Tag Archives: akibat tak cuci make up

4 Akibat Tak Cuci Make Up Sebelum Tidur

Kebanyakan wanita sedar pentingnya untuk bersihkan make up sebelum tidur. Tapi biasalah, adakalanya terrrlupa hehe. Selalunya sebab penat sangat, konon-konon nak lelap sekejap..sudahnya terus tertido :p Ada juga yang mungkin terlupa rupa-rupanya dia ada pakai make-up hatta secalit lipgloss dan bedak nipis je. Sekali sekala tak apa, apa yang penting jangan jadikan ianya satu kebiasaan. Patutnya make up ni bagi nampak lebih cantik tapi disebabkan malas atau terlupa cuci make-up dan dibiarkan sepanjang malam, lain pula jadinya!

Apa yang berlaku pada kulit jika tak cuci make-up?

  1. Kulit jadi kering
  2. Kulit cepat berkedut
  3. Kulit jadi kemerahan
  4. Pori-pori wajah semakin membesar

Kulit kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi. Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.

akibat tak cuci make up sebelum tidur

Lihat je gambar di atas…Anna Pursglove, 40 tahun iaitu seorang penulis di Daily Mail Online..Lepas sebulan, kulit dia jadi merah-merah, pori-pori makin membesar dan kulit jadi kering sangat. Bila dia jumpa pakar, penemuan yang sangat mengejutkan sebab kulit dia lebih tua 10 tahun daripada usia sebenar. Dahla kulit selalu terdedah pada radikal bebas yang boleh rosakkan kulit, collagen pun makin susut dan kulit hilang keanjalan. Mesti kita taknak kulit kita jadi camni kan?

Cucilah wajah anda dari kesan make up sebelum tidur. Walaupun tak pakai make up, perbuatan membersihkan wajah sebelum tidur sangat baik untuk diamalkan. Lagipun, Islam sendiri menggalakkan kita untuk mengambil wuduk sebelum tidur 🙂