Tag Archives: bersalin

Sayuran dan Ulaman yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Penjagaan pemakanan adalah untuk pastikan ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan selepas bersalin. Dalam menu untuk berpantang, jangan lupa masukkan sekali sayur-sayuran dan ulam-ulaman ye sebab ianya kaya dengan fiber, vitamin dan mineral serta membantu ibu dari menderita akibat sembelit.

Sayuran yang tidak boleh dimakan semasa berpantang

sayur menjalarRamai ibu yang tidak pasti dan keliru sayuran jenis apakah yang boleh dimakan sewaktu berpantang dan sayuran apa yang perlu dielakkan ketika berpantang. Ibu berpantang secara normal atau pun pembedahan tidak digalakkan untuk mengambil sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin. Ini kerana sayuran yang tumbuh secara menjalar ni boleh menyebabkan ibu kembung, lemah sendi dan sejuk pada otot. Contoh sayuran menjalar seperti pucuk ubi, petola, kangkung, timun, rebung, labu, bayam, terung, petai, sayuran kekacang dan petai.

Sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang

Ibu berpantang sangatlah digalakkan untuksayur berpantang makan sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Ulam-ulaman dan Rempah Ratus yang Boleh Dimakan semasa Berpantang

Halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin se20141110-162944-59384030.jpgperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.

Fungsi utama makanan jenis ini adalah untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Tak hairanlah kalau orang dulu dulu semangat masak dan sediakan macam-macam jenis ulam disebabkan khasiatnya yang cukup banyak. Selain tu, penggunaan rempah ratus dalam hidangan utama terbukti dapat memulihkan kesihatan selepas melahirkan cahaya mata.

Bagi saya, menu paling mudah dan sedap waktu belada hitam menu berpantangrpantang tak sah kalau tak ada masukkan halia dan juga lada hitam. 🙂 Kalau buat bubur kosong, lepastu goreng ikan bilis dengan bawang merah yang dah ditumbuk dengan lada hitam..fuh..memang sedap makan panas-panas. Cubalah! 🙂

 

 

Senarai Barang Keperluan Bersalin yang Perlu Disediakan Bakal Ibu Sebelum Ke Hospital

Bagi ibu yang pertama kali akan menghadapi detik kelahiran cahaya mata, pasti tertanya-tanya apakah barang yang perlu disediakan dalam beg hospital. Jangankan ibu beranak sulong…kalau yang kedua, ketiga dan seterusnya pun pasti perlukan senarai barang keperluan bersalin ni juga. Bukan apa, untuk elakkan ada barang keperluan penting yang tertinggal. Kalau dah siap sedia ada dalam beg, takdelah nanti kelam kabut bila dah kena tahan wad 🙂

Apakah barang keperluan bersalin yang perlu disediakan?

Mungkin senarai ni boleh membantu ibu sebagai persediaan sebelum kelahiran. Apapun, checklist ni mungkin berbeza dan anda sendiri boleh tambah atau kurangkan item mengikut keperluan 🙂 Jom kita semak apa yang perlu dibawa.

 Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital

  • Nursing bra – sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  • Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  • Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  • Keperluan peribadi –termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  • Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  • Panties 5 helai – Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti 🙂
  • Tudung Ekspress.
  • Kain Batik – 1 helai
  • Pakaian – Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je 🙂
  • Bengkung – Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan 🙂 Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  • Handphone & pengecas
  • Minyak urut – bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  • Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  • Baju Sejuk – 1 Helai
  • Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  • Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  • Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  • Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  • Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  • Vitamin Berpantang – Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.

Seeloknya, asingkan jer beg ibu dan bayi ye. Takdelah segan nak keluarkan harta karun nanti ;p

 Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital

barang keperluan bayi

Credit : pic Google

  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. Arwah mak saya dulu pun selalu pesan…siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kelam kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow 🙂 Insya Allah..moga selamat semuanya 🙂