Category Archives: Keputihan

Masalah keputihan pada wanita : Patutkah anda risau?

Salam ceria semua pembaca mama2r.com ^__^

Kali ni saya nak kongsikan mengenai masalah keputihan pada wanita. Keputihan yang normal tidak perlu anda risaukan tetapi adakalanya sangat merimaskan. Tak selesa lah kan..Malah lebih teruk jika keputihan yang dialami lebih banyak dari biasa. Pasti tak senang duduk kan? Dan tidaklah keterlaluan jika saya katakan kadangkala masalah keputihan pada wanita sangat menjengkelkan kerana ianya mampu memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang.

Apa itu Keputihan?

Keputihan atau candidiasis vaginal adalah lelehan yang keluar dari dalam vagina secara berlebihan. Bagi keputihan yang normal, biasanya tidak keluar dari vagina..tetapi tidak semua lelehan yang keluar adalah keputihan yang dikategorikan sebagai penyakit.

Bagaimana menentukan keputihan yang berpenyakit?

Dalam kebanyakan kes, keputihan yang berlaku pada wanita adalah disebabkan jangkitan kulat. Keputihan boleh terjadi akibat jangkitan kulat, virus atau parasit yang lain. Ianya boleh dikesan melalui pemerhatian terhadap warna, bau dan simptom yang timbul.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.sumber

Tips Mencegah Keputihan

  1. Pastikan sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak lembap. Pakailah pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas supaya dapat menyerap peluh.
  2. Perlulah berhati-hati dengan penggunaan pembersih keintiman wanita. Pastikan ianya tidak mengganggu kestabilan pH di sekitar vagina. Doktor pernah bagitahu saya, air yang bersih sahaja sudah memadai.
  3. Sewaktu haid, tukar pad dengan kerap untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
  4. Gunakan panty liner ketika perlu sahaja.
  5. Segeralah berjumpa doktor pakar sakit puan jika anda alami keputihan yang tidak normal.

Benarkah Alfalfa membantu masalah keputihan?

Jika masalah keputihan masih berlarutan, anda boleh mencuba Alfalfa Complex. Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi.

 

Saya sendiri mengalami masalah keputihan yang agak teruk selepas melahirkan Arissa. Disebabkan saya memang makan untuk set menyusu shaklee, jadi of course dapat lah juga merasai khasiat alfalfa. Alhamdulillah..dalam masa seminggu, masalah keputihan beransur pulih..dan selepas 2 minggu..totally dah takde masalah. Masa tu memang best giler rasa. Sebab rasa bebas!!! Tak perlu lagi berhabis nak beli panty liner bagai.

Jom..kita tengok apa kata pengguna lain.

Ramai yang dah rasai penangan alfalfa ni. Saya pun happy bila customer bagitau yang masalah keputihan yang mereka alami dah pun selesai. 🙂 Berminat? Hubungi saya di Mama2R yer. Harga memang mampu milik. Bagi saya murah lah gak kalau compare ngan brand lain.. Alfalfa ada 2 saiz.. Kalau botol besar mengandungi 700 tabs..dan botol kecil 330 tabs. Pendek kata, memang berbaloi!