Category Archives: Tips Diet Sihat

Lapar? Ketahui 7 punca utama cepat lapar

Tips ni boleh anda apply terutamanya kepada anda yang nak diet, nak kurus, nak kawal selera makan ataupun nak turunkan berat badan. Jom amalkan cara yang betul untuk kawal selera makan anda. Ingat pesan saya?? Anda perlu capai berat badan yang IDEAL bukannya KURUS!! 😉

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis – Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin – Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi – Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran – Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula – Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak – Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan – Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

*sumber

Bila anda dah tau punca-punca kenapa anda cepat lapar..jadi bolehla anda kawal selera makan anda lepas ni yer? Ambil peluang untuk yang nak kurus tu di bulan puasa ni..Nanti raya da boleh muat baju2 yang cun melecun itu.. ;p Anda juga boleh cuba amik makanan yang indeks glisemikny rendah seperti ESP.

Bagaimana ESP mengurangkan rasa lapar

ESP atau nama glamornya Energizing Soy Protein..kemudian re-branding tukar kepada ESP~Soy Protein Isolate Powder 😉 

Soy Protein Isolate Powder

Antara fungsi utama ESP

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Indeks glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Jadi, macam mana ESP ni boleh bantu korang untuk kawal makan especially untuk orang-orang yang memang dalam proses untuk turunkan berat badan. Nak kurus tapi asyik tak berjaya je sebab tak tahan lapar.

Jom kita tengok gambarajah ni.

kawal makan

credit picture http://www.facebook.com/ummu.ainan

Semestinya ia ada kaitan dengan indeks glisemik yang ada dalam ESP tersebut. 

Makanan yang mempuyai indeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. 

Indeks glisemik?..apa tu?? Pernahkah anda terfikir apa yang dimaksudkan dengan indeks glisemik dan kaitannya dengan berat badan ideal? Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Makanan yang tergolong dlm indeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan berbanding makanan dlm kategori indeks glisemik tinggi yang cepat mencerna dan memberi kesan sebaliknya.

Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. –sumber

Untuk pesakit gastrik, amatlah penting untuk tidak membiarkan perut anda rasa lapar yang berpanjangan lebih-lebih lagi apabila anda berpuasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak makanan yang berindeks glisemik rendah dan sederhana dlm menu harian serta senaman secara berkala juga berhubung kait dlm proses mencapai berat badan IDEAL dan bukannya KURUS!!

 

 

Tips Diet Mudah, Cepat, Sihat dan Gembira ~ Hanis Zalikha

Mesti ramai yang kenal Hanis Zalikha kan?? Model dan juga blogger yang famous 🙂 .. Masa kecik boleh tahan semangat..dah besar ni..masing2 mestilah merampingkan diri kan 🙂 Jom kita ikuti tips diet cara Hanis Zalikha 
 
Hanis Zalikha
Kini tidak lagi dengan Tummy Trim. Okay tiba-tiba.
Dah cukup. Gila lama I melalut saja je taknak bagitau cara pemakanan I. Baiklah, kita mulakan dengan bangun pagi. Gosok gigi. Cuci muka. Ha, ha, nak ke laut lagi.

 He he he. Okay bangun pagi, mesti makan. Breakfast amat penting sebab tanpa breakfast kau akan makan banyak untuk lunch dan makanan lunch selalu kalori lagi tinggi daripada makanan breakfast so lebih baik makan breakfast, dan makan moderate lunch. Maksud moderate lunch? Kadar yang tak malu nak bawa pergi kaunter untuk bayar.

Breakfast selalu I makan roti, biskut, gandum (ceh nak sebut semua yang paling bawah dalam piramid makanan). Minum Milo. Kadang-kala makan Milo. Tapi memang tak suka skip breakfast. Kalau ada kelas pagi pun, make sure campak cereal bar dalam beg.
Lunch pula adalah fiesta makanan untuk I. Waktu paling excited ever. Selalu makan nasi dan dua lauk sebab kalau ambil tiga lauk memang lama gila nak pilih sebab rambang mata. Lauk selalu sama ada ikan dan sayur. Ataupun ayam dan sayur. Jarang daging, sebab mama kata daging tak elok. Daging cuma makan yang emak masak sahaja. Tapi sayur mesti ada. Ceh bila dah besar dah pandai makan sayur teehee jaga kulit teehee.Kalau ada buah lagi bagus, sebab mesti makan buah dulu sebelum nasi. Contohnya pisang. Pisang sebatang agak mengenyangkan maka nafsu makan sudah tertutup sedikit, jadi tak makan nasi banyak sangat. Buah elok makan dahulu (kalau tak silap ia adalah sunnah Nabi SAW, correct me if I’m wrong) sebelum makan nasi, sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Paham tak apa saya cakap ni?
 

Usus

Okay macam ni ha, penat I lukis. Yang bertindih itu bukan burger ya Alisya -_-. Itu ialah ayam, kemudian nasi dan kemudian pisang. Tengok dalam gambar rajah, pisang kat bawah sebab kita makan pisang dulu. Baguslah kita makan pisang dahulu, sebab dia hadam dahulu dari nasi. Jadi kalau dia dah hadam, dia boleh keluar dahulu. Tapi kalau kita makan nasi dahulu, pisang akan berada di atas. Bila pisang hadam, dia takleh keluar sebab nasi yang kat bawah, maka dia jadi toksik kepada badan sebab tak dapat keluar just because nasi belum hadam.
 

Senang, konklusi dia begini. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI SUPAYA TAK TERINGIN MAKAN BANYAK NASI, SO TAK DEBAB. BADAN JUGA SIHAT KERANA MAKANAN TIDAK MENJADI TOKSIK DALAM PERUT. MAKAN PISANG SILA KOPEK KULIT DAHULU.
 
Sekarang makan petang. Wah siap ada makan petang bagai. Ya, makan petang memang penting. Tadi kau kata breakfast penting, sekarang makan petang pulak penting. Kau memang kuat makan sebenarnya. Eh! Tapi tapi tapi makan petang memang pentinggg. Kalau tak makan rasa macam there’s something missing in my day. Wah! Gitu.. Makan petang selalu makan benda-benda manis atau best macam kuih muih goreng pisang dan sebagainya. ‘Dan sebagainya’ itu termasuk nasi ayam, soto nasi dan nasi tomato. Tak tipu memang macam tu cerita dia.
 
 
Seterusnya makan malam! Dinner kalau nak dibandingkan dengan supper, dua-dua sama penting. Hehe. Tapi kalau tidur awal, tak dapatlah supper. Dapat dinner je. Kalau tidur lambat mesti supper. Sebab nanti perut merajuk. Makan BANYAK KALI takpe. Jangan makan banyak tapi SEKALI. I makan lima kali sehari. Kita kena ajar metabolisme badan untuk buat kerja. Kalau kita selalu tak makan, nanti dia tak buat kerja. Pastu cepatlah badan naik, kalau makan lebih sikit. Paham tak apa saya cakap? Ke nak kena lukis lagi?
 
Senang cerita dia macam ni, makan buah, makan nasi, makan lima kali sehari, kunyah 40kali supaya senang hadam, jangan diet lebih-lebih nanti metabolisme manja. Setel? Eh asal macam garang. Mesti sebab belum makan. Bye mak masak sambal petai hari ni.
So..kawan-kawan da tau apa tips nya kan?? Jom le kita pakat amalkan..Mana yang baik jadikan teladan 🙂