Category Archives: Uncategorized

Masteria, Game Board yang Santai & Penuh Mesej Khas Buat Ahli Shaklee!

Assalamualaikum semua 😉 Dah lama nak cerita tentang Masteria ni. Haaa..tau tak apa tu Masteria? Korang mesti pernah dengar Jutaria, Saidina, atau permainan yang seangkatan dengannya. Waktu kecik2 dulu selalu main hehe..Kali ni, wujud pula game board MASTERIA. Konsep yang sama, permainan ala-ala duit kertas, ada aset dan sebagainya tapi uniknya Masteria ni ianya dicipta khas untuk Shaklee Independent Distributor! Haaa..special tau.

Best Ke Masteria Ni?

Kalau nak tau best ke tak..korang kena cuba main sendiri. Lepas tu..cuba perhatikan semua peserta yang main dengan korang tu Hehhee.. Tak caya? Meh tengok!

masteria supermom 2

masteria supermom

masteria supermom3

masteria supermom 4Haaa..memang gelak sakan happening habislah kalau main game ni. Sebabnya, mesej yang disampaikan tu memang kena sangat dengan realiti sebenar macam mana nak buat bisnes Shaklee ni. Dari segi untung rugi, aset, nak train downline, nak buat sales..semua lah..pendek kata bila main game ni..orang yang tak tahu apa-apa langsung tentang bisnes Shaklee pun boleh imagine dan tahu apa yang dia perlu buat kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee. Belajar sambil bermain dengan game yang santai tapi menyeronokkan. Korang bleh tengok video kat bawah ni kalau nak tau apa yang best dan menariknya game board Masteria ni sebab ramai yang langsung tak ragu-ragu untuk terus miliki game board ni selepas main walaupun baru sekali main! Hehehe..Selamat Menonton! 😉

 

Kesan Soya Kepada Kulit Bayi Jika Diamalkan Sewaktu Hamil atau Menyusu

Ibu mungkin pernah dengar cerita mengenai amalan pemakanan yang berasaskan soya dan apa kesan soya kepada kulit bayi jika ibu sentiasa amalkan sepanjang waktu kehamilan. Orang tua-tua selalu nasihatkan minum soya supaya kulit bayi jadi putih bersih dan gebu. Namun, sejauh mana kebenarannya? 

Entahkan betul atau tidak, tapi tak dinafikan ramai yang turut mengamalkannya dengan harapan kulit bayi mereka jadi cerah dan putih walau kulit mak ayahnya agak gelap. Beria minum soya setiap hari. Tapi, sekarang ni pula trend masyarakat cakap minum soya ni tak bagus sebab nanti kulit bayi mudah kena alergi, kulit jadi cerewet. Persoalannya…apa sebenarnya kesan soya kepada kulit bayi?

Soya memang dah terbukti banyak khasiatnya. Namun, apa yang menjadikan ianya terlalu banyak kontroversi yang sekaligus merendahkan kepercayaan orang ramai terhadap khasiat soya ialah bila mana makin banyak masalah kulit yang timbul pada bayi yang ibunya amalkan minum soya. Bila sebut tentang soya, jangan anggap semua soya adalah sama. Apa yang membezakan kualiti soya ialah dari segi penanamannya dan juga cara pemprosesannya. Anda kena tahu bezakan yang mana soya yang tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari dengan mengetahui kriteria dan ciri soya yang berkualiti dan terbaik

Saya kongsikan kisah benar seorang ibu yang ada pengalaman minum soya tetapi kesannya berbeza pada kedua-dua anaknya.

kesan soya pada kulit 

Ada banyak lagi kisah benar ibu yang mengalami masalah yang sama. Pada asalnya mereka anggap semua soya adalah sama..tapi sebenarnya tidak. Jadi, pilihlah soya yang berkualiti dan hanya yang terbaik untuk anda dan bayi 🙂 Sebab tulah saya memang tak ragu-ragu lagi untuk amalkan minum ESP waktu pregnant dan juga menyusu. Alhamdulillah tak ada masalah kulit, malah kulit anak nampak lebih sihat dan cantik.

Cabaran Menyusukan Anak Pramatang, Apa Perlu Buat?

Anak premature, sebaik sahaja lahir..terus ke NICU. Penat..sedih..risau..takut..semuanya bercampur-baur. Itulah yang dialami dan dirasai oleh ibu -ibu yang melahirkan anak yang premature dan yang memerlukan rawatan khas di NICU.

Menyusukan anak pramatang, sememangnya mencabar emosi dan fizikal ibu. Jadi, apa perlu buat? Saya kongsikan video ini untuk tatapan anda. Mungkin ianya membantu anda

Jika video ini bermanfaat, silalah share video ini agar sama-sama ibu beroleh manfaatnya. Mana tahu, ada ibu yang lahirkan anak premature sekarang yang perlukan support seperti ini.

 

Istighfar ~ Kelebihan yang Sering Dipandang Ringan

istighfar

Astaghfirullahal’adzim…Istighfar, adakah ianya sekadar lafaz di bibir? Sejauh mana ia memberi kesan kepada diri dan jiwa kita? Istighfar merupakan lafaz untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan ianya dilakukan untuk permbersihan dari segala dosa dan kesalahan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 199:

“Beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon keampunan daripada Allah), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Keajaiban di Sebalik Istighfar

Pernah tak anda terfikir kenapalah rezeki susah sangat nak masuk. Dah usaha macam-macam tapi masih lagi tak dapat hasilnya. Ada sahaja dugaan yang menimpa, cabaran yang menghalang. Allah s.w.t saje nak uji sejauh mana keimanan kita padaNya..sejauh mana kita ingat Dia. Adakalanya kita leka dengan keseronokan dunia sehinggakan alpa tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah.

Daripada Ibni Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Hadis di atas jelas menyatakan Allah memberi rahmat kepada mereka yang menjadikan istighfar sebagai rutin. Istighfar adalah zikir paling mudah untuk diamalkan tetapi cukup bermakna bagi yang memahami maksudnya dan mungkin juga kerana ia mudah sangat hinggakan kita terlupa untuk mengamalkannya. Selain itu, istighfar penting untuk mengingatkan diri kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa seperti dalam satu hadis :

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi:

“Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).

Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Untuk merungkai kefahaman mengenai kelebihan istighfar, hayati kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja di rumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.

Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”

Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Seorang ulama berkata, “Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67)

Semoga kisah di atas memberi manfaat pada kita semua. Marilah sama-sama kita jadikan istighfar sebagai satu amalan harian. Moga kita semua beroleh keberkatan darinya.

 

 

Suplemen, adakah ianya satu keperluan atau kemestian?

Bila namanya pun dah SUPLEMEN, iaitu makanan tambahan…bukan bermakna bila kita makan suplemen atau vitamin, dah tak perlu makan makanan harian lagi. Pastinya nutrisi paling baik adalah daripada makanan itu sendiri(real food).

Tapi..gaya hidup kita masa kini tak macam orang dulu2..tak makan pun makanan segera..makanan yg diproses..mostly rajin makan ulam-ulaman dan sayuran yang ditanam sendiri. Rajin exercise..yelah..orang2 dulu rajin bercucuk tanam, berkebun, buat pape aktiviti kan..sangatlah berbeza dengan lifesytle kita pada harini.

Macam mana nak tau sama ada kita perlukan suplemen atau pun tidak? Macam kita ada kereta mewah, body cun..ada minyak tapi jarang servis atau lebih teruk tak pernah servis pun. Lama-kelamaan, prestasi kereta pun makin merosot..mulalah enjin rasa tak best je..berbunyi sana sini..

Kenapa kita perlukan suplemen?

  1. Sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan
  2. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien..dan nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia yang lain
  4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersenam dan merokok
  5. Rutin pemakanan kebanyakan masyarakat sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

image

Perlu ingat ye..kita ambil suplemen semasa kita sihat..bukannya waktu sakit..bila dah sakit, masa tu perlukan ubat. Seboleh-bolehnya cuba elakkan ubat sebab ubat mengandungi dadah..dan tak elok untuk jangka panjang. Kos rawatan juga pastinya lebih mahal. Elakkan suplemen sintetik dan pilihlah suplemen yang dah diuji keberkesanannya dan dibuat dari sumber-sumber semulajadi.

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga yang Mendebarkan

Fuh..tajuk! Mendebarkan yer 😉 sebab kalut tak hengat! Alhamdulillah syukur tak terhingga saya telah pun selamat melahirkan anak ketiga jam 2.54 petang pada 5 Oktober 2014 yang lalu..tepat pada tarikh EDD by scan ;p Saya memang suka coretkan kisah saya ni dalam blog, sebab jadi kenangan untuk diri sendiri..bila anak-anak dah besar..baca balik kisah mereka 🙂 

Sepanjang saya mengandung, Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah kesihatan..dari awal kehamilan hinggalah ke hujung kehamilan saya hanya consume Set Kehamilan Shaklee je. Hinggalah waktu checkup 32 weeks, doktor kata air ketuban banyak…actually border line katanya..so, kena lah refer ke doktor pakar dekat Hospital Banting. Bab air ketuban ni saya cerita di lain entry ye 🙂 Sehinggalah usia kandungan dan 39 minggu, masih belum ada tanda untuk bersalin. False alarm tu adalah juga..dan disebabkan masalah air ketuban ni (polyhydramnion) , doktor tak benarkan saya extend lebih daripada due date. 

2 Oktober 2014

Pagi-pagi lagi dah ke Hospital Banting sebab follow up checkup dengan doktor pakar. Rutin check up, mcm biasa..urine test..pastu kali ni check CTG. tapi result CTG tak cantik sebab baby tido..lagipun saya pun belum breakfast lagi. Doktor suruh pergi makan dulu then datang semula untuk CTG test lagi.

ctg check

sempat snap sebab kebosanan hehe..waktu ni duk melayan wassap ofis sebab ada audit ISO.

Waktu scan, tiba2 doktor cakap air ketuban banyak..super banyak! Ada dua orang doktor dalam bilik tu, sorang laki India, sorang perempuan muslim. Yang check saya..yang laki tu..Hurmm.. 🙁

Doc laki : u tolong confirmkan..i check air ketuban dia banyak lah..
Doc perempuan : berapa? 20?
Doc laki : Nope..i got 30!

Dalam hati saya..ya Allah..biar betul! macam mana bleh jadi lagu tu? haritu dah ok..hati dah mula rasa berdebar..bila doc perempuan tu check..AFI around 22cm je..but still, consider banyaklah. Disebabkan air ketuban banyak, doc nak saya admit terus wad..katanya dah lebih hari kan? saya bagitau..belum..due date saya 5 okt. Actually doc tu pun dah confuse dengan patient dia. Doc laki tiba2 nyampuk..ala takpe, harini pn dah 2hb..ok lah tu..terus dia get ready nak buka jalan..siap2 nak pakai glove dah..saya..”what??!!!” Dalam otak ligat fikir cara nak selamatkan diri..ntah apa2 je rasa doktor ni..yang dia beria sangat tu nape? doktor perempuan tu kan ada! Seriously, rasa nak marah pun ada..takut pun ada..tak ready lagi pun ada..dahla pergi checkup sorang2..husband plak kat tempat kerja. Terus je saya refused cadangan doktor tu tadi. Explain politely..dan Alhamdulillah..both doktor bagi masa untuk semuanya berlaku secara natural. Apply lah segala tips untuk percepatkan kelahiran naturally..disebabkan memang tak makan pagi lagi, terus on the spot doktor suruh minum air gula. Huhuhu..terpaksalah ikut je..nurse kat situ baik hati, air gula dia letak sirap..siap dia kata dibancuh dengan penuh kasih sayang..hahhaha..den pun apo lagi..lajuuuuu je telan ;p Perut memang lapo..terpaksa lah tunggu lagi 2 jam baru bleh makan. Terus saya call husband suh balik..risau kot apa2 lagi jadi. Doktor bagi tarikh 4 hb kul 10 pagi kena masuk wad incase kalau belum bersalin lagi.

4 Oktober 2014

Pagi tu siap2kan anak-anak…hantar ke rumah pengasuh. Kesian sangat sebab esoknya raya. Kul 10 pagi…Dengan berat hatinya..pergilah ke wad bersalin..ya Allah, rasa macam pesalah je..nak gi serah diri kat balai polis..hehe..yelah, takde apa2 tanda, takde rasa sakit. Banyak-banyak doa supaya dipermudahkan dan tak kena induce. Sampai je di wad, nurse tengah borak2 je..rasanya sorang je patient kot masa tu..dia bagitau, kalau masuk pagi tu pu, doktor akan bincang dulu pagi esok..means pagi raya..lepas tu baru induce or buat pape yang patut..Dalam hatiku..laaaa,..dahtu nape suh masuk awal2. Nurse suruh saya balik rumah dulu, nanti petang sikit baru datang..saya rasa pelik sebab takkan tak check apa2..alih2 suruh balik pulak..risau juga kalau ada risiko ke apa.. last2 dia panggil doktor dulu. Doktor perempuan india, dia tanya taknak raya ke? Hehhee..sape taknak raya..dahtu kena tahan kat sini..cemana nak raya.yer tak? Then, dia scan..Alhamdulillah..condition baby ok..baby pun dah masuk laluan..

Doktor : u ok ke kalau esok kena induce?
Saya : Ermm..ntahla..dahtu nak buat cemana, redho jelah
Doktor : takde..i nak tau u punye prefer apa?
Saya : Saya kalau boleh nak naturally..taknaklah induce ke apa..selagi boleh tunggu..saya nak tunggu. cuma saya nak tanya, ada pape risiko tak bila air ketuban banyak?
Doktor : Saya still boleh bagi u masa lagi..sebab baby pun dah masuk laluan..result mgtt u pun normal. Yang kita risau kalau baby belum engage..Bila air ketuban banyak ni, risau takut baby pusing balik je. U tak rasa baby floating kan?
Saya : Tak..memang baby dah betul2 kat bawah.

Lepas doktor tu call doktor pakar yang lain..dengarlah dia borak2 then dia perform VE. Bila check dah 1 cm..doktor tolong bukakan jalan jadi 2cm..then doktor bagi balik hehehe..dia bagi masa sampai 7hb nanti baru admit wad…tapi katanya anytime je saya bleh bersalin. Balik je terus amik anak2, bawak gi jenjalan kat Giant Banting…waktu ni saya dah mula rasa sikit2 tak selesa bila contraction datang. Continuously dan makin kerap..tapi still OK..bila dah malam, barulah hantar semula anak-anak ke rumah pengasuh. Sebab instinct saya kuat mengatakan malam tu juga akan ke hospital balik. hehe..

giant banting

5 Oktober 2014

3.00 pagi

Sakit makin kerap dan kuat..tak lena tido dah..nak kata kerap sangat tu taklah..tapi makin kuat..bangun pergi toilet, ada turun darah. Oh..baru waktu ni saya tau..macam ni rupaya yang orang kata bloody show tu hahaha..darat sungguh! Tapi since dah tau jalan memang dah buka..so saya bertahan lagi sampai lah dah tak boleh tahan. Lagipun pergi awal2 pun takde apa sebab doktor pesan bila air ketuban pecah terus ke hospital. Bila dah dekat kul 4 pagi, saya kejutkan husband untuk ke hospital. Sampai kat hospital..menunggu juga lah untuk check CTG bagai tu..sebabnya, ramai sangat malam tu yang bersalin. Waaaaa..saya memang takut duk dalam labour room lama2..takut dan stress.. stress dengar bunyi ctg orang lain..pastu dengar nurse marah-marah..membebel-bebel..gaduh dengan patient..macam2 lah..heee..paling saya tak bleh tahan bila tengok orang depan bilik saya tengah tahan sakit..menggelupur atas katil..ya Allah..berdebar rasa..Bila nurse check dia..last2 nurse tu cakap..kesian dia, satu hari satu malam..fuh! then doktor datang waktu tu..saya pun tak tau dah apa jadi..otak tengah fokus untuk diri sendiri je..bila check ctg..memang contraction makin kerap dan makin kuat. Shift pagi, doktor yang sama check saya sebelum tu..bila perform VE dah 4-5cm..then, barulah admit wad..

8.00 pagi

Nasib baiklah sekarang ni husband boleh teman sekali. Lepas registration, husband temanlah..jadi takdelah duk layan sangat sakit tu. Tiap kali datang sakit..cepat2 tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Dah macam yoga pun ada..siap tangan naik turun..hehe..Nurse yang shift pagi tu pun baik je..siap borak2..ada sorang tu cakap..relaks je akak ni..terus saya nyampuk..sakit..sape kata tak sakit hehe.. Time tak sakit memang lah bleh gelak2..bleh senyum2 ;p Saya memang tak boleh duk atas katil..lagi sakit ada..jadi, duk je tepi katil..dah agak2 bosan duk pula atas kerusi..pastu jenjalanlah dalam wad..bila dah tengah hari..panas memang terasa..nasib baik bawak kipas. Haa..kalau masuk wad kat Hospital Banting ni bawak lah kipas ye! hahhaha..pengalaman mendewasakan..last time den tak bawak kipas..mana lah tau..tapi sib baik kejap je duk dalam wad pastu terus bersalin Arissa. Kali ni..tak menyesal beli kipas semata2 kena admit wad heheheh…

sakit contraction

Muka tak bleh blah..tengah tahan sakit pun sempat lagi pose kekeke

Jpeg

Kebosanan menunggu

Jpeg

Pagi tu makan kuey teow yang hospital bagi dah tak lalu..ini je bekal saya..pastu makan kurma 2 biji.

2.00 petang

Lepas lunch, nurse panggil suruh tukar baju dan masuk labour room. Bila doktor check dah 6 cm..Lepas tu masuk lagi nurse yang cakap saya relaks tadi..hahha..time ni saya senyum je..tengah tahan sakit ;p Katanya baguslah dah 6cm..lepas tu doktor datang dan pecahkan ketuban. Then doktor keluar. Husband takde lagi waktu ni sebab gi solat dulu. Saya dengar doktor cakap dengan nurse, estimated dalam 2 jam lagi..fuh! masa tu..ya Allah..lama lagi…huhu..kul 4 la gitu..aduhai..Duk kejap, husband masuk teman. waktu contraction menggila..tak cukup nafas dibuatnya..last2 bila dah tak tahan..saya cakap dekat husband baby dah nak keluar..Husband cepat-cepat panggil nurse, then nurse suruh teran. Part teran ni..kali ni saya agak susah nak teran sebab nurse buat perineal message..pastu suh teran..masalah saya..time dia suruh teran tu takda gesaan dari baby..huhu..cemana nak teran..bila nak teran je..tak cukup rasa gesa..jadi, baby keluar masuk..siap saya cakap…kejap..kejap..sebab nak bagi waktu gesa tu datang baru boleh teran..Nurse tanya husband, baby sebelum ni berapa kilo? Husband cakap..ntah..2.8 kot! Cepat-cepat saya menyampuk.. 3.45kg! hahaha..takut weiiii..kang kena episiotomi lagi tak pasal sebab laki salah jawab.. ;p

Korang imagine jelah, bila kita tarik nafas, perut dah kena tekan tekan dengan kuat sebab nurse nak bantu baby keluar cepat..terus nafas tu rasa terputus dan tak boleh nak teran panjang-panjang..waktu tu saya terbayangkan video dekat youtube orang korea ke apa yang bersalin tu..haha..senak perut weii..isk..isk..bila diingatkan balik..rasa nak give up..nak vacuum ke apa..lantak lah..saya redha..tapi bila fikirkan baby kat dalam..nanti lemas, kuatkan juga semangat. Ntah berapa kali teran pun saya tak tau..akhirnya tepat jam 2.54 petang, selamat juga anakanda yang dinanti-nanti ni keluar 🙂 Sebaik je baby keluar, terus je nurse letak atas dada. Subhanallah..comel sangat dan indah sangat perasaan tu. Baby dah nampak biru sket..tapi still ok sebab kalau tak ok..mesti dah kena bawak lari. Baby pun dah pandai buka mata waktu tu 🙂 Waktu nurse nak amik untuk bersihkan baby, saje dia tengok posisi baby duk macam tu..comel! hahah..

Nur Areefa Hanifah

Lahirnya seorang puteri..3.365kg pada Hari Raya AidilAdha 🙂

Alhamdulillah..1st degree tear je kali ni. Lepas dah setel semua, kul 4 petang baru ditolak masuk ke wad semula. Anak-anak esoknya baru amik sebab kesian papanya dah penat hehe..Baby pilih tarikh Hari Raya Haji. Terima kasih pada semua yang sudi mendoakan kami 🙂

wad bersalin

Arissa rindu nak baring dekat mama 🙂 Kesian dia 2 hari menumpang kasih dekat rumah pengasuh

 

Shaklee Motivation Rally ala Mini National Conference

Alhamdulillah..28 Oktober 2014 telah berlangsungnya majlis Motivation Rally yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia. Masya Allah..ramai sangat yang datang sampai penuh dewan..biasanya Shaklee buat motivation rally ni kecil-kecilan je dan dekat majlis ni juga Shaklee Independent Distributor diiktiraf dan diberi penghargaan untuk ambil sijil dan naik stage oleh Shaklee Malaysia. Kali ni Shaklee buat ala-ala mini conference gitu dan wakil daripada US , Mr Bradford pun turun padang..Kami pun tak ketinggalan! Heheh..walaupun saya ni menanti hari je untuk lahirkan anak ketiga 😉 Rindu sebenarnya dengan geng Supermoms especially Mami Hadhatina.. Walaupun ada channel Yoursupermom kat youtube.. Tapi tak sama tau kalau kita jumpa sendiri face to face.

20140929-100952-36592661.jpg

20140929-101029-36629998.jpg

20140929-101028-36628670.jpg

Sharing daripada Master Hadhatina dengan Master Farihah benar2 menyuntik semangat dalam diri..especially untuk bantu semua downlines saya untuk capai impian masing-masing..TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA!

Resepi Roti Roll ala Sushi Roll

Oh..actually saya tak tahu pun apa nama sebenar resepi ni hehehe..asalnya saya belajar daripada kawan tempat kerja lama saya dulu..pergi open house..terus jatuh cinta! Saya n memang peminat sushi..hehe..so, yang ni pun ada lah rasa sushi tu sebab letak seaweed..dan paling best sebab takyah masak nasi sushi hahhaa.. :p Rajin pulak diriku buat memalam ni..alkisahnya ngidam nak makan..so, sebelum bersalin..cepat2lah buat dan makan :p

Ramai pula yang minat nak tahu macam mana caranya..mudah je tau..
Jom tengok apa yang korang perlukan kalau nak buat..

Bahan-bahan
1 bungkus roti (saya guna gardenia)
Seaweed secukupnya
Mayonis
Crab stick
Kepingan cheese

Cara-caranya

1. Buang dulu kulit roti di bahagian tepi, kemudian mampatkan roti tu. Saya guna pencanai tu je..alah..kalau takde, korang gunalah tips zaman dulu.guna gelas ke..makes sure basuh bersih 🙂
2. Sapu mayonis atas roti yang dah pun dileperkna tadi. Mayonis ni bertindak sebagai perasa dan juga gam nak bagi lekat.
3. Pastu, letak lah seaweed, diikuti dengan cheese, crabstik atau apa2 jelah inti yang korang suka..contohnya timun,telur ke..
4. Lepas tu..gulungkan aje. Sampai lekat..kalau tak lelat, buhla mayonis tadi.
5. Potong pendek-pendek macam bentuk sushi tu.. sambil potong sambil makan lebihan yang tak cantik tu..jangan buang lak hehe.

Siap!

Mudah je..boleh cuba untuk minum petang or kudap-kudapan bila perlu 🙂

20140927-002432-1472639.jpg

Tips Atasi Mabuk Hamil yang Teruk

Mabuk hamil, loya, mual dan muntah-muntah adalah oerkara biasa waktu di awal kehamilan iiatu trimester pertama kehamilan. Ada yang mengalami mabuk hamil yang teruk hingga tiada selera untuk makan sekaligus menjejaskan kesihatan ibu dan juga anak dalam kandungan. Rawatan biasa yang mungkin diberikan jika ibu terpaksa warded…hanyalah drip air dan juga pil tahan muntah.

 

Pengalaman saya sendiri waktu mengandungkan anak sulung..muntah yang sangat teruk! Boleh kata setiap kali masuk toilet mesti muntah..hehe..pening toksah cakaplah. Mabuk waktu pagi dan malam..sampai habis cuti sakit..sambung dengan unpaid leave..hehe..pernah kena warded sebab dehydrated..tak pasal-pasal kena masuk air dalam badan. Alhamdulillah tak lama kena tahan..hanya sehari semalam..tapi..bosan yang amat!!! :p

Pengalaman saya waktu anak kedua pula..still kena mabuk hamil tu..tapi tak seteruk yang sulunglah..but still segala isi perut keluar tu adalah perkara biasa. Yang bezanya..waktu ni..kena loya..mual tekak je manjang..tu yang tak tahan..memang kepala pening yang amat sebab selagi tak muntah selagi tu lah rasa pening. Cam gitu lak gaya mabuk hamil yang 2nd. Waktu dulu, saya lum lagi amalkan shaklee waktu pregnant. Hanya makan vitamin shaklee waktu menyusukan anak sulung je..lepas tu stop..sebab no budget :p

Alhamdulillah..kali ni merasa lah kot mengandung dengan amalkan vitamin Shaklee. Saya ambil set hamil yang basic je..itupun sangat berbeza sebab rasa lebih bertenaga. Kena juga alahan tapi tak seteruk dulu…dan Alhamdulillah kali ni dah kenal dengan Peppermint Ginger Plus. Memang sangat-sangat membantu saya..bila makan rasa lega sangat badan dan kurang sikit rasa loya sebab angin dalam badan mudah keluar. Ramai kawan-kawan saya yang cuba makan Peppermint Ginger Plus waktu tengah mabuk pun bagi feedback yang sama. Bagi saya, sekurang-kurangnya bolehlah saya elakkan dari makan benda yang bukan-bukan macam jeruk, asam atau pun pil tahan muntah untuk hilangkan loya/mabuk tu. Ibu pun mungkin boleh cuba Peppermint Ginger Plus ni. Banyak khasiatnya selain dari buang angin dalam badan dan boleh melegakan sebu/senak dalam perut.

kurangkan mabuk hamil dengan peppermint ginger plus

OrderNow

Tips kempiskan perut yang buncit

Baru jer dapat berita gembira dari salah sorang customer saya..
Dulu saiz seluar 36..skang dah boleh pakai saiz 34 dan 32 dah boleh pakai. ^__^

Paling best bila kawan2 dah tegur nampak makin slim!
Apa rahsianya? Set budget ni jer..ALFALFA dan LECITHIN..

Bagaimana suplemen ini berfungsi?

Lecithin – Pecahkan lemak-lemak degil dan elakkan lemak berlebihan mendap ke dalam salur darah dan badan.
Alfalfa – Angkut lemak yang pecah dan buang keluar dari badan.

Nak kurus, kuncinya DETOX!
Detoks iaitu buang toksin supaya usus jadi lebih bersih dan dapat serap segala zat dengan lebih berkesan!

Set budget ini sememangnya mampu milik!
Tak sampai RM110 pun 🙂

OrderNow