Category Archives: Vitalea

Makan pil zat besi untuk ibu hamil..tiada kesan?

Hemoglobin rendah kebiasaannya berlaku pada ibu hamil. Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan zat besi untuk ibu hamil lebih tinggi dari biasa lebih-lebih lagi sewaktu kandungan dah memasuki trimester ke 2 dan 3 kerana pembesaran bayi sangat pesat. Doktor akan mencadangkan pengambilan pil zat besi untuk memastikan tahap hemoglobin (Hb) ibu berada pada tahap yang selamat. Hemoglobin yang rendah ketika hamil akan membahayakan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Paras normal Hb bagi ibu hamil ialah 11g/dL ke atas.

Namu demikian, ada juga ibu hamil yang dah pun makan pil zat besi yang doktor bagi tapi Hb tak naik-naik. Cuba anda perhatikan pengambilan makanan/minuman yang diambil bersama dengan pil zat besi tersebut.

Pengambilan makanan berikut bersama pil zat besi atau suplemen yang mengandungi zat besi akan mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam badan ibu. Jadi, elakkan makanan berikut :

  • beans, peas, bijirin
  • kopi, teh, makanan berasaskan soya seperti tempe, tofu
  • bayam, strawberi, chocolate, kekacang
  • makanan yang banyak kalsium seperti susu dan produk tenusu
  • fosforus dan zink

Penyerapan zat besi yang tidak efektif akan menyebabkan Hb ibu hamil tidak meningkat. Terbaik anda makan vitamin yang mengandungi zat besi dengan 8 oz air putih atau jus buah 1-2 jam selepas makan.

Sumber

Untuk meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan, amatlah disarankan untuk mengambil bersama Vitamin C. Pengambilan vitamin C bersama zat besi dapat meningkatkan lagi penyerapan zat besi tersebut. Pengambilan 2 biji VITALEA sangatlah digalakkan terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami masalah HB yang rendah. Setiap tablet Vitalea juga telah pun dilengkapi dengan 60 mg vitamin C(ascorbic acid) untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil set lengkap bagi ibu mengandung untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi berada di tahap optimum.

Zat besi sangat penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan anemia dan juga komplikasi lain yang mungkin berlaku semasa kelahiran dan juga selepas kelahiran. Pastinya kita tidak mahu anak kita terdedah kepada bahaya anemia yang mendatangkan risiko tersebut :

  • keguguran
  • kelahiran bayi pra matang (premature)
  • saiz bayi yang kecil
  • koma
  • boleh menyebabkan kematian

Antara simptom ibu hamil kekurangan zat besi ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Baca lebih lanjut mengenai BAHAYA ANEMIA kepada ibu hamil.

Jom tengok apa kata ibu yang mengambil Vitalea untuk naikkan Hb.

Testimoni Pn. Hasimah Mamat

Setelah umur Husna 1 tahun 10 bulan, BF dihentikan sbb husna akan mendapat ‘adik’…Alhamdulillah ..Awal kehamilan, alahan teruk menyebabkan Hb terus drop 10.5…masa buka buku merah terus dapat sticker …Dengan x semena2, terus call Pn Neslo Beng Wardah…huhuuuuu..Mcm mana deyyy, Hb aku dh drop, padahal sblm pregnant, HB sangat normal …..Apa yang dicadangkan adalah Set J1 (utk trimester 1) dan Set J2 untuk trimester 2&3…Tanpa buang masa, terus jer oder…dan Alhamdulillah…Hb dah naik 11.0 walaupun alahan masih lagi teruk….Bila masuk Trimester 2, mula tambahkan Omega dan ESP….Alhamdulillah, latest Hb adalah 11.8 iaitu pada kandungan berumur 20/52…ngam2 masuk 5 bulan, dan Alhamdulillah, alahan pun berlalu pergi:-)

 

Testimoni Pn. Nini

alhamdulillah, hr ni check up hb : hb dah naik ke 11.0. sbgaia carrier thalasemia, agak susah nk capai hb ni. tp alhamdulillah berjaya. masa ikhwan dulu, xpernah capai.kuang3.
saya makan supliment vitalea+_vit c yang dipatahkan

Testimoni Pn. She-Qin

Salam semua..
Sy just nak share.. sy tgh pregnant (36 week) anak ke 3 n due on 11/11.. Masa sy check-up 20/9, HB sy low..10 je.. then, sy start ambik Vitalea pd 22/9 till today.. so, arini ada check-up & dktr ckp HB dah naik 12 =) Alhamdulillah…hepi sgt!!

*Ni adalah produk Shaklee pertama yg sy cuba..n akan ada next produk Shaklee yg akan sy ambil plak pas nie.. Thanks to Shazwani Aika for the guidances and advices =)

Alhamdulillah..moga semua ibu mendapat manfaat dari kebaikan vitamin yang diambil. Untuk mendapatkan Vitalea atau set ibu mengandung, hubungi facebook Mama2R atau 013 939 5771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com

OrderNow

Kenali Psoriasis

Apakah Psoriasis?

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik yang bertompok merah, tebal dan bersisik. Psoriasis melibatkan antara 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur samada kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan yang berumur antara 20 hingga 30 tahun atau 60 tahun ke atas.

 

Tanda-tanda Penyakit Psoriasis

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis Psoriasis

Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok. Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.

  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
  • Guttate psoriasis
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
    plaque psoriasis

    plaque psoriasis

    Guttate psoriasis

    Guttate psoriasis

    Pustular Psoriasis

    Pustular Psoriasis

Apakah faktor yang menyebabkan Psoriasis?

Antara faktor yang merangsang penyakit kronik ini ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti ‘beta blockers’ untuk rawatan penyakit darah tinggi dan sakit jantung, ’lithium’ untuk penyakit psikiatri serta ubat untuk perawatan malaria boleh merangsang kepada penyakit psoriasis.

Fenomena ‘koebner’ merupakan salah satu perangsang kepada penyakit kronik ini. Ianya merupakan suatu keadaan trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan Psoriasis tumbuh di tempat berkenaan.

Selain itu.jangkitan kuman seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria ‘Streptococcus’ juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’. 

Psoriasis terbentuk di mana-mana bahagian kulit samada dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan ‘abnormality’ pada system imuniti atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.

Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan akan menjadi sel-sel mati berwarna perak.

Komplikasi yang dihadapi oleh pesakit Psoriasis

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.

Anda seharusnya :

  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
  • Menggunakan sarung tangan
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :

  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

Sumber : myhealth.gov.my 

Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya.

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk. Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

 

Antaranya pendekatan lain yang Pn.Yusrinata buat ialah :

  1. Cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan dirinya. 
  2. Memastikan dirinya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
  3. Minum air secukupnya.

Selain Nutriferon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan B complex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vitamin C – mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.

B complex – membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.

Performance Drink – untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Sejak mengambil GLA Complex, ada bahagian yang selalu kemerahan pada badan kini mula kembali ke warna asalnya. Bila ia kembali ke warna asal, ini bermaksud, saya akan rasa kurang gatal! Yippie.. I mmg loike this produk! Bila badan merah-merah, maksudnya saya akan rasa gatal dan mula la tergaru sana, tergaru sini… Alhamdulillah, sejak consum GLA, kegatalan itu sudah berkurangan. Tidak le asik tergaru aje depan pesakit (malu oooo)

Namun perlu diingatkan, GLA Complex tidak digalakkan untuk ibu hamil yer. Anda boleh baca cerita lanjut di blog beliau. 

Berminat untuk menggunakan produk ini? Email saya di tgmuzlina@gmail.com atau SMS 013 939 5771.. Untuk pengguna facebook, bleh je PM saya di Mama2R untuk respon yang lebih pantas! Anda layak mendapat konsultasi yang berterusan jika menjadi pelanggan saya 😉

 

 

Diabetes ~ Kawal paras glukosa dalam darah anda

*Sumber Utusan Online

Diabetes

Anda perlu kerap menjalankan pemeriksaan glukosa. – Gambar hiasan

SAYA menghidap diabetes sejak lima tahun lalu. Walaupun mengambil ubat daripada doktor, namun adakalanya bacaan paras gula saya agak tinggi. Bolehkah suplemen diambil agar keadaan menjadi lebih terkawal?

Jawapan: Paras glukosa yang sederhana dalam darah penting untuk mengekalkan paras tenaga dan fungsi-fungsi tubuh lain. Bagaimanapun pengambilan makanan manis berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Perubahan penting yang perlu dilakukan dalam usaha pengawalan diabetes adalah perubahan corak pemakanan dan juga gaya hidup yang lebih aktif. Perubahan ke atas kedua-dua faktor ini sangat berkesan dan terbukti ke arah pengawalan paras gula dalam darah yang lebih efektif. Pengambilan makanan yang sesuai merupakan senjata utama. Pilihlah makanan yang tergolong dalam kumpulan indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Kebanyakan sayur-sayuran termasuk dalam kumpulan makanan berindeks glisemik rendah seperti brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi. Manakala pengawalan pengambilan makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi seharusnya dikawal di kalangan penghidap diabetes. Antara contohnya adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.

Pengambilan suplemen tambahan seharusnya dipilih daripada sumber yang dikaji. Antaranya ialah seperti dari herba purslane. Purslane dari spesies Portulaca Oleracea atau nama tempatannya Gelang pasir dianggap sebagai tumbuhan rumpai di sesetengah kawasan. Tumbuhan ini kerap digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai rawatan luaran untuk gigitan serangga dan juga dijadikan hidangan salad dan juga sup.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, tumbuhan ini didapati memberi kesan positif dalam pengawalan glukosa darah. Hasilnya menunjukkan pengambilan ekstraknya mampu mengurangkan glycosylated haemoglobin (HbA1C) secara signifikan di kalangan subjek yang juga sedang mengambil ubat diabetes tetapi masih lemah dalam pengawalan gula darah. Ujian HbA1C ini penting untuk memberi petunjuk terhadap kawalan gula darah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan ianya dikaitkan dengan petunjuk risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian menunjukkan ekstrak herba Purslane membantu dalam metabolisme gula darah melalui beberapa cara:

  • Pengambilan ekstrak herba ini didapati boleh meningkatkan pengambilan glukosa daripada aliran darah ke sel-sel.
  • Modulat kepekaan sel – sel terhadap insulin
  • Mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus ke dalam aliran darah.

Mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat memberi impak yang besar ke atas kesihatan seseorang. Kepada penghidap diabetes kawalan gula darah ini akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan juga jangka hayat. Paras glukosa yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, kerosakan buah pinggang dan juga kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan.

Penyakit kencing manis atau pun diabetes ini dihidapi oleh ramai orang, tetapi masih ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko untuk menghadapinya. Diabetes tidak mengenal usia, tidak kira anda tua atau pun muda. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis.

Diebetes boleh mengakibatkan :

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Ketidakupayaan fungsi saraf

Shaklee Diabetes Care Programme

Shaklee Diabetes Care Programme membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penyakit kencing manis. Antara kebaikannya ialah :

  • Mengekalkan paras normal gula dalm darah*
  • Menggalakkan kesihatan jantung*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan*
  • Membantu dalam penyembuhan luka*
Shaklee Diabetes Care Programme meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis dan toleransi gula. Ia terdiri daripada :
Sebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya di 013-9395771 atau tgmuzlina@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Obimin dan Vitalea ~ Ketahui Perbezaannya

Kebiasaannya..untuk ibu mengandung, kalau kat hospital kerajaan..ibu-ibu hamil akan dibekalkan dengan Obimin atau pun vitamin kecik-kecik yang da 4 jenis tu kan? Either one lah kan 🙂 Ada antara pengamal suplemen Shaklee yang bertanyakan saya mengenai perbezaan di antara Obimin dan Vitalea..Perlu ke amik Obimin lagi bila dah amik Vitalea? Ya..saya juga sebagai pengguna tak terkecuali…Jom kita tengok apa beza antara kedua dua vitamin ni yer.. 🙂

Perbezaan yang paling ketara ialah semestinya kebanyakan Obimin untuk ibu hamil yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik!

Dari jauh dah boleh nampak silica gel nya.

Manakala Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin dan MultiMineral) ialah vitamin semulajadi, yang lebih baik dan berkualiti untuk badan, dan pastinya tidak perlukan silica gel untuk memelihara keasliannya!

vitalea*Vitamin Shaklee pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee*

Ada beza ker vitamin sintetik dan semulajadi?

Pastilah ada. Seperti susu ibu dan susu formula, walau apa jua teknologi terkini yang cuba diaplikasikan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu susu formula tersebut, pastinya tidak sesekali akan dapat melawan kualiti ulung susu ibu!

Jadi, apakah bezanya vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ini?

Beza Vitamin Sintetik & Vitamin Semulajadi (klik sini).

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu hamil,

“Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang…”

Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.

Dikhuatiri overdose pula!

Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.

Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini.

Panduan Membaca Label Botol Vitamin (klik sini).

Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!

Saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae. Beliau menghormati keputusan saya, dan telah mark “Supplement: Own-Shaklee” di dalam rekod pregnancy saya. Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin, mahupun Neurogain) dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.

Samoga ianya keputusan yang terbaik, Insya Allah.

Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya daripada gynae anda, ya.

* credit

Jadi..pilihan terletak di tangan anda..semestinya kita mahukan yang terbaik untuk diri dan anak-anak kan.. 🙂

OrderNow

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, anda boleh hubungi saya.

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

Ibu Hamil, Ibu Menyusu & Berpantang ~ Ketahui Kepentingan Vitalea

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

~Sekilas fakta mengenai killer product yang diminati ramai ~
vitalea untuk naikkan hb darah

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

PERBEZAAN VITALEA SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN

Kemajuan Saintifik

  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
_________________________________________________________________________
 
Dan ini pula cerita Pn Norita di blognya, yang sudah hampir 11thn mengamalkan Shaklee dan dia sendiri akui Vitalea mmg layak menjadi killer product… Ini cerita bagaimana dia sangat sukakan Vitalea ini.. kepentingan kepada ibu hamil, berpantang.. menyusu.. Jom baca…
 
“…………Masih teringat 4 tahun dulu….masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada…dan lupa yang diri tu menyusukan anak….yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam….bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam…anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya….kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai.
Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja…pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah…mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi…” Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?” Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah….beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah.
Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas. Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke….alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah…selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik. Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!
 

 

 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Ingin mencuba vitalea di atas? 

OrderNow

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

Bahaya Kekurangan Zat Besi

pening_kurang zat besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 

lesu_kurang zat besi

LESU…kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.

 

anemia_kurang darah

PUCAT…ibu mengandung perlu zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

 

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. 

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?

Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup lajuKatanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia. 

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk. Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan

Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

*sumber

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.

vitalea_multivitamin

Vita-lea adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

* sumber

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Nak tahu apa kata Pn Aya Chalo yang dah cuba vitamin Shaklee ni. Dalam masa 2 minggu je, HB dah jadi normal!

Berminat untuk mencuba produk ini? Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.

OrderNow

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R