Category Archives: G6PD

G6PD dan Shaklee, Apa pantang larangnya?

G6PD..perkataan yang memang tak asing bagi ibu bapa terutamanya si ibu yang baru je melahirkan cahaya mata. Dah jadi rutin bila keluar je baby..fresh from oven 😉 sample dan tali pusat bayi akan diambil untuk ujian darah yang pertama bagi memastikan semuanya normal. Alhamdulillah kedua-dua anak saya bebas dari penyakit G6PD ni. Since saya sentiasa berhadapan dengan customer yang ada masalah penyusuan susu ibu, jadi memang saya kena alert dengan kesihatan baby tu sendiri. Bukan semua suplemen yang ada dalam set menyusu Shaklee yang ibu boleh ambil ye.

Persoalannya, bahaya ke penyakit G6PD ni? 

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD, ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis. Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan.

Heinz Bodies, Bite Cells (i.e. Degmacytes) G6PD Deficiency

Sel darah merah yang pecah akibat kekurangan enzim G6PD

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD. Penyakit kekurangan G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit. Penyakit ini tiada penawarnya. Langkah terbaik adalah menghindari makanan dan ubatan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Apakah simptom bagi penyakit G6PD?

Biasanya tiada tanda-tanda yang khusu. Bagi bayi baru dilahirkan, perhatikan bayi dengan teliti kerana boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan dan mungkin rawatan fototerapi diperlukanuntuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. (Sumber : MyHealth)

Tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan akibat daripada kekurangan darah

  • Suhu badan yang naik dengan tiba-tiba
  • Pening
  • Kulit/mata kekuningan
  • Kencing berwarna gelap (dark yellow orange urine)
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Sukar bernafas
  • Denyutan nadi yang lemah atau laju

Bagaimana G6PD boleh berlaku?

Penyakit G6PD ni tak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tapi ianya diwarisi secara genetik.  Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X. Perhatikan gambarajah di  bawah untuk lebih senang faham bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi. 

bagaimana g6pd berlaku

Jika bayi anda didapati penghidap penyakit G6PD, jangan panik! Sebaliknya cari segala maklumat yang perlu dan tanya doktor apa yang perlu dilakukan? Pesakit G6PD masih boleh menjalankan kehidupan seperti biasa cuma kena extra precautions je lah. 

Apa yang perlu dilakukan jika bayi penghidap G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

  1. Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
  2. Ubat gegat.
  3. Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  4. Minyak gosok.
  5. Kacang parang (nama glamournya fava beans) dan adik beradiknya (legumes)
  6. Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Rujuk Senarai Ubatan.

Tips bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD

Didik anak dari kecil supaya mereka alert dengan makanan yang boleh diambil dan tak boleh terutamanya jika berada di luar kawalan ibu bapa contohnya seperti di sekolah. Maklumkan juga pada pengasuh, penjaga di sekolah bila perlu dan juga katerer yang menyediakan makanan seperti di asrama. Sebaik-baiknya sentiasa bersedia dengan To Avoid List dan beri pada mereka yang menguruskan anak anda.

Vitamin Shaklee dan penghidap G6PD

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.

Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah 🙂 Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami. Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin basic sahaja seperti vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.