Category Archives: Tips Kecantikan

Rambut Gugur Banyak Sangat Sampai Fobia Nak Sikat!

Rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat..saya pasti idaman semua orang kan? tak kira lelaki mahupun wanita. Hatta yang bertudung sekalipun, lagi lah perlukan penjagaan ekstra. Rambut gugur setiap hari adalah perkara normal sebenarnya. Tapi apa yang perlu kita risaukan ialah jika kadar pertumbuhan rambut lambat dan ini menyebabkan rambut kelihatan semakin menipis dan kepala kelihatan membotak.

cara atasi masalah rambut gugur

Bagi wanita, rambut umpama mahkota yang perlu dijaga rapi. Cuba bayangkan wanita yang takde rambut..hooo..scary!!! Kalau rambut selalu gugur, memang nampak habis kulit kepala. Walaupun bertudung boleh tutup tapi takkan duk dalam rumah pun nak bertudung 24 jam kan? Dulu macam tulah perasaan saya, rasa tak yakin dengan diri sendiri walaupun yang ada dalam rumah tu family sendiri je.

Rambut selalu gugur sampai nipis dan nampak kulit kepala. Bila sikat, banyak jugalah rambut yang lekat pada sikat.itu belum lagi mandi. Tension nak bersihkan bilik air yang penuh rambut. Sangat tak selesa. Kulit kepala jenis cepat berminyak walaupun selalu cuci rambut. Lepas tu saya cuba pulihkan kembali kulit kepala dengan Nourishing Scalp Treatment dengan tambahan zink complex untuk kuatkan akar rambut dari dalam. Alhamdulillah, lepas tu kurang dah rambut gugur dan sekarang memang dah tak ada lagi masalah tu.

Masalah rambut gugur berlebihan ni dapat diatasi dengan melakukan beberapa langkah pencegahan seperti berikut agar rambut dan kulit kepala kembali sihat.

  1. Cuci rambut setiap hari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala supaya tidak pula timbul masalah kelemumur pada kulit kepala yang boleh mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Pilih syampu yang sesuai dengan anda supaya rambut dan kulit kepala tidak mengalami sebarang implikasi bila menggunakannya.
  3. Elakkan terlalu kerap membuat rawatan rambut di salun kerana ia juga berpotensi untuk rambut gugur sekaligus mengakibatkan kulit kepala menjadi tidak sihat. Kebanyakan kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi dalam produk rawatan rambut akan menyebabkan rambut cepat rosak seperti kelihatan kusam dan mudah bercabang.

Ada seorang sahabat yang hubungi saya disebabkan masalah rambut gugur ni. Katanya rambut makin menipis dan beliau nak cuba Nourishing Scalp Treatment tu. Alhamdulillah selepas hampir sebulan menggunakannya, dah nampak kesannya. Di bawah adalah perbualan antara saya dengan beliau.

cara atasi rambut gugur

 

Apa pula kata Pn. Maria ni yang dah berjaya selesaikan masalah rambut gugur beliau yang dulunya agak kronik sehinggakan rambut bersepah atas lantai bilik air.

Jika anda juga mengalami masalah rambut gugur, jangan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu.

Muzlina
013 939 5771
Mama2R’s Vitamin Shoppe

 

4 Akibat Tak Cuci Make Up Sebelum Tidur

Kebanyakan wanita sedar pentingnya untuk bersihkan make up sebelum tidur. Tapi biasalah, adakalanya terrrlupa hehe. Selalunya sebab penat sangat, konon-konon nak lelap sekejap..sudahnya terus tertido :p Ada juga yang mungkin terlupa rupa-rupanya dia ada pakai make-up hatta secalit lipgloss dan bedak nipis je. Sekali sekala tak apa, apa yang penting jangan jadikan ianya satu kebiasaan. Patutnya make up ni bagi nampak lebih cantik tapi disebabkan malas atau terlupa cuci make-up dan dibiarkan sepanjang malam, lain pula jadinya!

Apa yang berlaku pada kulit jika tak cuci make-up?

  1. Kulit jadi kering
  2. Kulit cepat berkedut
  3. Kulit jadi kemerahan
  4. Pori-pori wajah semakin membesar

Kulit kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi. Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.

akibat tak cuci make up sebelum tidur

Lihat je gambar di atas…Anna Pursglove, 40 tahun iaitu seorang penulis di Daily Mail Online..Lepas sebulan, kulit dia jadi merah-merah, pori-pori makin membesar dan kulit jadi kering sangat. Bila dia jumpa pakar, penemuan yang sangat mengejutkan sebab kulit dia lebih tua 10 tahun daripada usia sebenar. Dahla kulit selalu terdedah pada radikal bebas yang boleh rosakkan kulit, collagen pun makin susut dan kulit hilang keanjalan. Mesti kita taknak kulit kita jadi camni kan?

Cucilah wajah anda dari kesan make up sebelum tidur. Walaupun tak pakai make up, perbuatan membersihkan wajah sebelum tidur sangat baik untuk diamalkan. Lagipun, Islam sendiri menggalakkan kita untuk mengambil wuduk sebelum tidur 🙂

Rahsia Miliki Kulit yang Cantik, Bersih, Licin dan Gebu

Kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu TANPA MAKE-UP memang idaman setiap wanita! Andai masa boleh diputar kembali..semua nak kulit macam baby kan? 😉 Halus mulus je tanpa noda dan cela..Sekarang ni, bukan perempuan je yang nak kulit cantik..tapi lelaki pun tak ketinggalan tau. (Read as kulit cantik, bersih dan licin..bukan awwww! ;p) 

Sebenarnya kali ni saya nak share dengan korang..rahsia macam mana nak dapat kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu. Tak caya? Janganlah tengok saya! Sebab saya masih IN PROGRESS ;p Tapi..walaupun in progress..dah banyak sangat beza kulit yang dulu dengan yang sekarang tau 🙂 Dulu kulit saya ni jenis berminyak. Sekarang ni alhamdulillah..dah tak minyak2 macam dulu..Rasa kulit muka bersih je..Nanti saya kongsikan di lain entry ya! 😉

Saya admire sorang akak ni..kulit cantiiiiiiiiiikkk sangat! Serius! Saya yang tengok memang tak jemu mata memandang..Kulit dia bukan setakat cantik..tapi nampak bersih, licin, gebu dan ishh..memang sukalah tengok kulit dia. Lama saya perhatikan..Bila ditanya..apa rahsianya kelihatan awet muda dengan tekstur kulit yang cantik tu? Umumnya..semua orang tau dia ni Presidential Master Coordinator Shaklee iaitu Master Norita Idris..atau pun lebih mesra dipanggil Kak N. 🙂 

Rahsia kulit licin dan gebu Master Norita

Cantik kan kulitnya? Ini tak guna apa2 application untuk edit tau 😉

Bila ditanya..apa rahsianya kelihatan awet muda dengan tekstur kulit yang cantik tu? Umumnya..semua orang tau dia ni Presidential Master Coordinator Shaklee iaitu Master Norita Idris..atau pun lebih mesra dipanggil Kak N. 🙂 Rupa-rupanya dah berbelas tahun (lebih 16 tahun) Kak N ni amalkan ESP…patutlah kulit cantik giler! Kalau korang jumpa personally..memang duk tilik muka dia je hehe..Jangan marah kak N. ;p Hakikat yang perlu diterima..hehe.

Kenapa ESP dan Bagaimana ESP boleh membantu untuk dapat kulit yang cantik?Rahsia kulit licin dan gebu

Okey..macam ni..setiap 21 hari, sel kulit lama pada wajah akan mati dan sel kulit yang baru akan dihasilkan. Sel kulit baru yang dihasilkan sepatutnya sel kulit yang sihat, bebas dari sebarang cela, noda dan sebagainya tapi ianya mungkin tak cukup banyak untuk ganti sel kulit yang rosak jika sel tak dapat makanan yang secukupnya…sebab tulah kulit kita nampak kusam dan tak berseri.  Tapi ianya berbeza kalau sel kulit kita dapat makanan yang cukup, makanan yang berkhasiat dan makanan paling asas bagi sel badan kita ialah PROTEIN. Sebab tu lah ESP ni sangat-sangatlah membantu untuk dapat kulit yang cantik, bersih, licin dan gebu macam Kak N ni 🙂

Jadi..kalau korang pun nak kulit cantik macam ni..tak payah susah-susah nak beli or pakai make-up..natural beauty lebih baik kan? 🙂 Rajin-rajinlah minum ESP ye.. Ada yang minum ESP cerlang cerlung..tapi nak hasil kulit yang cantik..memang tak dapatlah..sebabnya ibarat kita bagi makan ikan lah..bagi tiap2 hari..hidup sihat lah dia..kalau tak bagi, nanti lemah je..silap2 haribulan mati! ;p Memang tak rugi amalkan ESP sebab korang akan turut dapat manfaat lain lagi seperti badan lebih cergas dan bertenaga, sistem imun pun meningkat dan banyak lagi lah.

Bagi yang baru nak cuba..bulan ni (Oktober 2014) ada promosi hebat untuk ESP >> Beli 6 PERCUMA lagi 1 tin! Dah bleh jimat RM150 tu untuk satu tin. Sebarang pertanyaan, korang boleh contact saya je tau. Mesej je atau wassap di 0139395771 untuk maklumat lanjut.

OrderNow

 

 

Cara menghilangkan jerawat

Masalah jerawat kalau dibiarkan memang boleh jadi stress! Kadang kala masalah jerawat yang dialami boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri. Ada juga yang sanggup tak keluar rumah sebab muka naik jerawat. Alah…bukan banyak pun..seketul jek! Hehehe..tapi itulah yang berlaku bagi yang sangat mementingkan kesempurnaan pada wajah. Sibuk sana sini fikir bagaimana menghilangkan jerawat. Semua orang nak cantik..seketul jerawat pun kecoh..apatah lagi kalau jerawat penuh di muka? Jerawat yang timbul pula mungkin akan timbulkan kesan kehitaman atau parut pada wajah.

Ada yang mengalami masalah jerawat muka dan tak kurang juga bagi yang mengalami masalah jerawat badan. Tak kisah lah muka ke..badan ke..tapi tetap jerawat kan? Tambah lagi kalau yang naik tu jerawat batu! Perasaannya??? Of course macam kena hempap batu..sakit! Pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat yang anda boleh cuba tetapi tahukah anda yang cara terbaik untuk menghilangkan jerawat ialah dengan merawatnya dari dalam. Tahukah anda yang masalah jerawat kebanyakannya berpunca dari masalah kulit yang tidak sihat? Kulit kita sering terdedah dengan pencemaran udara seperti asap kenderaan, asap rokok dan debu-debu berterbangan. Lebihan minyak di muka menyulitkan lagi keadaan. Penjagaan kulit muka secara rapi dari luar seperti pembersih muka dapat mengurangkan masalah jerawat muka tetapi ianya tidak menjamin sel kulit anda sihat dari dalam.

Cara Menghilangkan Jerawat 

Berikut adalah tips yang anda boleh cuba untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah jerawat:

  1. Gunakan pencuci muka yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Cuci lah muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi yang muslim..takyah susahkan  diri anda sebab 5 kali sehari dah wajib kan? 😉
  2. Amalkan pemakanan yang seimbang. Zat dan nutrien yang mencukupi menghasilkan sel kulit yang lebih sihat.
  3. Rehat secukupnya. Jerawat juga boleh timbul akibat daripada badan yang stress, letih dan tidak cukup rehat.
  4. Basuh muka sebelum tidur. Ini sangat penting bagi membersihkan muka dari mekap atau debu-debu yang berterbangan.
  5. Jangan sesekali picit jerawat sebab ianya berkemungkinan meninggalkan parut/bekas jerawat.

Atau anda juga boleh mengamalkan suplemen sebagai salah satu usaha bagi menampung keperluan zat dan nutrisi bagi mendapatkan kulit yang cantik. Kulit yang bebas jerawat adalah kulit yang sihat, cantik dan bersih luar dan dalam.

Tahukah anda sesetengah jerawat disebabkan oleh badan kita yang banyak toksin? Walaupun dah cuba bermacam-macam jenis skin care dan produk kosmetik, tapi jerawat datang dan pergi. Antara sebab utamanya toksin masih banyak berkumpul dalam badan. Jadi anda perlukan Herblax untuk membantu mengeluarkan toksin serta mencuci usus. Bila usus dah bersih, jadi semua zat makanan dan juga vitamin yang kita makan lebih mudah dan lebih cepat diserap dalam badan.

vitamin kulit cantik

Salah satu lagi punca yang menyebabkan masalah jerawat terutamanya pada muka adalah disebabkan radikal bebas seperti asap kenderaan, pencemaran udara dan sebagainya. Lebihan minyak pada kulit muka juga akan menyumbat pori-pori di muka. Bila debu dan minyak bercampur aduk..tersumbatlah liang tersebut..sebab tu lah wujudnya jerawat. Radikal bebas akan menyebabkan sel dalam badan kita cepat rosak dan cara untuk menghilangkan jerawat adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksidan tinggi yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan Vitamin E. Vita-E Complex bertindak sebagai antioksidan yang melindung dan mencegah kerosakan sel. Sangat terkenal sebagai vitamin awet muda iaitu vitamin yang dapat melambatkan proses penuaan. Bukannya makan vitamin E ni takkan tua sampai bila2…tapi hanya mengelakkan wajah kita kelihatan tua sebelum usia! Pasti malu yang amat kalau kita berjalan sebelah suami, tapi dikatakan kakak kepada suami! Ohhhh..no..no..no..

Vitamin E dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit..jadi takdelah yang kulit berminyak atau kulit kering..sekaligus akan membantu mengurangkan jerawat yang akan muncul di tengah-tengah pipi yang cantik gebu ittew!! ;p Bagi yang mengalami masalah kulit berminyak, saya amat sarankan anda mencuba Vita-E Complex..pasti anda berpuas hati. Saya sendiri cuba selepas 2 minggu pun dah kurang sangat kawasan muka yang berminyak.

Bagi yang mementingkan kecantikan, vitamin E ni memang suplemen wajib. Kalau tak caya..tengok jer label pada produk kosmetik dan sabun mandian pun ada vitamin E tau!

Satu lagi kerisauan yang bermain di fikiran anda adalah cara untuk menghilangkan muka yang penuh dengan bekas-bekas dan parut jerawat. Sebenarnya bekas jerawat atau parut jerawat yang kehitaman adalah disebabkan sel kulit yang tidak digantikan dengan sel kulit yang baru. Makanan asas bagi sel kulit adalah protein. Kalau tak cukup protein, macam mana kulit baru nak tumbuh dan ganti yang baru? Cuba cek brapa banyak sumber protein dalam makanan harian anda. Adakah mencukupi? Atau langsung takde? Kalau ada pun..brapa banyak je yang diserap ke dalam badan dan betul-betul memberikan kesan kepada tubuh badan anda? Kenapa saya cakap macam tu? Protein mudah musnah pada suhu yang tinggi. Jadi bila kita masak atau goreng ikan, ayam atau daging..pastinya menggunakan suhu yang tinggi kan? Brapa peratus je protein yang akan tinggal?

Shaklee ada sumber protein terbaik anda untuk menampung keperluan protein harian anda. Kalau makan ayam atau daging, ianya perlu ditukar oleh badan dulu kepada asid amino barulah dapat diserap secara efektif ke dalam badan. Tapi Shaklee Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP terdiri daripada protein paling ringkas iaitu 9 asid amino yang tersedia untuk diserap ke dalam badan secepat yang mungkin. Sebab itulah rata-rata pengguna ESP gembira setelah konsisten minum ESP, kulit mereka lebih cantik, halus dan terasa lembut je sebab sel kulit dah pun diganti dengan yang baru. Hurmmm..suami anda pasti suka dan puji kalau kulit isterinya yang cantik tu bersih dan sehalus kulit bayi! 😉

Mari kita lihat apa kata pengguna yang dah pun cuba.

Nak tengok lagi testimoni? Anda boleh klik TESTIMONI SET KECANTIKAN.

Tips Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

Korang pernah kena sunburn tak? Kalau siapa yang putih dan cerah tu..memang sangatlah obvious kalau kulit muka hangus. Kalau yang hitam manis ni takpe..haaa..tulah specialnya orang kulit hitam manis tau.. 🙂 Di sini saya kongsikan tips memutihkan kulit secara semulajadi.

Orang kata ‘natural glowing’ gitu..putih berseri..Mungkin anda bleh cuba.. 🙂

1. Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan sayur-sayuran hijau seperti bayam. Kenapa? Sebab lemak baik yg ada dlm ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit terbakar (sunburn) atau rosak diperbaharui semula.

2. Untuk penjagaan kulit badan, bila kulit kena sunburn, gunakan pelembap kulit atau moisturize utk tone kulit asal back to normal. Bila perlu, tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Cuci kulit yang hangus terbakar dengan air tersebut. Kenapa nak kena mandi dengan air soda? Sebab air tu dikatakan dapat ringankan rasa sakit akibat terkena selaran matahari.

3. Amalkan vitamin C dan vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda. Dan..jangan lupa pakai sun block yer..Penting utk elakkan kulit dari sinar uv secara langsung sebab sinar matahari ni tidak selamanya baik untuk kesihatan kulit.

Sumber : RAPI

Tips kulit muka licin berseri dengan Vitamin E Shaklee

Vitamin E memang jadi rebutan di kalangan pengguna yang nak kulit muka dia cantik, licin, berseri..flawless gitu..terutamanya perempuan / wanita lah kan?? 😉 Actually bukan tu je fungsi dia..banyak lagi fungsi yang kita boleh dapat dari Vitamin E ni sebab ia bertindak sebagai antioksidan yang sangat hebat! Jika anda mempunyai masalah pada kulit wajah, mungkin ini solusinya. 

Saya nak share Kenapa pentingnya Vitamin E ni?

vitamin e

Dan ini pula tips untuk anda cuba jika nak kulit muka anda licin berseri ^__^ . Thanks to Fai for sharing ya! 🙂

1) Susu Tepung Putihkan Wajah

Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dgn 2 setengah sudu teh air bersih dan sebiji vitamin E Shaklee. Gaul sehingga sebati. Pupurkan ke muka selama 5 – 10 minit. Kemudian bilas dgn air bersih. Amalkan dgn 2 – 3 kali seminggu. Insya Allah wajah akan nampak lebih putih dan bersih.

 

2) Licinkan Kulit Wajah

Ambil putih telur dan campurkan dgn sedikit madu (utk kulit biasa) @ limau nipis (utk kulit berminyak) beserta sebiji Vitamin E Shaklee. Celupkan tisu ke dlm campuran putih telur tadi dan letakkan seluruh muka selama 15 – 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. ‘Whitehead’ dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu utk kesan yg memuaskan.

 3) Menghilangkan Parut Jerawat 

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk dan ditambah dengan sebiji vitamin E Shaklee. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

 

4) Kulit Muka Licin Berseri

Ambil satu sudu besar Yogurt (perisa natural) kemudian tambahkan sebiji Vitamin E Shaklee, kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.. biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering..

Selamat Mencuba… Moga dapat Kulit Licin Berseri lepas ni 😉 Jennifer Lopez pun makan Vitamin E tau.

Jadi siapa nak cuba Vita-E Complex boleh contact saya di 013-939 5771. Boleh juga email ke tgmuzlina@gmail.com atau PM saya kat facebook je.