Category Archives: Ostematrix

Sakit Kepala Sampai Rasa Nak Hantuk Dinding

Ya! Itulah feedback yang saya dapat daripada kawan-kawan yang selalu diserang migrain. Kata mereka bila migrain menyerang, sakit kepala yang amat sangat sampai rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Rasa sakit macam nak pecah kepala. Memang tak boleh nak buat apalah.. terbaring je dekat katil. Kata mereka, selalunya asal kena je migrain mesti dapat MC jelah.

sakit kepala yang amat

Cara paling mudah nak hilangkan sakit kepala tu dengan telan painkiller lepas tu tidur. Itu je katanya yang boleh melegakan sakit kepala yang teramat sangat ni. Tapi, masalah ni berulang-ulang, tak pernah hilang malah makin teruk lebih lebih lagi bila kesibukan melanda, stress dengan aktiviti harian di pejabat yang tak berkesudahan. Ada juga antara mereka yang masih bergelar pelajar dan biasanya sakit kepala menyerang bila tengah busy nak exam atau pun siapkan assignment yang terlalu banyak. Bila nak makin cepat siap, makin lambat pula siap kerjanya disebabkan kena migrain ni.

Bila sakit je telan painkiller. Bayangkan dah berapa banyak telan painkiller dalam badan. Tapi, painkiller hanyalah melegakan sakit kepala pada waktu itu sahaja…bukannya mengelakkan daripada diserang migrain lagi. Tambah buruk lagi ianya kekal dalam badan untuk satu jangka waktu yang agak lama. Lebih elok jika ada alternatif yang tidak merosakkan tubuh badan kita. Pernah satu ketika, sahabat kepada kakak saya diserang migrain. Kakak saya bagi dia telan B Complex je lepas tu dia tidur. Alhamdulillah..katanya rasa beza sangat kalau banding dengan makan ubat. Lena dia tidur. Kalau makan ubat sekalipun, belum tentu lagi bleh tidur lena.

Kadangkala, stress yang melampau pun boleh mengakibatkan sakit kepala atau migrain. Bila saya cadangkan kawan-kawan saya yang ada masalah sakit kepala/migrain ni, saya hanya nasihatkan mereka untuk konsisten dengan B Complex je. Paling bagus kalau combine dengan Ostematrix. Rata-rata beritahu selepas konsisten amalkan B Complex..mereka kata dah jarang sangat kena migrain. Sebenarnya vitamin B2 yang ada dalam vitamin B Complex tulah yang membantu dalam mengatasi migrain ni. Sesiapa yang kurang vitamin B2 ni atau pun nama saintifiknya Riboflavin, mereka akan mudah kena sakit kepala.

Cuba lihat je mereka yang amalkan B Complex dan Ostematrix dengan konsisten.

atasi sakit kepala

sakit kepala berkuranghilangkan migrain

Jadi, jika anda juga selalu sakit kepala/migrain dan sedang mencari alternatif bagi mengurangkan masalah tersebut, anda boleh hubungi saya untuk konsultasi dan pertanyaan lanjut.

Muzlina
WhatsApp 013 939 5771
Mama2R’s Vitamin Shoppe

 

Sembelit ketika hamil

Salam buat semua pembaca budiman! 🙂

Maaf lama tak update entry baru..sebab lately saya alergi plak dengan blog! hahaha..macam-macam lah pembawakan budak ni. Kali ni saya nak share cerita tentang sembelit ketika hamil ni. Pernah tak korang waktu pregnant sembelit? Oh..setakat ni Alhamdulillah saya belum pernah kena sembelit masa preggy ni…tapi saya pernah kena waktu dalam pantang anak pertama. Hohoho..cukuplah rasanya sekali seumur hidup. Ngeri!!! ;p

Tapi saya biasa sangat dengar cerita dari kawan-kawan waktu preggy kena sembelit especially bila dah di hujung kehamilan. Seksa kot nak menahan. Bayangkanlah benda kotor dalam badan yang sepatutnya dikeluarkan tapi tak dapat nak buang. Lama-lama memang boleh jadi toksik! Beracun lak pada tubuh badan kita. Sembelit ni bahaya kalau dibiarkan sebabnya boleh mendatangkan penyakit lain lak macam buasir atau pendarahan.

sembelit ketika hamil

Apa punca sembelit ketika hamil?

Agak-agak korang kenapa ye sembelit ni terjadi waktu hamil? Tabiat seseorang membuang ni memang berbeza. Ada yang tiap-tiap hari..ada yang setiap dua hari dan ada yang mungkin beberapa hari..tapi kalau dah beberapa hari tu kategori kurang lawas dah tu.heheh.. 

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan ibu mengalami sembelit ketika hamil. Biasanya bergantung pada keadaan ibu tu contohnya faktor emosi macam selalu rasa risau or gelisah je manjang, kurang bergerak atau pun sebab kurang makan makanan yang berserat (fiber). Selain tu, banyak hormon progesterone dalam badan ibu hamil dan hormon ni menyebabkan usus lambat proses makanan. Paling obvious bila rahim makin besar sebab pergerakan najis ke usus besar akan terhalang dan inilah yang menyebabkan ibu sembelit ketika hamil. Kadang-kadang, pil zat besi yang doktor bagi tu pun boleh menyebabkan sembelit. Kalau selalu sangat sembelit walau dah minum air secukupnya, mungkin ubat tu tak serasi dan seeloknya discuss lah dengan doktor. Banyak pilihan pil zat besi yang doktor boleh bagi ikut keperluan dan kesesuaian ibu.

Macam mana nak kurangkan sembelit ketika hamil?

Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan. Hasil dari pembacaan saya dan juga pengalaman saya sendiri.

  1. Makanlah makanan yang banyak serat contohnya cereals, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau buah, saya paling suka pisang. Hehe..memang best!
  2. Pastikan minum air secukupnya dalam 8 gelas sehari ke..Campur-campurlah dengan orange juice ke..yogurt bliss ke..hehe..Saya memang pengamal suplemen, jadi saya memang make sure minum lebih dari 3 liter sehari. Mula-mula memang susah, tapi bila dah biasa, haus je manjang. Saya cadangkan air yang kita minum tu biarlah bersukat..senang ada indicator. Alah..tak perlu beli tupperware khas pun. Guna botol mineral pun boleh. Kalau yang botol 1 liter tu, means minumlah sampai 3 kali refill. 🙂
  3. Buat aktiviti senaman ringan..contohnya berjalan ke.. Paling mudah buat kerja-kerja rumah jelah 🙂
  4. Kalau sembelit sebab pil yang doktor bagi, macam yang saya bagi tau tadi, discuss dengan doktor yang merawat kita tu. 

Cara saya, selain daripada amalan kat atas ni, saya dapat kesan yang best daripada pengambilan kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Waktu anak 1st, memang tak kenal lagi pun suplemen ni…dan alhamdulillah takde masalah sembelit. Dan bila dah makan Ostematrix ni, bukan je lawas..tapi waktu tidur lena dan badan pun rasa segar je bila bangun pagi. Bangun pagi mesti lancar je proses membuang. Memang rasa ringan badan dan hilang lenguh-lenguh or bisa-bisa badan. Sebab tulah saya prefer makan ostematrix kalau compare dengan pil kalsium yang lain.

Harga pun takdelah mahal sangat. RM61 je sebotol dan ada 120 biji. Of course lah saya dapat lebih murah sebab dapat harga ahli 😉 Oh ya! tadi saya cakap pil zat besi boleh buat ibu hamil sembelit kan? macam saya..lain plak jadinya. Nanti saya share di lain entry ya! 🙂

kalsium

Ni lah dia rupa ostematrix tu.

OrderNow

Kepentingan kalsium & kesan kekurangan kalsium kepada ibu hamil

Umumnya kita memang dah tau kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Tu jer?? Sebenarnya banyak lagi kepentingan kalsium yang mungkin kita tak tau atau tak pernah ambil tahu..hehe.. ;p

Apabila seseorang wanita itu hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Kalsium ni bukan jer penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung, saraf, dan otot yang sihat. Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna. Jadi, takdelah masalah darah tak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera. Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

‘Simpul biawak’ atau orang pantai timur panggil ‘nyetok karung’ heheh..atau bahasa bukunya ‘cramp’…biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya bila kandungan telah memasuki trimester ke 2. Kalsium sangat penting dalam pembentukan dan kontraksi otot. Kalau anda seringkali mengalami kekejangan otot atau cramp, itu tandanya badan anda kekurangan kalsium. Kebiasaannya wanita hamil lebih terdedah kepada masalah kejang otot ni sebab bayi di dalam kandungan telah mengambil kalsium dari badan ibu yang kekurangan kalsium. Masalah ini akan berlanjutan lebih-lebih lagi jika ibu menyusukan anak dan tidak makan makanan yang mempunyai sumber kalsium secukupnya. Kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada anak.

Macam mana nak tau badan ibu kekurangan kalsium? Cuba cek diri anda ada tak mengalami salah satu dari kesan kekurangan kalsium seperti di bawah:

– Sakit sendi
– Kuku senang patah
– Ekzema
– Kenaikan paras kolesterol dalam darah
– Tekanan darah tinggi
– Insomnia
– Kekejangan otot
– Kebas tangan dan kaki
– Gemuruh
– Rheumatoid arthritis
– Gigi mudah patah atau mereput
– Depresi
– Hyperaktif

Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan. Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.

Info Tambahan:

Tahukah anda kalsium juga penting untuk mengawal berat badan? Menurut “The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism”,May 2000 ; amalan pemakanan yang sihat dan pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian dapat mengelakkan masalah obesiti. Kajian mendapati bahaya obesiti ni adalah kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat Diabetes Type 2, kanser dan juga sakit jantung.

Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium, ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan. Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Mineral seperti mangan, kuprum dan zink mengukuhkan lagi matriks tulang anda dan memastikan kesihatan tulang berada di tahap yang optimum.
OrderNow

Vitamin untuk Warga Emas

Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah??

  • berat badan meningkat
  • kulit kering
  • muka sembap
  • rambut rapuh dan gugur
  • kerap letih
  • mengantuk
  • pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan

Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Ya..waktu saya ditugaskan ke Jepun dulu, majoriti penduduknya hanya berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Walaupun jauh..tapi mereka suka jalan kaki. Even bertanding ngan bos saya yang usianya 50-an gitu..Memang semput saya nak kejar!!! Hahahha.. 🙂

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.

Berat badan bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara kesihatan supaya berada di tahap optimum.

Kenapa Osteomatrix?

kalsium

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kenapa Omega Guard?

omega guard

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Pengambilan Omega Guard yang konsisten dapat :

  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Kenapa GLA Complex?

 GLA complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Kenapa Advanced Joint Health Tablets?

advanced joint health

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.

Kadang-kadang, kalau menghadap komputer lama-lama, sakit belakang, leher, lutut..kadang2 tangan pun sakit kan sebab angkat benda berat or buat sesuatu dalam tempoh yang lama. Jadi, Joint Health Tables ni melegakan dan boleh membantu. Mengikut clinical test yang dibuat, kesannya boleh dilihat/dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan!!

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

  1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  2. Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

credit 

SOALAN: Bagaimana jika ambil salah satu je?
JAWAPAN: Boleh..tiada paksaan. Bezanya hanya akan dapat effect yang minimum je lah.

Tak semestinya anda beli kesemua vitamin di atas, boleh ikut keperluan dan kesesuaian budget anda. Sila hubungi saya untuk konsultasi yer.

________________________________________________________________________

Pertanyaan dan order:

PM ke Facebook Tg Muzlina | Mama2R atau SMS 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.

 

 

Mencari Hadiah untuk Suami??

Assalamualaikum dan salam ceria!! 😉

Tercari-cari apa yang sesuai untuk dihadiahkan kepada suami? Apa kata kali ini anda buat kelainan sedikit..Jika kebiasaanya anda menghadiahkan barang-barang untuk koleksi peribadi, kali ni anda hadiahkan suami tercinta anda dengan set kesihatan pula. Sudah tentunya suami anda bakal mendapat manfaat kesihatan, secara tak langsung anda juga akan dapat manfaatnye kan? Bila suami anda sihat, cergas sepanjang masa…tentulah anda orang yang paling gembira kan?!! 

Penat
Lenguh-lenguh
Sakit lutut
Sakit leher
Sengal tulang
Kebas 

Jika anda sering mendengar suami anda mengeluh perkara-perkara berikut…lagi-lagi para suami yang terpaksa memandu jauh berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Hadiahkan si dia dengan Ostematrix!!! 

Kenapa Ostematrix?

Sebab Ostematrix mengandungi Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan banyak lagi. Badan anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. 

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Dengan Ostematrix, si dia akan mendapat khasiat seperti berikut :

  • Membina matrix tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf. 
  • Memberi kesihatan otot dan saraf yang lebih baik
  • Membantu mengurangkan masalah lenguh2, kebas, sakit tumit
  • Memberikan tidur yang lebih lena
  • Memberikan semangat bangun tidur yang lebih baik!

Si isteri pun boleh makan juga Ostematrix ni kerana ia dapat membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Sesuai juga untuk ibu yang dalam tempoh berpantang sebab ia boleh melawaskan dan mengelakkan masalah sembelit. 😉

Jadi..suami isteri akan dapat faedah yang sama..Best kan??!!

Kami ada suplemen yang boleh dihadiahkan buat cinta hati anda 😉 KHAS UNTUK SUAMI yang mengandungi Vitamin E dan Ostematrix.

i love u

Apa pula kepentingan Vitamin E?

Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah Vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama.

Pengambilan vitamin E dikatakan dapat :

  • Membantu kesihatan prostat*
  • membantu mengekalkan tekanan darah*
  • membantu menurunkan trigliceride
  • membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*

Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Sebab itulah ada yang menggelarkan vitamin E sebagai sex vitamin! Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini. Berbeza mengikut tubuh badan masing-masing. Dah cuba baru tau!

Untuk isteri pula, apa kata dapatkan vitamin khas untuk wanita yang mengandungi Alfalfa & Vitamin E.

Alfalfa bukan sahaja bertindak sebagai milk booster, malah banyak khasiatnya buat kaum hawa terutamanya.

  • Milk booster*
  • Mengatasi masalah keputihan*
  • Mengetatkan vagina*
  • Mengurangkan masalah sembelit*
  • Mengurangkan masalah alergi*
  • dan banyak lagi….
Jadi, dapatkannya sekarang !! Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.
FB : Mama2R
SMS|WhatsApp : 013-9395771 (Muz)
Email : tgmuzlina@gmail.com

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cara Hilangkan Senggugut Dengan Cepat

Pernah kena senggugut teruk sampai guling-guling? Saya pun pernah..tapi dululah. Sakit senggugut ni hilang sendirinya selepas 3 or 4 hari period berlalu. Saya nak kongsikan cara hilangkan senggugut dengan cepat tanpa perlu makan ubat yang mengandungi dadah. Kalau dulu, bila tak tahan sangat baru saya amik Panadol Activfast 1 biji. Tu je sy bleh telan..hehe Orang lain makan Panadol Menstrual kan?…tapi bagi saya..saya tak suka ajar badan saya kacau hormon..nanti jadi terlalu bergantung pula pada drug tu. So..untuk tahan sakit Activfast pilihan saya (hehe..macam iklan tv lak!!)..Ini cerita suatu ketika dulu..

hilangkan sakit senggugut

Boleh dikatakan every month wanita yang datang bulan akan mengalami period pain atau pun senggugut..atau pun selalunya nama glamor dia sesungut!! 😉 Kalau yang jenis terlalu kuat tu..serious sakit kan? Bila dah sakit..memang tak boleh nak buat kerja..Kena rest je manjang..nak kata rest tu tak jugak sbb asyik bercinta ngan toilet and katil je kot..duk la meringkuk kat situ atau pun duk menonggeng menahan sakit..betul tak?!!

Lelaki mungkin tak faham sangat..kalau ada pun..cuma boleh angguk-angguk dan simpati jek yang memang tak bleh langsung kurangkan sakit. Kadang tu rasa nak lempang-lempang jek orang sekeliling lagi-lagi if ada yang buat hal kan? hahaha..Normal la tu..badan tengah sakit kan. 🙂 Paling sakit hati kalau ada insan-insan yang cakap kita sengaja mencari alasan untuk tak buat kerja..or dpt MC..or ponteng kerja..what ever lah yang oi!! Yang tak rasa..dok diam2 hokey!! 😉 Dan kesan-kesan period pain pula berbeza di antara individu..ada yang lenguh-lenguh kaki..sakit sendi..sengal tulang..Kalau saya dulu..selalu lenguh tulang betis..

Tau tak senggugut ni ada banyak sebab? Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil “dysmenorrhoea”. Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut1. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Tanda-tanda

  • Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin. 
  2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder. 
    • Haid yang tidak tetap
    • Kesakitan antara haid
    • Pendarahan yang bertambah banyak
    • Lelihan dari faraj
    • Kesakitan ketika melakukan seks
    • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
    • Loya dan muntah, cirit-birit.
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
 
 

Komplikasi

Physical – Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental – stress, tidur terganggu

*credit http://azurarahman.blogspot.com

Kebiasaannya..doktor akan suggest amik painkiller PONSTAN..kan??Tahukah anda terdapat banyak kesan sampingan yang boleh anda dapat? Ikuti penerangan lanjut mengenai KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN PONSTAN (klik) oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Banyak kaedah dan rawatan yang boleh kurangkan sakit..tapi saranan saya..elakkan dari badan anda terdedah kepada pain killer yang mengandungi dadah/bahan kimia. Tanya petua orang-orang lama pun boleh..asalkan..semulajadi!!

Jadi saya nk kongsikan beberapa tips mengurangkan gejala ‘period pain’ ini. Beberapa hari sebelum anda didatangi menstrual, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Minum banyak air suam – membantu untuk mengelakkan kekembungan.
  • Elakkan makanan masin dan beralkohol – ia boleh menyebabkan anda kembung, dan membuatkan ‘period pain’ anda bertambah buruk.
  • Amalkan pemakanan seimbang – banyakkan sayur-sayuran.
  • Elakkan minuman berkafein dan produk tenusu (susu) kerana ia didapati boleh meningkatkan kesakitan ‘period pain’.
  • Elakkan tekanan dari orang sekeliling. Ambil lebih banyak masa untuk berehat.
  • Ambil suplemen termasuk seperti kalsium, magnesium, zink dan kalium. Vitamin B Complex juga membantu untuk mengurangkan kekejangan otot.

Apabila period sudah bermula, dan anda masih terasa sakit walaupun telah membuat persediaan seperti  di atas, diharap idea seperti di bawah dapat membantu.

  • Gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender, untuk mengurut secara lembut bahagian abdomen anda yang sakit. Ini akan membantu anda untuk berehat dan seterusnya membantu meringankan kekejangan.
  • Masukkan air panas ke dalam botol, balut dan jadikan ia seperti tungku. Ini akan  memberikan keselesaan pada perut. Berendam  dalam mandian panas juga boleh membantu.
  • Makan pisang dengan yogurt setiap hari. Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glukosa darah, dan akan mempengaruhi moos anda supaya menjadi lebih baik.
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau latihan yoga juga boleh membantu.

*Tips tambahan – letak minyak angin/minyak panas pada betis anda..Insya Allah..akan membantu untuk melegakan kesakitan 😉

Pn. Maria ni kongsikan cara beliau hilangkan sakit senggugut dengan mudah dan cepat.

Tau tak macam mana Ostematrix dan juga B Complex boleh membantu anda yang sedang sedang menderita senggugut pulih secepat mungkin.

Salah satu kelebihan OsteMatrix ialah membantu dalam pengecutan otot dengan sempurna. Waktu senggugut, rahim mengalami pengecutan yang agak kuat dari biasa untuk mengeluarkan darah kotor. Sebab tulah kita rasa sakit setiap kali datang period terutamanya pada hari-hari awal darah haid keluar.

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

 

 
Salah satu fungsi B Complex dalam mengurangkan kesakitan ketika senggugut ialah dengan membantu menenangkan urat saraf. B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
 
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Dan bagi yang telah terlalu lama menderita akibat period pain, suka saya nk suggest pengambilan GLA Complex. Dah ramai yang amalkan GLA memberikan reaksi positif, period pain tidak lagi mengganggu mereka ketika didatangi haid.

 

Kelebihan GLA Complex

 
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel
Mari kita lihat apa kata pelanggan kami yang dah merasainya 😉

 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Alhamdulillah! dgn izin Allah, ostematrix penyelamat hari saya hari ni! saya takkan jadikan hari ni macam Monday blues spt mggu2 sebelumnya sbb hari ni byk sgt keje perlu dihabiskan. pg2 lagi saya dah rasa mcm nak sakit period pain. masuk ofis, makin sakit, saya telan 2bijik ostematrix. dalam 10min sakit terus berkurangan dan saya harap dapat buat kerja dengan tekun harini. senyum lebarrrr sebab saya dah takjadi pengguna panadol menstrual lagi 😀
*credit yoursupermom
Lagi testimonial pengguna GLA..walaubagaimanapun..anak itu rezeki dari Allah s.w.t yer..Kita hanya mampu berusaha dan merancang..Selebihnya..doa dan tawakkal kepada Allah.
kesuburan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

So..untuk encik2 boyfriend..encik tunang…encik suami dan encik ayah yang hensem..apa kata anda hadiahkan kepada orang kesayangan anda dengan Ostematrix, B complex dan GLA daripada Shaklee ni. Hopefully dapat membantu meringanka kesakitan yang dialami. Insya Allah.. 🙂

Jika berminat, sila hubungi saya di 013-9395771(Muz) atau email ke tgmuzlina@gmail.com. Jangan lupa klik ‘LIKE’ di fanpage saya Mama2R untuk mengetahui promosi, tips dan sebarang update yer! 😉

[Testimonial Ibu Menyusu] Shaklee memang best!!

Alhamdulillah..selepas consume Vitalea, Vitamin C, B Complex, ESP (Family Wellness Set) Alfalfa, Ostematrix dan juga Mealshakes… Alhamdulillah melimpah ruah rezeki susu buat anak saya. Biasanya rutin saya ketika bangun malam untuk menyusukan Arissa, saya akan pam sambil direct feeding her dan selalunya dapat average 4-5 oz or penuh satu botol. Itu pun saya dah rasa cukup banyak. Dan..saya selalu kaco hubby saya tido..saya gerak minta tolong dia simpankan dalam peti.. 😉 Saya ni malas sikit nak bangun ke dapur malam2..kadang2 takut pun ada..hahha..

My hubby cakap..

Masa Arfan dulu sikit je dapat 2-3 oz skali simpan..skang ni haa..penuh satu botol!

Err..dia belum tengok lagi yang penuh 2 botol..sebab waktu tu saya taknak kejutkan dia..kesian sbb penat.. ;p Saya minum ESP + sunkist sebelum tido dan sebelum menyusukan Arissa..saya pam dulu sikit sebab risau takut Arissa tercekik susu sebab laju sangat. Lepas da penuh satu botol..baru saya bagi Arissa minum. Memang habis basah baju saya sebab tak sedar sambil menyusu Arissa..sambil pam sampai overflow!! then..takde botol da..kekekeke..lagi satu da ngantuk sangat.. 😉 Bangun pagi saya terus teruja pergi tengok dalam peti..Sukeerrr sangat tengok tekstur susu tu..sangat pekat dan creamy.. 🙂

Susu banyak dan meriah

Alhamdulillah

Di samping konsep supply vs demand dan tips ekslusif yang saya apply, saya mengambil vitamin daripada Shaklee. Hasilnya tersangatlah puas hati 😉