Category Archives: Kejang otot (cramp)

Tips Mudah Hilangkan Cramp pada Kaki Ketika Hamil

Cramp?? SAKIT!!!! Itulah yang dapat digambarkan bila kejang oto berlaku. Ibu hamil yang tidak menjaga pemakanan dan juga kurang exercise lebih mudah diserang cramp. Ada juga yang panggil simpul biawak, simpul mengkarung..hehe..saya panggil.. ‘nyetok karung’ ;p Biasanya cramp pada bahagian betis dan terkena pada waktu malam lebih-lebih lagi bila cuaca sejuk.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh cuba jika tiba-tiba kena cramp pada betis. Sebelum tu, meh kita tengok dulu apakah punca yang menyebabkan anda tiba-tiba diserang cramp.

Antara puncanya ialah :

  • Aliran darah yang tidak lancar di bahagian kaki
  • Latihan yang berlebihan sewaktu bersukan
  • Tak cukup stretching sebelum bersukan
  • Kelesuan otot
  • Kurang air dalam badan (dehydrate)
  • Kekurangan magnesium/potassium
  • Kekurangan kalsium bagi ibu hamil
  • Calcium deficiency in pregnant women
  • Masalah pada sistem saraf

Sumber

Tips mudah hilangkan cramp ketika hamil

Bagi anda yang hamil, jika tiba-tiba otot betis cramp, apa yang perlu dibuat ialah luruskan kaki yang cramp tu. Pegang hujung jari kaki dan tarik dengan perlahan-lahan ke arah anda. Minta bantuan suami atau orang berdekatan dengan anda untuk bertindak segera! Insya Allah, otot yang kejang akan mula kendur dan anda takkan rasa sakit untuk jangka masa yang lama. Kalau lambat bertindak, esoknya pun bila jalan terhincut hincut lagi hehehe..

Itulah yang saya buat bila tengah syok tido malam, tiba-tiba betis cramp. Cepat-cepat jerit panggil husband minta tolong tolakkan tapak kaki ke atas. Haaa…dapat bayangkan tak macam mana nak buat tu? 😉 Cuba tengok gambar kat bawah ni. Mungkin lebih mudah faham. Cubalah!

tips hilangkan cramp pada betis

 

Biasanya bagi ibu hamil, cramp ni sebab kurang nutrien dalam badan especially kalsium dan magnesium. Kalau terlalu lasak waktu siang pun boleh jadi juga. Jadi, pastikan diet harian anda mengandungi sumber kalsium seperti susu, keju, brokoli dan sayuran hijau yang lain.

Berapa banyak jumlah kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil?

RDA Calcium

Bagi ibu hamil, keperluan kalsium harian sebanyak 1000mg sangat penting untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Bayi dalam kandungan perlukan kalsium yang mencukupi untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Jadi, kalau badan ibu yang tak cukup kalsium, baby akan serap kalsium yang diperlukan daripada tulang dan gigi ibu. Sebab tu ada ibu hamil yang mengadu tulang rasa lenguh dan gigi pun ada yang mudah goyang. 🙂

Elakkan Cramp Ketika Hamil dengan Vitamin Shaklee (Ostematrix)

Macam saya ni jenis minum susu berperisa je..itu pun bukan setiap hari..kadang-kadang je..hehe..jadi, paling mudah saya telan je pil Ostematrix setiap hari untuk support keperluan kalsium saya. Kalau saya skip je, terimalah akibatnya malam tu betis cramp! hehe..sendiri mau ingatlah. Dahla makan minum tak menentu.

ostematrix

Ostematrix ni lengkap sekali dengan kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral penting seperti zink, kuprum, mangan. Caplet dia licin..so mudah nak telan. Jadi, setiap hari, saya pastikan telan 4 biji Ostematrix sebab 1 biji ostematrix bekalkan 250mg kalsium, 100IU Vitamin D, 100mg Magnesium. Kalau dah minum susu high calcium segelas sehari, makan 2 biji ostematrix pun dah cukup. Alhamdulillah, memang sangat membantu saya untuk elakkan dari kena cramp.

Di sini saya kongsikan testimoni salah seorang yang dah pun cuba ostematrix untuk atasi masalah beliau yang selalu cramp.

testimonial ostematrix dan cramp

Thanks kak, sekarang memang ambil juga ostematrix, memang sangat bagus kalau compare dengan yang sebelum ni ambil kalsium yang beli dari farmasi je. Sekarang sejak amalkan ostematric ni saya dah tak cramp kaki lagi. Dulu time ambil kalsium dari farmasi memang tetap akan cramp kaki malam2 time tido. Tulang belakang tu memang sakit juga la (biasala time pregnant) tapi kurang sakit dah sejak amalkan oste. Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak boleh minum susu sebab ada lactose intolerance. Tiap kali minum susu memang akan jadi pengunjung toilet yang setia. hehe..Mujur jumpa produk ni ~ Pn. Maimun Huja Husin

Jika anda ingin dapatkan Ostematrix, klik sahaja pada gambar di bawah. Atau pun, contact saya melalui SMS/Wassap 013 9395771
OrderNow

 

Kepentingan kalsium & kesan kekurangan kalsium kepada ibu hamil

Umumnya kita memang dah tau kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Tu jer?? Sebenarnya banyak lagi kepentingan kalsium yang mungkin kita tak tau atau tak pernah ambil tahu..hehe.. ;p

Apabila seseorang wanita itu hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Kalsium ni bukan jer penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung, saraf, dan otot yang sihat. Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna. Jadi, takdelah masalah darah tak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera. Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

‘Simpul biawak’ atau orang pantai timur panggil ‘nyetok karung’ heheh..atau bahasa bukunya ‘cramp’…biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya bila kandungan telah memasuki trimester ke 2. Kalsium sangat penting dalam pembentukan dan kontraksi otot. Kalau anda seringkali mengalami kekejangan otot atau cramp, itu tandanya badan anda kekurangan kalsium. Kebiasaannya wanita hamil lebih terdedah kepada masalah kejang otot ni sebab bayi di dalam kandungan telah mengambil kalsium dari badan ibu yang kekurangan kalsium. Masalah ini akan berlanjutan lebih-lebih lagi jika ibu menyusukan anak dan tidak makan makanan yang mempunyai sumber kalsium secukupnya. Kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada anak.

Macam mana nak tau badan ibu kekurangan kalsium? Cuba cek diri anda ada tak mengalami salah satu dari kesan kekurangan kalsium seperti di bawah:

– Sakit sendi
– Kuku senang patah
– Ekzema
– Kenaikan paras kolesterol dalam darah
– Tekanan darah tinggi
– Insomnia
– Kekejangan otot
– Kebas tangan dan kaki
– Gemuruh
– Rheumatoid arthritis
– Gigi mudah patah atau mereput
– Depresi
– Hyperaktif

Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan. Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.

Info Tambahan:

Tahukah anda kalsium juga penting untuk mengawal berat badan? Menurut “The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism”,May 2000 ; amalan pemakanan yang sihat dan pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian dapat mengelakkan masalah obesiti. Kajian mendapati bahaya obesiti ni adalah kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat Diabetes Type 2, kanser dan juga sakit jantung.

Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium, ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan. Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Mineral seperti mangan, kuprum dan zink mengukuhkan lagi matriks tulang anda dan memastikan kesihatan tulang berada di tahap yang optimum.
OrderNow