Category Archives: Lecithin

Petua Merawat Bengkak Susu

Pernah tak antara ibu semua yang mengalami bengkak susu? Biasanya kalau ibu masih dalam tempoh berpantang..memang mudah terkena bengkak susu kerana badan masih dalam proses penyesuaian dengan kehendak bayi. Bila anda dah mula bekerja..anda perlu pastikan jadual mengepam dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu.

Dan hari tu..waktu saya ada aktiviti kokurikulum..disebabkan masa yang padat dan masa yang agak lama berada dalam gua..balik ke hostel terus pam..Lepas pam..marmet..lepas marmet..pam plak..tapi susu tidak keluar pun..huhu..sakit dan sensitif yang amat..nak marmet dah tak tertahan sakit..badan dan belakang pun sakit..badan dah mula seram sejuk macam nak demam. Malamnya ada aktiviti barbeque tapi saya join sekejap jelah sebab tak tahan..demam sampai menggigil. Bila saluran susu dah tersumbat…sakit wooo..nak buat ape pun tak boleh. Meleleh air mata sebab sakit sangat. Nak bersalin pun tak nangis tau. huhu..Nak tuam tapi takde air panas. 🙁 Jadi entri kali ni saya nak share serba sedikit apa yang saya buat untuk atasi masalah bengkak susu tu.

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu di sekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

  • Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien. 
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Sumber bagi petua merawat bengkak susu di atas.

Tips dan petua di atas kebanyakannya boleh dilakukan ketika anda bersama bayi. Waktu saya terkena bengkak susu. Aktiviti yang memakan 3 hari 2 malam..of course lah berjauhan dengan si comel Arissa. Time tu gak rasa terus nak balik. 🙁

Jadi kat bawah ni yang saya buat untuk meredakan kesakitan dan merawat bengkak susu yang dialami. Terus terang saya cakap mmg tak berani buat sampai sekarang utk letak kubis tu risau ada org ckp boleh keringkan susu..hehe..Lagi pun mana nak cekau kubis waktu tu..hahahha.

  • Gunakan teknik marmet (perah ngan tangan) sambil buat sedikit urutan untuk pastikan saluran susu lancar dan tidak tersumbat. Tapi sebab sakit sangat..marmet pun tak jalan gak sebab sakit nak tekan tekan.
  • Telan 3 biji lecithin
  • Minta tolong kawan urutkan di bahagian belakang badan untuk legakan urat dan saluran susu.
  • Sambil pam, tengok gambar Arissa dan cuba relaks dan tenangkan minda. Buat sedikit urutan. Alhamdulillah..it works!! Walaupun masih ada lagi sisa yang dah keras.
Teruskan pam macam biasa dan lebihkan urutan di bahagian yang dah keras. Alhamdulillah semuanya back to normal.

Oh ya….apa kaitannya lecithin dengan masalah bengkak susu yang saya hadapi?

Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant) ;

“Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin  per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.”

Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin. Sebab tulah saya makan 3 biji lecithin malam tu. Dan lepas ni..of course lecithin adalah first aid kit saya 😉
Tak rugi tau makan lecithin ni.. Klik sini untuk tau khasiatnya. Bagaimana untuk mendapatkannya? Hubungi saya di 013 939 5771 (SMS | WhatsApp) atau email tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut. Klik ‘LIKE’ pada fanpage http://www.facebook.com/Mama2R untuk sebarang info dan promosi.

Lecithin bukan sekadar kuruskan badan

LECITHIN  >> Lets it Thin! 😉 No wonder lah lecithin memang terkenal di kalangan golongan yang ingin menguruskan badan..nak body shaping..Ramai yang suka dengan lecithin ni sebab harganya yang agak murah compared ngan produk lain tapi hasilnya…tak mengecewakan.

Fungsi utama lecithin adalah sebagai fat emulsifier (pengemulsi semulajadi) kerana ianya mempunyai kesan melekat pada lemak…atau secara ringkasnya, lecithin menyebabkan lemak-lemak degil tu terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. 

Kalau nak tau badan kita ni tak boleh hasilkan lecithin tapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybean dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu lagi yang sememangnya Shaklee sentiasa menyediakan yang terbaik untuk anda iaitu Lecithin yang berasaskan soybean. Apa yang menariknya mengenai lecithin ni, meh saya kongsikan. Credit Lyna Noh 

  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecithin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Harga pasaran bagi sebotol(180 caps) Lecithin RM 52.50(WM) | RM55 (EM). Nak tau harga special?? Hubungi saya di tgmuzlina@gmail.com atau PM Mama2R di facebook atau SMS|WhatsApp je ke 013 939 5771