Category Archives: Vitamin C

Vitamin C Organik Sama Ke Dengan Vitamin C Shaklee?

Ramai yang tertanya-tanya, Sustained Release Vita-C ni vitamin C organik ke? Haa..untuk pengetahuan semua, Sustained Release Vita-C ni lebih daripada organik. Anda boleh tahu kenapa saya cakap vitamin C shaklee ni lebih daripada organik di SINI.

vitamin c organik dan semulajadiSustained Release Vita-C Plus adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian. Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa Bezanya Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?

1 biji Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 525.35mg yang menyamai 7.5 biji buah oren.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Badan kita hanya boleh serap lebih kurang 100mg sahaja dalam masa 1 jam, selebihnya akan dikeluarkan melalui urin. Jadi, kita tak membazirlah vitamin C yang kita makan tu.
  • Dilengkapi Citrus Bioflavonoids Complex yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, melindungi fungsi otak dengan melindungi kerosakan sel yang boleh membawa kepada simptom nyanyuk (Alzheimer) dan melancarkan peredaran darah. Terdapat kajian yang mendapati ia mampu bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan anti-kanser.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Berapa Harga Sebotol Sustained Release Vita-C Plus ni?

Jika dibandingkan dengan vitamin C organik lain di pasaran, Sustained Release Vita-C Plus ni takdelah mahal sangat. Harga sebotol ialah RM92.50 untuk 180 biji (kegunaan sehingga 6 bulan). Hanya 51 sen je sebiji..dan anda boleh jimat lagi kalau jadi ahli. Oh ya! Bulan ni(NOV 2014) ada promosi beli 6 PERCUMA 1 dan juga beli 2, anda boleh dapat diskaun 5%.

Macam Mana Nak Dapat?

Hubungi kami melalui whatsapp/telegram/sms di 013 9395771. Kami menerima bayaran tunai dan juga kad debit/kredit. Jika melalui kad debit/kredit, anda boleh membuat pembelian sendiri dengan klik di link di bawah.

OrderNow

 

Cara Menghilangkan Jerawat Supaya Tampil Lebih Yakin di Khalayak Ramai

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak, kulit berkedut selalu buat kita sebagai wanita jadi emo, moody kan?! Puas cuba macam-macam produk tapi hasilnya bukan makin elok, makin teruk adalah! Di sini, saya kongsikan cara menghilangkan jerawat dan bekas jerawat dengan berkesan supaya tidak akan merosakkan kulit muka tapi akan buat kulit muka lebih sihat, cantik berseri-seri. 

Produk kosmetik sekarang ni banyak yang gunakan bahan kimia berbahaya. Dekat label tak tulis tapi bila sekali kantoi..terbongkarlah semuanya! Yang tanggung akibatnya, kitalah sebagai pengguna. Ada juga yang kononnya dapat putihkan kulit tapi bila dilihat kesannya, kulit putih pucat macam orang sakit! Yang kita nak biar cerah semulajadi, pipi nampak merah natural gitu 🙂 Parut jerawat memang susah nak hilang kalau kita tak jaga makan, obviously nampak tak cantiklah kalau bekas jerawat banyak sangat, makin lama kulit muka nampak kusam dan tak berseri.

Apa yang kita boleh buat ialah rawat kulit dari dalam supaya kulit rosak dapat diganti dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Ada sorang pelanggan saya yang dah cuba Set Kecantikan Shaklee ni. Dia cuma ambil yang basic je iaitu ESP dan Vitamin C dan konsisten makan setiap hari. Hasilnya jerawat yang dulunya meriah kat muka dah tak ada dan kulit dia lebih licin dan lebih cantik dari dulu. Lepas tu dia upgrade Set Premium Kecantikan yang kat bawah ni sebab puas hati sangat dengan kesannya.

Set Kecantikan Shaklee yang pastinya akan buat anda dan orang kesayangan anda terpikat 😉

Haaa..set kat atas ni nak cuba satu per satu pun boleh tau. Yang pasti, mesti anda teruja bila kulit cantik tanpa make up dengan Set Kecantikan Shaklee :
♥ Tak perlu susah nk cuci make up bila nak solat
♥ Tak perlu tepek make up utk tutup jerawat,parut dan pori besar kat muka
♥ Tak perlu cucuk sana sini nak bagi kulit tegang dan anjal
♥ Tak perlu touch up2 muka sebab muka berminyak
♥ Tak perlu habis ribu riban gi buat facial treatment
♥ Tak perlu tanggung risiko kesan bahan kimia berbahaya yg
♥ Tak perlu susah2 cari kat kedai yg harganya jauh lebih mahal sbb saya jual jauh lagi murah 😉

Dahtu..Apa yang anda perlu?

  • Kita perlu cantik untuk suami
  • Kita perlu sihat untuk diri sendiri,suami,anak2,keluarga dan orang sekeliling
  • Kita wajib jaga anugerah Allah s.w.t yg tak ternilai ni..waktu kita baby..kulit kita perfect! Takkan nak sia-siakannya????

Apa yg anda akan dapat?

  • Kulit muka yang CANTIK, GEBU, ANJAL, LICIN BERSERI2!!!
  • Badan yg SIHAT, CERGAS & BERTENAGA
  • Pasti tersenyum sepanjang hari kalau suami yg puji wink wink 😉

NATURAL BEAUTY…idaman setiap wanita cantik dan bijak. Meh tengok apa fungsi setiap vitamin untuk kecantikan.

Vitamin E : Terkenal sebagai vitamin awet muda. Antioksidan yang ada akan lindungi sel badan kita dari rosak lebih-lebih lagi sekarang ni udara pun dah tak bersih…dah tercemar dengan asap rokok, asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Vitamin C : Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan juga parut. Ia juga sangat penting dalam pembentukan kolagen dan membantu menganjalkan kulit. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr.Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C!. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 B-complex : 1 tablet B Complex lengkap dengan 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantotenik dan asid folik. Badan kita sentiasa perlukan tenaga lagi2 kalau kita aktif. Jadi, B Complex akan tukarkan semua yang ada (stored energy) kepada tenaga sepanjang kita aktif. Bagi wanita yang kerja, dahlah penat kat office..menempuh traffic jammed lagi..balik rumah kena buat kerja rumah. Fuh!..memang penat dan stress tak boleh lari. B Complex ni adalah anti stress semulajadi. Tahukah anda yang stress juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat dan membuatkan muka kita nampak lebih cepat tua. Jadi, B complex membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan. Barulah wajah kita nampak fresh, tak kusam dan berseri2.

Protein Isolate Powder (ESP) : Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut seperti jerawat, stretch mark dan sebagainya. Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk ‘elastic fiber’ untuk penegangan kulit. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Parut jerawat yang hitam adalah disebabkan protein yg tidak cukup dalam badan.

Collagen Powder : Mengecilkan liang pori-pori yg kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut, menyokong kesihatan sendi dan tulang, menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, dan bercabang serta bersinar, membantu dan menegangkan payudara, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit yang tidak sekata serta melembapkan kulit. Jom tengok TESTIMONIAL COLLAGEN POWDER

Kecantikan dan kesihatan sangat berkait rapat sebab kecantikan akan secara automatik terserlah jika sel dalaman dan luaran badan kita sihat. Jadi, kenapa kita nak melabur dalam produk kecantikan semata-mata kalau kita boleh dapat produk berkualiti yang memberikan kedua-duanya sekali? Jadilah pengguna bijak! Harga pasaran bagi complete set (sustained release vitamin C) ialah RM743.25. Semua vitamin ni bukan habis serentak dalam masa sebulan je tau..Macam b complex dengan vitamin e tu untuk 4 bulan. Sustained release vitamin C plak untuk 6 bulan. Ok..yang dalam gambar ni saya letak vitamin C chewable..sebab waktu saya amik gambar ni stok vitamin C adult takde hehe..Lebih murah dan jimat sebenarnya amik yang adult. Kalau memang anda bercadang nak ambil complete set, saya cadangkan terus register jadi ahli je RM65 lepas tu terus bleh dapat harga ahli..banyak sangat bleh jimat tu! Bleh dapat cash bonus lak lepas tu 🙂 

Banyaknya kena makan! Pasti anda semua terdetik macam tu kan? Jangan risau ada jadualnya 🙂

Sebenarnya banyak lagi vitamin untuk dapatkan kulit yang cantik. Anda boleh lihat video menarik ni sampai habis kalau nak tahu macam mana Cik Farizan Mazlan ni yang dulunya kulit muka berjerawat teruk akibat salah guna produk. Lepas 7 tahun, beliau transform jadi wanita berkulit cantik, licin, gebu dan berseri-seri!

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan produk, sila hubungi saya di 013 939 5771 atau tgmuzlina@gmail.com. Saya sedia mendengar masalah kulit anda dan membantu anda menyelesaikannya. 🙂

Kulit Anda Kusam? Jom Cari Puncanya!

“Eh..kenapa kulit awak nampak kusam je?”

Pernah tak anda ditegur oleh rakan-rakan anda, keluarga terdekat..atau pun sesiapa je lah? Pernah tak anda terfikir..da guna macam2 produk skin care..tepek situ sini..tapi masalah kulit tak pernah selesai. Stress kan..lagi2 kalau kulit berjerawat atau pun parut jerawat yang tak hilang2. Jangan stress ye..nanti makin banyak jerawat yang keluar 🙂

First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri? Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar di samping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protein. Mana datangnya sumber protein? Dari ikan, ayam, telur, kekacang?

Namun tahukah anda protein tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protein akan mati!!.. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37 darjah celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri. 

Energizing SOy Protein

Klik untuk mengetahui info lanjut mengenai khasiat ESP

Untuk menambahkan kekenyalan kulit, sel tadi memerlukan vitamin C untuk membentuk kolagen. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit. Kawan  saya sendiri yang baru mencuba Shaklee sendiri mengakui perbezaan yang ketara terhadap kulitnya apabila beliau mencuba ketiga-tiga supplement ini. Teman sepejabat beliau sendiri mengakui wajahnya nampak lebih berseri.

Jika anda membeli vitamin di farmasi, pastikan vitamin C yang diambil sehari adalah dalam kadaran 500-1000 mg manakala vitamin E beserta Selenium dengan kadaran 400i.u demi memastikan kesan yang baik. Protein pula, cubalah protein yang asli dan bukan dibuat menggunakan melalui teknologi batu arang. Protein ini selalunya kurang berkualiti dan tidak memberi impak maksima.

Walaubagaimana pun, terpulang kepada anda… apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan pada esok lusa namun pada masa akan datang. Maka marilah kita muhasabah diri dan cuba jadikan makanan yang kita ambil hari ini sebagai penawar dan jangan jadikan ubat (drugs) sebagai makanan kita. Sesungguhnya apabila kita sakit, waktu itu ubat(drugs) menjadi makanan utama , semoga Allah jauhkan ianya berlaku ke atas kita dan keluarga.

Credit YourSuperMom

Bulan Oktober 2012..anda boleh dapatkan ESP dengan Lebih MURAH dari harga biasa!!!

PM saya di http://www.facebook.com/Mama2R atau email saya di tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Kenali Psoriasis

Apakah Psoriasis?

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik yang bertompok merah, tebal dan bersisik. Psoriasis melibatkan antara 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur samada kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan yang berumur antara 20 hingga 30 tahun atau 60 tahun ke atas.

 

Tanda-tanda Penyakit Psoriasis

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis Psoriasis

Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok. Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.

  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
  • Guttate psoriasis
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
    plaque psoriasis

    plaque psoriasis

    Guttate psoriasis

    Guttate psoriasis

    Pustular Psoriasis

    Pustular Psoriasis

Apakah faktor yang menyebabkan Psoriasis?

Antara faktor yang merangsang penyakit kronik ini ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti ‘beta blockers’ untuk rawatan penyakit darah tinggi dan sakit jantung, ’lithium’ untuk penyakit psikiatri serta ubat untuk perawatan malaria boleh merangsang kepada penyakit psoriasis.

Fenomena ‘koebner’ merupakan salah satu perangsang kepada penyakit kronik ini. Ianya merupakan suatu keadaan trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan Psoriasis tumbuh di tempat berkenaan.

Selain itu.jangkitan kuman seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria ‘Streptococcus’ juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’. 

Psoriasis terbentuk di mana-mana bahagian kulit samada dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan ‘abnormality’ pada system imuniti atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.

Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan akan menjadi sel-sel mati berwarna perak.

Komplikasi yang dihadapi oleh pesakit Psoriasis

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.

Anda seharusnya :

  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
  • Menggunakan sarung tangan
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :

  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

Sumber : myhealth.gov.my 

Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya.

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk. Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

 

Antaranya pendekatan lain yang Pn.Yusrinata buat ialah :

  1. Cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan dirinya. 
  2. Memastikan dirinya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
  3. Minum air secukupnya.

Selain Nutriferon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan B complex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vitamin C – mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.

B complex – membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.

Performance Drink – untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Sejak mengambil GLA Complex, ada bahagian yang selalu kemerahan pada badan kini mula kembali ke warna asalnya. Bila ia kembali ke warna asal, ini bermaksud, saya akan rasa kurang gatal! Yippie.. I mmg loike this produk! Bila badan merah-merah, maksudnya saya akan rasa gatal dan mula la tergaru sana, tergaru sini… Alhamdulillah, sejak consum GLA, kegatalan itu sudah berkurangan. Tidak le asik tergaru aje depan pesakit (malu oooo)

Namun perlu diingatkan, GLA Complex tidak digalakkan untuk ibu hamil yer. Anda boleh baca cerita lanjut di blog beliau. 

Berminat untuk menggunakan produk ini? Email saya di tgmuzlina@gmail.com atau SMS 013 939 5771.. Untuk pengguna facebook, bleh je PM saya di Mama2R untuk respon yang lebih pantas! Anda layak mendapat konsultasi yang berterusan jika menjadi pelanggan saya 😉

 

 

Diabetes ~ Kawal paras glukosa dalam darah anda

*Sumber Utusan Online

Diabetes

Anda perlu kerap menjalankan pemeriksaan glukosa. – Gambar hiasan

SAYA menghidap diabetes sejak lima tahun lalu. Walaupun mengambil ubat daripada doktor, namun adakalanya bacaan paras gula saya agak tinggi. Bolehkah suplemen diambil agar keadaan menjadi lebih terkawal?

Jawapan: Paras glukosa yang sederhana dalam darah penting untuk mengekalkan paras tenaga dan fungsi-fungsi tubuh lain. Bagaimanapun pengambilan makanan manis berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Perubahan penting yang perlu dilakukan dalam usaha pengawalan diabetes adalah perubahan corak pemakanan dan juga gaya hidup yang lebih aktif. Perubahan ke atas kedua-dua faktor ini sangat berkesan dan terbukti ke arah pengawalan paras gula dalam darah yang lebih efektif. Pengambilan makanan yang sesuai merupakan senjata utama. Pilihlah makanan yang tergolong dalam kumpulan indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Kebanyakan sayur-sayuran termasuk dalam kumpulan makanan berindeks glisemik rendah seperti brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi. Manakala pengawalan pengambilan makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi seharusnya dikawal di kalangan penghidap diabetes. Antara contohnya adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.

Pengambilan suplemen tambahan seharusnya dipilih daripada sumber yang dikaji. Antaranya ialah seperti dari herba purslane. Purslane dari spesies Portulaca Oleracea atau nama tempatannya Gelang pasir dianggap sebagai tumbuhan rumpai di sesetengah kawasan. Tumbuhan ini kerap digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai rawatan luaran untuk gigitan serangga dan juga dijadikan hidangan salad dan juga sup.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, tumbuhan ini didapati memberi kesan positif dalam pengawalan glukosa darah. Hasilnya menunjukkan pengambilan ekstraknya mampu mengurangkan glycosylated haemoglobin (HbA1C) secara signifikan di kalangan subjek yang juga sedang mengambil ubat diabetes tetapi masih lemah dalam pengawalan gula darah. Ujian HbA1C ini penting untuk memberi petunjuk terhadap kawalan gula darah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan ianya dikaitkan dengan petunjuk risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian menunjukkan ekstrak herba Purslane membantu dalam metabolisme gula darah melalui beberapa cara:

  • Pengambilan ekstrak herba ini didapati boleh meningkatkan pengambilan glukosa daripada aliran darah ke sel-sel.
  • Modulat kepekaan sel – sel terhadap insulin
  • Mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus ke dalam aliran darah.

Mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat memberi impak yang besar ke atas kesihatan seseorang. Kepada penghidap diabetes kawalan gula darah ini akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan juga jangka hayat. Paras glukosa yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, kerosakan buah pinggang dan juga kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan.

Penyakit kencing manis atau pun diabetes ini dihidapi oleh ramai orang, tetapi masih ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko untuk menghadapinya. Diabetes tidak mengenal usia, tidak kira anda tua atau pun muda. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis.

Diebetes boleh mengakibatkan :

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Ketidakupayaan fungsi saraf

Shaklee Diabetes Care Programme

Shaklee Diabetes Care Programme membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penyakit kencing manis. Antara kebaikannya ialah :

  • Mengekalkan paras normal gula dalm darah*
  • Menggalakkan kesihatan jantung*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan*
  • Membantu dalam penyembuhan luka*
Shaklee Diabetes Care Programme meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis dan toleransi gula. Ia terdiri daripada :
Sebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya di 013-9395771 atau tgmuzlina@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Fungsi Vitamin C dan Siapa yang Perlukannya??

Orang dewasa..kanak-kanak..warga emas..semuanya perlukan vitamin C. Siapa lagi yang perlukan vitamin C ??

  • Perokok & mereka yg bergaul dengan perokok ( vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok..jadi orang yang duk sekeliling tu yang akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu lepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody

vitamin-c

Kenapa pentingnya vitamin C?

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.

Ia juga diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Vitamin C turut mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 

Di samping itu juga, Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 

Apa lagi khasiat yang boleh kita dapat daripada vitamin C?

  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras “low-density lipoproteins” (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan ” high-density lipoproteins ” (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah ” atherosclerosis” .
  • membina & membaiki- tulang, gigi, gusi & tisu penyambung (connective tissues)
  • membentuk kolagen yg penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang & cartilage (bahan yg menyelaputi sendi dalam tubuh).
  • memelihara saluran darah yg sihat.
  • paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing)
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataract)
  • mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

 Jika kurangnya vitamin C di dalam badan, apa akan jadi?

  • Rasa letih dan lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan.
  • Bengkak gusi.
  • Hidung berdarah.
  • Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah – Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja, gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Dapat diperhatikan melalui tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubuh tau luk memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • saluran darah kecil, senang pecah
  • lukaan lambat pulih
  • penyakit anemia (kurang darah)
Jadi..elakkan diri anda dari mengalami simptom-simptom seperti di atas. Hari pertama saya berpantang, saya da kena selsema dan kita memang tau ibu menyusu memang doktor tak bagi ubat selsema..lagi-lagi lah dalam pantang kan? So..apa yang saya buat..saya makan 2 biji vitamin C dan alhamdulillah..esoknya terus kering 🙂 
Nak cuba Sustained Release Vitamin C 500mg keluaran Shaklee? Dijamin HALAL dan semulajadi. 
Jom rebut Vitamin C semulajadi kegilaan ramai ini segera! Sebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee anda.

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitamin C ~ Kenapa Perlunya ‘Sustained Release’??

Tahukah anda sebiji tablet Vitamin C Shaklee(500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren? Hurmm..best kan dapat makan oren banyak-banyak? Tapi laratkah anda nak makan setiap hari sebanyak 7.5 biji oren? Seminggu dua ok lah kan..tapi kalau setiap hari..jenuh gak kan nak habiskan sebanyak tu.. 🙂

vitamin C

Salah satu vitamin yang wajib saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat “pelepasan masa”. Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini?

Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.

*credit

  1. Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  2. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  3. Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.
  4. Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

*credit

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee anda.

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R