Category Archives: Sembelit

Sembelit Ketika Dalam Pantang Bukan Lagi Mimpi Ngeri Ibu Selepas Bersalin

Perasaan takut, ngilu, seriau, ngeri bagi ibu selepas bersalin ialah sembelit ketika dalam pantang. Ngeri sebab risau sangat-sangat jahitan di bahagian luka bersalin tertetas! Waktu bersalin anak pertama dulu, saya pun pernah alami sembelit ketika dalam pantang ni tapi nasib baik dah hari ke-20. Itu pun dah rasa serik sangat!!! Tapi sekarang walau anak dua dan tiga..dah tak kena sembelit 🙂

sembelit ketika dalam pantang

Kenapa Ibu Mudah Kena Sembelit Ketika Berpantang?

Percaya tak kalau saya katakan, dulu saya langsung tak pernah kena sembelit. Tak tau pun macam mana rasa sembelit tu. Seumur hidup, itulah kali pertama saya kena sembelit ketika dalam pantang. Berpeluh-peluh tau! Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan ibu mudah kena sembelit selepas bersalin.

  • Kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu pada peringkat awal selepas kelahiran
  • Sistem pencernaan berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk melegakan kesakitan semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
  • Diet ibu yang tidak seimbang semasa dalam tempoh berpantang.

Kemungkinan masalah sembelit juga lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini
  • anda mengambil pil zat besi, ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit
  • anda mendapat jahitan.

Dan..saya kena sembelit selepas bersalin tu pun sebab skip makan sayur. 2 hari je kot! Terus kena sembelit hehe.. Tobat dah tak skip lepas tu 🙂 Menu wajib saya waktu dalam pantang mesti ada sup sayur. Banyak lagi pilihan sayuran dan ulaman yang ibu dalam pantang boleh makan.

Tips Untuk Elakkan Sembelit Ketika Dalam Pantang

Kalau tanya saya, memang saya taknak rasa dah macam mana sembelit tu. Walaupun tak berpantang sekalipun. Serius serik! Hehe..Jadi, apa yang saya amalkan selepas lahirkan anak kedua dan ketiga, jaga pemakanan..dan of course lah tak lupa makan Ostematrix setiap hari.

Memang best je..bangun pagi rasa ringan badan terus membuang dengan lancar je. Walaupun saya minum air masak banyak, tapi takde masalah bengkak or sembap air pada kaki atau mana-mana bahagian badan yang lain. Kalau nak tau, Ostematrix ni jugalah yang elakkan dari lebihan air terperangkap dalam badan.

Apa kandungan utama yang ada dalam Ostematrix?

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Cuba korang tengok video ni.. Ibu muda ni serik nak bersalin lagi sebab tak tahan seksa waktu berpantang katanya. Tak sanggup kena duduk lama dalam bilik air..tapi, apa yang buat beliau berubah? Saksikan..

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Ostematrix atau Set Berpantang ni, contact je saya melalui sms/whatsapp 013 939 5771. Saya sedia untuk consult anda secara percuma 🙂

Apa yang perlu dilakukan jika kanak-kanak sembelit?

Sembelit di kalangan kanak-kanak adalah satu perkara biasa bagi kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak yang terlalu cerewet makan..tapi jika masalah sembelit yang terlalu kerap berlaku..ianya mungkin petanda yang tidak baik dan memberi kesan yang tidak elok kepada sistem penghadaman kanak-kanak tersebut.

Apa tanda-tanda anak anda mengalami sembelit?

  • Sukar untuk membuang air besar. Ianya dapat dilihat semasa anak sedang meneran dengan kuat.
  • Perut kembung atau sakit
  • Najis yang bercampur darah

Sebagai ibu bapa, pastinya tak sampai hati tengok anak merana setiap kali nak buang air besar kan? Sampai merah padam muka meneran dan adakalanya mereka menangis sebab tak tahan sakit! Adakalanya sampai kanak-kanak tersebut trauma bila setiap kali nak buang air. Bayangkanlah jika bahan buangan yang mungkin mengandungi toksin dan sepatutnya dibuang berkumpul dalam badan. Nanti boleh mendatangkan penyakit lain  pula. Sebelum kita cari penyelesaian..eloknya cari punca dulu kenapa anak sembelit. Perhatikan apa yang anak-anak anda makan atau minum sebelum kena sembelit tu.

Mungkin maklumat di bawah boleh membantu anda untuk kenalpasti kenapa kanak-kanak sembelit.

  • Kurang minum air putih/air masak dalam sehari?
  • Kurang makan sayur-sayuran atau buah-buahan yang mengandungi serat?
  • Bertukar jenama susu formula? Kadang-kadang sembelit juga boleh disebabkan oleh anak yang tak serasi dengan susu.
  • Demam, sakit tekak atau tumbuh gigi juga boleh mengakibatkan anak kurang selera makan dan minum.

Apa yang perlu dibuat jika kanak-kanak sembelit?

Tips 1 – Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat

Diet yang mengandungi serat (fiber) setiap hari sangat penting untuk fungsi usus dan usus besar. Pisang, betik, labu, keledek, buah naga,  jambu, jambu batu, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Jus buah yang dikisar pun boleh. Buah-buahan seperti betik mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh merangsang pergerakan usus sekaligus membantu kanak-kanak mengatasi masalah sembelit. 

makanan yang legakan sembelit

Tips 2 – Didik anak minum air putih/air masak dengan kerap setiap hari

Selalulah ingatkan anak-anak untuk minum air masak. Cara saya, saya sediakan botol minuman kegemaran anak-anak dan selalu pastikan bawa botol air masak ke mana-mana pergi. Walaupun duk dalam rumah je, botol air budak-budak ni memang sentiasa berisi. Nanti mudah anak nak minum..capai je air masak yang dah ada dalam botol dia. Ni kes mamanya kadang lupa nak offer air masak pada mereka. 😉

sembelit di kalangan kanak-kanak

Tips 3 – Sesekali berikan anak anda makanan/minuman yang mengandungi probiotic

Kehadiran probiotik dapat membantu fungsi bakteria baik yang terdapat dalam sistem penghadaman. Antara makanan yang mengandungi probiotik ialah yogurt, vitagen, yakult dan sebagainya.

probiotik dan sembelit

Tips 4 – Jika sembelit disebabkan susu formula, tukar jenama susu formula tersebut

Mungkin selepas anda tukar susu formula dari suatu jenama ke jenama yang lain, ada yang tak serasi. Perhatikan rutin harian anak anda terutamanya apabila dia membuang air besar dan kecil selepas tukar susu formula tersebut. Gunakan kaedah cuba jaya hinggalah anda bertemu dengan susu yang lebih sesuai 🙂

Dah cuba tips di atas tapi masih tidak berjaya?

Adakalanya tips di atas tidak begitu membantu terutamanya bagi anak-anak yang terlalu cerewet memilih makanan. Puas ibu bapa memujuk anak-anak untuk minum air masak. Kadang nak minum susu je sepanjang hari.  Saranan saya, dapatkan nasihat doktor. Secara jujurnya, saya tak galakkan sangat anda berikan anak ubat pelembut najis sebab ianya akan mengajar usus untuk menjadi malas kerana terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

Anda juga boleh cuba berikan Mealshakes kepada anak anda untuk membantu mengatasi masalah sembelit yang dialami. Mealshakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang kaya dengan serat (fiber) sekaligus membantu anak-anak anda yang mengalami masalah sembelit. Ianya dipercayai dapat mencetus selera makan anak-anak kecil tambah pula rasanya yang sedap dan pasti memikat anak anda.

mealshakes atasi masalah kurang selera makan

Macam mana nak bancuh? Mudah jer! Hanya campurkan 1 sudu kecil dalam minuman atau susu anak anda setiap hari. Jom kita lihat apa kata ibu yang dah cuba untuk anaknya ni.

sembelit di kalangan kanak-kanak

Alhamdulillah, after consume mealshakes x sampai seminggu, my little boy dah x sembelit dah. Dulu everytime nak buang air besar abis satu rumah dia berlari sambil menangis. kadang2 tertido sambil berdiri coz sakit nak buang air besar katanya. Now i’m not worried anymore. Hari2 dia buang air besar without any constipation..tq shaklee ~ Pn. Siti Rozita Ahmad Mokhtar

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp di 0139395771 atau emailkan sahaja di tgmuzlina@gmail.com

OrderNow

Psst…untuk pengetahuan anda, bulan ini ada promosi Mealshakes! Kalau beli 3 tin Mealshakes, anda akan dapat percuma 1 tin lagi yang bernilai RM113.25. Jimat banyak tu 🙂 Promosi sah hanya pada SEPTEMBER 2014 – OKTOBER 2014 je tau!

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak

Anak saya sampai menangis bila nak buang air besar!

Mungkin itu luahan ibu yang pernah mengalami masalah sembelit pada anak mereka. Saya pun tak terkecuali. Memang tak dinafikan, kadang-kadang tu sampai menggigil dia nak teran. Perut tak selesa tapi tak boleh teran..maunya tak sakit! Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak ni biasanya berlaku sebab pemakanan yang tidak seimbang dan kurang air dalam badan. Sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan dan mengerikan kepada kanak-kanak. Akibatnya, kanak-kanak tu sanggup tahan dan taknak buang air besar.

sembelit di kalangan kanak-kanak

Apakah komplikasi yang mungkin timbul akibat sembelit?

Sembelit ni bukan kategori penyakit tapi jika ianya berpanjangan dan terlalu kerap berlaku mungkin boleh membawa kepada penyakit buasir. Buasir boleh terjadi disebabkan tabiat menahan untuk buang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Jika regangan terlalu kuat, ia akan menyebabkan rektum terkeluar dari dubur dan mungkin memerlukan pembedahan jika teruk dan kronik.

Tanda dan gejala sembelit

Tanda-tanda berikut mungkin berbeza pada setiap orang :

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-sebab berlakunya sembelit di kalangan kanak-kanak

Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Mungkin ibu boleh semak beberapa senarai di bawah untuk mengenalpasti punca berlakunya sembelit.

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Ubat-ubatan
  • Susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air (Kanak-kanak yang demam dan tidak sihat mungkin tiada selera makan atau kurang minum susu)
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)

Cuba tips ini bagi kanak-kanak yang cerewet makan.

Bagaimana cara mengatasi masalah sembelit?

Dalam kebanyakan kes, masalah sembelit di kalangan kanak-kanak dapat diatasi dengan mudah tetapi jika anda telah pun mencuba tips di bawah dan masalah sembelit masih lagi berlarutan, saya nasihatkan bawalah anak anda untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti punca sebenarnya.

Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi ibu bapa yang ingin mengelakkan pemberian ubat-ubatan, anda boleh cuba tips berikut:

  • Banyakkan serat dalam makanan anak-anak seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Berikan anak minum air yang mencukupi. Boleh juga berikan jus buah-buahan seperti tembikai dan betik.
  • Baringkan anak dan lakukan senaman kayuhan basikal untuk merangsang pergerakan najis di dalam usus.

Kadang-kadang tabiat pemakanan anak-anak yang terlalu cerewet dan memilih merumitkan lagi keadaan. Jika ibu bapa dah cuba pelbagai tips di atas, tapi masih tidak berjaya, anda boleh cuba berikan Mealshakes pada anak-anak. 

mealshakes atasi masalah kurang selera makan

Kebaikan Shaklee MealShakes

  • Menyediakan vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar untuk terus sihat dan bertenaga.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber kalsium yang pekat, baik untuk kekuatan gigi dan tulang.
  • Indeks glisemik yang rendah
  • Rasa French Vanilla yang lazat dan wangian yang cukup harum

Cara nak bancuh pun mudah je sebab boleh bancuh dengan susu atau jus buah-buahan. Apa yang menariknya, ramai ibu bapa yang dah pun berjaya menyelesaikan masalah sembelit di kalangan anak-anak mereka. Bukan itu ajer, kata mereka anak yang sebelum ini susah sangat nak makan pun dah tunjukkan minat untuk makan. Alhamdulillah 🙂

 cara atasi sembelit

cara atasi sembelit

 

Bagaimana untuk dapatkan Mealshakes?

Harga untuk 1 canister ialah RM113.75. Dengan penggunaan hanya 1 sudu kecil setiap hari, sangat berbaloi untuk penggunaan 2-3 bulan!

OrderNow

Anda boleh hubungi saya, Muzlina di 0139395771 untuk membuat bayaran secara bank transfer.  Nikmati lebih penjimatan dengan menjadi ahli Shaklee yang sah 🙂