Category Archives: Herbal Blend Cream

Hilangkan Ruam Baby? Cuba Cara Cepat, Mudah & Selamat Ni!

Kulit bayi yang baru lahir amat sensitif dan jika sering terdedah dengan susu yang diminum pun mudah sangat naik ruam. Sebelum ni saya pernah kongsikan petua hilangkan ruam bayi di muka. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman seorang ibu yang nak hilangkan ruam baby dekat muka.

Minggu lepas Pn. Danya hubungi saya untuk bantu selesaikan masalah ruam pada baby beliau. Mula-mula ruam biasa, lama-lama jadi macam menggelupas. Saya sendiri agak terkejut bila beliau tunjukkan gambar baby. Katanya dekat belakang telinga pun ada.

ruam di muka bayiKesian kat baby, agak teruk juga. Biasanya jadi macam ni bila baby pakai sarung tangan dan gosok-gosok dekat muka. Saya advise beliau supaya jumpa doktor terlebih dahulu untuk kenalpasti masalah sebenar tapi katanya bila pergi klinik pun doktor hanya bagi krim sapu macam biasa je. Risau dengan ruam yang makin merebak, Pn Danya ambil keputusan untuk cuba krim Herbal Blend.

Alhamdulillah, selepas 2 hari Pn Danya beritahu saya berita gembira yang anaknya makin pulih. Syukur Alhamdulillah..saya pun tumpang happy. Yelah, saya pun ada baby yang pernah ada masalah yang sama..faham sangat macam mana perasaan ibu ni bila lihat ruam yang teruk kat muka anak. Tak tentu arah dibuatnya.

cara hilangkan ruam baby

Bagi ibu yang ada masalah yang sama juga, mungkin boleh cuba cara ni. Sebelum ni pun ada seorang ibu yang hadapi masalah yang sama dan selepas 5 kali sapu dah banyak kurang ruamnya. Kita ikhtiar kan? Mana tahu serasi dan boleh sembuhkan kulit baby yang kena ruam tu. Lagipun, krim ni selamat untuk bayi, bebas paraben dan bahan kimia berbahaya yang lain. Ibu boleh contact saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013 939 5771 (Muzlina). Insya Allah, saya sedia membantu. Jangan biarkan ruam di muka bayi tu lama-lama ye nanti makin merebak dan kulit baby jadi lebih sensitif. Susah nak pulih nanti.

Ruam di pipi dan muka anak menghilang selepas 5 hari!

Semakin ramai yang beri maklum balas yang positif sejak menggunakan Herbal Blend berkesan! Minggu lepas memang ramai yang hubungi saya untuk mengatasi masalah ruam di muka bayi mereka. Disebabkan ramai yang dah pun beri testimonial yg hebat tambah lagi harganya pun tak mahal sangat, memang ibu bapa tak teragak-agak untuk cuba krim ni.Lagi pun krim herbal blend ni selamat untuk bayi. Insya Allah..

Di sini saya kongsikan antara testimoni salah seorang daripada pelanggan saya yang dah pun cuba gunakan krim Herbal Blend ni untuk mengatasi masalah ruam di muka anak beliau. Ini feedback beliau selepas 5 hari menggunakannya.

Alhamdulillah..makin kurang ruam anak saya. Dan sekarang parutnya pun dah hilang 🙂 

Hilangkan ruam muka bayi

Uniknya Krim Herbal Blend ni, ia dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan pastinya tidak memudaratkan anda yang menggunakannya terutama bayi-bayi kecil 🙂 Dan krim Herbal Blend ini bukan dicipta khas untuk ruam muka tetapi fungsinya yang serbaguna membolehkan ianya digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit yang anda hadapi dengan memperbaiki struktur kulit anda secara semulajadi. Anda tidak perlu risau sebab ianya bebas dari Paraben dan juga bahan kimia berbahaya yang lain. Krim Herbal Blend ni juga boleh digunakan untuk mengawal masalah kulit seperti ekzema.

Testimoni di bawah pula adalah dari bapa yang belikan Herbal Blend krim untuk bayinya yang berusia 4 bulan. Katanya naik ruamh dekat muka baby. Selepas 3 hari, saya follow up beliau dan katanya ruam di muka bayinya dah pun berkurangan. Alhamdulillah 🙂

Selepas menggunakan krim Ruam muka bayi Jika anda ingin mendapatkan krim Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi saya di 0139395771 kerana stok sangat terhad.

Krim ruam muka bayi yang selamat dan tidak menipiskan kulit

ruam muka pada bayi

Pernah tak anak-anak korang kena ruam merah-merah dekat muka? Ada banyak jenis ruam sebenarnya..tapi yang biasa kita dengar adalah ruam panas atau ruam sebab susu..ada sesetengah orang panggil kurap susu 🙂 Ruam pada muka bayi adakala tak mengganggu bayi tu tapi adakalanya agak mengganggu hinggakan ada bayi yang kesat-kesat muka dia sebab tak selesa. Memang kesian sangat tengok kalau bayi yang kena ruam ni lagi2 dekat muka.

Cara hilangkan ruam di muka bayi

Mungkin ibu-ibu selalu dengar banyak petua yang boleh gunakan untuk hilangkan ruam pada muka bayi ni. Kalau kena ruam susu..di samping letak ubat pada muka..of course lah kena sentiasa pastikan muka/pipi bayi dilap dengan tisu lembap or kain lembap supaya kesan susu yang terkena kulit muka tu hilang. Jangan biarkan ruam muka ni lama pada bayi ye..kesian dia. Takut jangkitan lain lak nanti bila dah merebak. Mungkin ibu juga boleh gunakan petua ni..untuk petua ni, saya dapat dari pembacaan sahaja. Tak pasti sejauh mana keberkesanannya..Nasihat saya, asalkan tidak memudaratkan bayi kita..boleh lah kita cuba ye. 🙂 

  • Masak nasi sampai jadi bubur then ambil sikit je letak dalam kain jarang. Tujuannya untuk kita amik kanji yang keluar dari kain jarang tu. Boleh juga gunakan air kanji tu je untuk sapu ke tempat ruam. (Sumber)
  • Gunakan ragi saiz sederhana. Tumbuk sampai hancur lepas tu ayak. Then, campurkan dengan sedikit bedak. Boleh sapu pada tempat ruam. (Sumber)

Kalau dulu, sebelum saya berkenalan dengan Shaklee, saya sendiri cuba petua macam yang letak bedak semua tu. Alhamdulillah..anak-anak saya tak pernah kena ruam yang terlalu teruk. Hanyalah ruam susu biasa je. Cara yang saya guna just lap dengan kain or tisu lembap setiap kali selepas menyusu. Selepas beberapa hari..hilang lah ruam tu. Tapi sekang..once saya kenal dan cuba sendiri krim pelbagai guna dari Shaklee ni, memang jatuh cinta habis! Ruam ke, kena gigit nyamuk ke, bintat-bintat merah ke, kudis ke, kulit kering menggelupas..semuanya saya guna krim shaklee ni je.

Herbal Blend Cream untuk hilangkan ruam di muka bayi

Krim Herbal Blend atau nama jolokannya krim ajaib shaklee ni memanglah sangat-sangat disukai ramai lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada anak kecil. Skang ni dah ramai yang sedar tentang bahaya krim steroid yang digunakan. Berkesan tapi ada yang sampai menipiskan kulit bayi. Oh..kalau ada pilihan yang lebih bagus, why not kita cuba kan? So, after guna herbal blend ni, memang saya stick to this cream je.

Nak tau apa yang bestnya krim herbal blend ni?

  1. Bau dia best..tak bau macam ubat hospital. Fresh and bau menthol gitu..ala..macam minyak angin tu tapi takdelah sebijik macam minyak angin..berangin gitu rasa..hehe.
  2. Bila sapu kat kulit, cepat meresap dalam kulit. Memang rasa kulit lembut dan lembap je..tak berminyak dan paling penting tak melekit!
  3. So far, cepat sangat berkesan! Sepanjang saya guna lah..buktinya sebab pengasuh anak-anak saya suka guna krim ni berbanding ubat krim yang hospital bagi. katanya memang beza! siap dah jadi promoter free pada anak-anak pengasuh lain. (good product tell itself!)
  4. Krim ni ada clinical test..maksudnya memang dah diuji keberkesanannya oleh ujian klinikal…bukan just testimoni semata-mata.
  5. Satu tube tu tahan agak lama jugalah..sebab 4oz (113g). Berapa lama boleh tahan? Until expired date 🙂 dan sampai dah habis guna. Stakat guna sapu2 sikit je secoet..macam tak luak pun. Penggunaannya macam ubat gigi lah. kalau guna hari2 dengan amount yang banyak cepat lah habis. tapi if just untuk sapu2 kat ruam biasa je…lama berbulan gak tu tahan.
  6. FREE from paraben dan juga bahan-bahan kimia yang berbahaya. Jadi selamatlah untuk bayi..lagi2 kalau nak sapu kat tangan/muka kan. Sebab ramuannya daripada bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. 

krim ruam muka yang selamat

Krim ni memang jadi kesukaan ramai..dan cepat sangat-sangat habis stok!  Cuba lihat testimoni ni. 

ruam di kepala hilang selepas guna herbal blend

sis, ruam di kepala dan biji2 di muka anak sy da hilang. 2 hari je sapu da ok. Tenkiu sbb ia sgt berguna.

Testimoni di bawah pula dari Pn. Nurhafizah Sharif mengenai anaknya yang mengalami eczema..dan alhamdulillah beransur pulih selepas guna herbal blend. Sebelum tu guna krim steroid tapi hasilnya kulit bayi jadi sensitif dan mudah luka.

 

hilangkan ruam muka

Banyak lagi sebenarnya testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati dengan Shaklee Herbal Blend. So, waktu ada stok ni..cepat-cepatlah grab yer sementara masih ada 🙂 Rata-rata customer saya yang dah pernah guna herbal blend ni masing-masing dah beli 2 tube. Sebab penat menunggu bila dah habis stok. Saya sendiri pun sampai pernah bercatu dengan customer sebab kesiankan anak2 kecil ni. hehe..Jadi once dah ada stok, saya terus beli 15..ingatkan cukuplah untuk simpan stok. Skali belum sampai kat tangan saya pun dah separuh orang menanti..hehe.. So, siapa yang nak cuba, cepat-cepat hubungi saya di 0139395771 yer sementara stok masih ada. Harga pun RM27.50 je satu tube. Ramai yang cakap, murah dan berkesan!