Tag Archives: awet muda

[Testimonial Collagen Powder] Wajah kelihatan lebih muda hanya selepas 1 kotak kolagen

Bila cerita tentang kolagen..banyak sangat dijual kat pasaran. Macam-macam jenis kolagen yang ada. Tapi, betul ke kolagen yang dijual tu benar-benar berkesan? Berapa banyak kandungan kolagen yang ada dalam sesuatu produk? Dengan Shaklee Collagen Powder, anda tak perlu risau sebab Shaklee sentiasa keluarkan produk yang terbaik! Anda boleh baca sendiri KEISTIMEWAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER yang pastinya membuatkan si pengamalnya sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Kali ni saya nak share gambar seorang pengguna kolagen Shaklee ni. Cuba korang lihat perbezaan gambar sebelum dan selepas ambil kolagen ni. Nampak ketara sangat kan? Kulit nampak kemerahan dan makin berseri-seri dan makin tegang. Ini baru kesan selepas minum 15 sachet kolagen! Kalau dah 3 kotak..confirm hasilnya lagi mantop!  Oh ya, dalam 1 kotak kolagen ada 15 sachet tau.

kesan collagen

Apa yang specialnya lagi tentang kolagen Shaklee ni, 1 sachet tu bleh buat minum atau pun buat masker. Tips paling mudah kalau nak dapat hasil yang cepat..korang amik 1 sachet then minum 80%..lagi balance 20% tu korang buat masker. Kalau rajin buat tiap-tiap hari..insya Allah..korang akan nampak bezanya 🙂 Sebenarnya banyak lagi tau khasiat kolagen ni kalau diamalkan, bukan stakat cantik je tapi untuk kesihatan sendi..sebab tu ada yang makcik pakcik yang minum kolagen ni..mereka kata dah tak sakit nak bergerak. 🙂

Berapa harga sekotak kolagen?

Kalau harga biasa, RM298 sekotak. Tapi sempena promosi ni, korang boleh dapat percuma sekotak kalau beli 6 kotak. Haa..pakat-pakatlah dengan kawan-kawan tu cuba sekotak sorang dulu 🙂 Oh ya…satu lagi, korang boleh jadi ahli Shaklee secara percuma tau kalau beli 3 kotak collagen powder ni. Of course lah sah-sah dapat beli dengan harga ahli 🙂 Banyak jimat tu!

So, kalau berminat nak jadi ahli dan nak order, boleh terus hubungi saya di 0139395771 melalui SMS/Whatsapp..

OrderNow

Vivix serlahkan keremajaan anda..25 tahun LEBIH MUDA!

FEEL 25 YEARS YOUNGER…LIVE 25 YEARS LONGER! Itulah tagline yang mampu menunjukkan kehebatan VIVIX! Bukan overclaim! Of course..siapa kita untuk menentukan boleh hidup lebih lama 25 tahun jika dah termaktub ajal tiba lebih awal bukan?  Ajal maut tu rahsia Allah s.w.t yang tidak akan mampu kita rungkaikan sampai bila-bila. Persoalannya..andaikata kita diberi usia yang panjang…mampukah kita survive dengan badan yang sihat? Ya! Tua dengan sihat..itulah yang kita mahukan..Berapa umur anda sekarang? Saya sendiri baru berusia lewat 20-an..dan tak nafikan lifestyle yang tidak berapa sihat buat energy yang ada kadangkala mengalahkan orang yang lebih berusia! Hehehe..Pasti saya taknak dibelenggu rasa sakit badan dan lemau macam dah tua benor je! Salah satu sebab saya mula konsisten amalkan vivix.

Kenapa vivix?

Salah satu sebab utama kerana vivix mampu melindungi sel memperbaiki sel hingga ke peringkat DNA! Persekitaran kita sekarang yang terdedah kepada sinar uv yang berbahaya, pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat dan sebagainya mempercepatkan lagi proses kerosakan sel dalam badan. Proses penuaan sel bukan disebabkan oleh faktor luaran sahaja tapi juga dalaman seperti faktor genetik dan hasil metabolik seperti stress oksidatif.

Oxidative stress is caused by an imbalance between the production of reactive oxygen and a biological system’s ability to readily detoxify the reactive intermediates or easily repair the resulting damage.

RESVERATROL..antioksidan hebat yang terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Cuba lihat gambar di bawah apa yang Resveratrol mampu lakukan!

khasiat resveratrol

Anda percaya dengan kehebatan RESVERATROL? Kini, Shaklee muncul dengan produk yang 10 KALI LEBIH HEBAT daripada Resveratrol iaitu VIVIX yang mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol tumbuh-tumbuhan.

Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksidan tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ianya mampu memberi perlindungan terhadap penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). 

Kali ni saya taknak cerita panjang mengenai fakta vivix. Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai vivix.

Apa itu VIVIX?

Kehebatan vivix juga ada dipaparkan di dalam akhbar seperti Utusan Malaysia dan Metro.

Di kala pesakit-pesakit kanser, SLE, diebetes, strok dan penyakit kronik yang lain sedang bertarung nyawa untuk terus hidup, vivix mampu memberikan sinar harapan kepada mereka dan dengan izin Allah s.w.t ramai yang dah pun sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.

Cuba lihat..betapa gembiranya dan sihatnya Master Law Chu Hian yang dulunya penghidap kanser. Beliau adalah cancer survivor dan bekas pengacara NTV7. Saya sendiri tergamam bila beliau umumkan usia beliau yang telah pun mencecah 50 tahun waktu di National Conference Shaklee bulan Jun yang lepas. Berapa kali saya tanya husband..betul ke?? Takut saya tersalah dengar! Memang tak sangka dengan badan yang fit, begitu bertenaga dan awet muda! Anda lihat dan nilaikan sendiri.

Penghidap kanser

 

testimoni vivix

Mungkin anda lebih familiar dengan gambar beliau pada tahun 2002 di kaca televisyen 🙂 Gambar di bawah membuktikan tagline VIVIX adalah TEPAT sekali!Master Law Chu Hian dan vivix

 

Anda mahu juga rasa sihat dan bertenaga? Rebut peluang untuk cuba vivix bulan ini pada harga promosi! Ya..hanya bulan ini sahaja yer..Anda mampu jimat lebih dari RM100! Hubungi saya sekarang untuk harga promosi.

Beli 2 botol vivix..anda LAYAK untuk mendapatkan KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA! (Worth RM65)

OrderNow

 

Introducing New Vitamin E with Grape Seed Extract

Mula2 skali..maaf la ye..acik baru skang berkesempatan untuk update Vitamin E yang baru ni..hehe.. Kalau yang dah biasa dapat capsule warna kuning..tapi alih2 dapat warna cam ungu gelap cam hitam pun ada..mesti terkejut kan? 😉

Kalau nak tau..Shaklee da keluarkan Vitamin E Complex yang baru dengan formula yang ditambahbaik..dan pastinya lebih banyak khasiat dan benefit yang anda akan dapat..Hurmm..saya yang guna da nak abis sbotol tapi versi lama pun..da sangat2 berpuas hati dengan hasil yang saya dapat..Apatah lagi dengan yang dah improved formula ni..Memang tak sabar nak makan yang ni lak.

Tentu ramai yg nak tahu.. kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E tu.. kan kan…. bukan saje suka2 yer… meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur).. Thanks to MamaFaiz for sharing. 🙂

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ….
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Waahh…saya mula2 baca kelebihan grape seed extract ni mmg kagum.. rasa mcm nak telan sbotol vita E. haha.. no wonderlah poster di atas tu mention ayat >>The most powerful Vitamin E is now available in Shaklee<< .. bukan saya yg quote ye.. tapi cuba tgk poster di atas.. haha

Lebih banyak tentang Vitamin E.. bleh klik label Vitamin E kat tepi kanan ni.. Well.. sekarang anda dah tahu powernya vitamin E ni kan kan..kannn.. Rugi siapa tak pilih.. dahla Vitamin E ni sebiji bersamaan 400iu, ianya semulajadi dan lengkap dgn selenium lagiii ..marvellous!!!

Vitamin E ni memang amazing kalau siapa yang da cuba. Siapa yang da cuba je tau hebatnya keberkesanan Vitamin E Complex ni lagi2 yang memang suka mencantikkan diri..hehe..siapa lagi kalau bukan untuk suami kan 😉

Dan..apa yang saya paling suka dengan Vitamin E ni..masalah kulit berminyak saya sebelum ni memang da selesai..sebabnya if before ni kalau dari pagi sampai petang tu..tak sampai tengah hari memang muka berkilat gileerr..kadang2 tu baru je lepas cuci muka ngan facial foam..especially T-Zone area. Skang ni maintain jek..

Kenapa saya suka..sebab takyah da nam tampal beria2 bedak ni nak cover part minyak terlebih..lagi banyak dia berminyak ada lah..tapi sejak amalkan Vitamin E ni..kulit pun rasa moist dan tak berminyak lagi. Pengalaman saya, kesan dapat dilihat seawal 14 hari. Nak tengok testimonial saya dan pengguna yang lain?

KLIK untuk Testimoni Admin Mama2R.com

KLIK untuk Testimoni Pengguna Vitamin E

Untuk hasil optimum bagi yang mahu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik berseri..Vitamin E best taken with Vitamin C, B Complex dan ESP. Kenapa?

Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam
keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

ESP : Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Nak cuba? Hubungi saya di 013 939 5771 atau PM saje di http://www.facebook.com/Mama2R . Nak email pun boleh, tgmuzlina@gmail.com

Kecantikan luaran perlu bermula dari penjagaan dalaman 🙂

Kulit Anda Kusam? Jom Cari Puncanya!

“Eh..kenapa kulit awak nampak kusam je?”

Pernah tak anda ditegur oleh rakan-rakan anda, keluarga terdekat..atau pun sesiapa je lah? Pernah tak anda terfikir..da guna macam2 produk skin care..tepek situ sini..tapi masalah kulit tak pernah selesai. Stress kan..lagi2 kalau kulit berjerawat atau pun parut jerawat yang tak hilang2. Jangan stress ye..nanti makin banyak jerawat yang keluar 🙂

First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri? Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar di samping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protein. Mana datangnya sumber protein? Dari ikan, ayam, telur, kekacang?

Namun tahukah anda protein tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protein akan mati!!.. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37 darjah celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri. 

Energizing SOy Protein

Klik untuk mengetahui info lanjut mengenai khasiat ESP

Untuk menambahkan kekenyalan kulit, sel tadi memerlukan vitamin C untuk membentuk kolagen. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit. Kawan  saya sendiri yang baru mencuba Shaklee sendiri mengakui perbezaan yang ketara terhadap kulitnya apabila beliau mencuba ketiga-tiga supplement ini. Teman sepejabat beliau sendiri mengakui wajahnya nampak lebih berseri.

Jika anda membeli vitamin di farmasi, pastikan vitamin C yang diambil sehari adalah dalam kadaran 500-1000 mg manakala vitamin E beserta Selenium dengan kadaran 400i.u demi memastikan kesan yang baik. Protein pula, cubalah protein yang asli dan bukan dibuat menggunakan melalui teknologi batu arang. Protein ini selalunya kurang berkualiti dan tidak memberi impak maksima.

Walaubagaimana pun, terpulang kepada anda… apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan pada esok lusa namun pada masa akan datang. Maka marilah kita muhasabah diri dan cuba jadikan makanan yang kita ambil hari ini sebagai penawar dan jangan jadikan ubat (drugs) sebagai makanan kita. Sesungguhnya apabila kita sakit, waktu itu ubat(drugs) menjadi makanan utama , semoga Allah jauhkan ianya berlaku ke atas kita dan keluarga.

Credit YourSuperMom

Bulan Oktober 2012..anda boleh dapatkan ESP dengan Lebih MURAH dari harga biasa!!!

PM saya di http://www.facebook.com/Mama2R atau email saya di tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Cantik dan Sihat dengan Vitamin E

Dah nak hari raya ni semua orang nak cantik kan? Tapi takkan Hari Raya jer?? Mestilah nak cantik sepanjang masa kan? Tambah lagi cantik di mata suami. 🙂 Meh saya share tips untuk cantik. Cantik ni bukan ‘luaran’ je..tapi cantik ‘dalaman’ juga. Cantik dalaman ni kita cite kecantikan jasmani je. 😉

Ada yang mengadu,

Saya dah amalkan makan Vitamin E yang dibeli di farmasi. Makan tak pernah miss even sehari pun tapi kesannya tak seperti yang diharapkan. Kenapa yer??

Bezakah setiap Vitamin E?

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya Vitamin E ialah untuk:

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet atau pun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan areola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.  – credit

Mari kita baca testimonial seorang pengguna vitamin E.

testimonial vitamin e

Wah…itu kata seorang Pharmacist!! Mesti teruja kan?

Lagi testimonial vitamin E daripada Pn. Nur Adilah Abd Manaf

Sy amalkn Set B dan ESP. Mungkin sbb kurang air, alfalfa dlm set b sbbkn muka sy jadi berjerawat. Maka penuhlah mukaku dgn parut2 jerawat…hehe. Alkisahnya, sy tambahkn Vit E dlm aturan supplemt n vitamin2 sy. Selepas 2 minggu mmg sgt ketara kesannya. Alhamdulillah parut mmg hilang sikit demi sedikit. Skrg rasa licin je. Tp tula xde plak terpikir nk snap pic sebelum n selepas…huahuahua.

Anda nak kulit cantik dan licin macam Pn Adilah? 🙂  Apa kata Bonda Sha pula..

“sepanjang hari kulit rs gatal2 sbb byk mkn mcm2..lps tu teringat nk try sapu vit E,alhmdulillah dgn izin Allah trus ilng rs gatal…terima ksh,ya Allah..gembira sgt.lps ni mmg vit E kne beli byk2 la sbb nk pecahkn n sapu kt tmpt alergik n muka selain mkn sebiji hari2…”

credit testimonial

Sebotol Vitamin E Complex mengandungi 120 capsule. Makan sebiji sehari..Boleh buat masker juga tau 🙂 Nantikan entri lain lak saya share macam mana nak buat masker yer.

Jadi..apa tunggu lagi..nak cuba? Boleh contact saya yer.

SMS|WhatsApp : 013 939 5771 (MuzZ)
Email : tgmuzlina@gmail.com
FB Fanpage : http://www.facebook.com/Mama2R

Vitamin E ~ Kenapa diperlukan dalam badan anda?

Kalau anda beli barang-barang penjagaan diri seperti lotion, sabun, make up dan lain-lain, anda perasan tak ada sesetengahnya dilengkapi dengan vitamin E. Cuba korang pergi tengok dan cek kat botol/bekas dia. Persoalannya, apa yang ada dengan vitamin E ni? Kenapa Vitamin E ni penting? Hinggakan dalam sabun, make up pun kena ada. Kalau vitamin atau supplement tu sah sah la kan 😉 Kita berbalik kepada komponen utama dalam badan kita iaitu darah.

Sel Darah Merah

sel darah

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah. – Sumber

Jangka hayat bagi sel darah merah adalah sekitar 120 hari dan ianya sentiasa diganti dengan sel darah merah yang baru. Berapa banyakkah kandungan hemoglobin dalam badan kita? Setengah cawan darah mengandungi kira-kira 5 juta sel dan 100% adalah hemoglobin. Jika kurang daripada 80% hemoglobin iaitu kurang dari 4 juta sel, anda tergolong dalam orang yang menghidap ANEMIA.

Kenapa Vitamin E diperlukan oleh badan?

vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak (fat-soluble). Ia membantu mencegah kerosakan sel dari ancaman radikal bebas (Free radical & Oxygen radical) yang datangnya dari bahan kimia, pencemaran alam sekitar, sinaran ultra ungu, rokok dan juga stress. Apabila radikal bebas ini bertindakbalas dengan oksigen, badan anda akan menghasilkan sejenis reaktif oksigen yang merosakkan sel. Vitamin E bertindak sebagai pelindung kepada sel darah merah dan turut membantu badan dalam penggunan asid folik. Vitamin E sangat penting untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan juga sistem imun. Terdapat kajian di Universiti Tufts yang menunjukkan dengan memakan vitamin E mampu meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.
Sumber : Shaklee Product Guide

Jika badan anda kekurangan Vitamin E, ia akan mengganggu penyerapan zat besi (iron) dalam badan. Hasil kajian mendapati sel darah merah yang didedahkan kepada cahaya dan oksigen selama 13 jam akan mengalami kerosakan sebanyak 4% dengan pengambilan Vitamin E manakala sel darah merah tanpa Vitamin E mengalami 100% kerosakan.

Banyak lagi fungsi Vitamin E yang anda perlu tahu. Antaranya :

  •  Bertindak sebagai penghalang oksidisi, melindung dan mencegah kerosakan sel.
  • Membantu sel menyerap oksigen. Kajian mendapati Vitamin E boleh mengurangkan keperluan oksigen untuk jantung. Jadi, ia membolehkan jantung mengepam dengan lebih efficient
  • Mengurangkan masalah jantung
  • Melambatkan proses penuaan – awet muda la tu 😉
  • Menyokong daya keimunan. Dengan merangsang bahagian yang penting dalam sistem pertahanan badan, ia menjadikan badan lebih berkesan menghalang sebarang jangkitan.
  • Melindungi Vitamin A & Vitamin C daripada musnah.
  • Kajian mendapati Vitamin E berperanan untuk mencegah kanser.
  • Mengurangkan jerawat, bintik-bintik hitam, jeragat dan parut-parut jerawat.
  • Mencegah kemandulan
  • Membantu menangani simptom putus haid(menopaus).

Fungsi Silenium

Mineral SILENIUM berfungsi untuk menyokong aktiviti yang dilakukan Vitamin E. Ia berfungsi sebagai sebahagian dari komponen glutation peroksida iaitu sejenis enzim dari keluarga enzim antioksidan.

Kesan jika kekurangan Vitamin E

Symptoms of vitamin E deficiency can include anemia, muscle weakness, loss of muscle mass, loss of muscle tone, problems transmitting nerve impulses, issues with stability and balance, degeneration of the retina, problems seeing, and difficulty controlling eye movement.
Vitamin E deficiency is very rare in healthy adults with an average caloric intake. People with serious medical conditions that effect fat absorption are most likely to suffer from a vitamin E deficiency. Medical conditions that affect fat-absorption in the intestines include Crohns disease, cystic fibrosis, problems with the pancreas, chronic diarrhea, and greasy stools.
There are also severe very rare medical conditions that prevent-fat absorption, including a genetic condition called abetalipoproteinemia, which requires massive doses of Vitamin E for ever pound of body weight and AVED Ataxia and Vitamin E Deficiency is genetic condition where the protein in the liver that secretes vitamin E is totally absent. People with these rare conditions need to take vitamin E supplements to prevent the symptoms of deficiency from occurring.
Premature babies with a very low birth weights are at an increased risk for vitamin E deficiencies, adding a vitamin E supplement could help eye health but may increase the risk for infections. Talk with your healthcare provider about the risks and benefits of a vitamin supplements for newborns. The Recommended Dietary Allowance for children under six months of age is 4 milligrams or 6 international units.  sumber

 

Sumber Vitamin E dalam Diet Anda

Sumber Vitamin E boleh didapati daripada kekacang, minyak-minyak sayuran, produk daripada minyak sayuran contohnya marjerin dan mayonis. Juga boleh didapati di dalam telur, ikan, sayuran berdaun hijau gelap, bijirin. Buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan lemak juga mengandungi Vitamin E.
Persoalannya, di mana sumber vitamin kita jika makanan tersebut merupakan makanan yang semakin kurang dimakan dalam usaha mengurangkan pengambilan lemak secara keseluruhan? Anak-anak kita pula rata-rata anti sayur-sayuran. Jadi Shaklee menawarkan cara mudah untuk memastikan kita kaya dengan nutrien pelindung kesihatan yang sangat penting ini.
Vitamin E
Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

  • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  • Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Yang penting tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ianya vitamin semulajadi.

Apakah perbezaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain di pasaran?

  • menggunakan Vitamin E yang asli (d-alfa) bukan sintetik (l-alfa)  – anda boleh cek label pada botol vitamin anda untuk pastikan ia vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.
  • daripada sumber kacang soya yang terpilih
  • Vitamin E tiada kesan sampingan. Vitamin A apabila diambil secara berlebihan ia berisiko untuk menjadi toksik
  • Mengandungi Selenium yang memberikan kuasa energy
  • Satu kapsul Shaklee Vitamin E 400 IU membekalkan jumlah vitamin E seperti yang terdapat di dalam 40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi, 28 hidangan (setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah, 24 hidangan (setiap hidangan 1 sudu makan) mayones.
* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi saya melalui SMS | WhatsApp 013-9395771(Muz) atau email ke tgmuzlina@gmail.com atau PM sahaja di facebook Mama2R | Tg MuzlinaJemput ‘LIKE’ untuk mengetahui tips kesihatan dan juga promosi yang di update dari masa ke semasa.

 

Fungsi Vitamin C dan Siapa yang Perlukannya??

Orang dewasa..kanak-kanak..warga emas..semuanya perlukan vitamin C. Siapa lagi yang perlukan vitamin C ??

  • Perokok & mereka yg bergaul dengan perokok ( vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok..jadi orang yang duk sekeliling tu yang akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu lepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody

vitamin-c

Kenapa pentingnya vitamin C?

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.

Ia juga diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Vitamin C turut mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 

Di samping itu juga, Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 

Apa lagi khasiat yang boleh kita dapat daripada vitamin C?

  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras “low-density lipoproteins” (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan ” high-density lipoproteins ” (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah ” atherosclerosis” .
  • membina & membaiki- tulang, gigi, gusi & tisu penyambung (connective tissues)
  • membentuk kolagen yg penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang & cartilage (bahan yg menyelaputi sendi dalam tubuh).
  • memelihara saluran darah yg sihat.
  • paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing)
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataract)
  • mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

 Jika kurangnya vitamin C di dalam badan, apa akan jadi?

  • Rasa letih dan lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan.
  • Bengkak gusi.
  • Hidung berdarah.
  • Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah – Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja, gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Dapat diperhatikan melalui tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubuh tau luk memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • saluran darah kecil, senang pecah
  • lukaan lambat pulih
  • penyakit anemia (kurang darah)
Jadi..elakkan diri anda dari mengalami simptom-simptom seperti di atas. Hari pertama saya berpantang, saya da kena selsema dan kita memang tau ibu menyusu memang doktor tak bagi ubat selsema..lagi-lagi lah dalam pantang kan? So..apa yang saya buat..saya makan 2 biji vitamin C dan alhamdulillah..esoknya terus kering 🙂 
Nak cuba Sustained Release Vitamin C 500mg keluaran Shaklee? Dijamin HALAL dan semulajadi. 
Jom rebut Vitamin C semulajadi kegilaan ramai ini segera! Sebarang pertanyaan mengenai produk di atas, sila hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee anda.

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.