Tag Archives: diet seimbang

[All About Breastfeeding] Tip Pemakanan Semasa Menyusukan Bayi

Ibu-ibu yang menyusui bayi mereka perlu lebih menitikberatkan pemakanan mereka supaya seimbang dan tidak memberi kesan kepada kesihatan si ibu. Ini kerana bayi yang menyusu akan menyerap kesemua nutrien yang diperlukan melalui susu badan yang diberi. Jika badan si ibu tidak mempunyai nutrien dan zat yang mencukupi, kemungkinan untuk kesihatan ibu terjejas adalah tinggi. Sebab itulah ibu-ibu yang kekurangan nutrien sering merasa cepat letih, tidak bertenaga, lesu dan sebagainya. 

Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

* credit to portal alamhamil

Jadi ibu-ibu dan juga bakal ibu sekalian, jagalah pemakanan anda demi kesejahteraan anak, diri sendiri dan juga keluarga. Ibu-ibu perlu sentiasa sihat dan cergas untuk menguruskan hal rumahtangga dengan lebih efektif. Kalau ibu sakit..siapa yang susah???? Of course..anak-anak yang akan terkena tempiasnya.