Category Archives: Kesan positif Set Kehamilan

Seawal 10 hari, kepala bayi dah tegak dan mudah dipegang

Alhamdulillah, waktu saya tulis entry ni, anak ketiga saya Nur Areefa Haneefah dah berusia 31 hari. Kejap je rasa masa berlalu..alamak cuti tinggal 2 bulan je lagi! Hehehe..Setiap hari dipenuhi warna warni kehidupan. Adatlah kan, bila berpantang sendiri dengan anak-anak. Sangatlah menguji kesabaran dan emosi..tapi saya enjoy! Sebab feeling WAHM gitu! Bezanya tak boleh la keluar jenjalan ;p

Bila anak dah usia sebulan, maka bermulalah rutin monthly check up. Dekat klinik, nurse tegur..

Eh, tak nampak macam dalam pantang lah. Dah macam budak besar! Kakaknye dulu pun macam ni juga ke?

baby 10 hari

Ni waktu Areefa umur 10 hari

Saya jawab, kakaknya dulu besar sikit..hehe..tapi memang yang ni lagi kuat badannya. Tu yang nampak macam besar kot. Memang saya rasa beza sangat bila jaga Areefa ni. Macam dah 2 bulan je. Umur baru 10 hari tapi kepala dah boleh tegak. Biasa baby ni awal-awal waktu kepala dia lembik tu je nak kena jaga lebih sikit lagi-lagi time nak mandi or burp. Tapi Areefa ni badan dia tegap, mudah sangat nak mandikan sebab kepala dia dah boleh tegak. Mudahlah nak pegang dia.

set bersalin shaklee

Syoknyerr dia tido.. Areefa 31 hari, berat 4.4kg. Berat mama pun cun! 🙂  52kg

Alhamdulillah…memang nampak kesannya bila saya konsisten makan vitamin waktu mengandung haritu. Oh! Rupanya macam ni beza ye bila kita jaga pemakanan waktu mengandung. Sepanjang waktu saya mengandungkan Areefa ni, saya memang tak ambil langsung ubat-ubatan. Ada lah juga kadang-kadang kena selsema dan batuk, tapi saya tak ambil ubat pun. Hanya makan Set Kehamilan Shaklee je. Alhamdulillah masih boleh elakkan ubat…dan waktu berpantang saya teruskan jelah dengan Set Bersalin Shaklee..tapi sebenarnya vitamin yang sama je, bezanya ada tambahan lain untuk cepat pulihkan luka bersalin.

Bila kawan-kawan saya datang melawat, mereka pun cakap benda yang sama. Macam dah besar. Dan kadang-kadang sendiri lupa yang Areefa baru umur sebulan..hehe..Dahlah memang bedung pun ntah ke mana! Maklumlah skang ni cuaca panas. Bila bedung je cepat naik ruam. So, malam je saya pakaikan bedung 🙂 Kalau time hujan tu syoklah dia kena bedung..sejuk dan selesa je.

Dan ini pula pendapat dan pengalaman kawan-kawan saya. Rata-rata memang akui tulang baby memang kuat sebab mak dia yang makan cukup kalsium 🙂

kesan makan vitamin shaklee

Jadi, pengajarannya kalau doktor bagi ubat tu..ibu semua janganlah skip ye..sebab kesannya pada anak dalam kandungan tu. Mungkin kesan dia bukan sekarang tapi akan datang. Makanan harian ni bukan tak bagus..tak makan ubat or suplemen pun tetap kena makan makanan seimbang. Cuma nak harapkan 100% nutrisi dalam pemakanan kita je mungkin tak dapatlah sebab banyak zat yang dah hilang waktu proses tanaman, penyimpanan, pengangkutan dan sebagainya. Contohnya buah-buahan sekarang pun banyak GMO. Biasanya waktu tak masak lagi dah kena petik lepas tu peram sampai masak. Jadi, banyak mana je zat dan nutrisi yang tinggal semasa proses kena peram tu. Sebab tu kita perlukan suplemen ni semua untuk topup mana-mana nutrisi yang tak cukup. Semoga dengan usaha kita semua dalam menjaga pemakanan dan gaya hidup akan dikurniakan nikmat kesihatan yang berpanjangan pada kita. Insya Allah.

cucuk sebulan baby

Cer tengok gelagat Arissa..macam-macam ekspresi muka! 🙂

Arissa sekarang ni masih dalam fasa menyesuaikan diri. Tapi so far Alhamdulillah rajin tolong mama amikkan barang-barang adik dia. Adalah juga peneman mama hehe. Tapi get ready jelah bila abang dia balik dari sekolah. Jumpa geng! hahaha..seronok tak hengat..menjerit je kerjanya. Oklah, kita jumpa lagi di lain entry ya! 🙂