Category Archives: Mealshakes

Mealshake ~ Multivitamin Lengkap buat Si Manja Anda

Salam semua pembaca mama2r.com ^__^

Maaf agak bz sebelum ni..tak berkesempatan nak update blog..hehe..Memandangkan bulan JUNE ni PROMOSI MEALSHAKES >> BELI 6 PERCUMA 1

Pakat2 lah share dengan kawan-kawan yer! 🙂

Mealshakes naikkan selera makan anak

Memang promo yang dinanti-nanti tau..sebab mealshake ni sentiasa menjadi kegemaran ibu bapa yang utamakan kesihatan anaknya. Baru 1st day announce..berduyun-duyun order sampai kitorang nak beli siang tadi pun dah habis. Takper..habis dekat HQ jer..esok dia restock balik sebab masih banyak lagi ada dekat warehouse. Tapi…waktu promo dulu..memang OUT OF STOCK terus haaaa..so kali ni memang segalanya mungkin. 😉

Ok.. Apa tu Mealshakes? Best sangat ker sampai macam jadi benda wajib pula bila ada anak kecil. Pastinya anda ibu bapa yang BIJAK MEMILIH! Anda baca fakta di bawah ni dan nilaikan sendiri. Saya kongsikan serba sedikit mengenai manfaat yang akan diperolehi daripada mealshakes.

  1. Nutrisi Lengkap ~ Mealshakes mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting untuk sistem tubuh badan. Tahukah anda jika badan kita mengalami kekurangan zat makanan, ia akan mengganggu vitamin dan mineral yang diambil untuk diserap ke dalam tubuh badan. 
  2. Membekalkan nutrisi terbaik kepada sel badan ~ Mealshakes kaya dengan kandungan protein dalam bentuk paling ringkas iaitu asid amino supaya dapat diserap dengan pantas (tidak mengandungi laktosa). Protein sangat membantu dalam pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, sistem imuniti dan lain-lain. 
  3. Membantu tumbesaran ~ Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan sumber kalsium dan magnesium. Mealshakes dapat membantu membina dan mengukuhkan tulang anak-anak yang dalam proses membesar.
  4. Anti-oksidan ~ Badan kita sering terdedah dengan pencemaran udara, air, dan sebagainya. Vitamin A, C, E, zink dan selenium yang bertindak sebagai agen anti oksida berfungsi untuk melawan jangkitan serta melambatkan proses penuaan sel.
  5. Mengembalikan seri wajah ~ Vitamin B lengkap, zat besi dan copper yang mencukupi membantu badan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang berseri.
  6. Detoksifikasi ~ Kandungan mealshakes yang kaya dengan serat larut membantu membuang lemak berlebihan serta sisa buangan dari perut dan usus. Jika usus dah bersih, barulah kadar penyerapan vitamin dan zat mineral yang diperolehi dari makanan atau suplemen dapat diserap dengan optimum.
  7. Rasanya yang lazat ~ Aroma vanilla yang wangi serta rasanya yang lazat pasti memikat hati sesiapa sahaja yang meminumnya. Ia boleh diambil bersama fruktosa semulajadi seperti jus buah-buahan. Mealshakes akan menggantikan tahap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga dalam kadar segera. Pastinya tiada pewarna dan gula tiruan.

Apa yang bestnya Mealshakes ni..ia dapat dikongsi seisi keluarga. Mealshakes sesuai diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun, remaja dan dewasa terutamanya yang tidak suka multivitamin dalam bentuk tablet. Dengan mealshakes, hanya perlu goncang sahaja dan ready untuk dinikmati 😉

Ramai ibu yang hubungi saya untuk beli mealshakes bagi anak mereka yang usia di bawah satu tahun. Perlu diingat yer..ianya TIDAK SESUAI BAGI ANAK 1 TAHUN KE BAWAH. Jika ibu masih menyusukan anak, ibu yang perlu mengambilnya dan segala zat pastinya akan dapat dinikmati oleh anak. Jika tidak, ibu perlu kreatif dan cuba pelbagaikan menu makanan anak. Alhamdulillah ada yang dah berjaya menaikkan selera makan anak dengan mengikuti tips & nasihat yang diberi. Anda juga boleh mengikuti Tips Naikkan selera makan anak

OrderNow

Anak kurang selera makan atau cerewet makan? Jom cuba tips ni!

Ibu bapa mana yang tidak risau kalau anak kurang selera makan? Kalau disebabkan demam atau tidak sihat mungkin tak mengapa..sebab lepas dah sihat ok lah kan..tapi yang merisaukan kalau sepanjang masa jer kurang selera makan. Nak bagi makan nasi pun siap kena kejar..jenuh gak kan? Kalau nak buka mulut bagus juga..tapi kalau langsung taknak buka mulut. Itu yang susah. Selera makan anak sekarang mungkin bila tengok jajan..hehe..yang tu tak payah kejar pun takpe..pandai lak dia mintak sendiri..tapi kita sebagai ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sudah tentu kita taknak anak kurus kering sebab tak makan..lambat laun boleh jatuh sakit. Silap hari bulan..anak yang kurang selera makan..tapi kita juga yang kena tempiasnya.

Memang mencabar bagi kita jika berhadapan dengan anak yang cerewet makan atau ‘fussy eater‘ ni. Apa nak buat kalau kita terpaksa juga berdepan dengan anak yang kurang selera makan? Takkan nak biarkan jer anak kelaparan?

Kenapa anak cerewet makan?

Saya pernah terbaca artikel mengenai anak yang cerewet makan ni dari babycenter.com. Salah satu cara untuk mengatasi masalah anak kurang selera makan atau cerewet ialah dengan mengenali sifat makan anak kita. Cuba perhatikan adakah anak kita tergolong dalam salah satu atau mana-mana dari kategori di bawah ni?

  1. Tak suka makan sayur
  2. Suka makan fast food. Contohnya nugget, kentang goreng, burger dan sebagainya.
  3. Tak suka makan buah-buahan
  4. Sukakan makanan berkarbohidrat. Contohnya nasi, mee, pasta, kentang dan sebagainya.
  5. Sensitif dengan warna makanan. Contohnya tak suka yang ada warna hijau…atau hanya sukakan warna oren sahaja.
  6. Tak suka campur makanan. Contohnya, ikan, daging, nasi tak boleh duk dalam satu pinggan ..hehehe..
  7. Suka makan makanan yang sama je pagi petang siang malam
  8. Sangat sensitif dengan rupa makanan ataupun tekstur makanan. Contohnya pisang goreng berminyak! Cheese meleleh2..dia geli nak makan ;p

Bila dah kenal pasti anak kita berada dalam kategori mana, jadi lebih mudahlah kita nak cari penyelesaian. Bila nak bagi anak-anak naik selera makan ni, memang kena guna kaedah cuba jaya!Heheheh.. Anak saya, Arfan memang jenis yang sangat cerewet makan.  Kalau nak makan goreng pisang atau cekodok pisang, punya lah dia taknak makan..rupanya bila kita selidik..dia suka sangat makan tapi taknak pegang..hahah..sabor jelah..berminyak katanya. Macam-macamlah anakku ni. Kalau datang mood dia nak lauk duk asing-asing..memang takleh campur langsung..nak letak kuah pun tak boleh..nanti merajuk taknak makan. Sayur, ikan, nasi..semua takleh campur..jadi dia akan makan ikut mood dia dulu..nasi dulu ke..ikan dulu ke..hehe..nanti sampai masa dia taknak makan..memang tak habis pun. Itu nasib baik kalau mood dia nak makan ada…tapi kalau waktu taknak makan tu..rela dia minum susu je sepanjang hari. Siap pujuklah..buat bunyi kapal terbang suh buka mulut luas2 lah..macam2..dan saya lak ibu yang xde masa nak hias2 bagai makanan macam dalam majalah tu nak tarik minat anak untuk makan..hahhaha..

Jadi, sebab risaukan perkembangan dia..lagipun tengok anak kurus kering je kan..mana tak risau..jadi saya berikannya Mealshakes. Mudah je nak bagi minum sebab saya just bancuh 1 sudu kecil dalam susu dia. Dan..Alhamdulillah sekarang ni selera makan dia makin naik. Kalau dulu tak suka makan nasi..tapi skang memang dia cakap lapar dan nak makan nasi. Kadang pening gak..tengah2 malam mintak nasi..hehe..tapi saya suka sebab at least takyah risau dah dia taknak makan. Kalau dulu merajuk taknak makan kalau tak kena gaya..tapi sekarang nak merajuk..terus saya ugut..kalau taknak makan..nanti makanan dah habis..mama taknak masak dah..dalam merajuk tu jugak datang kat kita untuk disuap..sebab dia tau kalau tak makan nanti dia yang lapar..hehe..yang ni korang jangan tiru yer ;p Suka sangat bila tengok dia berselera je makan. Dan dia pun jarang sangat kena selsema, kalau kena pun cepat baik. Hari tu kulit kena kudis tapi lepas dah baik, parut tu cepat je hilang. Sangat berbezalah banding biasa. Memang skang ni stok mealshakes tak pernah putus sebab bukan Arfan je yang minum tapi mama dia gak..hehe..sedap wooo..perasa vanilla.

Untuk mengatasi masalah kurang selera makan anak saya, MEALSHAKES adalah pilihan terbaik!

Meal Shakes adalah hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Memang best bau dia semerbak! Wangi..bau Vanilla..Boleh minum macam gitu je atau pun campur dalam minuman yang kita suka..nak campur susu ker, campur oreo..haa…shake2..dah jadi Oreo milkshake 😉 

Apa yang bagusnya Meal Shakes ni adalah sumber protein yang lengkap dengan vitamin mineral tambahan yang penting untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Bagi yang tak boleh telan tablet seperti vitalea, anda boleh minum Meal Shakes sebagai alternatif. Lysine, zat besi, vitamin B sangat berkait rapat dengan selera makan seseorang…dan kesemuanya ada dalam mealshakes! 

Tabiat pemakanan anak-anak yang kurang baik akan merendahkan IQ mereka dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Pastinya kita taknak benda ini berlaku pada anak kita. Mealshakes adalah pilihan vitamin untuk anak saya yang susah nak makan. Anda pula bagaimana? 

Jom kita lihat apa kata ibu-ibu yang dah cuba mealshakes untuk anak masing2.

Sebagai ibu, anda tahu apa yang terbaik untuk anak anda. Harga runcit RM123.75 termasuk postage ke Semenanjung dan RM133.75 untuk postage ke Sabah/Sarawak. Kalau anak saya je makan memang berbulan-bulan tahan sebabnya 1 sudu kecil je skali bancuh. 1 canister ni dalam 544gm. Jadi, hubungi saya untuk harga yang lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee di 013 939 5771(SMS|WhatsApp) atau email sahaja ke tgmuzlina@gmail.com

Jangan lupa ‘LIKE’ facebook Mama2R untuk mengetahui info kesihatan serta kecantikan dan sebarang promosi terkini.

OrderNow

Persediaan Menyusu Ketika Berpuasa

Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur kita semua untuk menyambut Ramadhan pada kali ini. Mudah-mudahan terus dikurniakan nikmat kesihatan agar kita semua dapat melipatgandakan usaha untuk mengumpul pahala di bulan yang penuh keberkatan 🙂

Macam mana persediaan korang semua? Especially persediaan ibu-ibu yang menyusukan anak? Mesti risau..takut susu drop? Stok EBM tak cukup? Risau ada ke susu waktu puasa nanti? Risau anak tak puas menyusu? Ibu kan berpuasa..jadi mana ada susu? Ibu-ibu jangan terlalu berfikiran negatif ya..Insya Allah..yakinlah susu anda semua memang cukup untuk anak..Dengan syarat ibu perlu lebih titikberatkan pemakanan sewaktu berpuasa lah..jangan skip sahur…berbuka pun minum air banyak-banyak..

Untuk semua customer saya yang masih belum mendapat Panduan Berpuasa Ketika Menyusu..dan juga jadual makan vitamin ketika puasa..anda semua boleh email ke tgmuzlina@gmail.com 😉

Di samping persediaan amalan-amalan kerohanian, saya juga persiapkan diri saya dengan suplemen yang membantu saya untuk kekal cergas dan sihat sepanjang berpuasa. Apa lagi skang ni saya pun masih dalam fasa menyusukan anak secara ekslusif. Insya Allah..saya yakin susu untuk si comel memang cukup..tapi yang saya risaukan adalah tubuh badan saya sendiri. Kenapa?? Ibu-ibu  menyusu semestinya memang tau yang bila kita breastfeed our baby..kita jadi cepat lapar..cepat haus…dan kalau tak seimbang pemakanan kita..especially water intake yang kurang..memang ibu-ibu akan cepat pening atau pitam..kan?? Betul tak? Bibir pun kering je sebab badan dah mengalami dehydration. Bila badan dah kekurangan air..itulah yang akan effect pengeluaran susu saya. Itu yang saya alami.

Apa yang saya buat untuk persediaan puasa ni?? Actually memang skang pun saya dah amalkan..tapi tak sepenuhnya sebab hanya ikut keperluan je. Kalau dah puasa nanti kena konsisten je lah. Jadi..inilah set breastfeeding yang akan membantu badan saya sewaktu berpuasa nanti..Set Mighty 3 Gem..atau pun ramai yang sebut.. TRIPLE GEM..apa-apa je lah labu.. 😉 Apa ada dalam set ni? Ada ESP, ada Performance Drink dan juga Mealshakes.

set breastfeeding tambah susu ketika puasa

Performance Drink

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.

Apa itu MealShakes?

  1. Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak.
  2. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
  3. Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.
  4. Tiada perasa tiruan atau warna tambahan.
 

Siapa yang perlukan MealShake

  1. Basically, ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese.
  2. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung, menyusu, pesakit2 dlm proses pemulihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat)

Apa itu ESP?

Jadi, apa tunggu lagi…grab set yang BEST ni..Saya suka amik performance drink waktu tak sihat..macam demam ke..badan jadi ringan dan kurang pening kepala…ye lah kan..bila badan tak sihat..nak minum air pun tak lalu..then badan cepat dehydrate..jadi untuk elakkan dehydrate saya minum performance drink. Anda juga boleh baca pengalaman saya menyusukan anak pertama dengan set breastfeeding sewaktu berpuasa. Waktu ni Arfan da setahun setengah dan memang zaman susu saya tengah drop gila2..huhu..

 OrderNow

[Testimonial Ibu Menyusu] Shaklee memang best!!

Alhamdulillah..selepas consume Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP (Family Wellness Set) Alfalfa, Ostematrix dan juga Mealshakes… Alhamdulillah melimpah ruah rezeki susu buat anak saya. Biasanya rutin saya ketika bangun malam untuk menyusukan Arissa, saya akan pam sambil direct feeding her dan selalunya dapat average 4-5 oz or penuh satu botol. Itu pun saya dah rasa cukup banyak. Dan..saya selalu kaco hubby saya tido..saya gerak minta tolong dia simpankan dalam peti.. 😉 Saya ni malas sikit nak bangun ke dapur malam2..kadang2 takut pun ada..hahha..

My hubby cakap..

Masa Arfan dulu sikit je dapat 2-3 oz skali simpan..skang ni haa..penuh satu botol!

Err..dia belum tengok lagi yang penuh 2 botol..sebab waktu tu saya taknak kejutkan dia..kesian sbb penat.. ;p Saya minum ESP + sunkist sebelum tido dan sebelum menyusukan Arissa..saya pam dulu sikit sebab risau takut Arissa tercekik susu sebab laju sangat. Lepas da penuh satu botol..baru saya bagi Arissa minum. Memang habis basah baju saya sebab tak sedar sambil menyusu Arissa..sambil pam sampai overflow!! then..takde botol da..kekekeke..lagi satu da ngantuk sangat.. 😉 Bangun pagi saya terus teruja pergi tengok dalam peti..Sukeerrr sangat tengok tekstur susu tu..sangat pekat dan creamy.. 🙂

Susu banyak dan meriah

Alhamdulillah

Di samping konsep supply vs demand dan tips ekslusif yang saya apply, saya mengambil vitamin daripada Shaklee. Hasilnya tersangatlah puas hati 😉