Category Archives: Batuk Kahak & Selsema

Cara Hilangkan Kahak Bayi Supaya Bayi Tidur Lena

Ibu mana yang tak risau bila bayi kena batuk kahak atau selsema. Biasanya bayi akan kurang minum susu sebab susah nak bernafas dan tidur pun tak lena. Apa yang saya nak kongsikan di sini, macam mana cara saya hilangkan kahak dan legakan hidung tersumbat pada anak ketiga saya, Areefa yang baru berusia 3 bulan.

petua hilangkan batuk dan selsema

Baby kecil memang tak pandai nak keluarkan hingus dan kahak. Jadi, apa yang saya buat ialah praktikkan ilmu fisioterapi serba sedikit untuk disesuaikan dengan apa yang ada dekat rumah. Sediakan barang-barang seperti di bawah

  1. Bawang putih
  2. Minyak Habbatus Sauda
  3. Besen kecil
  4. Air panas

Steaming

Cara saya, bawang putih di bakar sedikit dan tumbuk..lebih mudah orang kata penyekkan jer. Letak sedikit minyak habbatus sauda. Kalau tak ada minyak habbatus sauda, gunalah minyak olive oil. Saya haritu sebab minyak habbatus sauda tak ada..olive oil tak ada..belasah je guna minyak masak hehehe.. 😉  Bawang putih dan habbatus sauda ni memang terkenal sejak dari dulu sebagai antibiotik semulajadi.

Letakkan air yang baru lepas mendidih ke dalam besen, kemudian campurkan bawang dan minyak tadi ke dalam air. Tujuan kita guna air mendidih tu untuk dapatkan wap panas dan baby boleh sedut wap tu. Buat dalam masa 10-15 minit atau sampai wap tu dah tak ada. Saya tak galakkan sangat guna periuk nasi atau steamer untuk baby sebab kulit baby ni sensitif. Kalau nak guna juga, mungkin boleh jarakkan muka dengan wap panas tu.

Amaran!
Letakkan tangan anda dulu untuk rasa kepanasan wap dan jarak yang sesuai untuk muka baby tu ye. Gunakan kebijaksanaan anda sebagai ibu 🙂

Teknik Percussion

Teknik percussion ni kena bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk tepuk perlahan di belakang bayi. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Teknik Percussion

Cara hilangkan kahak bayi

Hati-hati tangan baby sebab air tu panas. Kalau takut dia meronta boleh bedung dulu

Waktu baby sedang sedut wap tu, tepuklah di belakang badan (kanan dan kiri badan ye..bukan belakang badan). Tujuannya untuk longgarkan kahak dalam paru-paru dan biasanya lepas tepuk bayi baby akan batuk dan bersin sekaligus keluarkan kahak dalam bentuk muntah. Kalau tertelan pun tak apa sebab kahak tu akan keluar menerusi najis.

Petua hilangkan kahak bayi

Tepuk di dada kanan dan kiri selepas sedut wap

Areefa paling suka part ni..sengeh je kalau tepuk lama-lama..agaknya dia ingat kita tengah dodoi or main dengan dia kot.hehe..

hilangkan kahak bayi baru lahir

leganyaaaaa…sedutlah hingus dia dengan penyedut hingus

hidung bayi tersumbat

Kalau hidung baby tak tersumbat, memang baby akan happy je 🙂

Biasanya memang banyak keluar kahak dan hingus baby. Kalau baby menangis atau muntah waktu buat steaming tu tak apa. Lagi bagus sebab kahak mudah keluar. Tapi pantau lah ye.. Lepas dah siap tu..memang baby rasa lega dan rasa nak tidur. Bila hidung dah tak tersumbat dan saluran pernafasan dah ok, Insya Allah baby boleh tidur lena.

Lepas buat kedua-dua cara di atas, saya sebagai ibu yang masih menyusukan baby ambil Sustained Release Vitamin C dalam kuantiti ekstra dari biasa. Alhamdulillah hingus dia cepat kering dan selsema cepat sembuh. Ini kerana vitamin C boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh badan baby. Lagipun, baby bawah umur 2 tahun doktor tak galakkan bagi ubat sangat. Saya hanya bagi bila betul-betul terpaksa dan tu lah pilihan terakhir. Batuk dan selsema ni kalau dibiarkan lama boleh jadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. Cubalah!