Category Archives: Jenis Ayam

4 Perkara Wajib Tahu Tentang Ayam yang Anda Makan

Ayam goreng, ayam berempah, ayam masak lemak cili api dan macam-macam lagilah menu ayam yang sedap-sedap tu. Tapi, kali ni saya bukan nak share tentang resepi ayam hehe..tapi saya nak bagitau perkara penting tentang ayam yang korang guna untuk masak menu best tu tu.

ayam goreng rangup

Korang masak ayam tu guna ayam kampung ke, ayam daging ke, ayam organik? Ayam yang bagus dan sihat untuk dimakan adalah ayam yang diternak secara semulajadi tanpa campur tangan suntikan. Protein daripada ayam yang disuntik berisiko tinggi kepada bahan-bahan kimia. Apa kesannya? Meh kita lihat perbandingan ayam yang diternak secara semulajadi masa zaman dulu dengan ayam zaman sekarang.

ayam yang disuntik

Ayam sekarang ni punyalah cepat besar dan cepat gemuk sedangkan usia ayam tu masih belum matang. Of course lah tujuannya supaya tokey yang jual ayam ni cepat dapat hasil tapi dalam masa yang sama kita yang makan ayam ni terdedah kepada macam-macam penyakit bahaya.

Bahaya Yang Tersembunyi Pada Ayam

  1. ayam suntikUntuk mendapatkan pulangan dan hasil yang lebih cepat, ayam diberi suntikan hormon pertumbuhan. Tujuannya inject hormon ni pada ayam supaya ayam tu cepat besar walaupun sebenarnya ayam tu masih belum matang, tak cukup umur pun lagi.

  2. Ayam juga disuntik dengan hormon tambah daging supaya ayam jadi gemuk, daging ayam jadi banyak dan orang yang jual ni pun dapat keuntungan yang lebih cepat dan banyak.

  3. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika dibandingkan dengan makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan.

  4. Ternakan hari ini kebanyakannya disuntik dengan pelbagai vaksin dan antiobiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.


Bila kita makan ayam, secara automatiknya kita makan skali hormon-hormon yang ada dalam ayam tu. Protin dari sumber haiwan ni biasanya tinggi dengan lemak dan juga kolestrol sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga penyakit hati. Jadi, kalau nak makan ayam carilah ayam yang bebas dari suntikan bahan kimia ni. Sekarang pun dah banyak jual ayam yang diternak secara semulajadi yang bebas dari bahan kimia. Tak pun makan ayam kampung je atau kurangkan makan ayam 🙂