Tag Archives: berpantang

Sayuran dan Ulaman yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Penjagaan pemakanan adalah untuk pastikan ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan selepas bersalin. Dalam menu untuk berpantang, jangan lupa masukkan sekali sayur-sayuran dan ulam-ulaman ye sebab ianya kaya dengan fiber, vitamin dan mineral serta membantu ibu dari menderita akibat sembelit.

Sayuran yang tidak boleh dimakan semasa berpantang

sayur menjalarRamai ibu yang tidak pasti dan keliru sayuran jenis apakah yang boleh dimakan sewaktu berpantang dan sayuran apa yang perlu dielakkan ketika berpantang. Ibu berpantang secara normal atau pun pembedahan tidak digalakkan untuk mengambil sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin. Ini kerana sayuran yang tumbuh secara menjalar ni boleh menyebabkan ibu kembung, lemah sendi dan sejuk pada otot. Contoh sayuran menjalar seperti pucuk ubi, petola, kangkung, timun, rebung, labu, bayam, terung, petai, sayuran kekacang dan petai.

Sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang

Ibu berpantang sangatlah digalakkan untuksayur berpantang makan sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Ulam-ulaman dan Rempah Ratus yang Boleh Dimakan semasa Berpantang

Halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin se20141110-162944-59384030.jpgperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.

Fungsi utama makanan jenis ini adalah untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Tak hairanlah kalau orang dulu dulu semangat masak dan sediakan macam-macam jenis ulam disebabkan khasiatnya yang cukup banyak. Selain tu, penggunaan rempah ratus dalam hidangan utama terbukti dapat memulihkan kesihatan selepas melahirkan cahaya mata.

Bagi saya, menu paling mudah dan sedap waktu belada hitam menu berpantangrpantang tak sah kalau tak ada masukkan halia dan juga lada hitam. 🙂 Kalau buat bubur kosong, lepastu goreng ikan bilis dengan bawang merah yang dah ditumbuk dengan lada hitam..fuh..memang sedap makan panas-panas. Cubalah! 🙂

 

 

Senarai Barang Keperluan Bersalin yang Perlu Disediakan Bakal Ibu Sebelum Ke Hospital

Bagi ibu yang pertama kali akan menghadapi detik kelahiran cahaya mata, pasti tertanya-tanya apakah barang yang perlu disediakan dalam beg hospital. Jangankan ibu beranak sulong…kalau yang kedua, ketiga dan seterusnya pun pasti perlukan senarai barang keperluan bersalin ni juga. Bukan apa, untuk elakkan ada barang keperluan penting yang tertinggal. Kalau dah siap sedia ada dalam beg, takdelah nanti kelam kabut bila dah kena tahan wad 🙂

Apakah barang keperluan bersalin yang perlu disediakan?

Mungkin senarai ni boleh membantu ibu sebagai persediaan sebelum kelahiran. Apapun, checklist ni mungkin berbeza dan anda sendiri boleh tambah atau kurangkan item mengikut keperluan 🙂 Jom kita semak apa yang perlu dibawa.

 Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital

  • Nursing bra – sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  • Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  • Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  • Keperluan peribadi –termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  • Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  • Panties 5 helai – Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti 🙂
  • Tudung Ekspress.
  • Kain Batik – 1 helai
  • Pakaian – Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je 🙂
  • Bengkung – Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan 🙂 Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  • Handphone & pengecas
  • Minyak urut – bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  • Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  • Baju Sejuk – 1 Helai
  • Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  • Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  • Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  • Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  • Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  • Vitamin Berpantang – Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.

Seeloknya, asingkan jer beg ibu dan bayi ye. Takdelah segan nak keluarkan harta karun nanti ;p

 Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital

barang keperluan bayi

Credit : pic Google

  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. Arwah mak saya dulu pun selalu pesan…siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kelam kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow 🙂 Insya Allah..moga selamat semuanya 🙂

Family Wellness Set, Alfalfa & Ostematrix ~ Saya sukakannya ^__^

Sewaktu dalam tempoh berpantang, saya mengambil suplemen Vita-lea, Vitamin C, B Complex dan juga Zinc Complex. Memang terasa kelainannya berbanding menjalani tempoh berpantang sewaktu anak pertama. Badan rasa lebih cergas dan bertenaga. Dan yang paling penting tidak ada lagi sakit-sakit belakang dan juga sendi yang saya alamai sewaktu berpantang anak pertama dulu. Memang kali ni pun berpantang sungguh-sungguh..hehe..Berbengkung, berurut bagai..cuma saya langgar pantang bab mandikan anak je..hehe..sebab takde orang kan..so terpaksalah mandikan sendiri.

Lepas je habis pantang, saya terus amik Family Wellness Programme + Alfalfa + Ostematrix+ Mealshake . Family Wellness Set terdiri daripada Vita-lea, Vitamin C, B Complex dan juga ESP . Actually Mealshakes tu untuk Arfan tapi saya pun tumpang sekaki..hehe..Selama saya mengambil  ni..saya sangatlah berpuas hati. Yang bestnya..bukan si comel Arissa je yang dapat khasiatnya..of coz Mama nye pun dapat skali khasiatnye sebab Mama yang makan kan??? hehehe 😉

Sepanjang saya makan set ni, memang terasa sangat perbezaannya..Badan lebih cergas, bertenaga, badan kurang penat dan yang paling penting sekarang ni susu lebih pekat dan bertambah-tambah banyak. Jadi Arissa cepat kenyang dan bolehlah saya mengumpul stok 😉 Alhamdulillah..Kalau nak cakap badan tak penat langsung tu tipu lah kan sebab kita ni bukannya robot..ada masa kita perlukan tidur dan rehat yang mencukupi..tapi bila bangun pagi tu memang best lah rasanya..segar je badan rasa. Kalau dulu..hahhaa..jangan haraplah saya nak bangun pagi2..lepas solat..zzzz balik..asal petang je zZzZz..sampai trademark saya dulu MuzZz tau!! 😉

Apa rahsia saya kekal cergas dan maintain slim okeh!! Hahahha..semestinya lah penyusuan ekslusif dan amalkan makan vitamin yang best ni. Kalau kita breastfeed baby ni, cepat turun berat badan..lagi-lagi kalau eksklusif breastfeed..tu ada yang makin kurus hari demi hari sebab menyusu badan..Ya..saya tak nafikan!! Sebab tu lah saya rasa badan saya perlukan supplement untuk bantu saya kekalkan berat badan sekarang. Sebab bila menyusu badan..ya ampun!!! Rasa nak melantak je kejenya!! Nasi toksah cakap la kan..air pun berliter-liter rasanya haus..Kalau tak makan..lagi la rasa nak pitam or gigil-gigil lapar…kan?? Tapi bila saya minum ESP..memang terbuktilah dapat control makan dan kurangkan rasa lapar tu. So, takdelah nak buat kerja rumah tu tak larat sebab tak sempat masak dan makan lagi kan? Jom baca cerita saya di SINISINI

Jom kita tengok apa kata ibu-ibu lain yang dah merasainya!

Testimoni daripada Pn.Ruzimah..Boleh baca details kat blog dia yer 😉

  1. sebelum pakai set ni, baby annisa ada some rashes at her groin area, and montot, tapi sekarang rashes tu  berkurangan..saya tak pasti disebabkan cream bepanthen yang saya pakai atau vitamin nie…(tapi sebelum ni pun saya apply cream tu juga..and the rashes still there..:-)
  2. Susu makin pekat.yes this one obviously seen. saya ada buat comparison EBM before and after I took the supplement..
  3. Sistem penghadaman SAYA lebih lancar dan teratur..hehehe yang ni saya suker sangat..coz saya ni memang ader masalah penghadaman..kadang2 seminggu sekali pun ada, tapi sekarang hari-hari nak BO (bowel Open)..hehe mak kita kata  orang pempuan tak elok selalu sembelit…;P
  4. ESP tu pun bagus jugak..coz lepas pump malam2 senang saya membancuh milo + ESP, barulah saya tidur lena..kalau tak laparrrrrrr

Testimoni daripada Puan Hadha a.k.a Mommy Icha

macam saya sendiri, lepas dua hari mkn ESP, b complex, vitamin c dan vitalea… efek pada icha (ruam hilang), dan lepas 4, 5 hari baru susu rasa banyak dan berubah warna (sebab saya jarang pam masa mula2 tu)

Testimoni daripada Puan Nani.

juz nk kgsi pglman ambik b complex, vitamin c, vitalea dan ESP ni selama seminggu.. memg berbaloi coz kesan die kite npak. one day,my bebi kna inject 3month. so,mlm 2 die nk dmam. i trus je amk 2biji vtmin c seperti yg dnasihatkan oleh kak cery..,bfeed my bebi… esknye,my bebi xjdi dmam n trus je kebah. bab susu lak,memg npak mkin pekat. bebi pn x nyusu lama2. maybe cepat kenyang… satu hal lg,kulit bebi i ni mcm kering tau,, ada mcm kuping2. now,semua 2 dh hlang. opah die ckp,kulit die npak lembab dah…
susu pun maintain n ckup for my little princess!!! memg puas hati la setakat ni wlwpun bru je smgu ambik produk ni…. i xsbar nk tgu perubahan2 yg akn dtg. kpda ibu2 d luar sana,xcuba xtahu kan… so,apa tgu lgi… xrugi melabur rmxx utk yg tersyg n dri sndri… semoga niat suci kite semua yg nk bfeed ank diberkati Tuhan. amin… ( si nani ni dahpun amik 1 canister ESP..utk meneruskan perjuangannya..hehe)

 

Testimoni Puan Farah

~ morning kakcery..soy protein tu sedap sangat..siang tak penat sangat.

Testimoni AlongAzrina a.k.a….mamaAna

saya pon nak bagi testimoni walaupun saya jual shaklee. Sejak mkn ESP saya rajin membuang keekekek. Kan kadang2 vit B buat saya sembelit so bila mkn ESP mudah. Saya fully CD untuk Aisyah 1thn 4bln, suami saya tentera, saya uruskan semua hal dapur, kete rosak pon saya pi workshop sendiri, peti ais rosak pon saya antar sendiri kat kedai semua sendirilah sbb tu saya perlukan suplemen untuk jadi BIONIC WOMAN. Memang berkesan. Cuma susu saya kejap UP and DOWN tapi masih ada perubahan sbb saya mmg bz 25 jam dengan anak2 ppuan saya yg ganaih cam askar(cam bapaknya la). YES, Vitalea + B Complex + Vitamin C + Alfalfa + ESP + Performance Drink buat hidup saya lancar, saya dah kurang moody, stress, emosional, kadang gelak sorang2 hahahaha sbb rasa happy pastu hubungan suami-isteri bertambah intim. Thanks SHAKLEE!

 

credit

Lagi testimonial mengenai ESP dan testimonial Ibu Menyusu.

Seriously, tak menyesal anda cuba! Dengan cara pengambilan supplemen yang betul, tips eksklusif yang akan diberikan dan juga doa yang berterusan..Insya Allah..anda akan nampak hasilnya..Untuk yang baru nak mencuba, saya ada menyediakan dari set penyusuan yang paling basic sehinggalah yang paling optimum. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

OrderNow

 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.