Category Archives: GLA complex

EPO Oil vs Borage Oil(Shaklee GLA Complex)

Salam buat pembaca Mama2R sekalian 🙂

Alhamdulillah diberi kesempatan menghabiskan masa hujung minggu bersama anak-anak dan suami. Bagaimana pula dengan kalian semua? Pasti masing-masing punya kisah hujung minggu yang menarik kan? 😉

Sebelum ini saya pernah kongsikan kebaikan Shaklee GLA Complex berbanding dengan suplemen EPO. Memandangkan ada pembaca yang mungkin keliru dengan kandungan GLA yang ada dalam Shaklee GLA Complex, kali ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai keunikan GLA Complex ini.

Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri yang lalu, Evening Primrose Oil atau singkatannya EPO adalah minyak yang diekstrak dari biji benih pokok bunga Evening Primrose yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA) iaitu sejenis asid lemak Omega-6. Manakala Shaklee GLA Complex bukan hanya terdiri daripada GLA semata-mata tetapi hasil kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E. 

Kenapa Borage Oil, BUKAN Evening Primrose Oil?

Jadi, perbezaan di antara GLA yang didapati dari ekstrak biji benih pokok borage atau kadangkala juga dikenali sebagai  starflower oil  dan pokok evening primrose adalah dari segi kepekatan GLA yang terkandung di dalamnya.

EPO vs GLA Shaklee

* Sumber 

Borage oil mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi iaitu 25% berbanding 10% sahaja dalam EPO oil. Tidaklah bermakna EPO tidak bagus tetapi sesetengah situasi kesihatan memerlukan lebih kandungan GLA. Kadar kepekatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu mereka yang menghidap masalah kesihatan seperti Pre-Menstrual Syndrome (PMS), arthritis, kesakitan sendi, masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat.

Shaklee GLA Complex

Selain kandungan GLA yang dapat membantu meredakan simptom PMS seperti senggugut, kandungan vitamin E yang terdapat dalam Shaklee GLA Complex juga sangat membantu untuk anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik berseri. Nah! Pasti si isteri gembira jika ianya dijadikan hadiah hari istimewanya. Memang tidak rugi jika anda mencubanya sekarang.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips cepat hamil dengan GLA Complex Shaklee

Alhamdulillah..kali ni diberi kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca semua mengenai tips untuk cepat hamil dengan GLA Complex Shaklee. Terlebih dahulu, saya ingin kongsikan di sini apa kandungan di dalam GLA Complex yang menyebabkan ianya sangat terkenal dan menjadi bualan hangat di kalangan pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Anak adalah penyeri rumah tangga, pengikat kasih sayang antara suami isteri…lebih-lebih lagi jika telah lama mendirikan rumah tangga. Persoalannya, bagaimana GLA Complex membantu anda untuk hamil? Saya tidak dapat memberikan jaminan bahawa anda akan hamil sebaik sahaja mengambil GLA Complex. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang berhak mengurniakan cahaya mata buat pasangan suami isteri..tetapi sebagai hambaNya, tidak salah jika kita ingin mencuba malah dalam Islam, kita juga dituntut supaya berusaha.

Bagaimana GLA membantu anda untuk cepat hamil?

tips supaya cepat hamil

Sebagai wanita, pasti anda perasan yang setiap bulan cecair serviks yang berbeza dari segi warna dan juga kepekatan akan dikeluarkan. Salah satu cara untuk mengenali waktu subur anda adalah dengan memerhatikan cecair serviks berkenaan. GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tak cukup subur.. Ada wanita pula langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur. Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)” dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat. Tekstur lendir serviks pada waktu subur inilah yang membantu sperma berenang terus ke uterus seterusnya ke telur (ovum) melalui tiub falopio. Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari. Jadi, harapan untuk hamil makin cerah ^__^

Ada juga pasangan suami isteri yang masih belum dapat menimang cahaya mata kerana mengalami masalah hormon yang tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang mengganggu proses kitaran haid. Ringkasnya, jika period pun tak tetap, agak sukar juga lah untuk kira hari subur. Di sinilah GLA Complex membantu dalam kesuburan dengan menyeimbangkan hormon yang tidak stabil dalam badan.

Alhamdulillah..ramai yang mengalami kesan yang positif seperti senggugut berkurangan dan ada yang hilang..paling best bila ramai yang dah pun berjaya hamil setelah mengamalkan pengambilan GLA complex secara konsisten. Saya kongsikan kegembiraan mereka di sini.

Rozita Ita

Sy ambk B Complex awal blan februari…..GLA sy ambk ari first period 14.02.2013-27.02.2013….blan ni miss period & sy disahkan pregnant 5week….syukur Alhamdulillah…..

Salam semua.Just nk share dgn semua mummy2 kt cni.Sy sblm ni period mmg x teratur.Mayb juga sbb masih breastfeed ank kedua yg br berumur 1 thn 6 bln.Lps baca byk komen positif ttg GLA yg leh stabilkn hormon n teraturkn period,so sy try la mkn GLA awl bln Feb.Sampai smlm 13/3,sy still x period lg.Bila cek,rupa2nya dh positif.Oh,mmg trkejut sgt sbb x sangka yg sy akan hamil scpt ni.Lgpun sy mkn GLA bkn utk pregnant,tp utk lancarkn period.Apapun brsyukur kpd Allah dgn rezeki yg x disangka ini 🙂

Sazrina Elias

Tahniah:). saya pun mempunyai masalah period x teratur. tp lepas consume GLA period makin teraturn senggugut hilang . Harap2 lepas ni dapat berita baik macam pn juga:)

Finally cousin saya berjaya hamil after consume GLA dan B-Complex.Alhamdulillah..;)
Saya nak berkongsi cerita dgn semua warga SGL.. saya ada masalah period tak teratur lps bersalinkan anak no. 3 thn 2011.. dh mcm2 ubt saya cuba mkn tapi period tetap gak teratur. disember 2012 saya cuba amalkn GLA utk betulkan balik kitaran haid.. alhamdulillah period saya kembali normal dan 3 hr lepas saya telah dikejutkan berita yg saya disahkan hamil 6++ minggu wlpn saya mkn jamu utk mrancang hamil.. dasat tul penangan shaklee nih.. alhamdulillah

Leen Fazlina

Alhamdulillah..berkongsi 1btol gla brsama suami..akhirnya saya disahkan hamil.
Sebulan yang lalu saya telah mendapat berita yang sgt2 best dari seorang sahabat saya. Hasil consume GLA,zink,vit E selama 3bln++, beliau akhirnya disahkan hamil 6minggu. Alhamdulillah bersyukur sgt. Apa pun semuanya dengan izin Allah jugak..Kita hanya wajib berusaha mana yang boleh dan jgn putus asa + jgn putus doa.Alhamdulilah..

Jadual makan GLA Complex juga sedikit berbeza bagi yang mengalami masalah period yang tidak teratur dan tiada masalah hormon. Kami sedia memberi konsultasi yang berterusan dan jadual makan KHAS untuk mereka yang ingin cepat hamil. Tips ini hanya akan diberikan secara eksklusif untuk pelanggan Mama2R sahaja. Dapatkan GLA Complex anda hari ini jika nak rebut HARGA PROMOSI! 😉

Oh ya..sebelum itu, saya kongsikan nasihat dari Doktor Pakar iaitu Dr.Hamid Arshat untuk anda semua. Semoga berjaya 🙂

set kesuburan shaklee

Evening Primrose Oil(EPO) vs Shaklee GLA Complex

Bila sebut jer mengenai Evening Primrose Oil (EPO) ramai yang tahu dan ianya sangat sinonim dengan wanita. Ada yang selalu terlupa nak makan supplement lain tapi EPO tak boleh tinggal. Haaa..begitulah pentingnya Evening Primrose Oil ni kepada kaum wanita.

Apa itu EPO?

Evening primrose oil ni diekstrak dari biji benih pokok Evening primrose dan specialnya bunga ni berkembang bila waktunya dah petang.

Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

Sumber : NCCAM

 

Apa khasiat EPO ni?

Evening primrose oil digunakan secara tradisional sejak dari tahun 1930 lagi untuk merawat eczema, satu keadaan di mana kulit jadi kemerah-merahan, gatal atau kelihatan bersisik disebabkan alahan/alergi atau iritasi. Ia juga digunakan untuk rawatan seperti sakit sendi (Rheumatoid Arthritis), masalah yang melibatkan kesihatan wanita seperti sakit pada payudara yang disebabkan kitaran haid, simptom menopause, premenstrual syndrome (PMS), kanser dan juga diebetes.

Apa kandungan EPO?

Kandungan utama dalam EPO adalah asid lemak Omega-6 yang lebih dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dinamakan prostaglandin El yang boleh mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitansumber

GLA ni cukup banyak khasiatnya. Antaranya ialah:

– Membantu dan mengawal kitaran haid
– Membantu meningkatkan kesuburan (bagi yang sedang trying to conceive, GLA membantu menghasilkan cecair serviks yang lebih berkualiti)
– Melegakan sindrom PMS (Sindrom Pre Haid)
– Membantu dalam menangani menopaus
– Menguatkan kuku dan rambut
– Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
– Membantu menangani ekzema
– Melegakan simptom akibat artritis rheumatoid (sakit sendi)
– Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
– Menguatkan imuniti tubuh
– Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
– Mengurangkan ‘blood clot’ yang boleh menyebabkan serangan jantung
– Mengawal kencing manis dan darah tinggi
– Mengawal kolesterol
– Bagus untuk fungsi saraf

Shaklee ada tak EPO supplement?

Shaklee sentiasa menawarkan sesuatu yang terbaik untuk anda iaitu Shaklee GLA Complex. Ianya sudah pasti lebih baik dari Evening Primrose Oil yang terdapat di pasaran. Nama GLA tu sendiri pun diambil sempena kandungan utama dalam EPO iaitu gamma-linolenic acid (GLA). 

Shaklee GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Jadi, bonuslah buat pengamal GLA Complex ni sebab ianya membantu mencantikkan kulit anda dan kelihatan berseri-seri!

Biasanya, GLA digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi ibu mengandung.

Apa kata pengguna Shaklee GLA Complex mengenai senggugut dan period cycle?

Jom dapatkan Shaklee GLA Complex untuk kesihatan anda. Hormon stabil, kulit cantik berseri dan bebas jerawat dan jeragat!

Tak mahal pun..harga pasaran RM91.25 untuk semenanjung M’sia dan RM95 untuk Sabah Sarawak. Nak dapatkan GLA anda hari ini dengan harga yang special?? Hubungi saya sekarang di 013 939 5771 atau tgmuzlina@gmail.com

.

Vitamin untuk Warga Emas

Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah??

  • berat badan meningkat
  • kulit kering
  • muka sembap
  • rambut rapuh dan gugur
  • kerap letih
  • mengantuk
  • pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan

Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Ya..waktu saya ditugaskan ke Jepun dulu, majoriti penduduknya hanya berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Walaupun jauh..tapi mereka suka jalan kaki. Even bertanding ngan bos saya yang usianya 50-an gitu..Memang semput saya nak kejar!!! Hahahha.. 🙂

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.

Berat badan bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara kesihatan supaya berada di tahap optimum.

Kenapa Osteomatrix?

kalsium

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kenapa Omega Guard?

omega guard

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Pengambilan Omega Guard yang konsisten dapat :

  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Kenapa GLA Complex?

 GLA complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Kenapa Advanced Joint Health Tablets?

advanced joint health

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.

Kadang-kadang, kalau menghadap komputer lama-lama, sakit belakang, leher, lutut..kadang2 tangan pun sakit kan sebab angkat benda berat or buat sesuatu dalam tempoh yang lama. Jadi, Joint Health Tables ni melegakan dan boleh membantu. Mengikut clinical test yang dibuat, kesannya boleh dilihat/dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan!!

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

  1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  2. Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

credit 

SOALAN: Bagaimana jika ambil salah satu je?
JAWAPAN: Boleh..tiada paksaan. Bezanya hanya akan dapat effect yang minimum je lah.

Tak semestinya anda beli kesemua vitamin di atas, boleh ikut keperluan dan kesesuaian budget anda. Sila hubungi saya untuk konsultasi yer.

________________________________________________________________________

Pertanyaan dan order:

PM ke Facebook Tg Muzlina | Mama2R atau SMS 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.

 

 

Diabetes ~ Kawal paras glukosa dalam darah anda

*Sumber Utusan Online

Diabetes

Anda perlu kerap menjalankan pemeriksaan glukosa. – Gambar hiasan

SAYA menghidap diabetes sejak lima tahun lalu. Walaupun mengambil ubat daripada doktor, namun adakalanya bacaan paras gula saya agak tinggi. Bolehkah suplemen diambil agar keadaan menjadi lebih terkawal?

Jawapan: Paras glukosa yang sederhana dalam darah penting untuk mengekalkan paras tenaga dan fungsi-fungsi tubuh lain. Bagaimanapun pengambilan makanan manis berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Perubahan penting yang perlu dilakukan dalam usaha pengawalan diabetes adalah perubahan corak pemakanan dan juga gaya hidup yang lebih aktif. Perubahan ke atas kedua-dua faktor ini sangat berkesan dan terbukti ke arah pengawalan paras gula dalam darah yang lebih efektif. Pengambilan makanan yang sesuai merupakan senjata utama. Pilihlah makanan yang tergolong dalam kumpulan indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Kebanyakan sayur-sayuran termasuk dalam kumpulan makanan berindeks glisemik rendah seperti brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi. Manakala pengawalan pengambilan makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi seharusnya dikawal di kalangan penghidap diabetes. Antara contohnya adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.

Pengambilan suplemen tambahan seharusnya dipilih daripada sumber yang dikaji. Antaranya ialah seperti dari herba purslane. Purslane dari spesies Portulaca Oleracea atau nama tempatannya Gelang pasir dianggap sebagai tumbuhan rumpai di sesetengah kawasan. Tumbuhan ini kerap digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai rawatan luaran untuk gigitan serangga dan juga dijadikan hidangan salad dan juga sup.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, tumbuhan ini didapati memberi kesan positif dalam pengawalan glukosa darah. Hasilnya menunjukkan pengambilan ekstraknya mampu mengurangkan glycosylated haemoglobin (HbA1C) secara signifikan di kalangan subjek yang juga sedang mengambil ubat diabetes tetapi masih lemah dalam pengawalan gula darah. Ujian HbA1C ini penting untuk memberi petunjuk terhadap kawalan gula darah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan ianya dikaitkan dengan petunjuk risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian menunjukkan ekstrak herba Purslane membantu dalam metabolisme gula darah melalui beberapa cara:

  • Pengambilan ekstrak herba ini didapati boleh meningkatkan pengambilan glukosa daripada aliran darah ke sel-sel.
  • Modulat kepekaan sel – sel terhadap insulin
  • Mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus ke dalam aliran darah.

Mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat memberi impak yang besar ke atas kesihatan seseorang. Kepada penghidap diabetes kawalan gula darah ini akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan juga jangka hayat. Paras glukosa yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, kerosakan buah pinggang dan juga kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan.

Penyakit kencing manis atau pun diabetes ini dihidapi oleh ramai orang, tetapi masih ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko untuk menghadapinya. Diabetes tidak mengenal usia, tidak kira anda tua atau pun muda. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis.

Diebetes boleh mengakibatkan :

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Ketidakupayaan fungsi saraf

Shaklee Diabetes Care Programme

Shaklee Diabetes Care Programme membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penyakit kencing manis. Antara kebaikannya ialah :

  • Mengekalkan paras normal gula dalm darah*
  • Menggalakkan kesihatan jantung*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan*
  • Membantu dalam penyembuhan luka*
Shaklee Diabetes Care Programme meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis dan toleransi gula. Ia terdiri daripada :
Sebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya di 013-9395771 atau tgmuzlina@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cara Hilangkan Senggugut Dengan Cepat

Pernah kena senggugut teruk sampai guling-guling? Saya pun pernah..tapi dululah. Sakit senggugut ni hilang sendirinya selepas 3 or 4 hari period berlalu. Saya nak kongsikan cara hilangkan senggugut dengan cepat tanpa perlu makan ubat yang mengandungi dadah. Kalau dulu, bila tak tahan sangat baru saya amik Panadol Activfast 1 biji. Tu je sy bleh telan..hehe Orang lain makan Panadol Menstrual kan?…tapi bagi saya..saya tak suka ajar badan saya kacau hormon..nanti jadi terlalu bergantung pula pada drug tu. So..untuk tahan sakit Activfast pilihan saya (hehe..macam iklan tv lak!!)..Ini cerita suatu ketika dulu..

hilangkan sakit senggugut

Boleh dikatakan every month wanita yang datang bulan akan mengalami period pain atau pun senggugut..atau pun selalunya nama glamor dia sesungut!! 😉 Kalau yang jenis terlalu kuat tu..serious sakit kan? Bila dah sakit..memang tak boleh nak buat kerja..Kena rest je manjang..nak kata rest tu tak jugak sbb asyik bercinta ngan toilet and katil je kot..duk la meringkuk kat situ atau pun duk menonggeng menahan sakit..betul tak?!!

Lelaki mungkin tak faham sangat..kalau ada pun..cuma boleh angguk-angguk dan simpati jek yang memang tak bleh langsung kurangkan sakit. Kadang tu rasa nak lempang-lempang jek orang sekeliling lagi-lagi if ada yang buat hal kan? hahaha..Normal la tu..badan tengah sakit kan. 🙂 Paling sakit hati kalau ada insan-insan yang cakap kita sengaja mencari alasan untuk tak buat kerja..or dpt MC..or ponteng kerja..what ever lah yang oi!! Yang tak rasa..dok diam2 hokey!! 😉 Dan kesan-kesan period pain pula berbeza di antara individu..ada yang lenguh-lenguh kaki..sakit sendi..sengal tulang..Kalau saya dulu..selalu lenguh tulang betis..

Tau tak senggugut ni ada banyak sebab? Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil “dysmenorrhoea”. Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut1. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Tanda-tanda

  • Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin. 
  2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder. 
    • Haid yang tidak tetap
    • Kesakitan antara haid
    • Pendarahan yang bertambah banyak
    • Lelihan dari faraj
    • Kesakitan ketika melakukan seks
    • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
    • Loya dan muntah, cirit-birit.
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
 
 

Komplikasi

Physical – Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental – stress, tidur terganggu

*credit http://azurarahman.blogspot.com

Kebiasaannya..doktor akan suggest amik painkiller PONSTAN..kan??Tahukah anda terdapat banyak kesan sampingan yang boleh anda dapat? Ikuti penerangan lanjut mengenai KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN PONSTAN (klik) oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Banyak kaedah dan rawatan yang boleh kurangkan sakit..tapi saranan saya..elakkan dari badan anda terdedah kepada pain killer yang mengandungi dadah/bahan kimia. Tanya petua orang-orang lama pun boleh..asalkan..semulajadi!!

Jadi saya nk kongsikan beberapa tips mengurangkan gejala ‘period pain’ ini. Beberapa hari sebelum anda didatangi menstrual, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Minum banyak air suam – membantu untuk mengelakkan kekembungan.
  • Elakkan makanan masin dan beralkohol – ia boleh menyebabkan anda kembung, dan membuatkan ‘period pain’ anda bertambah buruk.
  • Amalkan pemakanan seimbang – banyakkan sayur-sayuran.
  • Elakkan minuman berkafein dan produk tenusu (susu) kerana ia didapati boleh meningkatkan kesakitan ‘period pain’.
  • Elakkan tekanan dari orang sekeliling. Ambil lebih banyak masa untuk berehat.
  • Ambil suplemen termasuk seperti kalsium, magnesium, zink dan kalium. Vitamin B Complex juga membantu untuk mengurangkan kekejangan otot.

Apabila period sudah bermula, dan anda masih terasa sakit walaupun telah membuat persediaan seperti  di atas, diharap idea seperti di bawah dapat membantu.

  • Gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender, untuk mengurut secara lembut bahagian abdomen anda yang sakit. Ini akan membantu anda untuk berehat dan seterusnya membantu meringankan kekejangan.
  • Masukkan air panas ke dalam botol, balut dan jadikan ia seperti tungku. Ini akan  memberikan keselesaan pada perut. Berendam  dalam mandian panas juga boleh membantu.
  • Makan pisang dengan yogurt setiap hari. Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glukosa darah, dan akan mempengaruhi moos anda supaya menjadi lebih baik.
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau latihan yoga juga boleh membantu.

*Tips tambahan – letak minyak angin/minyak panas pada betis anda..Insya Allah..akan membantu untuk melegakan kesakitan 😉

Pn. Maria ni kongsikan cara beliau hilangkan sakit senggugut dengan mudah dan cepat.

Tau tak macam mana Ostematrix dan juga B Complex boleh membantu anda yang sedang sedang menderita senggugut pulih secepat mungkin.

Salah satu kelebihan OsteMatrix ialah membantu dalam pengecutan otot dengan sempurna. Waktu senggugut, rahim mengalami pengecutan yang agak kuat dari biasa untuk mengeluarkan darah kotor. Sebab tulah kita rasa sakit setiap kali datang period terutamanya pada hari-hari awal darah haid keluar.

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

 

 
Salah satu fungsi B Complex dalam mengurangkan kesakitan ketika senggugut ialah dengan membantu menenangkan urat saraf. B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
 
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Dan bagi yang telah terlalu lama menderita akibat period pain, suka saya nk suggest pengambilan GLA Complex. Dah ramai yang amalkan GLA memberikan reaksi positif, period pain tidak lagi mengganggu mereka ketika didatangi haid.

 

Kelebihan GLA Complex

 
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel
Mari kita lihat apa kata pelanggan kami yang dah merasainya 😉

 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Alhamdulillah! dgn izin Allah, ostematrix penyelamat hari saya hari ni! saya takkan jadikan hari ni macam Monday blues spt mggu2 sebelumnya sbb hari ni byk sgt keje perlu dihabiskan. pg2 lagi saya dah rasa mcm nak sakit period pain. masuk ofis, makin sakit, saya telan 2bijik ostematrix. dalam 10min sakit terus berkurangan dan saya harap dapat buat kerja dengan tekun harini. senyum lebarrrr sebab saya dah takjadi pengguna panadol menstrual lagi 😀
*credit yoursupermom
Lagi testimonial pengguna GLA..walaubagaimanapun..anak itu rezeki dari Allah s.w.t yer..Kita hanya mampu berusaha dan merancang..Selebihnya..doa dan tawakkal kepada Allah.
kesuburan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

So..untuk encik2 boyfriend..encik tunang…encik suami dan encik ayah yang hensem..apa kata anda hadiahkan kepada orang kesayangan anda dengan Ostematrix, B complex dan GLA daripada Shaklee ni. Hopefully dapat membantu meringanka kesakitan yang dialami. Insya Allah.. 🙂

Jika berminat, sila hubungi saya di 013-9395771(Muz) atau email ke tgmuzlina@gmail.com. Jangan lupa klik ‘LIKE’ di fanpage saya Mama2R untuk mengetahui promosi, tips dan sebarang update yer! 😉