Category Archives: Vitamin untuk Seisi Keluarga

Family Wellness Set ~ Suplemen Lengkap untuk Seisi Keluarga

Zaman sekarang semuanya nak cepat dan mudah. Kerja kat ofis terlampau busy..hinggakan nak makan pun tak sempat. Nak masak apatah lagi? Balik kerja pun da penat..tapi perut lapar..Untuk mengisi perut yang dah lapar tu, singgah je beli makanan fast food atau pun yang dah dimasak kat kedai. Itulah realiti yang berlaku pada masa kini. Sedar tak sedar, banyak keperluan nutrisi yang tidak dipenuhi bila kita seringkali makan di luar. Ye lah kan..kalau beli lauk ayam, nak sayur lagi..telur lagi..da brapa kosnya? Jadi, nak cut cost..beli satu lauk je cam paprik campur..heheh.. 🙂 tapi nak dikongsi seisi keluarga? Banyak mana je setiap orang dapat khasiatnya. Tu belum kira lagi khasiat yang dah hilang sewaktu proses memasak.

Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk keluarga tersayang kan? Risau dengan kesihatan keluarga anda? Berikan mereka dengan best supplements dari Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. 

Family Wellness Set iaitu rangkaian penjagaan kesihatan yang terdiri daripada suplemen asas. Ianya mampu memenuhi keperluan nutrisi harian keluarga anda.

1. ESP – Energizing Soy Protein @ Soy Protein Isolate Powder

  • Berfungsi untuk menghasilkan sel yang sihat untuk menyerap vitamin dan mineral yang kita ambil dengan lebih berkesan.
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Indeks glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu kesihatan kuku dan rambut.
Tahukah anda?
Protein sangat penting utk penghasilan sel-sel yang baru? Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat), kesan parut dan juga kesan regangan (strecth mark). Parut/Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat atau luka pembedahan mahupun stretch mark sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yg membantu dalam penghasilan sel yang baru.

2. VITALEA

 
  • Multivitamin dgn Multi Mineral yang Hebat – Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
  • Memulihkan selera makan dan dan melancarkan sistem pencernaan
  • Membantu penyerapan zat dari makanan

Peringatan!

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tahukah Anda?

Pengambilan 2 biji vitalea merangkumi 40 jenis makanan? Sebab itulah untuk cepat recover dan kekal cergas, ibu berpantang sangat digalakkan mengambil vitalea dalam tempoh berpantang kerana terlalu banyak pantang larang yang menyebabkan tubuh badan ibu kekurangan nutrien lebih2 lagi jika ibu tersebut menyusui bayi secara eksklusif.

 

3. VITAMIN C

  • membina & membaiki – tulang, gigi, gusi & tisu penyambung (connective tissues)
  • membentuk kolagen yg penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang & cartilage (bahan yg menyelaputi sendi dalam tubuh).
  • memelihara saluran darah yg sihat.
  • paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing)
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataract)
  • mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Juga terdapat dalam bentuk yang boleh dikunyah(chewable) yang sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet.

Tahukah anda?

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Oleh sebab vitamin C adalah larut air, ia akan dikeluarkan dari badan jika terdapat lebihan dan ini mengakibatkan pembaziran. Jadi, anda perlukan bekalan vitamin C yang berterusan. Sustained Release Vitamin C iaitu Vitamin C dengan pelepasan berperingkat (100mg dilepaskan ke dalam badan setiap 1 jam) dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan yang diperlukan oleh badan anda.

 

4. B COMPLEX

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
  • Membantu dalam kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress.

Tahukah Anda?

Kekurangan B complex dlm badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah, atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil, jerawat akan mudah terhasil. B complex juga termasuk dalam suplemen yang dicadangkan untuk ibu berpantang kerana ianya dapat meredakan stress dan sekaligus mengelakkan simptom meroyan.

Siapa yang perlukan Family Wellness Set?

  1. Lelaki / Wanita Dewasa
  2. Remaja Lelaki/Perempuan
  3. Ibu Hamil
  4. Ibu Menyusu
  5. Ibu Berpantang
  6. Anda yang mengalami tekanan darah rendah
  7. Anda yang mempunyai hemoglobin (hb) yang rendah
  8. Anda yang ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik berseri.
  9. Sesiapa sahaja..its for everyone!

Buatlah pilihan yang terbaik. Dapatkan set Family Wellness untuk keluarga anda hari ini. Hubungi saya di http://www.facebook.com/Mama2R untuk maklumat lanjut. Boleh juga SMS | WhatsApp 013 939 5771 | email ke tgmuzlina@gmail.com

OrderNow