Tag Archives: alfalfa

Makanan Semulajadi Penambah Susu Ibu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

(1) Daun alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.

(2) Halba @ fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.

(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja..kan 🙂 

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

cheese_mozzarella

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.

(8) Sayuran hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak putih

lobak_putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahuan dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB – KOSONGKAN PAYUDARA!

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa membanyakkan susu ibu:

doa-dan-zikir-membanyakkan-susu-ibu

*credit

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia.

*credit

Jika anda dah cuba bermacam-macam cara di atas, mungkin anda perlukan suplement  untuk mengisi ruang-ruang zat yang kosong dalam badan..Bila badan da sihat..Insya Allah..badan akan melancarkan proses penghasilan susu. 

Berminat?? Hubungi saya di 013-9395771(Muz) atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut. ‘Like’ facebook fanpage saya untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan dan breastfeeding yang akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

[All About Breastfeeding] Lagi Testimonial Ibu Menyusu!!

Sabtu lepas saya ke branch Shaklee untuk amik stok. Alang-alang..memang berjalan sakan lah kan..dan yg bestnya..fully CD si comel Arissa.. 😉 sama jek mcm pakai pampers..bezanya kene bawak wetbag lah kan..So..memang penat tak hengat..tapi blk rumah..kul 1.30 pagi baru tido..haha..Mata da ngantuk sangat-sangat tp kena pam dulu sebelum tdo sebab Arissa da tido lena..dapat lah dalam 6oz..Lepas tu terus minum ESP + ostematrix then tido…terbangun dekat kul 5 pagi..memang bengkak gila..sume syok tido kepenatan..termasuk Arissa 😉 Amik pam..dapat 13oz!!! Nak nangis den raso..huhu..Itu pun saya stop pam sebab Arissa da bangun nak susu..Terus susukan dia..Saya bukan jenis yang mewah susu..dpt 3-4 oz lps naik keje tu pun da cukup banyak..jadi pengambilan supplement amatlah membantu saya..Syukur Alhamdulillah.. 🙂

Dan hari yang sama dapat berita gembira daripada customer saya.. Alhamdulilah..happy for u dik 🙂 Semoga Allah s.w.t memberi rezeki yang lebih meriah untuk Syifa..Teruskan usaha murnimu itu at least 2 tahun.. 

Dan ini pula selepas 3 hari pengambilan Family Wellness Programme + Alfalfa + Ostematrix dan juga apply TIPS EKSLUSIF kami..

Family Wellness_Ostematrix_Alfalfa_Ibu Menyusu 1

*TIPS EKSLUSIF hanya kami berikan kepada pelanggan-pelanggan kami 😉

susu pekat

Pengambilan Alfalfa akan memberi kesan yang berbeza kepada ibu dan juga bayi. Ada bayi yang mungkin akan meragam, kembung perut dan cirit-birit apabila si ibu mengambil Alfalfa dalam jumlah yang banyak. Jadi, berapa biji sebenarnya si ibu perlu mengambil alfalfa?

*credit to Mommy Hadha

Soalan popular daripada customers ialah “berapa biji alfalfa nak makan ni hadha? boleh ke makan lebih daripada dua biji ni?

Ohh boleh sangat sebenarnya sebab maksimum pengambilan alfalfa (seperti yang tertera pada botol alfalfa tu) ialah 10 biji sehari. NAMUN, untuk membiasakan tubuh anda dengan pengambilan alfalfa ni, disarankan anda bermula dengan dos yang rendah. Sebab apa? Sebab penerimaan suplemen pada setiap tubuh individu adalah sangat berbeza.
Oppss .. noted that entry ni khas untuk ibu menyusu tau. Saya tak touch pasal fungsi alfalfa untuk resdung, keputihan, keintiman etc. So, saya sekarang sedang explain pasal fungsi alfalfa sebagai penggalak susu/milk booster/membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.
Berdasarkan pengalaman, kajian, pemerhatian dan testimoni yang diterima, dapatan saya ialah :
  1. ada orang makan 2 biji alfalfa susu badan dah increase on next pumping session.
  2. ada orang makan 2 biji alfalfa sampai demam bengkak susu, so, dia cuma perlu makan sebiji sehari je.
  3. ada orang perlu makan lebih daripada 2 biji untuk dapatkan hasil yang diinginkan.
  4. ada orang tak cukup dengan alfalfa, perlukan Ostematrix dan/atau ESP.
  5. ada juga yang tak perlu/tak boleh alfalfa atas sebab-sebab kesihatan.
So, lain orang lain penerimaannya. Namun, konsep asas penyusuan susu ibu ialah Supply vs. Demand. Tu yang harus anda apply se’apply’ ‘apply’nya. Kalau penat, stress .. sila jangan skip makan vitamin-vitamin dalam set penyusuan yang kami sediakan. It really helps!

  * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

OrderNow