjagaan dalaman?

Credit info to P.A.F

1. PROTEIN

Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

2. ZINK

Kekurangan zinc (dan mineral lain) berkait dengan keguguran rambut kerana ia boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan lambat untuk tumbuh semula. apabila kita ada zinc yang cukup, ia membantu mempercepatkan pembentukan semula sel, pembinaan tisu dan pembaikan semual tisu yang rosak. zinc juga penting untuk maintain pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folllicle rambut, jadi rambut jadi lebih kuat.

3. B COMPLEX

Biotin dalam b-complex adalah sumber yg paling penting bagi pertumbuhan semula rambut. Bagaimana b-complex membantu masalah keguguran rambut? Pengambilan b-complex memastikan pengumpulan kolestrol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala kepada radikal-radikal bebas yg merosakkan, melebatkan rambut dan menyihatkan rambut supaya ia bersinar dan tidak rapuh.

4. MULTIVITAMIN

Apa lagi vitamin lain yang diperlukan untuk kesihatan rambut? vitamin A, H(Biotin), C dan E adalah antara yang utama diperlukan. jika product rambut yang kita beli tak menampakkan hasil, cuba lihat diet seharian dan pastikan vitamin-vitamin ini ada dalam makanan yang kita ambil.

Nak dapatkan semua ni dengan cukup setiap hari? saya cadangkan anda cuba ESP untuk sumber protein lengkap, Zinc complex, B-complex dan Vitalea bagi mengatasi masalah rambut gugur anda. kalau tak dapat nak pastikan semua ni ada dalam menu seharian anda, ini adalah jalan kedua terbaik kan?

Mari kita lihat apa kata pengguna yang dah cuba Prosante Hair Care ni. Credit to LifeFit.my untuk koleksi testimonial.

Apa pula kata pengguna yang mengamalkan supplement untuk mengatasi rambut gugur?

Kami pun ada testimoni live yang pernah ada masalah rambut gugur ni. Apa yang beliau buat untuk selesaikan masalah rambut gugur beliau?

Hubungi saya untuk mengetahui mana yang perlu untuk masalah rambut dan kulit kepala anda. PM saya di http://www.facebook.com/Mama2R atau SMS 013 939 5771 untuk konsultasi.