Category Archives: Puasa ketika hamil

Rukhsah puasa bagi ibu mengandung

Mungkin ada di antara anda, ibu yang pertama kali hamil dan berpuasa tahun ini. Tahniah saya ucapkan 🙂 Persoalan yang sering timbul di kalangan ibu sekalian, adakah selamat berpuasa semasa hamil lebih-lebih lagi yang sedang mengalami morning sickness atau sedang sarat mengandung? 

Puasa ketika hamil

Di dalam Islam, ada rukhsah iaitu kelonggaran bagi ibu mengandung untuk berbuka puasa tapi of course lah kena ganti kan 🙂 Menurut Imam Syafie, ada dua sebab yang membolehkan ibu mengandung berbuka puasa iaitu :

  1. Risau akan keselamatan dirinya.
  2. Risau akan keselamatan kandungannya.

Ibu hamil yang berbuka puasa sebab risau akan keselamatan kandungannya wajib qadha’ puasa dan bayar fidyah tapi kalau berbuka puasa sebab risau kesihatan diri sendiri hanya perlu ganti puasa je. Islam tu mudah dan menyenangkan tapi tak bermakna kita boleh ambil mudah ye 🙂 

Normal bagi ibu mengandung cepat lapar lebih-lebih lagi kalau berpuasa. Kalau ibu minum tak cukup air, mesti cepat je rasa menggigil. Kalau dah tahap menggigil sangat dan tak larat nak jalan tu boleh lah kalau nak berbuka pun….Selagi boleh tahan berpuasa, kita puasa tapi kalau dah tak boleh, jangan terlalu memaksa diri sebab akan memudaratkan kesihatan diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan…tapi alangkah bestnya kalau dapat berpuasa dengan sempurna dan tak perlu pening-pening kepala nak ganti kemudian hari.  Alhamdulillah, saya masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kekuatan untuk terus berpuasa penuh setakat ni. Ada juga terlepas sahur, memang melepek teruslah bila balik dari ofis…tapi masih bertahan dan apa yang saya buat ialah kurangkan pergerakan fizikal dan rehat secukupnya.

 Sekarang ni usia kandungan saya dah pun mencecah 28 minggu..masih lagi aktif bekerja. Kadang terpaksa hadkan pergerakan sebab kalau lasak sangat nanti baby suka mengeras hehe.. Memang aktif kalau nak dibandingkan dengan pengalaman lepas walaupun tak mengandung or menyusu pun. Sampai ofismate saya pernah tegur bila dah nak balik ofis..katanya saya nampak steady je..walaupun puasa..sedangkan dia pun sedang preggy juga..katanya memang mencabar puasa dalam masa yang sama sedang pregnant. Tipsnya mudah je….JANGAN SKIP SAHUR hehe.. ;p

Apa yang saya amalkan untuk pastikan sentiasa bertenaga semasa berpuasa ialah

  1. Ya..jangan sesekali skip sahur! Sebab sahur tu umpama breakfast kita untuk bagi bekalan tenaga sepanjang hari. Tak kisah lah nak makan nasi ke, roti ke, mee ke..biskut pun boleh janji makanlah walaupun sedikit.
  2. Makan kurma ketika berbuka dan bersahur. Biasanya saya makan at least 3 biji kurma. Makan kurma ni sunnah Nabi dan manfaat kurma pun banyak..salah satunya untuk boost energy dan fast recovery. Lagi pun, memang bagus untuk perkembangan minda dan kesihatan bayi dalam kandungan 🙂
  3. Minum air secukupnya. Saya akan pastikan minum air masak secukupnya selepas waktu berbuka sampailah ke waktu sahur. Dan antara minuman wajib saya waktu berbuka dan sahur ialah Performance Drink. Kerja saya sebagai pengajar benar-benar menuntut untuk tak mudah kering tekak bila bulan puasa ni. Lagi pun, Performance Drink ni bantu badan saya tak mudah terhidrat kalau tak cukup minum air 🙂 Fungsinya, lebih kurang macam 100 plus tapi tanpa gula atau perisa tambahan. Rasa pure orange gitu!
  4. Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan high fibre supaya tak lah perut mudah berkeroncong nanti. Pernah tak korang makan sahur dengan nasi sepinggan tapi masih tetap rasa lapar yang melampau..macam tak bersahur.! Cara saya mudah je, waktu sahur saya wajib minum bancuhan Performance Drink dan ESP (Energizing Soy Protein). Kalau terbangun lewat waktu sahur dan nyaris-nyaris terlepas sahur pun, minuman ni lah yang jadi penyelamat saya so takdelah balik rumah melepek sangat.
  5. Elakkan makanan yang pedas atau berminyak lebih-lebih lagi orang yang mudah kena gastrik. Nanti pedih perut..kalau time pregnant mudah kena pedih ulu hati.
  6. Doa yang spesifik. Setiap kali selepas waktu solat, saya akan minta doa pada Allah s.w.t agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, diberikan kekuatan dan mudahkan saya dalam menunaikan ibadah puasa ni. Insya Allah, jika niat kita baik..semuanya akan dipermudahkan.

Sekian sahaja tips dari saya kali ini untuk ibu hamil yang ingin berpuasa tapi badan masih cergas bertenaga! Mudah-mudahan ianya dapat membantu ibu yang sedang hamil macam saya 😉

Untuk order Performance Drink ;

OrderNow

Untuk order Energizing Soy Protein (ESP) ;

OrderNow

untuk order Performance Drink & ESP ;

OrderNow