Category Archives: My Personal Life

Makna di sebalik Nur Areefa Haneefah

Mengandung kali ni sampai tak sempat nak cari nama anak sendiri..hahaha..over! Lagipun tak tahu lelaki atau pun perempuan. Nama pilihan tu ada tapi tak betul-betul kaji dengan lebih mendalam maksudnya. Of course lah, nak namakan anak ni..kena namakan dengan nama yang mempunyai maksud yang elok. Alhamdulillah..hari ketujuh baru dapat namakan si comel ni 🙂  Sesuailah dengan petikan ini.

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]

Tapi buat masa sekarang ni, cukur jambul dengan aqiqah belum berkesempatan nak buat lagi. Insya Allah dalam masa terdekat nanti. 

Berbalik pada topik asal. Saya memang cerewet bab bagi nama anak-anak sebab selain maksud yang baik-baik..saya nak kekalkan pangkal huruf NAH untuk perempuan dan MAH untuk lelaki..lepas tu pula mesti Ar…Ar..Ar..hahahah..rahsia di sebalik Mama2R juga tu ;p Pada asalnya..nak kekalkan je nama Husna kat belakang tu..tapi bila difikirkan semula..nanti susah nak meet dengan mama punye requirement ni dan yang paling penting..nanti susah nak cari kombinasi nama yang bawa maksud yang best tu. Itu yang..lamanya la hai nak memilih..hehe..last-last decide untuk tukar je Husna kat belakang tu..Dan akhirnya baby comel ni diberi nama Nur Areefa Haneefah binti Azhar 🙂

Apa maksudnya?

Nur = Cahaya
Areefa = Bijaksana/Berpengetahuan
Haneefah = Yang berpegang teguh pada agama Allah

Saya suka panggil nama anak-anak dengan nama yang membawa maksud…bukan dengan nama panggilan atau nama manja yang tak membawa maksud apa-apa. Harapan mama dan papa agar Areefa menjadi anak yang bijak pandai dan sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam. Macam tu juga anak-anak kami yang lain. Insya Allah. 🙂

Muhammad Arfan Hakimi, Nur Arissa Husna dan Nur Areefa Haneefah..harta paling berharga dan anugerah serta amanah yang diberi oleh Allah s.w.t pada kami. Doakan kami supaya kami sentiasa diberi kesabaran, kekuatan, ketekunan dalam mendidik anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Insya Allah 🙂